Umi Berdarah

Romiati Ramli:
Tidak pernah terfikir nak berkongsi cerira di FS ni. Tapi bila terbaca kisah villa berhantu sekejap tadi, baru teringat pengalaman bercuti pada akhir oktober 2017.

Cerita bermula bila aku, suami, 2 org ank kami serta adik bongsu perempuan aku pergi menginap disebuah resort mandi manda di melaka. Anak aku seorang 5 tahun seorang lg 3 bln. Ini kali pertama bawa si baby ni berjalan jauh. Jadi ragamnya boleh tahan… menagis sahaja.

Kami sampai sahaja di melaka kami jalan2 dulu dibandar hilir. Untuk elak anak meragam, kami bungkus makanan dan mkan di hotel.
Sampai dihotel untuk cek in, punyala ramai pelanggan. Sebab hari itu negeri johor je cuti. So ramai la orang johor.

Siap saja cek in, kami terus mengangkut barang2 kami yang banyak macam nak pindah. Dengan pelampungnya, dengan buai baby nya…

Sampai dibilik yang telah dibooking 3 hari awal. Saja ambil aparment 2 bilik. Konon boleh honeymoon dgn suami. Anak yang sulong bole tido dibilik sebelah dengan mak usunya….
Anak yang sulong siap sahaja makan tengahari yang di bungkus dikuar tadi sibum xsabar nak mandi di kolam. Saya suruh mak usunya bawa. Saya memang malas nk basah2 baju mandi dikolam. Sementara saya dengan suami jaga baby tido di bilik kami.

Sebelum saya terlupa, sampai saja di apartment tadi kami dah buka radio kecil yang ada rakamn mengaji semua surah tu. Almaklumla ada baby… takut kena kacau….
Petang dalam jam 4.30 mcam tu si kakak dengan mak usu dia masuk bilik sebab da puas berendam. Sy pula macam teringin nak turun ke kolam untuk tengok2… saya ajak la suami. Si kakak pun nak ikut. Jadi baby masih tido di jaga oleh mak usu dia…. disini la seram bermula….
Bila turun ke kolam da pukul 5.30 mcm tu… tp saya rasa xsedap hati je. Dah ronda2 dekat kolam2 rasa2 air kejap saya terus ajak suami dgn si kakak naik bilik.

Sampai bilik kecoh la adik sy bercerita yang dia macam dengar sesuatu dlm bilik tu. Mcm suara org mendengus. Dia kata dia wasap saya suruh naik. Tp saya xbaca wasap pun. Memang nak naik sendiri sebab sedap hati. Dia duduk bilik saya sebab jaga baby tido dibilik tu. Saya xnk buat dia takut. Saya cakap perasaan dia saja.

Lepas maghrib kami nak keluar cari makan malam. Tp mcm biasa kami bungkus makan di bilik sebab takut baby meragam. Tp dalam perjalanan baby menagis saja. Xdapat dipujuk2. Suami turun bungkus disebuah restoran makanan thai. Kami anak beranak tunggu dalam kereta. Rasa dekat setengah jam menunggu suami siap. Kami da usaha mcm2 cara nak berhentikan si baby menagis. Bila suami siap kami terus balik bilik.

Sampai bilik baby pun da kurang ragamnya… bila da siap tidokan. Dia pun tido. Si kakak pula mlm tu badan panas sgt demam… suami mkn dulu di ruang tamu. Kami anak beranak jaga baby tido dlm bilik.

Lupa nak cerita. Masa ank saya yang sulung, si kakak dgn mak usunya trun maon di kolam. Saya ada masuk bilik mereka. Serius rasa sesuatu bilik tu. Xsedap hati sgt. Jadi mlm tu kami punggah tilam bilik tu masuk bilik saya dan suami. Memang sempit. Ngam2 3biji tilam single dlm bilik sy.
Lepas suami saya makan dia masuk bilik jaga baby. Kali 3 beranak plak makan di ruang tamu. Si kakak da makan dan xhabis. Sebab demam. Jadi dia baring di sofa. Saya dengan adik mkan. Tiba2 kakak bercakap ” umi, umi xdengar ke mak usu panggil siap goyang2 badan umi. Saya dengan adik saya berpandangan. Pelik. Kami tengah makan bila masa plak adik saya goyang2 kan badan saya. Saya pun nak sedapkan ati cakap dengan anak, ” akak, akak ngigau ni. Akak tertido ngigau la tu” dia pun senyap je.

Siap makan. Kami berlima pun landing dalam bilik. Suami sya tepi sebelah kiri, baby, saya, si kakak dan tepi sebelah kanan sekali adik saya. Bila tgh baring2 tu saya rasa badan si kakak ni panas sgt.

Jadi saya pun ajak adik saya keluar cari 7eleven untuk beli cool fever dan panadol kanak2. Saya suruh suami jangan tido. Jaga anak2 sbb kami nak keluar. Bila turun saja ke tinggkat bawah, depa lift mujur kedai serbaneka dia buka. Dan barang2 yang saya nak cari tu ada. Xperlu la keluar cari 7eleven. Kami pun bukan faham jalan2 area situ. Lagila da malam ni.

Siap semua kami naik ke bilik semula. Sampai di bilik saya pakai kan cool fever ke dahi si kakak dan bagi dia makan ubat. Kami pun ready nak tido. Suami pula xjadi nak tido. Dia keluar tgk tv di ruang tamu. Sambil makan jajan yang saya beli di bawah tadi.

Cerita seram seterusnya bermula… tengah sedap tido tiba adik saya kejutkan saya. Dia kata tutup la pintu bilik. Saya jenguk suami masih tgk tv. Saya tutup sikit pintu bilik. Sambung tido semula. Tengah malam dalam pukul 3 tiba- tiba si kakak bangun. Dia dengan mamai2 cakap”kepek umi berdarah” saya memang ajar anak saya sebut kemaluan tu kepek. Xla mcm lucah dengarnya. Saya marah dia jangan merepek tido. Akak mengigau tu. Kami sambung tido sampai pagi.

Pagi tu tiada apa y berlaku. Kami turun sarapan di bawah. Naik semula untuk kemas2 nak check out. Sebab nak meronda lagi di bandar melaka. Kami kemas semula tilam2 dan katil y kami punggah ke bilik asalnya. Bila saya kemas cadar, cadar bekas y saya tidur ada tompok2 d***h kering. Xkan hotel ni guna cadar kotor getus hati saya. Saya positif lagi. Ini mgkin d***h dari kudis2 kot. Bila siap sahaja cek out dan masuk kereta. Baru la adik saya buka cerita apa yang berlaku malam tadi.

Semasa dia kejutkan saya untuk tutup pintu bilik. Sebenarnya dia ketakutan. Kerana dia tertoleh suami saya yang berada di luar bilik berjalan dari dapur ke ruang tamu. Dia nampak ada bayang hitam mengikut suami saya.

Kemudian suami saya pula buka cerita, dia memang dah nampak bayang hitam tu di ruang tamu. Itu la dia lambat masuk bilik. Dia nak tengok benda tu dengan jelas. Bila saya panggil masuk bilik baru dia masuk.

Kemudian saya tanya pula si kakak untuk kepastian. Akak mengigau ke cakap nampak kemaluan umi berdarah. Dia kata x umi. Dia bangun sebab nk buka cool fever di dahi. Kemudian dia letak atas meja. Tu yang dia nampak kemaluan saya berdarah. Argh seramnya. Sedangkan saya  tak period pun.

Kami xsempat pun nak ronda2 melaka lagi. Sebab si baby meragam saja. Menangis saja. Jadi kami ambil keputusan untuk terus balik. Saya berdoa banyak2 jangan la benda tu ikut kami balik.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Umicica

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

29 thoughts on “Umi Berdarah”

  1. selalunya kalau pergi bercuti tempat orang ni bese benda benda tak diingini akan berlaku. seeloknya, sentiasa bukak ayat suci al-quran dalam bilik hotel atau chalet atau sebagainya. dan jangan tinggal sorang. bahaya. saya sendiri pernah mengalami situasi yg sama. so be careful lepas ni

    Reply
    • Aduhai dik…. dlm rmai2 y kecam kamu y memuji… ni semangat nk menulis lg…. byk sebenarnya pengalaman menyeramkan… yela akk ni dulu merantau byk negeri sampai sabah dan sarawak. Jd cerita mcm2…. nt akk tulis ye. Akk amik masa taip dilaptop. Kalau taip d fon mmg bsepah typo. Biasa la jari gemuk. Tp akk akn tukar nama pena. Kamu cari la umicica ye…

      Reply
    • Kalau kamu tau akk ni cikgu bm lg la kamu kecam dik… nt akk tulis lebih puitis dan gramatis ye. Y ni sbb taip pakai fon. Jari hemuk dik… typo bsepah. Ayat terabur tu sbb akk gelojoh nk taip cpt2 dik… ank akk memagis dik… filem seram pun xde… nt akk mnulis dgn plot mcm cerpen dlm buku teks antologi ye.

      Reply
  2. Saya dan keluarga pun kena ganggu masa bercuti di apartment di Port Dickson..pelik sebab apartment tu di tingkap dan belakang pintu ada dilekatkan duri bunga ros..mcm2 bunyi ada diwaktu mlm..sejak tu jika kesana mesti pasang rukyah sampai pagi..tak serik sebab harga apartment tu murah berbanding apartment lain selain dekat dgn shoplot utk shopping/makan

    Reply
    • Pandai ko dik… akk ni fail menaip.pakai fon. Jari gemuk… lg la gelojoh nk nk menceritakan pengalaman… xsempat nk buat peta.minda nk susun plot cantik2

      Reply
  3. adik perempuan awak, awak ajak tido sekali dlm bilik dgn suami awak? erk.. walaupun ada awak dan anak2 sekali, tp adik awak dgn suami tu bkn mahram tau.. mcm tak elok begitu.. ni bukan kecaman ye.. cuma bagitau je..

    Reply
  4. Tapi bukannya dekat, suami dia hujung belah kiri, afik dia hujung belah kanan. Yela. Kalau dah situasi macamni. Takkan la still nak asing asing.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.