Nama aku Wahid. Seorang pemuda berumur 27 tahun dan kini berkerja sendiri di kampung. Kerjaku di kampung sebagai pemungut hasil-hasil hutan kemudian aku jual ke pasar kecil yang terletak di pekan berhampiran. Biasalah, pelajaran setakat SPM. Kerja kampung sahajalah yang aku mampu buat.
Selalunya aku masuk ke dalam hutan pada pukul 6 pagi, ataupun secara tepatnya selepas solat subuh. Terdapat beberapa kejadian yang boleh aku katakan seram terjadi padaku. Antaranya adalah kisah ini;
Pagi itu seperti biasa aku masuk ke dalam hutan. Berbekalkan parang di pinggang dan guni aku berdoa agar rezekiku murah pada pagi itu.
Masuk ke dalam hutan, aku terjumpa sebatang pokok pisang, apa yang peliknya pokok pisang tu tumbuh di tengah-tengah tempat laluan aku. Mustahil pokok tu ada di sana. Padahal sebelum ini tidak ada. ke aku yang terlepas pandang.
Tidak mempedulikan perasaan was-was berkenaan, kerana aku lebih tertarik pada buah pisang yang tumbuh ranum didahannya. Dalam otak aku mula mengira, ni kalau jual boleh dapat berpuluh ringgit ni.
Tanpa berfikir panjang, aku menebas tandan pisang berkenaan. Ada 3 tandan kesemuanya.
Zapp!! Aku melibas parangku ke arah tandan-tandan pisang berkenaan.
Aku pelik. Bekas potongan tandan mengeluarkan sedikit cecair berwarna merah gelap. Ibarat warna darah, tetapi sedikit gelap. Cecairnya pekat dan menitis ke bawah. Tidak berfikir apa-apa, aku memasukkan sahaja 3 tandan pisang berkenaan ke dalam guni.
Badan aku terasa penat untuk masuk lebih dalam menuju hutan. Aku mengambil keputusan untuk balik sahaja ke rumah.
Sepatutnya lepas ambil hasil hutan, aku akan terus bergegas ke pasar, akan tetapi entah mengapa hari itu tiba-tiba badanku rasa lemah, sendi sendi rasa sakit dan kepala terasa berpinar.
Aku ambil keputusan tidur sahaja di rumah. Abah yang berada di rumah pun rasa pelik dengan keadaan aku.
” Engkau ni Wahid okey ke? Abah tengok lepas balik tadi pucat semacam je”
“Okey bah, tak ada apa ni”
“Engkau bawa apa dari hutan tadi?”Abahku bertanya.
“Ada bah, 3 tandan pisang tu kat bawah.”jawabku dengan lemah.
Abah turun ke bawah nak tengok kot-kot pisang apa yang aku bawa balik.
Astagfirullah!! Abahku mengucap panjang.
Aku tersentak!
“Engkau bawa apa ni Wahid?!!”
“Bawa apa pula bah, tu kan pisang”
“Ko turun sekarang, cuba tengok ni”
Aku dalam keadaan badan lemah turun ke bawah , terkejut aku!
Ku lihat 3 ekor bangkai tikus hutan berada dalam guniku.
Macam mana pulak boleh jadi bangkai tikus? Aku pasti aku menebas tandan pisang tadi. Aku jadi seriau, tak tahu nak buat apa.
Aku ceritakan semuanya pada abahku tentang apa yang aku alami tadi.
“Tulah, ko jangan semua benda ko nak ambil kat dalam hutan tu, baca doa sebelum masuk hutan, ni bangkai tikus ni. entah -entah benda lain yang ko bawa balik ni.”
“Habis bah, nak buat apa dengan bangkai tikus ni?.”Aku bertanya keliru.
‘Abah rasa, bangkai tikus ni bukan bangkai biasa, tak apa, abah cuba panggil paksu ko cuba tengok dan tanya apa patut kita buat”
Paksu aku merupakan seorang ustaz perubatan islam. Kira dia dah banyak ubatkan orang dalam kampung ni. Kalau ada sihir, terkena buatan, santau dan sebagainya ramai yang berubat dengan Paksu.
Petang itu, paksu tiba di rumah.
Aku disuruh baring dan Paksu mula membacakan ayat-ayat suci. Tiba-tiba badanku menjadi panas. Tanganku menggeletar. Aku dapat rasakan seperti ada sesuatu masuk dari dalam kaki.
“Wahid jangan lawan, biarkan dia masuk. Paksu nak berbicara sekejap”
Akhirnya aku biarkan dan , apa jadi selepas itu aku tidak sedar…
“Wahid, wahid! Abah ni” Aku tersedar. Aku lihat sekeliling, ada Abah dan Paksu.Waktu pun Magrib dah.
Paksu ku beritahu semuanya dah selesai. Dia nasihat jangan lagi potong apa-apa benda yang mencurigakan di dalam hutan.
Sehingga hari ini, aku bertanya kepada Abah apa yang berlaku masa Paksu mengubati aku. Tapi abah tidak memberitahu. Begitu juga Paksu tidak ingin beritahu.
Kini aku telahpun guna guni yang baru. Mengenai mayat 3 ekor tikus hutan tu pun, abahku tidak beritahu apa yang telah dilakukan dengannya.
Tapi aku cuba dari hari ke hari mengorek cerita apa yang berlaku pada aku. Semoga kisah ini jadi iktibar buat kita semua. Jika aku tahu apa yang terjadi , akan aku ceritakan semula.
Selain kisah pisang ini, ada juga kisah lain seperti ternampak lembaga itu dan ini. Akan aku ceritakan jika ada kelapangan nanti.
Terima kasih kerana sudi baca dariku, Wahid si pemungut hasil hutan.
kenapa mayat 3 ekor tikus bukan bangkai
sbb identiti tikus tu masih misteri agaknya, so xboleh nak clarify nak ckp bangkai or mayat. hikhik okey gurauuuuu 😛
Sila kongsi pengalaman lain secepat mungkin
kalau lah abah kau cerita kan best..dpt tahu apa sebenar nya terjadi.
bagus wahid pemungut hasil hutan.
susunan ayatnya sungguh indah sekali.
penggunaan perkataan – perkataan yang mantap.
wahid pemungut hasil hutan yang banyak membaca.
Sangat setuju!!!!
Pokok pisang hutan memang tak boleh ditebas sesuka hati. Kalau yang biasa banyak-banyak tepi hutan tu takpe la. Ini pelik keadaannya di tengah-tengah jalan…..
Pengajaran la tu, buat kita semua supaya berhati-hati. Kita berkongsi dunia, kan?
Terima kasih perkongsian yang menarik. Kongsi lagi ya?
yahuuu… tak de iklan dahh…
belajar setakat SPM tp penulisan superb dik. U have talent, keep on writing. adik2 yg baru belajar menulis, jadikan abg ni contoh.
Yeahhh betul tu 👍🏻
yessss
Adakalanya yg belajar setakat SPM ni bukan tak cerdik…cumanya mgkn kekangan kewangan keluarga menyebabkan mereka tak mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Berdasarkan susunan ayat penulis, saya yakin beliau sebenarnya seorang pelajar yang cemerlang. Tapi rezeki Allah utk beliau mgkn dr segi lain. Insyaallah.
Mamat Pak Jaga lama x muncul dah…okle Wahid pulak
Weh… pening gak aku try imagine cerita hang ni… jumpak SEBATANG pokok pisang yg ada buah ranum kat DAHAN?? lagi pening bila ada TIGA tandan lak tu… erghhh… misteri… hahahha…
mungkin en wahid tersilap penjodoh bilangan. mungkin beliau maksudkan sikat?
cerita yang menarik,tak sabar nak tahu cerita yang seterusnya..thnks for sharing!
Terbaik..bagus2
CE bagi no fon paksu en.wahid..nk berubat la..kot la rasi..
nasib bertukar jadi bangkai tikus…nanti cerita lagi…
Jangan terlalu rendah diri dengan taraf spm tu wahid. Penulisan kau bagus, jalan cerita kau santai dan sempoi. Xmustahil kau boleh bjaya sbgai sorang penulis. Pengalaman kau pon boleh tahan best. Teruskan berkarya. Terbaek!!!
Nek doakan semoga rezeki wahid sentiasa melimpah ruah dan dipermudahkan segalanya…
boleh saya minta nombor wahid atau pak su wahid tu tak.sebab nak minta tolong dia berubatkan kawan yang seakan terkena gangguan sihir