Trauma

Salam dan hai semua readers FIKSYEN SHASHA. Okay kali ni aku tertarik untuk menceritakan kisah benar yang memang benar . Tiada tokok tambah untuk menyedapkan cerita.

Kisah ni pasal abang aku jugak. Korang mesti pelik kan kenapa aku asyik cerita pasal abang aku je. Sebab aku tak delah alami benda yang teruk cuma gangguan biasa tu ada.

Kisahnya abang aku adalah bekas peguam di sebuah mahkamah yang nama nya biarlah rahsia. Nak tau sebab apa bekas? eh..abang aku tak tua lagi baru 33 tahun. Sapa nak PM lah.pftt…

Waktu dia jadi peguam tu, dia kena handle satu kes yang agak misteri jugak lah, sebab kes tu pasal kembar kan. Jadi mungkin agak sukar untuk handle kes tu, kembar ni lelaki dan diorang berdua ni miskin dan tak de mak ayah dah lagi.

Jadi diorang terpaksa mencuri untuk sara hidup diorang .Waktu diorang mencuri tu, disana ada tuan kedai. Salah seorang dari kembar tu t******h tuan kedai tu. Bila polis dah tangkap diorang masing masing mempertahankan diri, yang si adik bela si abang yang si abang pula bela si adik. Si abang ni dah pernah ada rekod jenayah. Masalahnya adik ni berkeras kata dia yang b***h. Waktu tengok CCTV tu abang aku kata dua dua kembar tu tak pakai topeng. Jadi sangat susah untuk kenalpasti yang mana satu yang bersalah.

Lepastu abang aku handle kes adik, yang abang tu lagi seorang kawan baik dia yang handle. Bila abang aku siasat siasat dia dah tau lah abang yang bersalah. Tapi adik dia merayu supaya jangan salahkan abang dia. Tapi abang aku kata kalau ikut kes ni kena gantung. Bila adik dia dengar adik dia terkejut.

Lepastu waktu bicara pasal kes tu hakim jatuh hukuman abang dia bersalah. Jadi kena gantung, adik dia abang aku kata memang kecewa sangat lah sebab dia dah tak de sapa dah kat dunia ni.

Tak lama tu abang aku kata adik dia m**i b***h diri. Abang aku tengok waktu abang kembar tu kena gantung. Sejak dari kematian kembar tu abang aku rasa down sangat sebab tak dapat nak selamatkan kembar tu. Abang aku kata memang salah diorang tapi kes tu mungkin boleh diringankan hukuman . Abang aku memang kecewa sangat lah.

Satu hari tu abang aku balik rumah sewa dia, waktu tu dia sewa sorang je. Dia kata setiap malam rumah tu akan jadi pelik sebab dengar bunyi guli lah, bunyi orang basuh pinggan, cuci lantai kat belakang rumah dan banyak lagi lah. Kadang kadang barang-barang dia pon berubah ubah tempat.

Lepastu kemuncak kepada gangguan tu, abang aku waktu tu dia tidor. Tiba-tiba dia macam dengar suara orang menangis…..tapi bukan perempuan, suara lelaki. Lepastu dia dengar suara lelaki menjerit, dia rasa suara tu datang dari ruang tamu tingkat bawah.

Dia pon rasa nak tau lah suara sapa tu……lepastu dia pon turun.

Dia sangat terkejut sebab keadaan rumah tu jadi lain. Sebab apa yang dia nampak macam dia duduk dalam mahkamah dan bukan rumah dia lagi. Lepastu tiba tiba dia terbayang waktu kes yang dia handle kembar tu. Dia nampak ‘REAL ‘ abang kembar tu m**i kena gantung. Pastu dengar adik dia menangis meraung kuat lah, memang ‘rumah’tu jadi bising gila. Dengan tiba-tiba dia tak sedarkan diri.

Dia kata sedar-sedar dia ada kat hospital. Dia bangun bangun terus dia menjerit. Waktu tu aku umur 23 tahun, aku memang terkejut beruk ah…….terus aku lari pergi kat ayah aku.

Doktor kata abang aku trauma sebab dari kejadian tu. Abang aku siap kena suntik dengan doktor. Sebab abang aku punya meroyan tu kalah orang nak beranak.

Lepas kena suntik abang aku pon tenang. Beberapa hari lepas kejadian dia memang banyak bersendirian. Duduk dalam bilik dia, lampu pon tak buka. Ayah aku dah risau, dia pon panggil ustaz. Ustaz ubat kan dia nak bagi semangat dia pulih.

Lepas dari kejadian abang aku decide nak berhenti dari peguam. Sekarang abang aku jadi pensyarah kat u Mana pon aku tak tau.

Sekian sampai sini je coretan aku. Aku harap abang aku tabah hadapi ujian ni. Aku sedih bila dia tak cakap dengan aku waktu dulu . Sekarang dia dah happy balik.”Abang kau happy aku pon happy jugak. Aku sayang kau”.

Aku harap sangat cerita ni dipublishkan. Cerita ni sebagai pengajaran walau apa pon berlaku ingatlah Allah. Jaga solat dan jaga hubungan dengan Allah. Assalamualaikum.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

#kamicomel

1 thought on “Trauma”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.