Tok Tiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan tak lupa juga kepada admin fiksyen shasha. Sekiranya ada kesalahan dalam penulisan saya minta maaf terlebih dahulu. Okay, aku terus memulakan cerita tanpa membuang masa….


Saya adalah cucu tok pertama dan saya juga mempunyai tok tiri. Tok betul saya nama Tok Timah (bukan nama sebenar) manakala tok tiri saya bernama Tok Rokiah (bukan nama sebenar). Rumah Tok Timah dan Tok Rokiah sebelah-menyebelah.

Sebenarnya, tokwan saya pada mulanya tidak suka kepada Tok Rokiah tetapi kena ubat-ubat dengan Tok Rokiah sampai terkahwin. Kalau tak silap saya, melalui makanan.  Tokwan saya berkahwin dengan Tok Rokiah  dan tidak dikurniakan anak. Kalau dengan Tok timah, tokwan saya ada 6 orang anak.

Terus kepada cerita, lima tahun lepas tokwan saya telah meninggal dunia akibat daripada sakit-sakit tua.

Sewaktu dia meninggal, Tok Rokiah menghilangkan diri. Orang kampung semua turun mencarinya di sekitar kampung kami. Tok Rokiah hilang lepas Maghrib, orang kampung dapat menjumpainya sebelum Subuh, dalam pukul 4 pagi. Memang waktu itu, semua orang kampung tidak tidur, melilau-lilau cari dia.

Menurut orang kampung, dia ditemui di belakang rumahnya di dalam hutan. Yang peliknya, mereka dah tiga empat kali lalu situ tetapi lansung tidak nampak.

Pencarian itu diketuai oleh tok imam di surau kami. Selama tiga jam mereka mencari Tok Rokiah namun tak jumpa lalu tok imam membaca sedikit doa ayat Al-Quran lalu Tok Rokiah ditemui di dalam hutan. Dia sedang duduk di atas batu yang besar sambil menunduk kepala ke bawah.

Dia berkata “Hang buat apa kat sini?” ( Kau buat apa dekat sini?)

Tok imam menjawab “Aku cari hang,” (Aku cari kau)

Dia berkata lagi “Hang pi balik, ni bukan tempat hang,” (Kau pergi balik, sini bukan tempat kau.)

Oleh kerana tidak sedap hati, tok imam tersebut melaungkan azan di tengah-tengah hutan tersebut. Tiba-tiba, Tok Rokiah hilang sedangkan tadi dia sedang duduk di atas batu. Pelik.

Angin bertiup kencang dan hujan telah turun dengan lebatnya. Mereka telah membatalkan pencarian Tok Rokiah sementara waktu.

Ketika mereka berjalan, mereka lalu di hadapan rumah Tok Rokiah. Kelihatan Tok Rokiah sedang duduk di halaman rumah dengan berbaju kebaya. Mereka berasa seram sejuk. Pelik.

Dengan tidak semena-mena, kedengaran lagu tradisional Melayu lama dimainkan. Tiba-tiba, Tok Rokiah menari mengikut irama lagu itu. Seram gila waktu itu. Tok imam membaca ayat-ayat suci Al-Quran lalu terus ke rumah Tok Timah dan tidak menghiraukan Tok Rokiah.

Tiba di rumah Tok Timah, kedengaran surah Yassin dibacakan beramai-ramai untuk disedekahkan kepada arwah tokwan. Mereka menarik nafas lega.

Selepas dua minggu kematian tokwan, kami pulang ke sana lagi untuk menjenguk tok. Kami sampai pada 1 pagi kerana kesesakan lalu lintas dari Kuala Lumpur menuju ke Kedah. Kebetulan waktu itu cuti p*****l persekolahan so kami balik ke kampung untuk menjenguk tok dah kubur arwah tokwan.

Semasa kami sampai, kami duduk di rumah Tok Timah. Kami terpandang ke rumah Tok Rokiah, kelihatan ada kain putih yang disangkut di tingkap rumahnya. Ayah saya menanya kepada Tok Timah.

“Kain pa yang Mak Kiah dok sidai kat tingkap rumah dia?” tanya ayah saya. (Kain apa yang Mak Kiah sangkut dekat tingkap rumah dia?)

“Kain kafan ayah hang,” jawab Tok Timah. (Kain kafan ayah kau)

“Dia nak buat apa? Pelik wei, awat dok sidai lagutu?” tanya ayah saya (Dia nak buat apa? Peliknya, kenapa sangkut macam tu?)

“Mana la aku tau, hang bukannya taktau perangai mak tiri hang tu,” jawab Tok Timah. (Aku tak tahu, kau bukannya tak tahu perangai mak tiri kau.)

“Hampa dok mengata pa kat aku? Balik sini, kerja dok mengata aku ja. Aku tak kacau hampa pun,” tiba-tiba Tok Rokiah muncul entah dari mana. (Apa yang korang sedang mengata dekat aku? Balik sini selalu mengata aku. Aku tak kacau korang pun.)

“Takdak pa la Mak Kiah, saja sembang-sembang,” jawab ayah saya. ( Tiada apa-apa Mak Kiah, saja borak-borak.)

Tok Kiah berlalu pergi ke hutan yang orang kampung mencarinya tempoh hari.

“Tu tengok tu, dia nak pi seru saka dia la tu, pi kot hutan tu,” kata ayah saya. (Tu tengok tu, dia nak pergi seru saka dia la tu, pergi ke hutan.)

“Hang tengok plastik yang dia pegang, ada ayam mentah. Sah, dia nak pi bagi saka dia makan,” kata Tok Timah pula. (Kau tengok plastik yang dia pegang, ada ayam mentah. Sah, dia nak pergi bagi saka dia makan.)

Ayah saya memandang ke plastik yang dibawa oleh Tok Rokiah. Benar, plastik itu berisi seekor ayam mentah diselaputi oleh d***h.

Jam 2 pagi, Tok Rokiah pergi ke hutan dengan seekor ayam mentah. Tidak lain dan tidak bukan kalau nak pergi bagi saka dia makan.

Tok Timah dan ayah saya masuk ke dalam rumah dan tidur. Kami yang lain sudah tidur dibuai mimpi.

Ayah saya bermimpi dia tersesat di dalam sebuah hutan pada waktu tengah malam. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh berada di dalam hutan.

Dia ternampak seorang wanita tua yang berpakaian baju kebaya seperti baju kebaya kepunyaan Tok Rokiah. Wanita tua itu sedang makan ayam mentah dan ayah saya pasti itu adalah ayam mentah yang Tok Rokiah bawa ke hutan tadi. Penuh d***h ayam di mulutnya. Dia makan bukan seperti manusia tetapi seperti binatang. Mukanya amat buruk sekali.

Apabila ayah saya melihatnya, dia memandang ke arah ayah dengan jelingan tajam.

Ayah saya terus tersedar dari tidur dan beristighfar. Ayah saya berceritakan kepada adik-beradiknya. Semua adik-beradiknya bermimpi benda yang sama. Jadi, ayah saya berceritakan pula kepada Tok Timah. Menurut Tok Timah, mungkin Tok Rokiah hendak mencari waris sakanya.

Bersmbung….

Hantar kish anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.7]

2 thoughts on “Tok Tiri”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.