Roh jagung rebus

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.

Korang rindu aku ke? Hihi, aku dah mula busy la sejak dua menjak ni. Anyway aku doakan korang semua sukses dalam apa jua bidang yang korang ceburi, Amin.

Cerita kali ni tentang sorang kawan aku, mat. Mat ni bekerja meniaga ayam goreng di pasar malam. Saban hari, menjelang pukul 4 petang, dia akan keluar bawak ayam yang dah di perap ke tapak pasar malam, dan usai meniaga, mat akan bawak balik keuntungan nya setiap hari, dan akan sampai ke rumah sekitar sejam atau dua jam kemudian.

Begitulah rutin mat setiap hari, kecuali hari Ahad, hari dimana dia akan bercuti dari berniaga seperti biasa.

Satu hari, hari khamis malam jumaat, apabila mat dah habis meniaga, dan barang telah siap di packing untuk pulang ke rumah, staff dia pun dah beransur balik selepas siap mengemas. Tinggal lah mat sendirian di tapak pasar malam menghabiskan rokok, sebelum bertolak.

Takde apa yang perlu dikhuatirkan, sebab masih banyak lagi orang cina penjaja buah, masih ralit memunggah buah masuk ke dalam lori. Tapak pasar malam pun masih ada peniaga lain yang masih sedang mengemas..

Habis rokok sebatang, mat naik ke van vanette nya sendirian dan mula memandu keluar dari tapak pasar malam. Jalan yang di tempuh malam ni, tak lah begitu jauh, lebih kurang 30-45 minit je perjalanannya. Mat dah biasa, tiap-tiap minggu meniaga kan? Takde apa perlu di risaukan, fikirnya..

Di pertengahan jalan, dari kejauhan…

Mat nampak ada sorang nenek tua, terbongkok-bongkok sedang berjalan, sambil di tangan kanannya mengendong plastik berwarna merah..

Kesiannnn… Mungkin dia baru balik dari pasar malam, datang dah lewat, balik tentulah lebih lewat, fikir mat…

Mat berhenti tepi, dan mempelawa nenek tu menumpang..

“Nak kemana cik?” kata mat

“nuuuuuu depan nu je….” balas nenek tu sambil menjuihkan bibir menunjuk ke depan

“naik ler, aku hantarkan! kalau jalan biler nya nak sampai!” kata mat ramah..

Nenek tu pun naik van mat, duduk di bahagian depan, sebelah pemandu. Kat belakang van, dah penuh dengan segala perkakasan meniaga, khemah, tong gas, meja, baki ayam perap dalam kontainer, takkan nak suruh nenek tu duduk belakang dengan barang-barang kan?

“beli apa tadi cik?” kata mat ramah, sebaik nenek tu melabuhkan p******g ke kerusi

“panggil aku nek kiah je… Umur ko baya cucu aku je, aku beli jagung rebus tadi ni haa, dak sapit yang mintak, teringin katanya” pior punya ‘ascent’ melaka, nenek ni berbual.

“ohhhhh… dak sapit nak makan jagung, apa tak suruh je dia beli sendiri? Jauh ler nak berjalan…” balas mat lagi

“takpe.. Lagi pun, dak sapit dah mintak jagung ni lama dah, dari masa aku masih hidup lagi…” kata nenek tu

“haha, pandai nek kiah melawak, kalau tak hidup lagi, macam mana pulak nenek boleh belikan jagung..” kata mat sambil ketawa kecil
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nek kiah diam tak membalas apa-apa..

Mat dah blur… “aku ada salah cakap ke tadi? Ke nenek ni yang salah cakap?” kata dia dalam hati

“aaahhhhhh berenti, berenti! Dah sampai!” kata nek kiah, spontan mengejutkan mat dari lamunan!

Mat drive ketepi dan berhenti di bahu jalan!

Nek kiah turun dari van tak bercakap sepatah haram pun, berjalan depan van mat, menyeberang ke sebelah jalan, dan hilang tak nampak bayang lepas dua tiang letrik..

Laju betul orang tua ni jalan, tak padan bongkok tiga, fikir mat.

Mat sambung memandu dengan seribu satu persoalan!

Langsung tak fokus pada jalan!

Dalam 10 minit memandu, dia nak menyalakan sebatang rokok..

Sambil memandu, tangan kiri dia meraba-raba rokok dan lighter kat bahagian tengah ‘arm rest’ van..

Tengah raba tu, dia teraba plastik..

Dia menoleh..

Alamak! Jagung nek kiah!

Alahai… Kesian orang tua tu, beli jagung, tapi jagung nya tertinggal dalam van! Fikir mat!

Dia patah balik, dengan niat nak menghantar jagung nek kiah tu tadi, kesian pulak memikirkan orang tua tu dah berjalan jauh pergi dan balik dari pasar malam, tapi jagung nya tertinggal.

Nyanyuk kot orang tua tu, fikir mat lagi

Sampai kat lokasi last dia drop nek kiah tadi, mat pun berhentikan van ke tepi, naikkan tingkap dan lock van, sebab mat fikir nak jalan kaki je, mungkin rumah nek kiah tu tak jauh..

Mat turun jalan kaki, sambil bawak plastik berisi jagung rebus tu, tercangak-cangak dia berjalan bawah lampu jalan sorang-sorang cari rumah nek kiah!

Sepanjang jalan yang cuma sebatang tu je, takde pulak nampak deretan rumah!

Mat dah makin pelik!

Sampai hujung lampu jalan yang ketiga, langsung takde rumah, dan dalam samar gelap malam, nampak deretan batu nisan berselerak atas tanah!

Mengelupur mat lari balik ke van dia ditepi jalan!

Dalam van, mengigil-gigil mat memandu dan cuba menyalakan rokok untuk bertenang!

Naik pecah otak dia berfikir, baru dia teringat kawasan tu kalau lalu time siang, memang kawasan perkuburan!

Tak boleh nak brain dia dalam van! Sampai dia terlupa plastik jagung tu, masih ada lagi dia bawak bersama dalam van!

Sampai kat pintu pagar rumah, mat berhentikan van..

Masuk dalam rumah, dia cuba ‘digest’ dalam kepala otak dia, insiden yang dah jadi tadi!

Selang 15 minit, dia dah bertenang, dia fikir mainan perasaan je, dia keluar balik, nak ‘unload’ barang dari van, baki ayam perap tu semua kena simpan dalam freezer, kalau sampai esok pagi, terbiar belakang van, rugi tak boleh jual, ayam rosak..

Tengah dia terbongkok-bongkok keluarkan kontainer bawah susunan khemah dalam van, ada orang bagi salam dari luar pagar..

Mat jawab salam, dan dia pergi menjengah, siapa pulak datang lewat malam macam ni!

“Assalamualaikum bang! Saya dak sapit! Nek kiah tadi ada tertinggal jagung rebus dalam van abang kan?” kata budak tu memperkenal kan diri

“Wah, macam mana nek kiah tau rumah aku?” gumam mat dalam hati

Budak ni pakai baju t-shirt merah, helmet polo warna putih, seluar jeans koyak sana sini, naik motor lc hitam, cerita mat pada aku, wizer dia pecah separuh, sebelah muka ada wizer, sebelah lagi wizer terkopak, menampakkan muka.

“Ohhh dak sapit cucu yang nek kiah sebut tadi, berderau d***h aku cari rumah tak jumpa tadi masa nak hantar balik jagung” balas mat

“maaflah menyusahkan abang, rumah kami sebelah belakang kawasan perkuburan tu, ni nek kiah suruh ambik balik jagungnya” balas dak sapit

Di pendekkan cerita, mat ambikkan jagung dalam plastik tu, masa dia serahkan pada dak sapit, mat rasa pelik sebab, pakaian dak sapit koyak rabak teruk dan berdarah-d***h..

Tadi masa datang, takde pulak nampak macam ‘over bleeding’ macam sekarang!

D***h merah segar!

Bau hanyir!

Sikit lagi mat nak termuntah!

“kenapa ko sampai berdarah-d***h ni dek?” tanya mat

“tadi eksiden sikit la bang, tak sempat mengelak, masuk bawah lori…” balas dak sapit

“pegi klinik dulu lah, jagung takpe, aku boleh hantarkan nanti” kata mat kesian dan pelik

“takpelah bang, dah alang-alang sampai ni, saya ambik sekali jelah, nanti tak sempat nak makan dengan nenek” balas dak sapit.

Mat bagi je jagung tu tanpa banyak soal..

Bila budak tu dah ambik jagungnya dan nak blah, mat nampak tulang lutut kiri dia terbonjol keluar dari tempurung lutut, macam tergantung-gantung, senang cerita kaki kiri dia nampak ‘clear’ dah putus, cuma jeans yang dia pakai je menyebabkan kaki tu nampak bersambung! Wizer yang pecah tu, nampak mukanya dah sobek macam terseret jalan, daging bergentel terjuntai di pipi

Malam tu mat tidur dengan beribu persoalan.

Esoknya, pagi-pagi mat dah keluar, tak puas hati, selagi dia tak jumpa rumah nek kiah, dia drive sampai jalan yang dia nampak semalam tu..

Hingga ke hujung jalan, sampai nampak deretan ‘pusara di lebuhraya’..

Mat nampak ada rumah kayu usang belakang kawasan perkuburan tu, mat berjalan kaki, sampai lepas kawasan rumah, dan tak jauh dari situ, dalam jarak dua rantai, ada lagi beberapa biji rumah kampung jugak..

Mat bagi salam kat rumah kedua lepas pada rumah kosong yang pertama, dengan niat nak mencari rumah nek kiah.

Tuan rumah perempuan separuh umur keluar..

“Assalamualaikum kak, aku datang ni nak cari rumah nek kiah dengan dak sapit” kata mat

“wa’alaikum salam, nek kiah? Dia dah lama meninggal, dah 5-6 tahun kot? Dia jatuh sakit sejak dari cucu dia dak sapit maut akibat eksiden motor! Tu rumah kosong sebelah tu, rumah nek kiah lah! Anak cucu dia semua taknak tinggal kat rumah tu sejak nek kiah meninggal!” balas tuan rumah tersebut

Ahhh sudah… Semalam….??? Siapa????

Lepas ucap terima kasih, mat terus balik! Petang tu, tak jadi dia meniaga, badan seram sejuk..

Lewat malam, rumah dia ada orang datang bagi salam lagi!

Bila mat jenguk dari tingkap..

Nampak nek kiah dengan dak sapit berdiri depan pagar rumahnya melambai-lambaikan tangan!

Naik demam kura mat dek kerana takut yang melampau!

Lepas setengah jam, mat jengah keluar, dah tak nampak siapa dah! Tapi ada masalah lain pulak…

Ada plastik merah, nampak macam berisi jagung tergantung kat pagar rumah mat!!

Fuhhh… Saspen habis laa…

Malam tu, malam paling panjang dalam hidup mat, tidur pun sampai meracau-racau

“JANGAN!!! JANGAN MAKAN AKU!! JANGAN MAKAN AKU!!”

Bahaha, dia ingat dia chipsmore ke orang boleh makan? Bahenol

Esok siang, mat cari perawat dalam kampung dia, ustad kata keteguran..

Ustad suruh mat hanyutkan jagung tu ke sungai, dan sedekahkan fakir miskin makan dengan niat amalan tu dihadiahkan pada nek kiah dan dak sapit.

Moga mereka tenang..

Mat ada usha jugak apa cerita disebalik dua insan ni, katanya yang dia dengar, dak sapit keluar nak beli jagung untuk nek kiah, tapi nasib tak baik, terlibat dalam kemalangan maut! Nek kiah pulak m**i beragan bila dak sapit tak balik-balik semenjak malam tu..

Orang kampung jumpa nek kiah dah separuh reput dalam rumah.. Kesian..

Begitulah cerita yang disampaikan oleh mat pada aku..

Pengajaran yang aku kutip, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali! Korang yang rajin nak menumpangkan orang tu, kena lah rajin jugak baca ayat-ayat perlindungan diri ye?

Sekian cerita aku, moga terhibur,,

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Arif Yahya

10 thoughts on “Roh jagung rebus”

  1. adoii……ko ni rip, tarhabak-habak acik gelak.
    kelakar seram sungguh. Dak Sapit mcm nama cucu nenek melaka yg viral tu je..
    hahahahahahaa.
    Very good antau lagi citer yer..

    Reply
  2. Masha Allah …
    seram bebenor ni yeop …
    sekali dgn Mat diorang ajak makan jagung …mahu tak behenol terus …
    bala …
    Jin Syaitan datang menguji …mereka bermain dengan otang yang telah tiada ..untuk menyesatkan akidah Umat Islam …bg menunjukkan manusia meninggal menjadi hantu …walhal itu kerja mereka untuk menyesatkan akidah dan iman orang yang beriman …
    Allah swt menguji setakat yang mampu oleh hambanya …
    bertabahlah …

    Reply
  3. Menarik cerita ni, teringat pulak kat berita2 yg keluar tv atau fb yg mana polis kena pecah rumah bila jiran2 mengadu ada bau busuk, bila bukak tengok, rupanya dah arwah dah org dlm rumah tu… kesian…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.