Percutian Ngeri Cherating

Hi dan Assalam semua pembaca FS. Nama aku Erin. Aku ni sejak kecil lagi dah biasa dengan makhluk halus. Tapi selalunya aku buat bodoh cuma kalini aku taktahu kenapa aku jadi lemah.

Harini aku nak share dengan korang pengalaman aku bercuti dengn family di Cherating, Pahang. Bertahun lepas dah percutian ni tapi pengalaman ni akan aku ingat sampai bila-bila. Aku describe sikit la eh apartment tempat aku bermalam macam mana. Kalau korang nak ke apartment tu korang kena lalu jalan hutan sebab apartment tu betul-betul tepi laut. Dah boleh bayangkan kalau malam macam mana kalau lalu?

Aku sampai lebih kurang 4 petang. Selesai check in, kitaorang tidur dek keletihan. Selesai solat maghrib, kitaorang makan malam di sebuah restoran. Tadi aku suruh korang semua bayangkan kalau lalu jalan hutan malam macam mana? Bermulalah episod ngeri.

Dalam perjalanan nak ke apartment kami balik, jalan sangatlah gelap dan hanya berpandukan lampu kereta. Aku pandang je luar tingkap dan terus nampak orang-orang. PELIK WEH LETAK ORANG ORANG DALAM HUTAN!! ke aku je pelik? Masa ni takde lagi benda pelik-pelik jadi.

Malam tu aku tidur lewat jugak sebab layan movie kat tv. Akhirnya tv yang tengok aku.

Pukul 3 pagi lebih aku terjaga sebab aku dengar angin ribut yang sangat kuat. Aku pandang luar tingkap dan memang nampak keadaan kelam kabut, aku dengar ombak yang sangat kuat. Aku kejutkan ayah suruh tengokkan keadaan kat luar. Tengah2 kejut mata aku terpandang ke arah balkoni. Tahu apa aku nampak? Cik Pon tengah senyum memandang ke arah aku.

Aku macam kena pukau tau sebab tak berpaling langsung dari pandang dia. Ribut jadi lagi teruk dan hujan yang lebat turun dan kilat tak berhenti menyambar. Tiba-tiba pintu bilik tandas terbuka, ayah keluar dari tandas. HABIS AKU KEJUT SIAPA NI WEH??!!!! aku tengok kat tempat ayah tidur takde apa2 langsung. Aku terus cakap dengan ayah ada ribut kat luar. Tahu ayah aku cakap apa? “MANA ADA RIBUT DARI TADI SUNYI SEPI JE” dia marah aku.

Aku tengok luar balik memang takde apa2 langsung, masa tu sumpah sunyi sepi gila boleh dengar bunyi cengkerik. HABIS RIBUT TADI TU APA??!!! SIAPA YANG AKU KEJUT TADI TU??!!! Aku terus bukak surah2 kat phone, time ni baru nak ingat Allah weh. Aku lemah gila time tu, terus meluru tidur dengan ibu. Menangis jugakla masa tu HAHAHHAHA

Esoknya aku cerita benda ni kat ayah dia cakap aku mengarut. Hampa betul aku masa tu ugh. Alhamdulillah lah tidur satu malam je, kalau tak?

Sekian cerita dari aku, sorry kalau tak seram dan sorry jugak kalau penulisan tak cantik, first time. Insya Allah ada masa aku cerita lagi kisah seram yang aku alami.

erin

11 thoughts on “Percutian Ngeri Cherating”

  1. walaupun ringkas dah cukup padat and faham jalan cerita,part cik pon tu seram jugak rasanya kalau kena kat diri sendiri hahah..thnks for sharing!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.