Titik Darah Untuk Spirit of the coin

Assalamulaikum dan selamat malam readers

Hai nama aku kir, aku seorang lepasan skm3 bahagian kimpalan.. Erm erm lama jugak aku jadi silent reader kat fs ni.. Macam-macam dah aku baca dan semua tiptop nareng punya.. Aku pun teringin jugak nak ceritakan pengalaman aku masa dekat hostel aku di manjung perak dulu.. By the way sorry kalau tak seseram kisah-kisah  kat sini but ini pengalaman aku sendiri..

Ok here we go.

Masa tu aku baru berusia 16 tahun(2017). Aku baru habis pt3 time tu dan aku berniat nak ikut member aku yang memang rapat sampai sekarang untuk masuk satu kolej swasta bertapak di manjung perak (nama rahsia hehe).. Aku dapat ikut dengan izin family aku walaupun semua orang tau yang aku ni memang tak suka duk asrama tapi yela minat kan..

Nak dipendekkan cerita, hostel aku ni hanyalah sebuah rumah kedai yang untuk masuk pintu dorm, kena panjat tangga dulu sebanyak tiga tingkat.. Dorm aku ni atas sekali tau.. Tingkat kedua kosong tak berpenghuni dibulan biasa tapi sangat meriah di bulan puasa hahaha nakal ii ayam gitu.. So tgkat bawah skali of couse la kdai kan hahah kedai tu kedai baby aku pun tak ingat dah kedai apa nama tapi jual barang-barang baby lah.. Hostel kami ada dua, satu dibelah kiri dan satu dibelah kanan dan ada satu pintu yang menghubungkan kedua ii hostel (hostel 1 dan hostel 2).. Hostel kami dijaga oleh 4 orang warden yang aku rahsiakan nama diorang..

Untuk pengetahuan korang, aku ditempatkan di hostel 1 dan batch aku adalah batch pertama menghuni hostel tu, selama ni dibiarkan kosong sebab student kolej ni tak ramai mana pun sebelum kemasukan batch aku.. Hostel yang sebesar sebuah kedai dengan bilangan katil yang agak banyak, tapi hanya berpenghuni seramai kurang sepuluh org sebab kebanyakan classmate kami duk rumah sewa.. Masa jejakkan kaki di ‘rumah baru’ , aku jugak ada perasan macam sedang diperhatikan tapi aku buat tak endah je.. Katil aku dibelah hujung sekali dan aku dapat tingkat atas punya (doubledecker) dekat dengan kipas haha..

Tapi disebabkan terlalu lapang dan masih banyak kekosongan, kami pilih untuk tidak menetap di katil sendiri dan pilih untuk duduk beramai ramai sebab yelah takut kan first time masuk asrama.. Susunan katil kat dorm aku ni sebenarnya tak bercorak.. Ada empat kat sini, lima kat sana, sepuluh lagi kat situ so bersepah..

Masani tak ada sebarang gangguan lagi sampailah satu hari aku dengan membe aku, zam dan dua orang seniour yang lain (syakir dan nabil) yang memang aku dah lama kenal sebab sekampung, buat satu benda bodoh seumur hidup aku, iaitu spirit of the coin.. Bukan biasa-biasa beb.

Titik darah punya!! Tapi aku tak rasa apa apa pun time tu.. Fikir nak enjoy ja haha.. Kami main dekat tingkat dua yang kosong (bilik tak kunci) sekitar 1 pagi ditemani lilin pendek berjumlah 4 semua sekali mengelilingi kami.. Bincang punya bincang kami pun mulakan ‘pemujaan’ kami..

” spirit spirit of the coin, are you here?” kata kami berempat serentak sambil jari telunjuk masing-masing sentuh satu duit syiling 20 sen tahun 1995, tapi sayang tiada jawapan.. Kali kedua kami menyeru “spirit spirit of the coin, are you here?” dan berulang 3 kali tapi syiling tak bergerak dari kertas lukisan.

Baru kami nak memuja untuk terakhir kalinya kerana masing-masing dah fade up, pintu bilik itu diketuk 3 kali.. Tok tok tok.. Kami masing semua tersentak plus takut kalau-kalau tu warden kami. Kami pun padamkan lilin dalam perasaan resah dan gelisah sambil membuang segala peralatan memuja kami.. Syakir yang paling seniour menjenguk keluar pintu namun tiada apa.. Tiada siapa.. Hanya tangga tanpa lampu.. Kami senyap-senyap naik ke dorm dan bermula disinilah gangguan demi gangguan kami terima.. Aku dan zam pulang ke katil, syakir dan nabil masing-masing balik ke hostel dua.. Katil aku bersebelahan loker dan disebabkan katil aku atas, jadi kalau aku toleh kekiri, aku akan pandang bahagian atas loker..

Masatu kawan aku (hiqmal) yang katilnya bawah aku, takde sebab pergi tido ceruk mana ntah en so aku sorg-sorg kat situ.. Jam menunjukkan pukul 3 pagi tapi mata ni still takleh lelap ntah apeheinye.

Dalam pada mengelamun aku terdengar bunyi tapak kaki nak pegi tandas yang terletak kat hujung dorm.. Aku jenguk sikit, aku nampak adam, budak batch aku yang masatu berbaju hijau dan berkain pelikat pergi ke tandas so aku buat donno jela.. Yang peliknya, dah dekat 5 minit bunyi tapak kaki dia berjalan padahal tandas dengan katil aku ambik masa tak sampai seminit pun.. Aku jenguk lagi.. U know what? Dah takde.. Hilang.. Tp masih bunyi tapak kaki aku dah cuak time tu.. Aku terus berselimut sampai kepala.. Dalam 10 minit bunyi tapak kaki hilang.. Aku cuba jenguk, takde.. Aku bangun, pegi check kat katil adam yang selang 2 katil dari aku, dia tengah lena dalam selimut.. Aku tak fikir apa lagi sampaila aku selak sikit selimut dia sebab masatu fikiran celaru, bagai nak luruh jantung aku tengok dia pakai jersi kedah dengan seluar pendek je!!

Aku yang otak penuh dengan tanda tanya ni pegila kat katil balik cadang nak tidur, malang sekali, katil aku digoncang bagai nak roboh!! Aku tak tau natang mana yang buat tapi aku takut sangat sampai berselubung bawah selimut.. Nak kata hiqmal tido lesak, dia takde.. Mana datang pulak angin kuat sangat ni sampai nak terbalik katil aku? Aku nak jerit, tapi hehe seganla kang orang kata aku penakut so aku keraihla kat dalam selimut tuu.

Masa tu aku dapat rasa yang kat luar tengah hujan lebat sebab katil aku jauh dari tingkap tapi aku dapat tangkap bunyi atap disimbah air, so aku tidur dalam ketakutan even dah takde sebarang gangguan.. Esoknya, kami semua takde kelas sebab seingat aku time tu cuti tapi aku tak ingat cuti apa.. Jenis pulak budak ii dorm aku ni, even cuti sehari pun nak balik kampungg!! Aku takpaham betoile tapi aku chill ja sebab tak berapa nak amek port.. Benda pertama aku buat pada pagi tu, aku pegi kt adam, aku tanya dia.. “adam, semalam kau bangun ke time subuh? Nak pegi tandas?” adam jawab, “manada, aku subuh pun terlajakk” aku dah seram sejuk masa tu tapi aku buat xtau ja sebab malas nak ambik port tapi kejadian tu bermain dalam kepala aku hari tu..

Yang malangnya, gangguan yang aku alami berlarutan sampai 7 hari dan aku dah betul-betul tak larat nak ambik port so aku buat tak endah jelah hahah.. Oh ya, zam, nabil dan syakir, turut dikacau dengan gangguan yang lebih hardcore macam nabil tengah tidur, bantal kena tarik dan bila dicari, tak jumpa.. Rupanya kat tingkat 2 (tempat main spirit).. Zam pulak dia nampak kelibat orang main pintu yang memisahkan dorm dengan tangga masa dormmate lain semua keluar dan takde kat hostel.. Tapi yang paling teruk, syakir.. Dia kata setiap malam ada orang panggil nama dia kat tangga.. Bergema je katanya dan gangguan lain macam tengah study tetiba ada org cubit ibu jari kaki tapi bila tengok, takde siapa.. Lama lepastu kami dah tak tahan, kami mintak tolong kat seorang warden ni nama dia aku panggil cik wan..

Kami tak berani nak bagitau warden lain sebab semua baran.. Tak kena pijak tak sah kalau kami bagitau warden yang lain.. Cik wan tak mampu nak buat apa ii sebab dia xde ilmu dalam benda ii cmni tapi dia hanya bagitau kami yang kami tersilap port masa main tu.. Mengikut kata cik wan, tingkat dua tu pun dulu hostel tapi ditutup sebab banyak student yang kena sampuk, cakap sorg-sorg, main guli tengah malam sambil nyanyi lagu yang ngeri ii so warden ambik tindakan dengan memindahkan student kebilik atas iaitu tingkat tiga.. “tempat tu memang keras.. Mg berempat memang silap ah gi situ puja dia sekali dia muncul baru mu tau” kata cik wan.. Tapi setakat ni alhamdulillah si ‘dia’ tak pernah menunjukkan wajah dia ke kami.. Kalau tak, ntahle.. Mampuhhh!!! Dan kami pun menempuh setahun enam bulan dihostel tu dan sekarang kami sudah berkerjaya masing-masing dalam bidang oil and gas..

Ok guys sorry kalau tak seseram yang korang harapkan tapi ini kisah dari diri aku sendiri.. Bak kata orang, ”takde sakit nak cari penyakit” ha tulah kami.. Tapi kami dah insaf hehek.. Moral of the story, jangan nak tunjuk berani dengan memuja dan mensyirikkan Rabb yang satu.. Kita di dunia tak pernah berseorangan.. Ingat, ada yang memerhati.. Ok guys gdnight and sweetdreamm

11 thoughts on “Titik Darah Untuk Spirit of the coin”

    • Simbol ii adalah pengganti kata ganda generasi zaman skrg. Contoh:

      nakal ii – nakal nakal
      apa ii – apa apa
      benda ii – benda benda
      ngeri ii – ngeri ngeri

      Kalau dahulu, no 2 kecil digunakan sebagai pengganti kata ganda. Contohnya: Hati2 (maaf, keypad sy tidak ada no 2 kecil spt yg dimaksudkan)

      Reply
  1. Perghh, aku dulu pernah praktikal kat manjung ni. Sewa rumah kedai jugak. Ada tiga bilik kat aras tu. Malam tu tidor, kucing yg aku bawak masuk bilik mengiau bnyk kali dan kuat. Aku terjaga, paatu suruh kucing diam then tidur balik. Tak lama lepas tu, bantal aku kena tarik beb. Cilaka tol… Terus aku keluar lepak cc. Sejak haritu balik kerja terus tidor. Malam keluar lepak cyber cafe sampai pagi terus pergi kerja. Haha…

    Reply
  2. Aku pelik la, penulis sama umur dengan aku (18 tahun) tapi dah bekerjaya dalam bidang oil and gas, kolej swasta kt mana tu?

    Reply

Leave a Comment