Ujian bersuluk part 2

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.

Baiklah tanpa berbunga-bunga, Sambungan part kedua pasal brother seguru aku… Enjoy..

Mungkin amarah, dek kerana brother aku main ilmu dalam, dia pun pakai ilmu magis pulak! Berpecah jadi tiga!

Sekali lagi, dengan sedikit meloncat dan berputar, brother aku lepaskan kipas nandong dalam selayang pandang! Cukup ampuh sampai ketiga-tiga tercampak ke sungai dan satu daripada tiga mahluk tu ghaib!!

PUFFFFF!!!

Tempatnya hilang berganti kepulan asap!

Habis terbelah dua! batu sungai besar menahan henyakkan badan dan pukulan kipas..

Bila mahluk tu mula nak naik dari sungai, brother aku dah menunggu…

Dia sambut mahluk pertama yang mara dengan langkah pendekar! Terbit rasa berani yang luar biasa dari dalam diri!

KEKAR!!, GAGAH!!! dan MENGERUNKAN!!

Kuda2 dibuka penuh, dengan tangan kedua-duanya di naikkan ‘laksana menanti lontaran damak’

Tak, tak, tung…. Tak, tak, tung…. (bunyi gendang perang, nafiri dan serunai) bermain dalam imaginasi aku!

mahluk dari kiri yang hampir terlebih dahulu..

Cakaran tangan lurus, menyasarkan ke bijik mata brother aku!

Dia mengelak ke kiri! Dan masuk melangkah kaki kanan! Berdiri bersemuka dada ke dada secara berdepan!

Maju!

Dalam keadaan tergantung menyerang!

Kedudukan yang strategik dan kritikal! Dalam jarak yang sangat-sangat rapat!

Dia bukak hari kelapan!

KERIS!!

Spontan tangan kanannya mengenggam keris!

Keris hitam jawa 5 lok, hadiah dari guru sunting 12 yang dulu…

BRAPPPPPPPPP!!!!!

Bunyi tusukan!

KERIS DITUSUK MASUK! Di bahagian kiri perut mahluk tu!

Dengan segala kudrat dan iradat, keris di tarik meleret ke bahagian kanan perut!

BIAR PECAH TERBURAI!

Kalau kau tak mati! Aku yang mati!!!

PUFFFFFF!!!

Mahluk kedua pulak ghaib!! Juga menjadi kepulan asap! Bersama satu jeritan panjang!!!

EEEEEEEKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!

Tinggal satu lagi! Kepala segala ketua!

Keris masih digenggam rapi ditangan…

Mahluk tu mengundur kebelakang beberapa langkah!

Dan…… Melompat 10 kaki tinggi keudara

Menujah dengan kedua-dua tangannya dihala kedepan, bagaikan tahi bintang yang jatuh! Laju dan mengerunkan!

Dari tangannya keluar percikan yang berapi-api…

La qad jaa akum… Brother aku dah mula baca ayat 128-129 dari surah at-Taubah dalam satu nafas!

Langkah mesti diatur semula, dalam bersedia atau tidak!

kemas!

Lalu kaki kanan diangkat separuh tergantung separas lutut, kaki kiri tetap berpasak dibumi, tangan kiri diangkat tinggi melepasi bahu, tangan kanan yang mengenggam keris diacukan kedepan! membuka ‘alam’ sendiri kepada musuh, antara mengumpan dan bersedia! Sambil mulutnya terkumat kamit menghabiskan bacaan ayat at-taubah tersebut

Serangan dari atas ni serangan membunuh!

Kali ni mesti ditamatkan…

Sebelum rebung menjadi buluh, eloklah dipatah-patahkan!!!

Bila mahluk tu makin hampir dalam jarak sehasta…

Satu tendangan PADU kaki kanan hinggap di dagu, bukan sebarang tendangan! Tendangan diisi dengan kalamuLlah!

PRAKKKKK!!!

patah sebatang taring mahluk tu…

Terpelanting hilang di balik kegelapan hutan!

Tersembur entah darah entah cecair dari taring yang patah tadi…

Mahluk tu rebah berguling di tanah!

Tak berlengah disambung pulak dengan kunci lipat, mahluk tu tertiarap dengan kepala diantara pelipat kaki kanan, sambil tangan kirinya dikunci kemas!

Badan nya dihempap dari atas dengan separuh bertinggung, tak mampu bergerak!

Mengelupor mahluk tu cuba lepaskan diri!

Kekuatannya luar biasa! Bukan kekuatan manusia!

Masanya tiba!

Keris yang digenggam rapi dalam tangan kanan, bersedia menikam kepala mahluk yang tertiarap tu, dan bila di tikam!

ZRAPPPPPPPPPP!!!!!

Satu jeritan memekakkan telinga yang sangat hebat bergema!!!!!! Jeritan yang jauh lebih kuat dari dua jeritan sebelumnya!

ARKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!

Mahluk tu menjerit panjang!

Tembus ke otak, mungkin!

Bungkas dua tiga batang pokok sebesar pemeluk disekeliling dek biasan ilmu dalam terakhir yang dilepaskan

Tak beberapa saat kemudian mahluk yang ditikam tu berubah jadi asap! Brother aku cuma menikam angin, tanah dan pasir! Perlahan-lahan kepulan asap menjadi nipis dan hilang….

Spontan seluruh hutan menjadi sepi! Bagaikan berada di tempat yang pengap! Unggas pun tak berbunyi! Temasya gilang gemilang yang hingar bingar dari tadi dengan tiba2 hilang! Berdesing telinga dengan suasana yang berubah tiba-tiba..

Tempat mahluk tu berganti dengan sebilah sundang bersarung..

Sundang sepanjang 2 kaki di angkat…

Dan keris hari kelapan kembali disimpan!

Dan dalam keanehan sendiri… Antara berkira-kira sudah tamatkah latihan ku? Atau masih ada lagi mahu mencabarku?

Bingung…

Ada suara dari kejauhan…

Samar tapi jelas butir2 ayatnya…

Gema suaranya sebesar gunung yang gelap di seberang sungai

“pulanglah anakku… Latihan kamu telah tamat! Simpanlah hadiah kemenanganmu. Sebagai tauliah dari latihan ini!!”

Alhamdulillah latihan telah tamat! Fajar pertama pun mula menyinsing dibalik celahan gunung

Esok pagi masa berkemas, kesan2 batu pecah dek pempanan semalam jelas kelihatan.. Dengan pokok-pokok besar yang tumbang dan pokok renek yang dah benyai dek jatuhan keras semalam

Itu pagi terakhir disitu, perasaan ‘orang grade’ bercampur baur antara sedih dan gembira.. Terharu dengan susah payah yang dilalui selama 10 hari ni…

Sebelum berlepas naik pesawat keesokkannya, brother aku balas dendam makan cukup2 dan perkara pertama yang dibuat bila dah sampai Malaysia adalah menghadap guru…

alhamdulillah semuanya selesai…

Ijazah pertauliahan latihan diberikan dengan berbakul ucapan tahniah!

Sekarang ni dia dah di Indonesia menyebar syiar Islam dalam seni beladiri dengan caranya sendiri…

Lama dah aku tak dengar khabar berita dia, yang terakhir aku dengar dia dah berkahwin dengan wanita kelahiran sana, dan dah ada 3 cahaya mata. Moga dia sukses aku doakan…

Pengajaran yang aku kutip dari cerita dia ni, selain dari ilmu, amal dan yakin, berani jugak adalah perkara mustahak.. Kalau aku. Mintak ampun mintak maap, aku tak sanggup nak mengadap ujian macam ni..

Hadapilah apa pun dengan berani.. Bak kata Dwayne ‘the rock’ johnson “when life put u in a stake, instead of saying why me? Says TRY ME!!”

Sekian cerita epik seram kung-fu aku, moga terhibur!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

6 thoughts on “Ujian bersuluk part 2”

  1. Sebuah Kisah Pertualangan Hebat Pendekar Melayu di Bumi Sumatera yang penuh Misteri …
    Pengalaman Kebatinan yang menjadi idaman Qalbu ….Insha Allah …
    Jika ada lagi kisah Pendekar yang menarik silalah Kongsi ..
    Kecil tapak tangan,nyiru ditadahkan …

    Reply

Leave a Comment