Tingkat 4 hospital

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada kesemua pembaca FS. So hari ni aku nak cerita tentang pengalaman aku di hospital. Kisah ni bermula sewaktu 2011, waktu tu saya baru darjah 5.

Ceritanya bermula bila sepupu (panggil dia udin) masuk hospital sebab kemalangan di mana motosikal yang dibawanya terlanggar batu dan jatuh (tak teruk mana pun). Waktu tu tak silap 4 Syawal rasanya, so memang ramai lah yang datang melawat memandangkan rumah dia pun belakang rumah tok aku (kampung).

Dia ditahan di hospital mana tah (dah bertahun-tahun memanglah lupa). Wad dia ada di tingkat 4. Masa tu, dalam pukul 9:30 pagi tak silap, aku, nenek, mak, ayah dan seorang lagi sepupu aku lagi sorang(panggil haikal) nak pergi melawat udin.

Sampai je kat hospital, kitaorang carilah tangga nak naik tingkat 4(hospital tu lift hanya untuk pesakit sahaja). Jumpa je tangga, kitaorang terus naik ke tinggat 4, setibanya kat situ, kitaorang pelik sebab gelap sangat. Kalau diingatkan balik, sepatutnya tingkat empat tu memang ramai orang, meriah dah cerah dengan lampu sana sini.

Nak dijadikan cerita, jalan punya jalan tak jumpa jumpa wad nya, alhamdulillah sebab tak gelap sangat kawasan tu. Kitaorang patah balik tapi semua orang kaku bila dengar suara orang nangis, lepas tu dengar bunyi ketukan pintu di belakang. Ayah aku yang tadi berada di belakang mula ke depan. Tiba-tiba pintu tu terbuka sendiri tanpa angin, tengok dalam tu berselerak katil yang tiada tilam. Mungkin stor. Tapi kami nampak kat penjuru bilik tu macam ada perempuan pakai baju kebaya gitu. Jam menunjukkan pukul 10 pagi, dari tadi langit cerah tiba-tiba menjadi mendung. Pintu di setiap bilik di sekeliling kami tiba-tiba terbuka dengan sendirinya.

Perempuan tadi makin dekat dengan kami, tetapi nenek aku macam tak kesah je. Benda tu tiba-tiba mengilai dengan kuatnya, katil-katil mula bergerak dengan sendirinya. Mak aku keluarkan telefon untuk menghubungi pak long yang merupakan ayah kepada udin. Pak long kata kuatkan suara telefon, kemudian pak long mula membaca ayat pelindung diri dan membaca surah yang aku tak ingat.

Wajah perempuan tadi mula pecah, dan suara mengilai tadi mula hilang.
Pak Long kata jangan letak fon selagi tak keluar dari tingkat 4 tu. Akhirnya kami jumpa juga tangga(untuk pengetahuan korang, tangga tu dia berada di hujung bengunan dan tidak ditutupi dinding.

Dalam beberapa saat kemudian, kami pun sampai di tingkat bawah. Kami ternampak pak guard tengah ronda. Dia tanya kenapa datang kat blok ni.
Kami cakap nak pergi wad yang berada di tingkat 4, dia kata wad tu kat blok lain. Dia juga cerita bahawa blok ni tak digunakan lagi sejak 2 tahun lepas. Dia juga cakap bahawa bilik yang terbuka tadi tu adalah bilik yang pernah dijadikan bilik Frozen(boleh fikir sendiri lah bilik apa).

Akhirnya kami sampailah juga kat wad dimana udin berada. Si haikal tu ceritalah dari A sampai Z kat udin tu. Pak long pula cakap bahawa malam semalam pun dia alami perkara yang sama seorang diri. Tapi dia tak macam kami, pak long tu sangat kuat agama dan juga pernah mengubati orang kampung yang dirasuk atau diganggu.

Tamat lah cerita aku pada kali ini, maaf kalau tak seram atau ada typo. Jumpa lagi, bye

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Dzil

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 14 Average: 4.5]

2 thoughts on “Tingkat 4 hospital”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.