True or Dare

Hi dan Assalamualaikum pembaca FS . Aku shane dan terima kasih ya baca kisah aku yang lepas . Dan terima kasih admin siarkan kisah aku .  Huhuh terharu

Aku ada kisah lagi nak cerita kat korang ni. Kisah ni berlaku sewaktu aku sem 1. Awal sem memang wajib duduk asrama .Dah masuk sem 3 ke atas kau kena kick .Duduk luar, bermula lah episod cari rumah sewa berendam kan air mata . Menangis tanpa berlagu kau . Huhuh . Eh sudah apa yang aku merepek ni .Okay berbalik citer aku .

Sewaktu itu aku dengan geng(classmate aku) seramai 7 orang gitu .Kami plan nak main permainan ‘true or dare’ di bilik classmate aku yang 3 orang ni memang satu bilik .Jadi kitaorang decide lah main kat bilik dorang .

Malam tu dah pukul 12 lebih seingat aku, bila kita orang semua sampai di bilik dorang .

Sebelum tu classmate aku yang 3 orang ni ada toiletmate yang turut serta dalam game true or dare tapi dorang tak main pun game tu . Aku bagi nama lah kat dorang . Sorang Bob ,sorang Joe(dia ni alim sikit)

Setting puya setting soalan apa yang nak tanya waktu main nanti . Dah pukul 1 . Aku waktu ni dah nangtuk dah .Tunggu nak landing je . Mesti lena di ulit mimpi .

Kita orang mula lah bermain .Oh ya lupa nak bagi tahu ,orang yang buat soalan ni Bob dan Joe. Classmate aku yang 3 orang ni memang tak tahu soalan apa yang di tanya .Kalau dorang tahu memang tak aci lah .

Dalam bilik tu ada 9 orang. Yang involve dalam game true or dare kita orang 7 orang je .

Ini pertama kali aku main true or dare .Hahaha . Before ni aku tengok je orang main .Pertama kali main mesti rasa exited kan? . Jadi aku yang mula dulu .

Pada sesiapa yang tak tahu cara game true or dare ni .Aku citer sikit lah cara permainan dia .Satu barang digunakan (kitaorg guna kotak tisu) dan barang tu di pass kan kepada setiap permain .Waktu barang di pass kan tu ada lagu dimainkan .Sampai lah lagu tu stop .Orang yang stop lagu ni bukan permain tau , sebaliknya orang yang tak main game ni .Jadi yang ditugaskan adalah Joe.

Ni version kitaorang .Games ni banyak version ikut suka lah nak main lagu mana pun .

Bila lagu diberhentikan ,orang yang masih pegang kotak tisu tu yang kena jawab soalan .Sama ada soalan berbentuk true or dare bergantung kepada orang yang tanya soalan tu .Yang tanya soalan sudah tentu depa berdua .

Begitu lah bentuk game true or dare yang kitaorang main.

Soalan 1 soalan 2 dan seterusnya adalah soalan true .Orang kata kalau dapat soalan true okay lagi .Jangan dapat soalan dare sebab nanti kau kena buat benda yang merapu .Contoh macam kau kena call cakap I love U kat random contact kau atau apa lah yang dare kau kena buat .Ni bergantung pada dajal mana tukang bagi soalan tu .

Berbalik pada apa yang aku citer tadi, soalan 1 soalan 2 masih okay lagi masuk soalan 6, ya turn member aku yang kena .

Kejadiaan pelik itu berlaku .Dimana soalan (true) tu berbunyi ‘kau nak siapa yang m**i dulu dalam kalangan korang’ (korang ni merujuk kitaorg 7 org yang tengah main game).

Joe dan Bob terkejut lah apasal ada soalan macam ni . Classmate aku yang 3 orang tu cakap lah bukan korang berdua ke yang buat soalan . Kenapa tanya balik kat kitaorang . Then kitaorang stop kejap main game .

Aku pun dah rasa meremang . Tambah2 bila tengok muka si Bob tu .Muka dia sengih lain macam wei . Seram dah macam joker dah .

Pastu kitaorang sambung main game . Sebab nak habis kan soalan.

Semua seperti biasa ,hinggalah Bob jerit “woi apa tu” tunjuk dia ke arah tingkap .Bilik classmate aku 3 orang ni tingkat 3 tau ,tingkat paling atas sekali . Kitaorang pun tanya lah apa benda .Then dia boleh jawab gelak2 takda benda pun .Dia cuma ternampak macam ada benda terbang.

Aku time ni sungguh rasa tak selesa dah .Aku cuit member aku ajak blah .Tapi classmate kitaorang yang 3 orang pujuk supaya habis game baru balik .Lagi pun malam masih muda kata dorang .Malam masih muda pungkok hang .

Hish geram je aku, rasa nak liku sekor sekor .Nasib esok takda kelas.

Permainan diteruskan .Sudah nak habis soalan .Makin semangat aku nak habis kan .Hahhaah .

Turn aku kena soalan ,aku dapat soalan yang berbunyi begini ‘Mimpi yang sukar dilupakan’ .Aku pun berfikir lah nak jawab apa .Tengah2 aku kerah otak fikir , Bob cakap “kau shane pernah mimpi jatuh bangunan tinggi kan waktu kau depressed teruk dulu” .Tersentak aku weii .Macam mana dia tahu?

Member aku tanya lah dia “Macam mana kau tahu Bob? Shane tak jawab pun lagi ,kau dah memandai”
Then dia jawab “benda sebelah kau yang bagi tahu” dengan muka selamba badak dia.

Aku time ni dah angkat kaki nak blah .Eh melampau si bob ni .Sumpah aku tak leh go in dengan manusia seperti tu .Silap hari bulan boleh gila aku layan dia (nak je aku carut).

Aku dengan yang lain blah ,tak habis pun main game true or dare tu .Soalan serupa haram jadah .

Esoknya classmate aku yang 3 orang dengan Joe (Bob je takda) ajak jumpa .Nak citer pasal hal semalam yang kitaorang main game true or dare.

Rupanya dorang kata lepas kitaorang blah dari bilik dorang ,Si Bob meroyan kata kena habis main game .Kalau tak habislah kitaorang .Joe yang aku kata alim sikit tu .Baca lah ayat2 apa supaya takda benda berlaku. Mujur takda apa2 pun berlaku .

Tapi dorang pelik dengan kelakuan Si Bob semalam .Bila ditanya Bob kata takda apa pun dia saja je nak sakat kitaorang .Nak bergurau lah kiranya .Kejadahnya bergurau gila .

Mau malam tu kena nganggu, memang aku sembur si Bob ni . Classmate aku yang 3 orang tu kata ,Bob memang pelik sikit macam jenis psiko pun ya juga. Sebab tu tak ramai rapat dengan dia .

Seram doh dengan dia ni .Dah lah dia pernah kata aku ada saka .Aku tak suka pun dia .Tapi member aku yang lain rapat je dengan dia .

Itu sajalah kisah aku .Aku rasa kisah ni lebih pada Bob kot .

Btw yang soalan2 pelik tu takda sapa mengaku ada buat soalan tu .Baik Joe atau Bob .Dua2 kata dorang takda pun buat soalan tu. Entahlah aku pun tak tahu .

Alhamdulilah masa aku balik bilik tu okay takda benda berlaku . Kitaorang tak di nganggu pun .Syukur lah kan .

Bye .Sehingga berjumpa lagi .#shane

Shane

8 thoughts on “True or Dare”

  1. Pertama sekali, nama permainan tu adalah Truth or Dare. And second, EXCITED bukan EXITED. Exited tu past tense untuk Exit. Sekian kelas bahasa inggeris untuk kali ini. Kita sambung di lain hari. Jangan marah naa…ilmu ni, boleh tambah pengetahuan secara x langsung 🙂

    Reply
  2. BTW,shane..kau kata pernah mimpi jatuh daripada tempat tggi..maybe apa bob cakap tu betul..mimpi jtuh dp tempat tinggi salah satu tanda ada saka..mungin bole rujuk mana- mana pakar perubatan alternatif.

    Reply
  3. entah la aku tak rasa bob tu psiko ke apa, memang perangai dia macam tu kot, dia boleh nampak benda yang orang tak tau ke kan.. sebab tu orang tak berapa nak kawan dengan dia

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.