TUMPANG LALU

hai ! Ni first time aku tulis cerita dekat FS dan first time jugak aku guna laptop sampai taktahu nk cari tanda seru kat mana hehe.

aku ni orang kampung jadi rasa macam terasing dengan orang bandar . Cerita ni berlaku dekat member kepada member aku sendiri. Nama member kepada member aku tu Lyn (bukan nama sebenar ) Lyn ni jenis yang . Kebanyakan lelaki suka kat dia sedangkan yang perempuan macam…… hmm tau tau jela . Tapi lepas dia ada hubungan dengan seorang artis dia berubah.

okie sambung
Lyn rajin marah-marah orang time malam tapi siang dia demam sampai tahap 1000. Bukan tu je asal nak makan je dia letak makanan luar rumah dengan alasan nak bagi kucing makan la , eksperimen la walhal rumah dia duduk dengan family dia tu betul betul tengah-tengah hutan . Logik atau tak , kucing ada ke tengah-tengah hutan ?

Family Lyn bawak la dia pergi berubat . Ustaz kata dia kena santau banyak kali sampai ustaz kata takde cara untuk hapuskan jin yang dihantar tu. Lyn kata dia selalu jumpa budak lelaki ikut dia sampai rumah . Dia kata lagi , budak tu dia selalu tidurkan dekat ruang tamu . Pastu budak tu ada bagi tau yang ada ramai lagi ‘orang’ nak kan perempuan yang caring macam Lyn supaya berikan diorang makan minum , tempat berteduh walaupun tumpang. Ha pastu dia kata budak tu pun ada kat sebelah dia . Start masa tu la family dia dengan ustaz tak sedap hati.

Ustaz tu tanya ada lagi ke yang ikut . Lyn angguk . Tetiba ada bunyi perempuan menangis, tapak kaki,  menjerit, gelak dalam satu masa wehhhhh . Ustaz suruh ayah Lyn azan manakala yang lain baca surah-surah dengan kusyuk. Lepastu apa lagi, Lyn menjerit sambil lari pergi dapur . Dia pergi ambil pisau lepastu dia cucuk jari kaki dia . Tetiba suara yang tak diketahui penghuni tu hilang . Ayah Lyn teruskan azan sampai habis . Time habistu barulah Lyn terpekik macam orang gila . Sekali ustaz ambil Yasin tunjuk dekat Lyn, Lyn pengsan. Ustaz tu kata jin tu lemah . Sejak peristiwa tu Lyn terus masuk hospital gila sebab dia asyik cakap sorang-sorang.

Member aku ni pergila melawat si Lyn tu . Member aku kata Lyn tak habis habis cerita pasal seorang budak lelaki yang ikut dia tu . Sebulan dah berlalu , cerita Lyn dah tersebar entah sampai mana dah . Lyn kata dia tak kisah pasal cerita tu sebab cerita tak betul. Member aku curiga dengan perangai dia. Member aku pergi melawat lagi sekali . Member aku tanya Lyn kenapa dia boleh ada dekat hospital gila tu . Lyn kata “aku tak gila la ! aku masuk sini pun sebab peristiwa yang pasal cerita tersebar aku tu !” . Member aku pening la sebab dia kata cerita yang tersebar tu tak betul pastu sekarang dia gila sebab cerita tu waduh .

Member aku pun pergi dekat laci sebelah katil Lyn . Saja member aku tu nak tengok kot kot la jumpa harta karun . Last last jumpa weh harta karun . Member aku jumpa lukisan sebuah rumah besar , beberapa orang yang tergantung dekat pokok (kira macam 7 orang ) dan sorang budak lelaki dan sorang perempuan tengah senyum gembira . Member aku ni macam nak terkejut tapi dia tanya soalan lain. Member aku tanya Lyn kenapa family dia tak lawat dia . Kau tau tak dia kata apa ? dia senyum je .

Oh family Lyn ada 7 orang termasuk Lyn . Dalam fikiran member aku ni dah terfikir macam macam. Dia fikir yang dalam gambar tu yang kena gantung tu family dia …

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

kentangbusuk

2 thoughts on “TUMPANG LALU”

  1. seriously pening bila baca, actually sy rasa cerita dia menaik cuma jadi kucar kacir sbb gaya penceritaan yg tdk teratur dan susah utk pembaca utk hayati n fahami apa yg penulis nak sampaikan sebenarnya..mcm ada part yg tertinggal..x blh nak kata apalah sbb penulis ckp ni first time dia guna komputer.. apa pun… terima kasih sharing

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.