Tutup tingkap

Assalamualaikum and hi guys. Thanks admin approve cerita aku.
Cerita yang aku nak share ni takde lah seram sangat, just lebih kepada nasihat and pengajaran untuk kita. Mak ayah selalu pesan kan, waktu maghrib tutup tingkap, pintu. Malam malam tak usah dibiarkan tingkap terbuka. Tutup siap siap sebelum tidur.

Tapi aku suka buka tingkap waktu malam. Lagi lagi kalau cuaca panas. Berkuap kot dalam bilik. So nak tidur malam, aku akan buka tingkap and langsir. Angin sejuk dari luar tu yang buat tidur nyenyak. Lagipon aku tinggal tingkat 4 macam tu, jadi untuk orang nampak aku dalam bilik tu tipis lah. Bilik pon menghadap kawasan hutan or semak macam tu je.

Tapi ada beberapa malam yg mengajar aku erti tutup tingkap. Haha. Selalunya akan okay je, memang tidur mati sampai ke subuh. Tapi kalau angin kuat macam nak ribut, ha yang tu bahaya sikit. Aku tengah tido malam tu, selesa sangat sebab angin sejuk je masuk dari luar tingkap. Lepas tu, aku macam tersedar, sebab anginnya kuat sangat. Macam nak hujan, so aku lagi la syok ambil feelings. Memang sedap tidur malam ni. Tapi aku tak bukak mata, just tersedar and ambil mood nak sambung tidur.

Duk berangin kuat tu, tiba tiba aku rasa sapuan angin yg kemuka and ke badan aku ni dah bertukar kasar sikit. Macam kain lembut tau. Atas dahi aku. Kejap sapu dahi aku dari depan kebelakang. Kejap lagi dari belakang ke depan. Yg dari belakang ke depan tu aku tersentak sikit. Tingkap kat depan, kenapa angin ni dari belakang. Okay, aku tetap tak buka mata. Tapi aku mula baca ayat ayat dalam hati. Tapi makin baca, aku bukan makin sedar dari tidur. Aku macam lagi terperangkap dalam tidur. Macam makin sasul bacaan aku and makin melalut. Macam orang mengigau. So aku cuba baca dengan kuat pulak.

Mula mula susah, macam mulut ko kering sangat and lidah ko da keras. So susah nak sebut kan. Lama lama tu terkeluar jugak ayat tu dari mulut ko. Masa tengah berusaha baca tu, kain tadi dah tak ssapu2 muka aku dah. Cuma aku boleh rasa macam ada something dekat belakang aku. Posisi aku mengiring menghadap tingkap. Habis je aku baca ayat kursi dengan kuat, aku rasa something macam henyak tilam belakang aku and sekali lagi kain tu sapu kepala aku dari belakang terus ke depan. And lepas tu dah tak ada angin bertiup. Aku pon cepat cepat bangun and tutup tingkap.
So aku rasa, ada something masuk bilik aku sekali dengan angin tu. Tapi esok nya aku buka tingkap lagi. Tak serik.

Ada satu malam tu, aku mimpi sekor kucing masuk bilik aku ikut tingkap. Mula mula sekor, aku nak main lah dengan dia, tapi die keep duduk dekat tingkap, tak nak main dengan aku. Lepas tu, taktau datang dari mana, banyak pula kucing kucing lain masuk. So bilik aku dah sesak and aku dah rimas. Kucing kucing yg lain tu mula kerumun aku and buat bising, lepas tu aku nampak kucing yg asyik duduk tepi tingkap tu terjun. Aku jerit sebab terkejut. And aku menjerit sampai aku terbangun tidur. Esoknya, aku nak pergi kelas, ade kucing mati kat parking bawah bilik aku. Tak sure la kene langgar ke, atau jatuh ke..tapi kucing tu sebijik dalam mimpi aku semalam.

Ada malam malam lain, kalau angin kuat sikit tiup, mesti aku tersedar secara perlahan lahan sebab rasa ade tangan or something yg lembut tengah usap/belai tangan aku. Sangat lembut. Tapi mestilah seram kan, dalam bilik sorang sorang, tetibe ade yg usap tangan ko. So selalunya aku akan baca baca,then terasa angin tu keluar balik ikut tingkap.

Since malam tu lah, aku rasa yakin sangat memang ada benda masuk ikut tingkap bilik aku. Walaupun tak menjelmakan diri, aku dah tak buka tingkap bilik dah sekarang. So korang yang suka buka tingkap bilik tu, tutup ye sebelum masuk tidur.

.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

4 comments

  1. saya pun tido buka tingkap Dx … and selalu gak mimpi seram tpi fikir positive je … tpi ade satu kali tu mimpi seram n terjaga pukul 1.06 a.m. … pandang luar tingkap .. rasa mcm ade yg memerhati … terus tido kat ruang tamu dgn ayah n abg

  2. tingkap bilik aku mmg x pernah bertutup..tgkat 12 apartment..kadang2 terjaga malam terkejut lepas mimpi seram terus tengok tingkap..bgun je pagi mesti ada lovebite kak peha..celaka punye setan maen2 dengan aku..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.