Tolong Aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca FS. Aku nak cerita pasal diri aku, seram bagi aku. Korang aku xtahu lah. Kisah ni macam berkait degann kes aku kene histeria since 2012. Orang kata kalau sekali kene histeria memang lubang dia dah senang benda tu kacau.

Time aku kene histeria tu 2012 aku berjangkit dengan kawan aku, time tu dia kene dulu. Aku ni as a friend nak tolong la sebab dok terjerit2, even aku tau badan aku lemah tapi time tu aku xrasa lemah just dalam hati nak tolong. Time aku pegang je badan dia terus aku menangis2 and aku nampak perempuan berbaju putih and rambut memang panjang gila menutupi muka dia, tapi aku perasan di celah2 rambut dia tu macam nampak mata memerhati aku. Time tu jugak la aku meraung xsedar diri. Lepas ustaz baca ayat Al-Quran baru aku tersedar. Nak cakap sakit gila bdn aku time lepas sedar tu, rasa lembik je.

Ok tu cerita 2012. Since aku stay U tahun 2014 aku kerap kena ganggu. Ada satu malam tu aku nampak kawan aku, aku kejar kot dia sebab dia bercakap dgn aku, lepas tu tetiba aku rasa macam dialam lain. Aku mcm terikut dia cakap “kalau dapat kejar lah aku”. Memang aku kejar bersungguh-sungguh lah macam marathon, last2 bila dah tersedar tu aku berada dipadang kawad. Bila dah memalam buta dok kat padang kawad tu aku rasa macam aku dikepung oleh benda yang aku xpasti, aku mengucap, baca semua doa yang terlintas, lama tu baru tersedar and cepat2 aku bla dri situ.

Kejadian kedua, time tu balik makan dengan kawan, lalu kat bawah pokok besar. Kawan dah pesan “jalan sorang tu hati-hati” sebab dia dari blok lain. Tapi aku xfikir sangat la, dalam hati takut jugak, tapi tu je shortcut road dengan blok aku. Balik bilik tu dah rasa lain, tapi buat xtau jela. Baring atas katil sambil voice dengan kawan dalam group. Then kawan aku cakap ” weyh, asal suara kau tuh” and aku dengar balik bunyi macam suara laki garau gila ikut aku bercakap skali. Lepas tu aku rasa orang tiup tepi telinga aku. Aku dah rasa macam nak histeria dah, tapi aku kuatkan semangat and terus mintak tolong roomate aku baca kan ayat Quran sebab time tu aku dah rasa xtentu arah. Alhamdulillah dapat diselamatkan.

Kejadian ketiga, yang ni kerap berlaku, and aku mohon siapa yang tahu apa yang aku perlu buat bleh bagi pendapat. Aku selalu tidur malam pakai macam biasa, xseksi pun, kekadang aku ambik wudhu’ . Kalau penat sangat aku tidur je tanpa wudhu’ . Benda ni selalu tindih aku time tidur. Akan ada tiap malam tu aku xrasa badan aku maha berat. Sampai nak bangun, gerak and angkat pun xboleh apatah lagi bersuara. Aku rasa takut sgt bila bnde ni kerap berlaku. Aku rasa dia peluk aku. Dia sentuh semua bdn aku. Ada satu malam tu memang aku rasa real sangat, dia peluk aku sangat2 kuat , aku baca semua ayat Al-Quran yang aku tahu, memang lama dia nak hilang last aku jerit Allah automatik macam aku nampak bayang hitam bangun dari badan aku dan hilang. Aku rasa mcm mimoi pun ada. Tapi bila kerap terjadi aku risau sangat.

Maaf kalau tulisan aku ni terlalu panjang. Aku harap aku diberi pandangan tntg ni sbb aku takut makin teruk. Terima Kasih semua.

.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

15 comments

  1. Dulu waktu sekolah saya kerap kena tindih juga. Dah kerja pun masih kena lagi. Tidur tak pernah aman. Tapi satu je yang saya buat untuk pendekkan masa kene tindih masa tu berzikir nama Allah dan cuba sedaya upaya gerakkan badan kalau tak mampu gerak je apa yang patut, macam jari2 kaki ke tangan ke.
    Alhamdulillah sejak beberapa tahun ni hilang. Tak pasti amalan apa yang menyebabkan ia hilang. Yang penting hati kene selalu berzikir. Tak boleh kosong. Sambil tidur saya pasang mp3 AlQuran (Surah Al-Baqarah). Cubalah amalkan. Dan jangan terbawa2 sangat perasaan tu. Sebab benda tu boleh baca perasaan kita.
    Dan lagi satu saya dah berkahwin, mungkin juga ‘benda’ tu lari dari hidup saya bawa diri. Hehe..
    Saya pesan ni mengikut pengalaman saya sendiri.

    1. Untungnya ‘dia’ lari lepas kahwin.. Husband sy sebelum kahwin selalu kena tindih.. Lepas kahwin pon kena jugak.. Macam ada benda berkenan dekat dia.. Tapi everytime dia kena tu alhamdulillah sy tersedar and gerak2kan badan dia..

      1. samela…husband sy pon selalu kene tindih..selalu sy belom lena lagi pastu die dah start bunyi mengerang…bile bunyi macam tu sy dah faham la die kene ape..pastu sy tampar2 muka die, sebab kalau goncang2 je badan die bukan die sedar tak pon sy baca ayat qursi then tiup kat muka die..kadang2 sy saje biar lame2..tapi tak sampai hati pulak..

  2. Cuba baca AyatulKursi sblm tidur, ulang ayat akhir 3x sambil niat dlm hati pagar 4 penjuru katil. Pastu org kata nk elakkn ditindih, tidur mengiring seelok2nya mengadap qiblat. Waallu`alam.

    1. yg ni sya slalu amalkan. sya dpt dari ust. Ismail Kamus. Bismillah (sampai habis) 21x. Bkn sbb ape pon, tp sbb da dpt ilmu ni kena amalkan la..mmg terasa beza lpas bangun tido. Klu mase bace niat nak bangun tahajud, insyallah mudah jaga(tp sya slalu tido balik..).
      Tp mase pengajian kt surau plk, ustaz(tak igt nama plk) sya ada aja detail skit cara amal. 1.Baca alfatihah. 2.Tiga Qul. 3.Selawat. 4.Bismillah sampai habis 21x, tapi “rahim” tu baca 6harkat(contoh: rahiiiiiim). Huallahua’lam, semoga bermanfaat..

  3. cer try simpan sepeket dua garam bukit sebaik2nya kat tempat tidur. satu atas katil/bawah bantal, satu lg dlm bilik. kalau dapat daun bidara pun bagus jg. cuma leceh seminggu sekali kena tukar sbb daun dah kering.

  4. Dgr kata kalau kene tindih, renyukkan muka sendiri..ape logik nye sy xtau..kalau tgh panik tu ce try buat..kdg2 pikir cara cmni nak tergelak pon ade..tp nk ckp lebih xberani kot kene btg hidung sendiri..hehheheheehee..

  5. Bnykkan amalan ibadah. Dekat dengan Alla ngadu dekat Allah spya kau rsa tenang. Try setiap ari baca matsurat setiap petang.

  6. sy pn kerap kena tindih sampai skrg. pernah sekali ternampak makhluk tu . sy amalkan tepuk bantal & tilam/sapu tilam ngan selimut/kain walaupun sdh bersih, basuh kaki, baca doa sblm tidur dan ayat kursi. kalau sy terlupa buat semua tu sbb tlalu penat, benda alah tu confirm mengganggu. kadang-kadang nak mengamuk pun ada sbb kita penat benda tu duk kacau. haha

  7. Sy selalu kene tindih tp dulu sy xtau yg sy alami tu rupenye TINDIH. Sy ingat tindih tu kita nmpk bnde tu hempap kita. So, sy dulu fikir sy kene krem. Haha. Tu pun kne klo sy lupe nak mndi, basuh kaki & baca ayat2 kursi & 3 kul sblm tido. Lepas sy dah fhm, sekali tu sy tdo tetibe kne tindih, mata tgh pejam kan tetibe dgr bunyi geseran pisau diselangi suara gelak mcm hanat diiringi bunyi berdengung. Tp sy kuat gak lawan bnde tu. then, dah reda sy tdo blek, Tak lama lepas tu telinge tetibe berdengung & sy hampir kne tindih lagi tp sy lawan sblm kne. Lepas tu baru baca ayat kursi & 3 kul serta buka ayat ruqyah baru la boleh tido lena. Pendapat sy buka ayat ruqyah setiap malam & baca ayat kursi, al fatihah & 3 kul. Jgn lupe surah al- mulk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.