Tok Tiri Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang dihormati sekalian. Kali ini saya akan menceritakan sambungan kisah’Tok Tiri’.

Mesti semua rasa macam cerita itu tiada pengakhiran, ada sambungannya. Kalau yang tak baca lagi part1, bacalah dahulu takut tak faham apa jalan ceritanya.

Semakin lama semakin diganggu family kami, saka Tok Rokiah selalu membuat kacau. Hingga ke rumah kami, anak cucu semua dikacau. Bagaimana kami dikacau? Kami selalu ternampak bayangan kelibat Tok Rokiah berada di hadapan rumah kami.

Dalam masa yang sama, kami dimaklumkan bahawa Tok Rokiah sedang sakit teruk, sudah tidak berdaya untuk berdiri, manakan pula boleh berjalan hingga ke Kuala Lumpur. Rumah Maklong saya pun selalu diganggu dengan perkara yang sama. Maklong saya tinggal di Pulau Pinang.

Satu malam, pada pukul 12 tengah malam telefon pintar ayah saya berbunyi. Rupanya Tok Timah yang call.

“Ya, mak. Awat yang call tengah malam ni?” jawab ayah saya. (Ya, mak. Kenapa yang call tengah malam ni?)

“Mak Kiah hang dah nazak, rasanya hampa semua kena balik sini malam ni jugak,” balas Tok Timah. (Mak Kiah kau dah nazak, rasanya korang semua kena balik sini malam ini juga.)

Ayah saya kelam kabut bersiap lalu gerakkan ibu kami dan kami adik-beradik.

Malam itu, kami pulang ke Kedah dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Kelihatan highway agak lengang pada waktu itu. Ayah memecut laju kereta.

Kami tiba dengan selamat di kampung. Kelihatan rumah Tok Rokiah dipenuhi ramai orang kampung yang sedang membaca surah Yassin untuk disedekahkan kepadanya  Tok Timah dan adik-beradik kami turut sertai.

Semasa kami melangkah masuk ke dalam rumah Tok Rokiah, kami rasa seperti diperhatikan. Sepupu saya yang bernama Afiq (bukan nama sebenar) berada di luar perkarangan rumah Tok Rokiah dengan senyap dan menggigil.

Afiq  ni dia boleh melihat benda-benda ghaib. Hijabnya terbuka. Sudah banyak kali pergi berubat untuk menutup hijab tetapi tidak berjaya.

Katanya, dia nampak saka Tok Rokiah sedang duduk mencangkung atas jenazah Tok Rokiah sedang berteriak kerana tuannya sudah dijemput Ilahi. Wajahnya sangat buruk, terbongkok-bongkok dengan mata yang berwarna merah dan rambutnya panjang menyeliputi mayat jenazah Tok Rokiah.

Kami hanya tenang sahaja dan menyertai bacaan yasin itu.

Keesokan harinya, jenazah Tok Rokiah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung kami. Keluarga kami yang menguruskan jenazah Tok Rokiah kerana dia tidak mempunyai adik-beradik yang lain. Hanya tinggal sebatang kara. Jadi, semua pengurusan jenazah menjadi tanggungjawab kami sekeluarga.

Selepas dua minggu selepas Tok Rokiah dijemput Ilahi, bermulanya gangguan sakanya untuk mencari tuannya yang baru. Kami selalu diganggu dengan kemunculan saka Tok Rokiah menyerupai wajahnya meminta bantuan di dalam mimpi. Dia ingin mencari tuan baharu.

Setiap malam, semua ahli keluarga kami bermimpi Tok Rokiah datang merayu-rayu minta kami membela sakanya. Kami ni tidak berpegang kepada benda-benda syirik.

Satu hari, Maksu kami ada cerita bahawa sebelum Tok Rokiah meninggal, Tok Rokiah ada bertemu dengannya di belakang rumah Tok Timah. Waktu itu Maksu sedang menjemur pakaian di ampaian.

“Amboi rajinnya jemuq kain,” tegur Tok Rokiah tiba-tiba muncul. (Amboi rajinnya jemur kain.)

“Saja la, tengok cuaca dok hanyat elok,” balas Maksu. (Saja la, tengok cuaca panas terik.)

“Aku nak bagi hang satu benda ni kat hang tapi hang jangan dok habaq kat orang lain,” kata Tok Rokiah. (Aku nak bagi kau satu benda ni dekat kau tapi kau jangan beritahu orang lain.)

Tok Rokiah menghulurkan sebilah keris yang dibalut dengan sehelai kain kuning. Orang kata kalau kain kuning ni, faham-faham je lah benda apa.

“Natang pa ni Mak Kiah?” tanya Maklong. (Apa benda ni Mak Kiah?)

“Natang ni boleh tolong hang kalau hang susah. Hang jaga leklok. Ni turun-temurun dari tok nenek aku,” jawab Tok Rokiah. (Benda ni boleh tolong kau kalau kau susah. Kau jaga elok-elok. Ni turun-temurun dari tok nenek aku.)

“Astaghfirullah, Mak Kiah. Tau dak ni semua syirik.” balas Maksu. (Astaghfirullah, Mak Kiah. Tahu tak ni semua syirik.)

“Hang takmau takpa, tapi keluarga hampa takkan aman kalau salah seorang tak ambik natang ni,” kata Tok Rokiah. (Kau taknak takpa, tapi keluarga korang takkan aman kalau salah seorang tak ambil benda ni.)

Maksu saya terus masuk ke dalam rumah. Dia malas melayan Tok Rokiah.

Oleh sebab itu, selepas kematian Tok Rokiah, kami sekeluarga diganggu. Sakanya sedang mencari tuan baharu.

Kerana tidak tahan, kami panggil seorang ustaz yang pakar dalam bidang ini untuk menyelesaikan masalah ini. Menurut ustaz tersebut, saka Tok Rokiah sedang mencari tuan baru.

Oleh kerana ahli keluarga ku semua berpegang teguh kepada agama Islam dan tidak percaya kepada pekara yang syirik, kami suruh ustaz tersebut membuang saka itu supaya tidak mengganggu kami lagi. Akhirnya, keluarga kami hidup bahagia tanpa gangguan daripada saka tersebut.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

4 thoughts on “Tok Tiri Part 2”

Leave a Comment