Assalamualaikum. Nama aku Syieda. Aku pernah share sebelum ni pasal :
1. Selepas abah renovate rumah
2. Bagan lalang
3. โPocong di Machap
Kali ni aku nak cerita pasal makcik aku, adik kepada abah aku. Makcik aku dah berumur 50-an tapi belum berkahwin lagi. Sekarang dia tinggal dengan nenek aku. Jaga nenek aku. Atok aku dah meninggal.
Aku panggil makcik aku, Umi.
Atuk lelaki, aku panggil atok.
Nenek lak, aku panggil, tokmok.
Kisah 1.
Masa ni Umi kecik lagi. Dalam 9 tahun. Belakang rumah atok ada sungai. Kalau nak ke sungai, kena lalu kebun getah dan duku dahulu. Dan antara tanah atok dengan jiran, ada pagar.
Suatu hari, masa nak ke sungai, mereka berlapan (adik beradik abah aku ada 8 orang) lalu tepi pagar. Tiba-tiba, Umi dengar bunyi tapak kaki di pagar sebelah. Bila Umi toleh, Umi nampak seorang askar tapi berkepala anjing berjalan mengekori mereka. Sambil jalan, sambil tengok Umi. Umi ni pendiam dan penakut orang nye. Dia cerita, dia cuma peluk tangan kakak dia (maklong aku) kuat-kuat dan tak beritahu sesiapa pun. Sejak tu, dia tak pernah ikut mandi di sungai lagi.
Kisah 2.
Masa ni, Umi kata mungkin hijab dia baru terbuka atau dia baru faham pasal benda ni. Waktu tu, dia baru mula bekerja.
Suatu hari, dia berjalan dengan kawan satu pejabat di shopping mall. Tengah berjalan, dia nampak seorang apek berjalan menghala ke arah mereka dalam keadaan kepala berdarah-darah.
Dia terkejut dan beritahu kat kawan dia, “eh! Kenapa uncle tu berdarah-darah? Kesiannye”. Tapi kawan dia beritahu dia tak nampak pun uncle tu. Padahal jarak antara meraka tak jauh mana. Umi jadi pelik sebab tak lama lepas tu, dia mula nampak beberapa ‘orang’ lagi yang berjalan dalam keadaan berdarah-darah. Baru dia faham. Hanya dia sahaja yang nampak. Terus dia ajak kawan dia balik. Umi demam.
Kisah 3.
Sejak bekerja, Umi tinggal dengan maklong. Suatu pagi, dalam pukul 1, tiba-tiba maklong dengar Umi menjerit kuat daripada dalam bilik dia.
Bila maklong masuk, maklong nampak Umi terselit kat tepi almari baju. Macam orang yang kena langgar dan terpelanting. Umi ni orang nye kecik dan kurus je. Tinggi dalam 149cm. Umi terus nangis bagitahu ada 3 ‘orang’ berkuda ‘langgar’ dinding bilik dia dan nak ambil Umi. Maklong tak nampak dan tak percaya. Tapi bila tengok keadaan Umi yang terselit, maklong tahu ada something yang berlaku.
Kebetulan anak kembar maklong pun terbangun bila dengar Umi menjerit. Terus maklong suruh mereka panggil Atok (masa ni atok masih ada) dan abah aku.
Note : Kami tinggal di 1 lorong yang sama. Rumah kampung. Masuk lorong, jumpa rumah abah dulu (anak no 4), then rumah maklong, rumah Uncle (anak no 5), rumah paksu (anak no 8), dan last sekali baru rumah atok. FYI, Umi anak no 6.
Bila atok sampai, belum sempat maklong cerita, atok dah mula marah pada si pelanggar. Cerita atok, sama dengan cerita Umi. 3 ‘orang’ lelaki berkuda tu datang daripada alam bunian. Salah seorang daripada mereka adalah putera raja dan lagi dua adalah pengiring. Mereka datang untuk ambil Umi dan bawa ke alam mereka.
Atok marah sebab mereka datang tak beradab. Menurut atok, dinding rumah maklong rosak teruk dilanggar. Atok minta mereka balik dan tak izinkan mereka ambil Umi.
Kisah 4.
Umi diganggu lagi. Kali ni ‘orang’ tu datang seorang diri. Dia pujuk Umi ke tempat dia. Umi minta dia jumpa atok. Waktu di rumah atok, menurut ‘dia’, once Umi ke sana, Umi tak boleh balik lagi ke dunia asal. Tapi Umi masih boleh datang melawat dan melihat kami. Cuma kami je tak boleh nampak Umi. Umi menolak. Atok juga. Si dia pulang dengan amaran – tiada siapa yang akan berkahwin dengan Umi. Umi tak gentar. By the way, masa ni, hanya atok dengan umi je yang nampak ‘orang’ tu. Tokmok tak nampak dan tak dengar apa-apa.
Kisah 5.
Umi didatangi nenek hijau. Kata Umi, nenek ni sangat cantik dan nampak masih anggun. Dia memakai baju kurung warna hijau sedondon dengan tudung. Setiap kali dia jumpa Umi, hanya itu pakaian yang dipakai. Kenapa dia datang, Umi taknak cerita.
Kisah 6.
Umi tinggal dengan kami di rumah abah. Memandangkan aku anak perempuan tunggal, jadi Umi tidur berkongsi bilik dengan aku. Dalam bilik kami ada bilik air. Tiap malam, waktu aku pejam mata, aku dapat rasa ada seorang lelaki berdiri di depan pintu bilik air, memandang kami tidur. Bila aku cerita kat Umi, Umi suruh aku tidur mengadap tempat lain. Hurmmmm… Lagi tak selesa. Sebab terasa orang tu tengok punggung aku. Kah!
Kisah 7.
Waktu ni ada kenduri di Masjid. Jarak antara masjid dengan rumah, cuma 500meter. Waktu tu, hanya ada aku dan 2 orang abang sepupu aku (seorang anak maklong. Seorang lagi anak pakngah) di meja makan. Yang lain semua kat dalam masjid. Meja makan ni kat depan tangga masuk ke masjid je. Tak jauh mana. Kami baru nak makan selepas mengemas masjid. Waktu tu dah lewat malam. Abah, pakcik makcik kami dan beberapa orang kampung, masih ada dalam masjid tengah mengemas. Waktu kami buka periuk nasi (baki kenduri), nasi masih ada lagi separuh. Kami bertiga pergi ke sinki (jarak dalam 5 meter) untuk ambil pinggan.
Bila kami patah balik, nasi dalam periuk dah habis. Tinggal beberapa butir nasi sahaja. Terus kami campak pinggan dan lari masuk ke dalam masjid.
Esoknya, ibu suruh aku masak nasi. Aku cuma masak 1 pot sahaja sebab cuma ada aku dan ibu kat rumah. Bila nasi dah masak, ibu jerit panggil aku. Ibu marah sebab aku masak banyak. Bila buka periuk, tudia! Nasi penuh seperiuk!!
Perkara yang sama juga berlaku di rumah 2 orang abang sepupu ku. Nasi yang dimasak penuh seperiuk. Mungkin ‘dia’ ganti balik nasi kami malam tu kot. Hehe..
Kisah 8
Barang dalam rumah kerap hilang. Ibu aku jenis particular. Dia akan simpan barang di tempat yang sepatutnye. Waktu tengah masak, sudip boleh hilang. Padahal ibu baru je letak atas meja sebelah dia. Mula-mula ibu ingat dia lupa. So dia ignore dan ambil sudip lain.
Benda yang sama kerap berlaku. Bukan hanya sudip, senduk, sudu dan macam-macam perkakas lagi. Tapi, benda-benda ni akan ada semula selepas 2 3 hari.
Yang lagi pelik, berlaku pada makcik aku, bini Uncle. Dia letak senduk nasi dalam sinki, nak dibasuh. Waktu tu, cuma ada senduk nasi je dalam sinki. Baru alihkan mata nak ambil span dan sabun, toleh balik, senduk dah hilang! Dia punya la takut, terus jerit panggil Uncle. Uncle tolong cari, memang tak jumpa. Esoknya, masa dia tengah masak, toleh ke kiri nak ambil garam, terkejut dia bila senduk nasi ada kat tepi tu. Sejak tu, kami assume, ada yang pinjam. Sekarang, dia kerap ‘pinjam’ remote tv lak. 3 4 hari lak tu baru pulangkan. Hailaaa.. nak kena minta caj ni.
Menurut Umi dan atok, belakang rumah atok, ada dusun buah yang dah jadi hutan. Dalam tu, ada perkampungan bunian dan diorang rajin jalan kat kawasan rumah kami. Wallahualam..
Kisah 9
Aku meracau.
Waktu aku umur 13 tahun, aku dan sepupu-sepupu, juga anak-anak jiran, ada join persatuan silat kat kampung sebelah. Kami pergi naik basikal je. Kelas mula dalam pukul 8 sampai 11 pm. Perjalanan nak ke kelas, kami akan lalu satu kuil hindu.
Suatu malam, waktu pulang daripada kelas, aku tengok kuil tu macam cantik sangat. Terang benderang, warna-warni. Selalu, kuil tu malap je. Esoknye bila bangun tidur, kepala aku jadi sakit berdengung. Aku tak ingat apa-apa dah.
Menurut ibu, aku sebut benda yang abah dan ibu tak faham. Bila Umi datang tengok aku, Umi tanya, “kakak ada puji kuil tepi tu ke?”. Aku mengangguk. Kata Umi, ‘owner kuil’ tak suka. Bila Umi sebut randomly, “kami minta maaf”, baru sakit aku hilang. Derr….puji pun tak boleh ke? Fine!
Kisah 10
Rumah aku ada kenduri masa ni. Selalu kalau family belah abah buat kenduri, kami akan buat kat rumah abah. Sebab rumah abah paling depan. So, semua akan berkumpul kat situ.
Waktu aku tengah basuh pinggan kat sinki, aku nampak Umi bawak Ayu (cicit sulung keluarga kami) ke rumah atok. Waktu tu dia baru 3 tahun kalau tak silap aku. Tapi diorang tak masuk rumah. Cuma berdiri depan pintu rumah.
Bila diorang balik semula ke rumah abah, aku tanya Ayu dia buat apa dengan Opah Umi.
Kata Ayu, “OpahMi bawak Ayu jumpa nenek. Nenek cantik, makngah. Wangi”.
Aku tanya macam mana rupa nenek tu? Ayu kata nenek pakai baju warna hijau! Hurmm.. adakah nenek yang sama dalam Kisah 5? No idea. Tapi kalau sekarang ni aku tanya Ayu, dia tak ingat dah.
Kisah 11
Abah bukak cerita. Ni tahun lepas, 2017. Umi tak duduk dengan abah dah. Dia jaga tokmok. Ada 3 orang kawan abah, yang datang rumah abah pada waktu yang berbeza, bertanya soalan yang sama – siapa nenek baju hijau kat rumah tu?
Menurut mereka, nenek tu just berdiri tengok mereka. Bila abah tanya macam mana rupa dia, sama macam yang Umi beritahu. Sila rujuk Kisah 5.
Kisah 12.
Atok, tokmok, umi, cikcik (anak no 7), pakngah dan makngah on the way daripada Johor ke KL, singgah kat r&r. Masa kat r&r, Umi, cikcik, dan atok, nak masuk toilet. Waktu nak flush, Umi nampak ada rambut panjang kat dalam cubicle toilet dia. Terus dia keluar dan nampak rambut tu datang daripada bahagian luar toilet. Dia tarik cikcik keluar. Bila sampai kat kereta, atok gelak sambil tanya Umi, “nampak ke?” Rupanya atok dah nampak dulu tapi saja tak nak bagitahu Umi dan Cikcik. FYI, hanya atok dan Umi yang nampak. Orang lain semua blur.
Kisah 13
31 Ogos 2018. Family belah abah pergi Mersing. Saja jalan-jalan picnic bawak nenek aku. Last minit, baru diorang plan tidur kat chalet. Aku tak join. Tapi abah dan ibu aku join.
Masa kat Mersing, tiba-tiba abah sakit kaki. Abah tak join tidur sana. Abah balik rumah atok (belah ibu aku) berdua dengan ibu. Abah nak minta tolong atok urutkan. Esoknya, atok bagitahu dia sakit 1 badan. Katanye kalau sakit macam ni, bukan biasa-biasa ni. Atok tanya, dalam pukul 1, selepas selekoh, sebelah kanan, ada naik tangga? Abah bagitahu ada. Dan kawasan yang atok tanya tu, memang in detail. Macam mana atok tahu, atok pun tak tahu. Dia cuma dapat gambaran. Tiba-tiba je muncul. Kata atok, abah tertendang ‘someone’ yang tengah duduk kat tangga tu. Tu yang dia sepak kaki abah balik.
Umi? Tiada Umi dalam kisah ni.
Kisah 14
Umi baru bukak cerita 2 hari lepas (9 September 2018). Aku balik Johor sempena cuti 4 hari ni. Kata Umi, bila kami duduk berbual, kadang-kala ‘dia’ pun ada. ‘Dia’ adalah benda yang sama dalam kisah 3.
Ada sekali tu, ‘dia’ duduk tepi maklong. Waktu ni, umi dah mula boleh terima pasal benda ni. Kalau dulu, dia takut-takut nak bercerita.
Umi pesan kat maklong supaya hati-hati takut terkena ‘dia’. Maklong pun bersuara, “nak duduk, aku tak marah. Tapi duduk jauh sikit”. Kata Umi, dia tengok je muka maklong. Maklong balas, “Aku tak marah. Aku tak nampak kau. Kang terduduk, kau marah lak”. Terus ‘dia’ hilang.
Kisah 15.
Umi aku ni pembersih sangat orangnye. Kulit cerah, muka manis, rajin, pandai masak pulak tu. Bukan sorang dua yang berhajat nak pinang dia. Tapi semuanya macam hambar. Macam tiba-tiba jadi senyap je. Umi pulak tak pernah bercinta. So dia tak heran bila orang yang berhajat tu tak datang-datang ke rumah. Kata dia, kalau ada, ada la. Kalau takde, Umi malas nak cari.
Dulu Umi pernah bertunang dengan orang Sabah. Memang takde masalah antara kedua-dua family. Bakal mak mertua dia pun menurut tokmok, sayang sangat kat Umi. Tapi mungkin bukan jodoh Umi, tiba-tiba je mereka pulangkan cincin tunang. Tanpa alasan dan senyap terus macam tu, sampai sekarang. Umi jenis tak patah hati. Dia cepat move on. Ni pun bukan nye dia bercinta. Orang tu yang datang jumpa atok terus.
Ada sekali, dia ikut rombongan ke Danau Toba. Agen yang handle rombongan mereka, orang lelaki sana. Daripada gambar yang Umi tunjuk, handsome oh orangnye. Putih melepak. Umi tak heran pun dengan mamat tu. Cuma Umi perasan orang tu kerap tenung Umi.
Malam terakhir sebelum balik ke Malaysia, Umi mimpi lelaki tu datang jumpa dia. Umi tersentak sebab mimpi tu macam bagi hint. Waktu dalam bas nak ke airport, waktu kata-kata terakhir, lelaki tu boleh cakap, “sila la datang lagi ke sini. Saya pasti ada yang mula mimpikan saya”. Waktu tu dada Umi berdebar sangat. Takut. Sebab lelaki tu cakap sambil pandang Umi.
Waktu kat airport, lelaki tu bagi Umi 8 kotak kuih lapis pelbagai perisa. Umi tak nak ambil tapi dia siap tolong check-in kan kuih tu.
Bila sampai Malaysia, Umi langsung tak makan kuih tu. Tapi menurut atok, takde apa-apa pun kat kuih tu. Orang tu bagi dengan ikhlas. Atok ajar kami baca doa pematah sihir sebelum makan. Sebab semua orang pun takut nak makan. Hahaha..
Orang tu pernah call nombor Umi sekali. Umi pelik macam mana dia boleh dapat nombor phone Umi. Sebab masa di Indonesia, Umi pakai simkad sana. Dan nombor phone yang digunakan untuk agensi, adalah nombor phone maklong.
Orang tu menyampaikan hajat nak meminang Umi. Tapi lepas tu terus senyap. Kata maklong, mungkin ada kaitan dengan amaran ‘dia’ (refer kisah 4). Tapi Umi tetap yakin – tiada jodoh.
Wallahualam.
…….
Tu je la dulu. Maaf cerita ni tak ikut timeframe. Aku cerita apa yang aku ingat. InsyaAllah next time aku cerita pasal Atok lak. See ya!
Best story awak ni. Good job writer & thanks for sharing.
Bab hilang senduk tu ada ampunnya lagi, bab hilang2 remote controller tu mmg boleh buat gaduh kalau kat rmh ni ๐ sebab android decoder ni takde button nak tukar2 channel tu. So aku tak dapat bayangkan life 3-4hari hilang tu.
Bab Nasi tu pun satu hal, masak sikit jadi banyak..mmg mengundang marah mak2 sangat kan; ๐
btw..nasi tu korang makan juga ke? Sebab yg tukang tanak nasi tu tak tahu siapa, kan.
Abah dah standby remote ke-2. Hehe.. kerap sgt hilang. Tapi setakat ni, dia selalu pinjam 1 je. Terfikir gak, “alam diorang ada astro gak ke? Kihkihkih”.
Anyhow, yes kami makan nasi tu. Malam tu kami makan nasi goreng ramaiยฒ. Nasi goreng hasil daripada nasi penuh 3 periuk. Nasib baik la pakai periuk nasi kecik. Kalau kami masak nasi guna periuk nasi 5kg, mau 3 4 hari baru habis.
Menarik! Cerita ringkas and senang faham…banyak betul pengalaman awak ya. Kalau ada lagi cerita menarik share lagi kay
Terima kasih. InsyaAllah nanti saya kongsi lagi. Dah baca kisah Tok Lanang? ๐
Cerita best nanti cita lagi hehe sampaikan penulis cakap sila rujuk part sekian2 gigih aku cari haha
Tahniah! Anda seorang yang penyabar dan gigih scroll ke kisahยฒ yang atas ๐
senang just straight to the point jer cerita.,padat dan ringkas nice..anyway we’re not alone hee
Yes, we are never alone ๐
nice cite awak ni…senang faham…btw uma sy pon slalu sudu ilang..mak kata ad org pinjam…uma n kg sy ni mmg byk pkampungan bunian tp skang ni kebanyakannya da pindah tmskla yg dpn uma sy ni…sy sdri pena npk kaw yg terang menerang yg x sepatutnya ad kat situ..ckp kat mak..mak kata dorang tgh buat kenduri
kat mana kampung awak yg ada bunian tu?
Setakat ni kami tak pernah lagi nampak kampung mereka. Tapi saya pernah baca ada orang share tandaยฒ yang menunjukkan jalan ke perkampungan mereka. Dan tandaยฒ tu memang ada kat belakang rumah atok. Wallahualam..
Sambung lagi cerita awak.seronok.baca.
InsyaAllah. Dah baca kisah Tok Lanang? ๐
Menarik, sbb umah sy pon remote selalu hilang, 2/3 hr baru jmpa kt tempat yg da kite cri.. Hurmm.. Cuai kut. What ever it is.. Continue dgn writing.. Best!! ๐
Terima kasih ๐ค
Maaf.. Kpd penulis kenapa tidak diusahakan supaya putera bunian tidak lagi berdampingan dgn umi? Knp dibiarkan? Dah byk kali baca kisah spt ini.. Ramai wanita walau x semua yg diminati jin tak dpt jodoh atau susah jodoh.. Jin spt ini mmg takkan lepaskan wanita yg dia puja kecuali ada usaha utk halang mrk.. Kasihanlah pd umi awak tu.. Lately byk kisah difiksyen shasha saya pernah alami sendiri.. Kes umi ni jodoh dia terhalang gara2 perbuatan jin.. Anda boleh Google ya apakah antara faktor2 yg jadi penyebab susah jodoh.. Saya dulu pun berat jodoh.. Ada je x kena.. Rupanya ada 2 ekor jin jantan yg minat dan ikut saya.. Bertahun juga la berubat sana sini.. 2013 baru dpt jodoh.. Tu pun masa berubat kali terakhir tahun 2012 jin tu mengamuk dan berguling2 atas bumbung rumah krn dipisahkan dgn saya.. Tp selepas kawin saya masih dpt rasa kan jin tu sesekali melihat saya dari jauh.. Huhuhu..
cerita lah pengalaman reflesia kat fs ni…dgn sape dpg ubtkn..dan mcmane keadaan lepas berubt…mgkin boleh menolong kwn2 kite tntg masalah yg mmbabitkn org bunian atau jin ke… insyaallah
.
Kami dah usulkan pada umi untuk berubat. Tapi umi menolak. Dia kata, kalau Allah kata kun fayakun, dia akan kahwin jugak walau pihak tu bagi amaran. Cumanya, setahu kami, Umi memang tak berusaha untuk mencari calon sebab dia kata dah selesa single. Dia bebas untuk jaga tokmok. Kalau kahwin, dia tak nak amik risiko bakal suami tak nak jaga tokmok. Tapi kami tak tahu la apa doa Umi pada Allah tiap kali lepas solat ๐ค
cerita yg menarik dan senang paham…seronok mmbaca.. teruskan lagi bercerita
Terima kasih. InsyaAllah saya akan kongsikan lagi ceritaยฒ lain ๐ค
Cerita mistik tapi pelik sbb mcm sweet dibace…
Citerlah lagi…
Sukeeee bace sbb penceritaamnye kemas…
Terima kasih. InsyaAllah akan dikongsikan lagi ๐ค
wlpn pendek tapi beat jelas jalan cerita yang penting tade konar2 punye jalan cerita…
Best! Tulis lagi!
Keep up the good work. Sila sambung cerita2 yg menarik.
tak nak cakap banyak , saya nak bagi ni je .. ๐๐๐๐๐ ! ๐โบ๏ธ๐
Cerita paling menarik setakat aku baca.
best byk crite ade….mudah sgt nk fhm…menarik semua ceritanya…truskan menulis ye..hehee
sis , kisah umi awk ni best , umi awk seorang yg berani , boleh trma ap yg jd ,
anugerah yg allh bg pd umi awk tu umi awk jga ,
semoga umi dn kluarga sis dilindungi olehnya
first time terpanggil utk komen sebab menarik sangat cerita ni. garapan yg kemas dan mudah difahami. teruskan menulis dengan bahasa yang lengkap begini.
kirim slm dgn umi