villa aidid

Hi guysss!! Kali ni aku nak share pengalaman aku masa aku pegi bercuti. Sebelum-sebelum ni aku dah share macam-macam ceritakan, kali ni aku nak share pasal kisah hantu pulak. Kali ni aku nak cerita pasal villa Aidid. Masa cuti sem haritu aku ada pergi bercuti dekat Sarawak dengan kawan-kawan aku. Kawan aku laa yang sugest pergi situ sebab dia cakap memang seram gila. Kiteror

g pulak malam tu memang takde nak buat apa. Itu la orang cakap, takde penyakit cari penyakit. Kebetulan plak sepupu kawan aku cakap dia memang dah selalu sangat lepak dekat situ. Takde pasal betul pergi lepak kat tempat berhantu. Tapi malam tu aku rasa nak join sebab aku dengar cerita si Mader ( sepupu kawan aku) tu macam best pulak. Aku nak tengok jugak macam mana rupa villa yang orang srawak duduk cakap menyeramkan sangat tu.

Aku Tanya jugak la kisah-kisah apa yang menyebabkan villa tu kosong macam tu je, si Mader ni pun cerit la. Berdasarkan apa yang dia cerita dekat aku, dia cakap dulu ada bekas ahli politik duduk situ. Datuk apa ntah nama dia, aku dah lupa. Dia cakap ada kejadian b***h m******h dalam villa tu. Lepas borak-borak, kiteorg decide nak pergi dalam pukul 3 pagi macam tu. Sbab kiterg rasa lagi lewat lagi syok masa tu. Hahaa. Kiteorang lepak-lepak dekat KFC jp. Ok dah kenyang kiteorang gerak ke villa aidid.

Sampai je depan pintu pagar aku macam tergamam sikit. Sebab cuak..hahaha.. mula-mula kiteorang macam plan nak turun dari kereta, jalan kaki sebab villa tu macam atas bukit. Pastu sekerat jalan kiteorang patah balik.. haha,, japp japppp!! Bukan patah balik sebab cancellll, tapi patah balik sebab kiteorang nak naik kereta. Sebabnyaa!!! Weiii macam hutan belukar wei.. Pokok-pokok menjalar, pokok-pokok yang besar tu..memang masa nak masuk lalu pintu pagar tu pun memang serius aku cakap menyeramkn. Ini aku memang tak tipu. Aku masa tu dah pandang kiri kanan dah masa tu sebab memang gelap gelita, Cuma ada cahaya bulan je. Kiteorang memang bergantung dengan cahaya bulan tu je.

Okey, dah naik atas kawasan berbukit tu, sampai la kawasan villa aidid tu. Masa tu ternganga jap mulut aku.hahaha. Sebabnya takut. Hahaa. Aku diam je kat dalam kereta. Tapi aku decide nak keluar jugak lepas tu sebab aku rasa lagi seram kalau kau duduk dalam kereta sorang-sorang.hahaha.
Masa tu kiteorang berempat je. Sebabkan kawan aku takut, kiteorang biarkan lampu kereta terbukak sebab kalau tak bukak memang tak nampak apa. Nak jalan pun memang tak boleh. Turun je dari kereta, kitaorang berpecah dua. Aku ngan Mader naik tingkat atas. Masa tu aku follow je dia. Dia bawak aku ke tingkat atas, sebab villa tu ad dua tingkat tapi serius wei besar nak m**i. Aku masa tu cakap dalam hati, sayangnya rumah ni. Dah la besar, cantik pulak tu tapi takde orang duduk. Pastu Mader bawak aku pergi kat satu bilik ni, korang bayangkan, rumahtu punya laa besar, tinggi tapi ada satu pokok ni memang besar gila sampai dahan-dahan dia masuk dalam bilik tu.

Masa tu aku macam dah cuak sebab aku nampak benda dekat celah-celah dahan tu. So aku ajak Mader keluar. Tak jadi dia nak bawak aku merayau dalam bilik tu. Sebab dia nak suruh aku tengok kat luar tingkap bilik tu..uishhhhh tak kuasa aku nak tengok ke luar tingkap lepas aku dah nampak benda tadi. hahaha. tapi aku masih berdiam diri masa tu. Lepas tu dia bawak aku ke bilik depan. Masa naik aku tak perasan pun yang balkoni dia takde lantai. Kalau aku kedepan selangkah je, memang m**i aku malam tu sebab terjatuh ke bawah. Tak pasal-pasal jadi kes polis pulak. Nasib baik aku tergerak hati tak nak pergi kat balkoni tu. Korang mesti pelik kan, eh tadi cakap gelap gelita macam mana plak aku boleh tahu kat balkoni tu takde lantaii?? Haaa, leks jap, korang baca je dulu. Nanti aku terangkan kat bawah. Haha.. siap nak terangkan. Dah macam cikgu dah pulak.

Malam tu kami berempat round satu kawasan rumah tu,dalam 2 jam jugak laa kami kat dalam tu. Lepas tu kami balik. Masa balik xde pape laa yang jadi. Lepas tu kiteorang lepak kat kedai mamak. Haa masa ni macam biasa la, macam-macam cerita terkeluar. Masa tu kiteorang masing-masing dah start cerita. Korang tahu tak, haa sini nak bagitahu. Masa sampai sana, kawan aku cakap dia ada nampak ada sorang makluk macam kerdil gitu duduk bakar sampah kat tepi kawasan tu. Wei!! Sumpah kiteorang yang lain tak nampak pun api tu. Lagi pun kalau fikir logik, sape yang nak bakar sampah kat dalam kawasan rumah yang takde orang duduk. Dahlah orang yang bakar tu dia cakap kecik je, macam makhluk kerdil.

Lepas tu aku cerita la apa yang aku nampak kat dalam bilik tadi, masing-masing terlopong jugak sebab dorang tak nampak jugak. Pastu bila masing-masing dah bukak cerita, macam-macam rupanya cumanya apa yang kiteorang nampak semua berlainan. Malam tu kami balik hotel masing-masing tidur berhimpit. Hahhaaa..
Ehhh jap-jap.. Korang ingat cerita ni dah habis ke? Belummmmmmm!! Sebabnyaaaa, ada kawan aku ni haaa malam tu dia tak boleh tidur. Esoknya dia cakap ngan aku, dia tak boleh tidur. Asal dia pejam mata je dia nampak api yang dia nampak tadi. Asal pejam je api tu muncul, sampai mengigil-gigil dia. Aku ingat kenapa. Rupanya dia tak boleh tidur sebab api tu muncul dalam tidur dia. Haaa sudahhh.. kiteorang masa tu dah cuak. Menyesal sikit la sebab cari penyakit.. Bincang punya bincang kiterg decide nak pergi balik villa tu.,,tapiiii waktu siang, bukan malam. Kawan aku cakap dia nak mintak maaf dekat penghuni yang kiteorang tak nampak. Yelah, kita tak tahu dan tak nampak kan.

Kiteorang pun pegi balik keesokkannya. Dalam pukul 10 pagi macam tu kiteorang gerak. Sampai je sana kiteorang tercengang lagi… sebab aku tak percaya aku ada keberanian semalam untuk jejak kaki ke villa tu. Wei, kalau siang pun dah meyeramkan, apatah lagi malam. Dekat dinding penuh dengan hasil conteng siapa ntah. Wayar berselirat, tapi malam tadi takde pulak kitaorang terlanggar wayar cable ni padahal besar-besar jugak wayarnya. Lepas tu kiteorang naik baik ke tingkat atas, ini lagi seram. Pokok tu memang besarrrrr.. aku tengok siang-siang pun ak rasa berdebar. Haa, korsng ingat tak pasal balkoni tu. Haa yee, aku pegi tengok balik. Sebab tu aku tahu takde lantai. Hanya ada dinding je. Klau aku berjalan setapak je kedepan memang aku jatuh meninggal. Dengan tinggi, dengan dekat bawah penuh kayu-kayu, wayar. Macam-macam ada. Serius wei aku rasa memang sangat terkejut. Sebab malam lain, siang lain. Terus tak keruan..

Haaa berbalik pasal kawan aku tadi, dia duduk je kat tepi kereta tu. Dia cakap kat kiteorang , dia mintak maaf dengan penghuni situ kalau kedatangan kiteorang menganggu dorang. Klau dorang tak suka. Yelah, macam kita laa kan, orang datang kacau tempat, rumah kita. Mesti kita marah. Lepastu, dah settle semua kiteorang nak balik la, sekaliiii start kereta, kereta tak hidup. Sumpah tak tipu.. Masing-masing memang dah cuak… Lama jugak laa kiteorang duduk situ, masing-masing berdoa. ..Haaa tahu takut. Masa buat tak fikir, lepas tu baru menyesal.

Tak lama tu kawan kiteorang try start lagi. Nasib baik kali ni berjaya. Fuhhh lega. Lepas kejadian tu aku nekad weh, tak nak dah aku buat keje bodoh macam tu. Tak dapat apa pun. Dapat penyakit ada la.. Sebelum villa aidid, kiteorang ada jugak pergi ke macam-macam tempat seram lain. Macam perkuburan, rumah terbiar yang ada kes b***h. Tapi tak sama macam apa yang jadi kat villa aidid. Terus rasa menyesal. .

Ok la weh, aku stop sini je laa. Nanti kalau korang nak tahu lagi cerita lain, korang komen ar kat bawah ni, sebab aku risau aku je yang syok sendiri duduk bercerita. Padahal bagi korang tak seram pun.. aku je yang beria serammm.. hahahaha.. ok laa wei, nanti aku tulis lagi. Bak kata wartawan tv3 , “ Jangan biarkan diri anda diselubungi misssssteriiii”

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

BISKUT MERI
Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 2.7]

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.