Kampung Punggol

Assalamualaikum warga FS. Ni kali kedua aku menulis kisah Kampung Punggol. Yang pertama mungkin tak dipublishkan kerana cara penulisan aku kot. Aku juga yang menulis kisah M**i Bersama. Aku dah hantar part 2 dan part akhir tapi mungkin sukar dipercayai dan tidak dipaparkan. Jadi biarlah begitu ya. Hehe.

Cerita ini mengisarkan tentang kawasan perumahan aku, Punggol. Punggol ni di Singapura dan dulu dikenali sebagai Kampung Punggol. Kawasan ni berdekatan laut yang menghadap Pasir Gudang, Johor. Tepi laut tu, dulu adalah tempat askar jepun m**i dipancung. Di Punggol ni jugak ada sebuah Istana yang tak dapat dirobohkan sampai sekarang. Macam-macam cerita disampaikan dari mulut ke mulut tapi entahkan betul atau tidak. Walaupun Punggol dah dimajukan menjadi sebuah kawasan perumahan khusunya untuk pasangan muda yang baru berkahwin dan membina keluarga, tetapi istana tu masih jugak tegak berdiri dan tak diusik oleh pihak yang berkenaan. Ini adalah serba sikit tentang kawasan Punggol. Lebih kurang nak bayangkan macam sebuah kawasan kampung yang besar. Macam ni lah Singapura.

Ada beberapa kisah yang aku nak kongsikan tentang pengalaman keluarga aku dan aku sendiri. Banyak kisahnya dan aku akan habiskan terus dalam penulisan yang ini sebab aku tak nak sambung ke part 2 kalau-kalau dipaparkan dan cerita aku tergantung maka akan mebuatkan orang yang membaca jadi tak keruan pulak. Hee.

Aku anak yang kedua, dah berkahwin, suami aku dari Selangor asalnya. Dan 3 tahun mendirikan rumahtangga dan kami tinggal di Punggol berdekatan dengan rumah keluarga aku. Aku menetap di sini sejak usia aku 12 tahun lagi. Jadi, dah 14 tahun aku tinggal di Punggol. Ok. Panjang intro. Jadi mari aku mulakan kisah-kisah yang kami alami dari awal tinggal di Punggol.

Part 1
Kami mula tinggal di Punggol waktu ianya masih baru lagi dimajukan dan dijadikan kawasan perumahan. Terlalu baru sehingga yang pindah masuk ke rumah masing-masing boleh lagi dikira dengan jari walhal besar kawasan ni. Blok yang menempatkan unit rumah kami waktu tu masih lagi baru dan dibersih-bersihkan kawasannya. Tapi kami tetap dah pindah masuk rumah ni tanpa apa-apa perabot. Aku tak ingat kenapa. Kain pelekat mak aku jadikan langsir sebab bangla bangla boleh nampak kami dalam rumah kalau mereka bekerja. Tingkap rumah kami memanjang dan lebar. Unit kami tingkat 1 tapi ada basement jadi kami boleh nampak bahagian basement yang dijadikan suasana taman. Harap sikit sebanyak boleh bayangkan ya.

Waktu kejadian, mak aku masih mengait cadar tilam untuk dijadikan hadiah perkahwinan bagi abg saudara aku dan isterinya. Mak mengait cadar sampai pagi sebab nak cepat siap. Kami semua beramai-ramai tidur di ruang tamu jadi mak pun mengait di ruang tamu. Dalam pukul 3 pagi, mak terdengar bunyi burung yang banyak di luar tingkap dan berpusing mengelilingi blok sehingga ke kawasan luar dapur. Dan kemudian bunyi tersebut hilang. Tak lama kemudian, mak terdengar bunyi anjing menyalak. Baru mak sedar ni bukan benda normal ni. Tapi mak teruskan mengait dan abaikan apa yang terjadi.

Cerita yang seterusnya juga berkenaan mak. Mak dan makcik-makcik aku jalan-jalan di sekitar kawasan perumahan kami dan melawat blok-blok di sekeliling blok kami. Saja untuk melihat bentuk blok dan unit-unit yang ada. Macam yang aku cakap, waktu ni belum ramai orang pindah masuk rumah masing-masing. Mak pulak jenis yang suka tegur-tegur. Jadi ada sebuah blok tu mak ter-tegur kenapa bentuk bloknya sekian dan sekian. Malam tu, mak diganggu dengan teruk sampaikan bapak pun terkena tempiasnya. Mak bermimpi ada ‘orang cantik’ datang mengganggu dan mak mengigau. Bila bapak kejutkan, bapak pula rasa meremang satu badan. Khusunya di tingkap bilik bapak ternampak ‘orang cantik’ yang badannya hanya separuh memerhati mak dan bapak di dalam bilik. Bapak rerus ambil wudhu’ dan azan satu rumah sampailah keadaan reda.

Yang ni aku akan ceritakan tentang jiran. Untuk pengetahuan semua, kami cuma ada satu jiran. Unitnya berhadapan dengan unit rumah kami. Pintu rumah kami menghadap pintu rumahnya. Kami rapat dengan keluarga jiran. Dan isterinya waktu tu sedang sakit tenat. Kadang-kadang mereka saja bukak pintu bagi angin masuk begitu jugak dengan mak. Dalam rumah ni ada satu bangku panjang depan pintu jadi mak duduk situ waktu petang macam tu. Tiba-tiba mak nampak macam ada sesuatu dalam rumah jiran. Bila diperhatikan, mak nampak ada perempuan mengengsot dari dapur ke arah pintu rumah dan kemudian hilang. Cepat-cepat mak tutup pintu. Kenapa perempuan itu bukan isteri jiran aku? Sebab isterinya sakit terlantar yang susah nak bangun dari katil pun. Gaya dan tubuh badan perempuan yang mak nampak pun sikit tak kelihatan macam isteri jiran aku tu. Anak-anaknya semua lelaki. Sekarang dah arwah isterinya. Innalillah.

Sebab part 1 ni aku khususkan cerita-cerita yang mak alami, jadi kisah selepas ni pun tentang mak jugak. Waktu aku berumur 18, aku dah sambung belajar di Selangor. Kakak aku dan adik aku pun sambung belajar di Malaysia. Jadi mak selalu sorang-sorang kat rumah. Bapak kerja 12 jam sehari jadi bapak memang pulang rumah waktu malam. Mak suka duduk di bilik solat dan mengaji. Mak cakap, mak selalu nampak ada perempuan lalu depan bilik. Dan bajunya labuh menyapu lantai. Nasib lah tak main cak cak dengan mak aku. Ada sekali mak dengar ada orang bukak pintu gate macam yang bapak selalu buat lah bila nak bukak gate dan pintu. Tapi tunggu punya tunggu, tak ada orang pun yang masuk.

Kemudian, pengalaman mak dan adik aku sekaligus. Macam yang aku bagitau, tingkap rumah aku memanjang ke bawah dan lebar. Boleh nampak sampai basement. Depan tingkap ni ada shelter yang orang selalu lalu-lalang. Waktu mak dan adik aku tengah berborak-borak, tiba-tiba ada tanah liat dibaling dari luar dan mendarat di tembok betuk-betul yang mak dan adik aku sandar. Masalahnya tanah liat tu mendarat tempat tinggi. Dan mak dan adik aku berborak tu menghadap tingkap. Kemungkinan yang ada, ada orang panjat shelter tu dan baling tanah liat ke dalam rumah aku. Tapi mak dan adik tak nampak satu bayang pun apatah lagi orang di luar tingkap. Siapa pulak yang rajin nak panjat shelter yang tinggi tu dan kenapa nak baling tanah liat ke rumah kami?

Ada sekali tu, mak duduk kat ruang tamu waktu malam dah. Mak dengar aku panggil mak dari dapur. Masalahnya, aku kat kolej jauh sana kat Selangor waktu tu. Jadi siapa pulak yang mak dengar panggil mak guna suara aku tu?

Part 2
Saudara mara aku suka datang rumah kami dan lepak sampai malam. Sebab mak aku suka memasak untuk dorang. Jadi waktu tu, kakak saudara aku baru je kahwin. Jadi dorang semua datang ajak suami dia kenal-kenal. Rumah aku ni, keluar je belok ke kanan ada satu jambatan yang menghubungkan blok dengan taman depan rumah. Sebab bawah basement jadi kena ada jambatan lah. Dan jambatan tersebut boleh kami nampak dari dalam rumah kami. Waktu tu waktu senja nak ke malam dah. Jadi makcik aku panggillah anak-anak sedara aku masuk. Dia nampak kakak sedara aku yang baru kahwin tu berdiri kat tengah-tengah jambatan menghadap taman. Dia panggil tapi kakak sedara aku tak ambil pusing. Tengok-tengok kakak sedara aku ada dalam rumah elok je tak ke mana-mana. Bila dia tengok ke arah jambatan, ‘kakak sedara’ aku tu tak ada dah. Jadi siapa yang dia nampak??

Part 3
Ini aku khususkan untuk aku dan adik beradik aku.
Ada sekali tu adik aku stay up malam-malam buat apa entah. Dalam pukul 12am, dia terdengar orang menyanyi. Mula-mula dia ingatkan kakak aku sebab kakak aku suka menyanyi. Tapi bila diamati, suara tu datang dari luar tingkap rumah bahagian bawah di basement. Mendayu-dayu suaranya adik aku cakap. Bila dia sedar pukul 12am, dan dia terfikir siapa pulak yang tak ada kerja nak nyanyi tengah malam di bahagian basement tu? Malam-malam memang kawasan tu sangat sunyi dan suram. Sudahnya adik aku masuk bilik dan tidur.

Seterusnya kisah kakak aku. Kakak aku ni lebih kurang mak aku. Senang mengigau. Aku selalu teman kakak aku tidur di bilik dia. Bilik dia ni sekarang bilik solat. Kejadian ni waktu kita masih di sekolah menengah lagi. Kakak aku cerita, malam tu dia terbangun tapi macam antara realiti dan mimpi. Aku tengah tidur kat bawah. Dan dia nampak ‘orang cantik’ datang ke arah dia. Cepat-cepat dia tutup mata ketakutan. Tak lama macam tu, benda tu berdiri sebelah katil dia opposite tempat aku tidur. Benda tu tanya..

‘Cantik tak muka aku?’

Kakak aku menggigil-gigil dengar. Sebab kakak aku tak jawab, benda tu tanya lagi.

‘Cantik tak muka aku?’

Kakak aku fikir kalau dia geleng m**i dia benda tu tunjuk wajah hodoh dia jadi kakak aku terus angguk. Benda tu cakap..

‘Kalau cantik, bukak lah mata. Tengok muka aku.’

Kakak aku nak menangis dah waktu tu. Dia bukak mata dan terus pekik sekuat hati. Aku tak dengar sebab aku jenis tidur m**i. Subuh tu bangun tengok kakak aku tak ada dah. Dia lari masuk bilik mak bapak aku tinggalkan aku sorang-sorang. Cis.

Kemudian kisah aku. Tak seseram kakak dan adik aku sebab aku ni paling lemah semangat. Kalau pernah baca M**i Bersama korang tau lah aku macam mana. Malam tu aku tidur lambat. Tengah dok main mesej, tiba-tiba katil aku bergegar. Aku ingat gempa bumi. Jadi aku statik tunggu gegar. Tapi tak gegar pulak. Bila aku sandar je kat kepala katil, katil aku bergegar lagi. Aku pandai. Jadi aku jenguk bawah katil. Ya Allah tak ada bawah tu. Lega aku. Aku memang takut kot kot benda tak sepatutnya muncul depan mata aku. Baru nak lega, katil aku bergegar lagi. Aku terus baring dan baca ayat Qursi sampai tertidur.

Part 4
Jiran-jiran aku.
Jiran aku yang depan rumah ni, tingkapnya betul-betul menghadap badminton court kat taman. Dia selalu dengar ada orang main badminton tengah malam tapi bila tengok memang tak ada orang.

Jiran kami kat tingkat 2, betul-betul rumah atas jiran depan aku, rumahnya selalu diketuk. Bila bukak tak ada orang. Selalu sangat sampai dia letak nota depan pintu

‘Please do not knock.’

Aku percaya setiap rumah ada ceritanya sendiri. Mak aku cakap kenapa nak takut sebab ni rumah kita. Tapi tipulah kalau sikit pun tak ada perasaan takut bila diganggu.

Bunyi orang bagi salam tapi tak ada orang memang jangan cakap lah. Banyak kali sangat dah jadi.

Ni baru di kawasan rumah aku. Yang lain, aku tak tahu. Rumah aku sejauh ni tak pernah lagi dan aku berdia sangat jangan lah kena sebab aku memang jenis lemah semangat dan penakut. Na’uzubillahi min zalik.

Kejadian ni banyak berlaku pada siapa-siapa. Kat mana-mana. Ada masa aku rajin taip aku ceritakan. Tapi tu pun kalau admin publish semua cerita yang tergantung dan cerita ni lah. Kalau tak, terima kasih pada admin sebab baca cerita aku. Salam.

Angah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

2 thoughts on “Kampung Punggol”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.