Tinggal di rumah sewa dengan langsuir

Assalamualaikum dan apa khabar. Kali ni saya nak cerita pengalaman kena gangguan di rumah sewa yang saya duduki bersama dengan 2 sepupu saya iaitu udin dan haikal. Kisah ini berlaku berberapa hari lepas je.

Rumah sewa ni tak besar mana, hanya ada 1 toilet dan 1 bilik tidur. Bilik tidur tu kami jadikan bilik stor manakala kami hanya tidur di ruang tamu. Rumah ini dapur di luar, tapi biasanya kami makan kat rumah mak ayah saya je. Rumah mak ayah saya hanya selang 2 buah rumah sahaja.

Jam menunjukkan pukul 1 pagi, kami masih main game di ruang tamu. Selang beberapa minit, aku lapar, jadi aku ajak 2 sepupu aku tu minta teman pegi rumah mak ayah. Tapi diaorang tak nak, jadi aku pergi lah sorang memandangkan selang dua buah rumah je.

Pintu rumah mak ayah aku ni memang tak berkunci, sebab ayah aku ni pengawal perumahan dan pondok pengawal pun dalam 10 meter je dari pintu rumah. Siap je makan, aku tertidur kat ruang tamu rumah mak ayah aku.

Aku tersedar dalam pukul 4 pagi gitu, aku terus balik jalan kaki ke rumah sewa tu. Sampai je kat rumah, aku tengok pintu terbuka. Masuk je dalam rumah, udin dengan haikal tiada. Puas sekeliling rumah, diaorang masih tiada, tapi henfon diaorang masih lagi kat dalam. Aku kunci pintu rumah dan balik ke rumah mak ayah aku.

Waktu nak masuk tu, aku tertangkap satu bunyi. Dari sayup-sayup menjadi lebih kuat, aku pandang belakang rupa-rupanya ayah aku yang panggil. Aku pergi pada ayah dan terlihat udin dan haikal ada kat pondok pengawal.
Aku tengok udin siap berkeris lagi kat tangan.

Aku tanya apa jadi, diaorang kat esok cerita. Pagi nya, diaorang cerita lah apa yang jadi malam tadi. Lepas je aku keluar rumah sewa tu, diaorang main lah game macam biasa, tiba-tiba diaorang dengar bunyi benda jatuh kat atas bumbung. Si udin ni rasa ada hantu kat atas bumbung, jadi dia masuk bilik stor ambil keris yang aku pernah cerita tu. Acah nak berlawan bagai, si haikal ni dah stand by dah nak lari keluar.

Tiba-tiba diaorang dengar bunyi orang mengilai, tapi diaorang tak lari lagi. 2 minit lepas tu, bunyi mengilai tu hilang dan diaorang sedikit tenang. Diaorang ni nak pergi tengok kat luar mana tahu ada apa apa. Keluar je diaorang, diaorang nampak langsuir berdiri tepat di atas bumbung. Lari diaorang pergi ke rumah pak long yang berada kira-kira 40 m dari rumah sewa.

Lari punya lari, last-last hantu tu kejar diaorang sampai rumah pak long. Sayang sekali pak Long tiada di rumah ketika itu. Nak buat apa lagi, udin lari lah pergi tempat ayah aku tinggal kan haikal kat rumah pak long.

Sampai je kat situ, Udin ceritalah apa yang jadi. Lepas tu, ayah pergilah cari haikal yang kena tinggal seorang diri tu.
5 minit kemudian ayah pulang bersama haikal. Katanya haikal dijumpai di tepi tanah perkuburan yang kira-kira 20 m dari rumah pak long.

Jam menunjukan jam 4 petang, kami bertiga bercadang untuk pergi ambil barang barang penting seperti dompet, kunci motor dan telefon di rumah sewa. Sampai je di luar rumah, aku bau d***h dari dalam rumah. Kami bergegas masuk dan terlihat rumah bersepah teruk dan ada setompok d***h di syiling rumah.

Habis je keluar dari situ, aku dapat bau benda busuk. Aku cerita kat diaorang yang ada bau busuk tapi dia orang tak bau apa apa dari masuk sampai keluar.
Esoknya, pak long datang nak tengok ada apa yang ganggu kitaorang malam tu.

Pak Long cakap ada langsuir yang tinggal di rumah tu dekat dua tahun dah dan akhirnya langsuir tu berjaya di tangkap. Malam tu jugak kitaorang buat bacaan yassin. Waktu baca yassin tu, tiba-tiba elektrik terputus, gementar semua orang. Pak long terus kan bacaan yassin, tapi kitaorang punya ayat dah berterabur.

Lepas 2 minit gitu, tiba-tiba angin kuat gila, terlalu kuat sehingga tak dapat ditafsirkan oleh otak. Waktu angin tu jugak aku terbau benda busuk macam tadi. Tiba-tiba lampu berkelip-kelip, dan pintu bilik stor terbuka. Jalas terlihat ada suatu susuk tubuh disitu, tingkap hampir pecah. Sampai je bacaan kitaorang di ayat terakhir, terus semua kembali seperti sedia kala. Pak long cakap kat kitaorang kata jangan duduk rumah ni untuk 5 malam.

Lepas je 5 malam, sampai sekarang tiada gangguan lagi. Terima kasih kepada yang sudi membaca dan maaf kalau ada typo atau cerita tergantung.
Sekian.

Hantar kkisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Dzil

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 23 Average: 4.5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.