Tidak Jumpa Pedal Brek LPT2

Assalamualaikum warga planet FS sekalian.Aku seorang wanita. Aku harap korang dalam keadaan baik-baik sahaja. Thank you admin jika cerita aku ni disiarkan. Firstly maafkan aku sebab ni merupakan kali pertama aku menulis dan juga menceritakan kisah misteri kepada orang ramai. .

Kisahnya bermula pada suatu hari, aku dengan ahli keluarga aku, ayah, kakak sulong, kak ngah, abang ipar, dan dua anak buah termasuk diri aku, kami semuanya seramai tujuh orang menaiki sebuah kereta yang panjang buatan Jepun. Pada sebelah paginya, kami bercadang hendak ke Thailand untuk bercuti dan berhabis duit di sana. tetapi tanpa diduga, pusat untuk kami membuat pas sempadan mengalami masalah dan menyebabkan kami gagal untuk mendapatkan pas sempadan masing-masing.

Disebabkan terlalu sedih kakak sulong aku tu tak dapat selesaikan urusan pas sempadan, dia menangis teruk. Yelahkan, kerja sebagai seorang guru memang banyak cabaran dan dugaanya . Bila ada peluang untuk bercuti dan berehat mestilah seronok. Tapi kakak aku sebaliknya. Sedih pulak kami sekeluarga tengok dia. Jadi kami pun membuat keputusan untuk bercuti mengelilingi Semenanjung Malaysia. Dalam masa 1 jam 30 minit je semua dah ready dalam kereta. Yelah, asalnya kan nak bercuti di Thailand je. Semua barang dah siap dipacking semalam lagi. So dipendekkan cerita, kami hendak ke satu destinasi, tetapi aku tidak berapa ingat, tetapi perjalanan kami melalui LPT II.

Ceritanya bermula disini…
Ayah: “Kita kena make sure yang kita tak lalu kat LPT2 selepas jam 5 petang okay.”
Aku: “Okay papa, time tu turn adik drive rasanya, sebab malam kan.”

Dan aku pun tidur untuk mengumpul tenaga untuk memandu kerete disebelah malamnya. aku suka memandu waktu malam kerana kurang kereta dan suasananya juga tenang. Tapi bagi aku, LPT2 tu merupakan pertama kali aku memandu setelah mendapat lesen kereta.

Jadi, biasalah bila berjalan-jalan dengan keluarga, pasti banyak kisahnya. Ada yang lapar, ada yang nak beli mainan, ada yang cari line Wifi (akulah tu) ada yang nak mandi dan sebagainya. Tanpa disedari, jam sudahpun menunjukkan jam 3.45 petang.

Ayah:”Jom2, satgi kita lambat pulak nak lalu LPT2 nanti”
Semua siap cepat-cepat dan menaiki kereta semula. Perjalanan nak menuju ke LPT2 mengambil masa lebih kurang 3 jam juga. Aku asyik memperhatikan jam yang dibeli di pasar malam ni. Terdetik dalam hatiku (“eh tak sempat ni kalau nak lepas pkul 5”).

Setelah beberapa jam, kami telah sampai di tol LPT 2. Dan seperti yang kalian dah agak, akulah bakal pemandu seterusnya. Haha. Kereta pun meluncur agak perlahan kerana sebelum giliran aku, ayah sudah berpesan takut nanti kena saman, habislah RM300 nanti. hehehe. Aku lihat kembali jam yang berada di tangan kiriku, jam menunjukkan 6.30 petang.

Dalam hati aku (“ahh, tak dak apa apa kot, ada ja kereta dok lalu lalang sini”). Lebih kurang 15 minit perjalanan, anak buah aku yang paling kecil (aku namakan Ijah), Ijah menangis kuat dalam kereta. Kami semua bingung kenapa dia menangis meronta ronta. Setela diperiksa, kami semua sedar, kami serentak terhidu satu bau yang sangat kuat busuknya.

Kakak Sulong: “Laaaaa…. Ijah berak supanyaa, patutlaa mama bau busuk je ni”

Dalam hati aku, Alhamdulillah, bukan seperti yang aku sangka. Jadi, disebabkan Ijah masih kecil, tisu basah sudahpun memadai untuk mencuci kotorannya sementara mencari tempat (tandas) unutk membersihkannya.

Setelah selesai membersihkan Ijah yang tadi gunakan tisu basah, kami meneruskan perjalanan seperti biasa. Jam menunjukkan jam 8.30 malam. Biasalah, setelah penat dengan tempoh perjalanan yang panjang, masing-masing sudah kepenatan dan semuanya sudah tertidur. Ayah aku sahaja yang terbangun 5 minit sekali untuk check aku okay ke tak, Katanya, kalau aku mengantok, dia je yang nak ganti. Disebabkan aku anak yang mithali, aku bagitahu ayah supaya jangan risaukan aku, tidurlah untuk dapatkan tenaga semula.

Nak dijadikan cerita, saluran radio tidak dapat didengari, mungkin kawasan agak terpencil kedalam agaknya. Kereta-kereta yang tadinya aku nampak banyak, sudah tidak lagi kelihatan. Hanya tinggal kereta kami sahaja yang kelihatan di atas jalanraya itu. Aku teruskan pemanduan aku dengan tenang, tanpa memikirkan apa apa yang pelik. Cuma aku berbisik dalam hati sorang sorang (“jangan ada yang pelik2 sudahlah”).

Sebaik saja hati aku terdetik begitu, aku ternampak cahaya dari cermin belakang keretaku. Cahayanya sangat terang, dan menyilaukan pandangan aku. Aku terpaksa perlahankan kereta aku sehingga 40km/h. Yang anehnya, sepanjang aku bawak 40km/h, takde pulak kereta yang memotong aku.

Tiba-tiba… aku terpandang cermin belakang kereta aku, aku ternampak tempat duduk paling belakang, ada satu ‘benda’ yang sedang duduk di atas kerusi kereta yang kupandu, tetapi wajahnya memaling ke arah luar jalan, ke arah hutan. Terkebil-kebil mataku melihat untuk memastikan itu bukan benda yang aku nampak.

Setiap kali pantulan cahaya jalan masuk kedalam kereta, aku terlihat bayangan itu. Tetapi, pabila gelap, bayangan itu hilang semula. Dalam 5 minit juga aku memandang cermin belakang diselang selikan dengan melihat ke arah jalan.

Kali terakhir aku pandang ke arah cermin, aku nampak yang di sedang menoleh perlahan lahan untuk bertentang mata melalui cermin belakang yang sedang aku lihat. Dengan pantas aku hendak memberhentikan keretaku.

Aku ingat, setakat itu sahaja. Tetapi apabila aku mencari pedal brek dia tepi tempat minyak, aku tak jumpa ! Kereta yang aku gunakan merupakan kereta Auto, jadi hanya ada 2 sahajalah pedal, satu pedal minyak dan satu lagi pedal brek. Yang aku hairan, cuma ada pedal minyak sahaja waktu itu !

Sudahlah waktu itu kereta sedang meluncur laju, 100km/h. Aku pula dikejutkan dengan bayangan di tempat duduk belakang. Aku tidak berani untuk mengejutkan ayahku yang berada disebelah tempat pemandu.

Dalam keadaan kereta yang laju, aku memejamkan mata aku sekejap dengan harapan apabila buka, ‘dia’ hilang lah. Tetapi sekali lagi aku salah, ‘dia’ sedang tunggu di tepi jalan yang kami lalui. Seperti mengikut kami dengan kelajuan kereta yang sedang kami naiki dan terus ikut ! Aku semakin gelabah, tiba-tiba, ayah aku yang berada disebelah terbangun dari tidurnya kerana mendapat panggilan dari kawannya.

Setelah telefon ayahku berbunyi, barulah aku menemukan pedal brek untuk memperlahankan kelajuan kereta aku. Aku rasa bersyukur sebab ada juga teman yang betul betul teman aku sepanjang aku memandu kereta. Persoalannya, “kenapa dia nak tumpang selepas kami bayar tol?”.

 Korang merupakan orang pertama yang tahu pasal kisah ni. Family aku belum tahun walaupun kisahni terjadi pada tahun 2015. Aku minta maaf sekiranya cerita aku ni hambar, tapi bagi aku ni menyeramkan sebab aku membawa banyak nyawa dalam kereta itu, dan aku bersyukur kerana kami sekeluarga selamat dari apa-apa yang tidak diingini.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

10 thoughts on “Tidak Jumpa Pedal Brek LPT2”

  1. Allahuakbar…umur masih dipanjangkan.. Bersyukurlah diberikan kesempatan untuk tambah lagi amal ibadah..
    Tahniah sebab tak panik. Perkara paling sukar untuk orang biasa lakukan. 100km per jam padaku laju.. sangat mendebarkan.

    Reply
  2. Alhamdulillah selamat. Barangkali banyak eksiden kat highway disebabkan ganguan2 macam tu. Itulah kita kena baca doa2 dulu sebelum mula perjalanan supaya tak terkeliru.

    Reply
  3. LPT dan LPT 2 tu laluan biasa aku sebagai penduduk Pantai Timur ini..Insha Allah tak ada apa-apa..tawakal je dengan Allah dan mulakan dengan bacaan doa ..Insha Allah selamat….

    Reply
  4. LPT dan LPT 2 tu laluan biasa aku sebagai penduduk Pantai Timur ini..Insha Allah tak ada apa-apa..tawakal je dengan Allah dan mulakan dengan bacaan doa ..Insha Allah selamat….

    Reply
  5. Aku org Kuantan. Selalu jugak la lalu LPT2 balik ke kampung di Wakaf Tapai. Alhamdulillah takde masalah gerak siang atau malam. Masa tahun 2009 dulu LPT2 takde lagi, selalu gerak waktu malam ikut jalan Jerangau-Jabor. Ada org pesan jangan gerak malam kalo lalu situ tapi aku lalu jugak sbb lebih jimat masa. Cuma pesan aku, bacalah ayatul kursi sebelum mula perjalanan. Nabi kata, kalo kita baca ayatul kursi sblm gerak, akan ada malaikat jaga kita sepanjang perjalanan. Wallahualam

    Reply
  6. Sebenarnya kalau korang check info.. lebuhraya yg paling banyak kes kemalangan maut adalah lebuhraya PLUS dari Sg Buloh, Selangor ke Slim River, Perak…. sehinggakan wartawan label kawasan tu sbg laluan bayangan maut…hampir setiap hari ada kes kemalangan maut…

    Reply
  7. Alhamdulillah awak sekeluarga selamat..
    Pengalaman hampir sama cuma saya tak jumpa pedal brek turun bukit lepas terowong menora, nk ke selatan. Syukur, xde lori masa tu… Istigfar dan baca surah kursi sekali… Baru jumpa. Alhamdulillah

    Reply

Leave a Comment