ULEK MAYANG.

ULIK MAYANG.

KISAH ini berlaku sewaktu aku berada di tahun lima di mana waktu itu, sekolah mengadakan majlis malam kebudayaan.

Ada pelbagai acara yang di adakan seperti lakonan, sketsa komedi dan juga tarian. Bagi budak-budak darjah lima, kami lakonan termasuklah kelas aku.

Tetapi aku bukanlah ingin mengisahkan kelas aku tapi apa yang terjadi sewaktu malam tersebut, pabila penari utama kakak senior kami yang memegang watak Puteri Mayang Sari tak silap, dirasuk sesuatu.

Waktu-waktu rehearsel kumpulan penari ulik mayang ini memang tidak ada seorang pun yang kena rasuk namun entah mengapa, di hari majlis ia boleh terjadi dan agak kecoh.

Dengan pekikan para ibubapa hadirin lagi. Menggamatkan lagi suasana yang kian meremang itu.

Awalannya kakak senior menari seperti biasa serta dalam tarian tersebut diselitkan juga beberapa babak.

Tatkala pada satu babak ni. Babak apa serius aku tak ingat. Tapi sampai saja ke babak ini, Kak Liza( bukn nma sbnar) tiba-tiba menjadi kaku dalam masa beberapa minit sebelum dia melentukkan punggungnya lalu keseluruhan tubuhnya umpama penari tarian klasik Jawa.

Jari-jemari juga lentik. Benar-benar melentik. Ya, aku masih ingat kerana waktu itu aku dan grup kami masih lagi berada di belakang pentas tapi bolehlah nak keluar melihat persembahan di ruangan kosong dan gelap dan ada speaker.

Grup kakak ni pada mulanya tak mengesyaki sebarang keganjilan sehinggalah. Abang Fezal( bukn nm sbnar) yang pada masa itu memegang watak bomoh perasan akan keanehan pada gerak tari Kak Liza.

Kak Liza menari pun membuatkan suasana serta kami semua merasa meremang. Tariannya sangat lincah sedangkan selalunya tidaklah selincah ini.

Kak Liza mengembangkan kain selendang yang terikat di pinggangnya pun kami semua dah terasa seriau. Itu belum lagi dia membuat suara seperti humming.

Bermula dari Kak Liza lalu seorang lagi penari grup mereka menari semacam seperti gaya Kak Liza juga.

Kak Liza menjadi sedikit agresif, bila babak tok bomoh halaunya pulang dengan melakukan penolakan pada tubuh Abang Fezal secara kasar.

Masa ini, grup mereka yakin ada sesuatu sedang menganggu persembahan mereka. Suasana makin gamat bila Kak Liza dengan Kak Ros ( bukn nm sbnar) yang serentak kena rasuk ketawa kuat.

Para cikgu meminta tamatkan persembahan. Juga diminta para ibubapa keluar dahulu dari dalam dewan. Termasuklah ibubapa Kak Liza dan juga Kak Ros.

Mak dengan abah aku pun sama juga keluar. Aku tahu, pasti mereka risaukan aku pula tapi kami di belakang pentas alhamdulillah masih lagi tidak ada sebarang kerasukan.

Para penari yang tidak kena rasuk khasnya murid perempuan dan paling utama yang mana ‘badan kotor’ diminta keluar juga. Biarkan beberapa orang cikgu saja termasuk ustaz dan ustazah.

Sekolah ku ada seorang ustaz yang boleh dikatakan tahu juga tentang perkara-perkara ini jadi dialah yang membantu meruqyah.

Aku dan seorang lagi rakanku kami nampak secara depan-depan apa yang berlaku. Memang sukar nak memegang tubuh kedua-duanya.

Kak Liza dan Kak Ros bukan saja menggelupur dan memekik malah berkata-kata pula. Aku sempat juga dengar sembang beberapa orang guru di sebelah belakang, mereka pada mulanya berat untuk mengadakan persembahan tarian ulik mayang takut jadi perkara sebegini namun cikgu kebudayaan yakin tidak akan berlaku apa-apa memandangkan tidak melakukan sebarang ritual pelik.

Abang Fezal pula dengan berani-beraninya menyebut juga dialog “ Yang laut balik ke laut…” itu, Kak Liza makin merapu percakapannya. Agak degil benda itu mahu keluar dari tubuh Kak Liza.

Malam persembahan yang sepatutnya tamat jam sebelas malam selain jamuan makan, menjadi singkat dan chaos.

Ada juga beberapa murid-murid lain menangis ketakutan. Yelah siapa yang tak takutkan, perkara terjadi tanpa dipinta dalam dan dengan sekelip mata sahaja.

“Tidak! Aku suka dia. Dia panggil aku!” Itulah dialog Kak Liza bila Ustaz meminta supaya si dia itu keluar dari dalam jasad Kak Liza.

“Tidak! Aku tak takut! Aku suka dia!” Tengking Kak Liza dengan mata terjegilnya.

Ternaik-naik badannya melawan tentangan mata Ustaz. Naik lenguh tangan para cikgu perempuan memegang Kak Liza yang tidak mahu duduk diam itu.

Ustaz sudah malas nak melayan racauan Kak Liza lalu dia mencari ibu jari kaki Kak Liza. Mulutnya terus terkumat-kamit. Semakin kuat jeritan Kak Liza.

Aku pun takut mendengarnya. Kami semua semakin merapat. Yang lelaki juga. Grup penari pun makin menjauh.

Lama jugalah sesi ruqyah itu berjalan sehinggalah Kak Liza pengsan. Ustaz pun yakin benda yang menumpang dalam tubuh Kak Liza itu juga tiada.

Lepas saja Kak Liza dibawa ke bilik guru. Kami semua diarahkan untuk keluar juga. Hanya dua orang ustaz saja yang tinggal dalam dewan tersebut.

Sampai ke rumahlah aku dengan mak abah ku bersembang soal kak Liza yang merupakan jiran dua, tiga buah rumah kami saja.

Begitulah ceritanya. Kini aku pun tak tahu apa khabar dengan Kak Liza dan Kak Ros. Aku harap mereka sihat di samping keluarga.

Cuma yang aku masih tertanya mengapa kejadian itu berlaku pada malam itu. Apakah kerana tarian itu sendiri ataupun sekolah rendah aku itu?

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Che Senja Merah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 31 Average: 3.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.