Tiru

Usai makan malam, aku dan Hafiz lepak depan tv di ruang tamu. Aku sudahkan kerja-kerja membungkus order pelanggan untuk dipos esok manakala dia duduk bersandar pada sofa bersilang kaki sambil menekan-nekan alat kawalan jauh, memilih filem untuk ditonton di Netflix.

Aku dan Hafiz sudah 5 tahun berkawin dan dikurniakan seorang anak perempuan. Aku panggil Jaja, singkatan dari namanya, Siti Hajar.

Selesai membungkus barang dan menyusun rapi di dalam bakul, aku duduk disebelah Hafiz, meneman dia menonton filem Rogue One, yang sudah ditonton berulang kali. Yup. Kami laki bini memang kipas susah mati Star Wars.

Tiba-tiba aku teringat cerita seram yang aku baca di Fiksyen Shasha petang tadi. Terdetik untuk aku bertanya Hafiz. Manalah tahu boleh buat modal menulis karya ke FS nanti. Hehe

“You pernah jumpa hantu tak?”
Hafiz masih memandang skrin tv sambil tersenyum.

“Pernah. Tapi bukan I yang kena kacau. Kawan I.” Jawab Hafiz.

“Oh ye ke? Macam mana dia kena kacau?” Soalku sambil bersimpuh di atas sofa. Hafiz menoleh, tersenyum dan memulakan ceritanya.


Malam tu, Hafiz dah berjanji dengan kawan-kawan sekampung untuk bergerak ke surau bersama untuk tarawih.

“Bot, kau jangan lambat! Kalau lambat kitorang tinggalkan ko!” Pesan Hafiz kepada Bob. Adiknya, Hafzan mengangguk setuju.

“Apa-apa aku datang rumah kau dulu. Kalau kau dah gerak, aku terus ke surau.” Jawab Bob.

Hafiz dan Hafzan sudah bersiap, seperti yang dijanjikan, mereka hendak berbuka di surau. Jadi sepatutnya sebelum maghrib budak Bob dah sampai.

Malangnya, maghrib tiba, jadi mereka adik beradik berbuka di rumah dan terus bergerak ke surau. Dah agak dah. Bob mesti lambat.

Bob tergocoh-gocoh mengayuh basikal menuju ke rumah Hafiz dan Hafzan. Sebaik tiba, salam diberi dan disambut oleh Mak Kina, mak Hafiz.

“Diaorang dah gerak dan. Baru ke dalam lima minit.”

“Owh ye ke mak cik. Ok takpe. Terima kasih mak cik.” Balas Bob lalu berlalu, mengayuh basikal dengan harapan dia sempat mengejar Hafiz dan Hafzan.

Rumah nenek Hafiz ni ada lorong khas yang bersambung terus dengan halaman rumah. Keluar dari lorong itu ada 3 simpang, lorong kiri jalannya menuruh ke bawah merupakan jalan pintas untuk ke surau. Lorong kanan pulan adalah jalan masuk ke kampung itu dari jalan besar. Kalau terus pula adalah jalan utama laluan penduduk kampung yang menyambungkan rumah-rumah didalam kawasan kampung.

Bob membelok kekiri, menekan brek sedikit supaya basikalnya berada dalmam kelajuan yang munasabah saat menuruni jalan bukit itu. Takut terjunam merempuh bendang orang pulak.

Turun dari bukit, di sebelah kanan ada empat petak sawah milik Atuk Aki, yang rumahnya terletak disebelah petak sawah itu, diatas bukit. Disebelah rumah tok Aki adalah rumah anaknya. Ada dua tiang lampu jalan yang menerangi halaman rumah orang tua itu dan tempiasnya menerangi petak sawah dan jalan kampung kecil yang sedang dilalui Bob.

Lepas petak sawah, disepanjang kiri dan kanan laluan itu ada semak dan beberapa batang pokok yang meredupkan suasana. Jalan itu dilimpahi oleh beberapa lampu jalan bewarna jingga yang malap, menambah suasana suram lagi seram kawasan itu. Tapi Bob tak peduli. Dia memang anak jati kampung. Dari hantu, dia takut lagi kepada babi hutan. Datangnya menyondol tanpa belas. Boleh arwah silap haribulan.

Dalam pada dia mengayuh, nun di hadapannya dalam sepuluh meter jaranya, dia ternampak kelibat dua orang budak, lengkap bersongkok dan berbaju melayu buru cair tanpa sampin. sedang berjalan.

“Macam si Hafiz dengan Hafzan je tu?” Detiknya didalam hati kerana susuk seorang tinggi (Hafzan) dan seorang katik (Hafiz)tak ubah seperti susuk dua beradik itu.

“Hafiz! Hafzan! Tunggu!” Laungnya. Cepat-cepat dia mengayuh.

Tapi, sudah sehabis laju dia mengayuh, di dua beradik itu masih didalam jarak yang sama, berjalan dihadapannya. Sedikit pun tidak menoleh.

Bob sudah termengah-mengah. Tapi masih setia mengayuh basikalnya, cuba mengejar dua beradik itu. Mereka belok, dia pun ikut belok. Mereka naik bukit dia pun turut sama mengayuh memanjat bukit.

Dua beradik itu membelok ke kiri. Bob menurut dan nah!

Dia melihat si dua beradik itu masuk kedalam halaman rumah mereka dan masuk kerumah. Sedikit pun tidak peduli pada Bob yang termengah-mengah.

Hangin satu badan dibuatnya. Bob mengayuh masuk ke halaman rumah dan salam diberi.

“Haaa, bob! Kenapa termengah-mengah ni?” Soal Mak Cik Kina, selepas salam Bob dijawab.

“Hafiz dengan Hafzan mana makcik?” Soal Bob termengah-mengah, cuba mengumpul nafas.

“Lah! Kan diaorang ada kat surau. Kata nak terawih malam ni. Kamu tak jumpa dia orang ke?” Jawab Mak Cik Kina.

“Ye ke mak cik? Tadi saya nampak diaorang berjalan kat jalan bawah tu, saya kejar tengok-tengok diorang balik sini.” Kata Bob.

“Diaorang tak balik lagi. Kalau tak percaya, meh masuk tengok.” Jawab Mak Cik Kina bersungguh-sungguh.

Bob terdiam. Jantungnya berdegup laju serentak itu bulu romanya menegak meremang. Wajahnya bertukar pucat. Peluh sejuk mula membasahi pipi.

“Ta.. Tak.. Takk a.. ap.. apa Mak Cik. Saya cari diorang kat surau. Te.. te.. te.. terima Ka..sih mak cik.” Ujar Bob sambil memusingkan basikalnya lalu mengayuh laju meninggalkan halaman rumah Hafiz. Terus dia belok ke kanan, menggunakan jalan besar menuju ke surau.

Sampai di surau, basikalnya dilepaskan dan dibiar terbarung ditepi pagar surau, sepantas kilat dia berlari ke kolah untuk mengambil wudhuk.

Naik ke tangga surau, dia melihat Hafiz dan Hafzan sedang bersiap-siap untuk solat terawih. Cepat-cepat dia memenuhi ruang kosong disebelah kanan Hafiz.

Hafiz yang terkejut menoleh dan melihat Bob menjelingnya tajam.

“Hah! Mana kau? Lama aku tunggu kat rumah!” Marah Hafiz dalam nada berbisik.

“Kejap lagi aku cerita.” Jawab Bob dan mereka meneruskan solat.


“Kitaorang, lepas berbuka tadi terus datang sini. Tunggu kau lama sangat! Kata nak berbuka kat surau!” Marah Hafzan.

“Betul weii! Aku nampak tadi betul macam korang. Ligan aku kejar tak sampai-sampai kat korang. Korang maintain je jarak depan aku.”

“Dah tu, kau ikut sampai mana?” Soal Hafiz.

“Dorang patah balik pergi rumah kau la! Siap pakej tanggal selipar masuk dalam rumah lagi. Aku pun hangin la. Aku tanya maknkau cakap korang kat surau tak balik lagi.”

“Aku rasa lain dah time tu. Cepat-cepat aku blah terus datang sini.” Cerita Bob.

Bob lap peluh didahi. Matanya tertancap pada baju melayu yang dipakai Hafiz dan Hafzan malam itu.

“Wei! Baju korang ni sama macam baju yang ‘diorang’ pakai…” Kata Bob sambil menunjuk pada baju melayu rona biru cair yang dipakai oleh Hafiz dan Hafzan.

Esoknya, dua hari Bob tak datang sekolah sebab demam.


“Uishh! Sampai macam tu sekali ye benda tu kacau?” Berdebar dada aku dengar cerita Hafiz.

“Waaaaaaaaaa!”

Terdengar raungan Jaja dari dalam bilik. Spontan aku bangun masuk kebilik, mendukung Jaja dan cuba mendodoi anak itu supaya tidur semula.

Namun Jaja masih menangis, meraung-raung seakan takutkan sesuatu. Seperti biasa, aku pagarkan rumah dan ayat qursi aku bacakan.

Ting!

Telefon aku yang sedari tadi aku pegang tiba-tiba berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Aku buka aplikasi whatsapp. Berpusu pesanan masuk. Ada gangguan internet ke? Getus hatiku sebabnya sedari Hafiz balik tadi telefon senyap tidak berbunyi. Selalunya mesti riuh ting ting tang ting bunyi mesej masuk.

Mata aku tertancap pada satu pesanan dari seseorang yang paling aku sayang didunia ini selain mak bapak aku.

Hafiz?!

“I balik lambat sikit malam ni, ada budak jamming sampai pukul dua. You tidurlah dulu, nanti I tapau tosei dengan teh tarik.”

Aku terpegun. Membatu sambil mengusap-usap Jaja yang kembali lena. Berpeluh, berdebar, kaget, takut, terkejut semuanya bercampur baur. Secepatnya aku capai kunci kereta dari atas meja solek didalam bilik lalu keluar sambil mendukung Jaja.

‘Hafiz’ masih membatu mengadap tv, menyudahkan tontonan Rogue One. Aku sarung selipar dan membuka pintu, sambil terkumat kamit membaca ayatul qursi.

Saat aku ingin mengunci pintu, aku terpandang ‘Hafiz’ menyeringai memandang aku. Lebar senyumannya sampai ke telinga, menampakkan baris gigi yang putih yang besar dan lebar semuanya. Matanya terbeliak, memang seram dan psiko. Masih diposisi sama.

“Dah tahu la tuuuuu…. Kih kih kih….”

Cepat-cepat aku masuk ke dalam kereta, meletakan Jaja pada car seat dibahagian tempat duduk belakang dan memandu keluar dari rumah itu.

‘Hafiz’ berada di pintu masuk rumah, berdiri sambil melambai-lambai perlahan ke arah aku dari balik pintu pagar yang sempat dikunci, masih menyeringai diikuti tawa kih kih kih yang bergema saat aku meninggalkan perkarangan rumah.

“I otw ke studio…” Pesan Whatsapp dihantar kepada the real Hafiz.

Terima kasih 😘

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nurul
Tiru
9.2 (91.52%) 33 votes

10 comments

  1. Menarik. Dua kisah seram dalam satu. Cerita yang hantu Hafiz cerita tu betul ke rekaan? Dah pastikan dengan Hafiz sebenar?

  2. Fuh dia bg modal cerita siap dgn merasa pengalaman skali..mujur sedar awal sebelum dia bg ayat sambil menguap..”awat mengantuk awai tak tau mlm ni..jom tidoq yg”…kalau tak tajuk cerita mesti berubah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.