PUTERI??
Assalamualaikum warga fs.. Pertama sekali, aku nak berterima kasih sebab published cerita aku, ‘Bahana main sorok2‘.. Aku ada juga baca komen. Rata-rata marah dengan pengetua….. Tapi, aku yakin dia buat macam tu ada sebab. Dia taknak pelajar lain takut dan histeria tu berjangkit.. Dia tegas, tapi dalam masa yang sama, dia baik dan sangat bertimbang rasa.
Ok.. Cukuplah pasal tu. Apa yang aku nak ceritakan hari ni adalah tentang pertemuan aku dengan satu makhluk Allah ni. Cerita ni takda la seram sangat pun, tapi sebab kakak-kakak aku yang memaksa aku, aku gagahkan diri juga untuk menaip.
Cerita ni bermula bila aku dan kawan sekampung aku bercadang untuk mengadakan pesta BBQ di rumah Yana pada waktu malam. Biasalah, kami tak sebaya, jadi, ramai antara kami yang tengah sambung belajar dan berkerja di luar negeri, manakala aku dan beberapa orang rakan yang lain masih menuntut di bangku sekolah rendah dan menengah. Kiranya, ini sebahagian daripada reunion la.
Dipendekkan cerita, korang tau la kan.. Kalau dah nama pun reunion, mestilah bising dengan gelak ketawa kami. Azam pulak, dia memang suka pasang lagu raya walaupun bulan puasa pun tak lepas lagi lepastu menyanyi tanpa menghiraukan suaranya yang tak berapa nak lunak tu.. Memang best… Tapi yang tak bestnya bila tiba-tiba aku rasa tak sedap hati dan bulu roma aku mencanak naik tanpa aku tau sebabnya.. Aku mula jadi tak keruan dan pandang sekeliling yang gelap gelita hinggalah mata aku terpaku pada jambatan yang ditepinya dipenuhi pokok bunga jejarum. Disitu aku dapat lihat seorang perempuan yang memakai baju kebaya putih dan berkain batik indonesia yang berwarna merah.Rambutnya disanggul tinggi tak ubah seperti puteri zaman dahulu kala. Badannya pula tembus dan bercahaya putih..
Aku tak pernah tengok perempuan itu selama aku hidup di kampung ini. Dia memandang aku sambil tersenyum. Aku bukan jenis kunyit atau halia yang terpesona dengan spesis sendiri.. Tapi, dia memang cantik! Aku tak boleh bohong tentang itu.. Tapi cantik-cantik dia pun, senyuman dia masih creepy bagi aku. Dia bukan tersenyum manja atau manis.. Tapi senyuman dia lebih kepada senyuman sinis.
Lama kami berpandangan sebelum dia meletakkan jari telunjuknya di atas bibir merah mungilnya. Aku tak pasti sama ada dia menyuruh aku senyap atau menyuruh aku supaya merahsiakan kehadirannya, namun itu sudah cukup membuatkan aku kecut perut dan terus menunduk. Aku tutup mataku dan terus membaca ayat Kursi berulang-ulang kali sehinggalah aura seram sejuk itu sedikit menghilang.
Apabila aku dapat keberanian sedikit, aku gagahkan diri aku untuk membuka mata dan memandang ke arah jambatan tadi dimana perempuan cantik itu muncul. Dia sudah hilang daripada pandanganku.
” Lyd?? Kau kenapa?? Tetiba senyap.. Tadi kemain bising.. ” soal Hani pelik.
Aku diam tak menjawab.. Entah sejak bila, tangan dan kaki aku terketar-ketar. Jantung aku berdegup laju tanpa sebab.
” Nah.. Makan ni.. Aku syak, kau marah sebab tak dapat makan ni.. Pfttt.. ” ujar Hisyam sebelum menghulurkan kupang bakar kepadaku.
” Weh.. Pelankan sikit lagu tu…” Pinta aku perlahan namun azam tak endahkan malah dia ikut menyanyi sama dengan suara high notenya..
” Ak.. Aku nak balik.. “Terus aku bangun daripada tunggul batang pokok kelapa dan berlalu pergi dari situ..
” Kau dah kenapa?! Relax laa.. Awal lagi kot!!! ” jerit Azam..
” Aku sakit.. Perut.. ” kataku sebelum berjalan pulang ke rumah aku yang hanya selang satu rumah daripada rumah Yana. Actually, aku tak berjalan.. Aku berlari.. Gila kau nak jalan menonong? Mau makhluk tuhan yang paling lawa tu follow aku, naya jer..
Sampai saja rumah, aku terus masuk dalam bilik dan berselubung dalam selimut sambil mulut aku terkumat-kamit baca ayat kursi. Aku tak tau kenapa aku takut pada perempuan atau puteri tu walaupun wajahnya lawa gila.. Aku asyik teringat akan pandangan matanya, senyuman sinisnya serta tindakannya yang menyuruh aku supaya senyap.. Masa mata kami bertentangan, aku rasa macam terleka.. Macam diawang-awangan.. Aku tak dapat bayang apa akan jadi kalau aku terus pandang dia..
Aku tak faham apa maksud dia.. Kalau dia suruh kami supaya senyap, kenapa dia tak bagi azam jer yang nampak dia? Rasanya Azam yang paling bising.. Atau.. Sebenarnya, dia suruh aku supaya menyembunyikan kehadirannya disitu??
Aku tak pasti, tapi malam itu, aku termimpikan puteri tu.. Dia tersenyum manis pada aku seolah-olah seperti dia memberitahu aku bahawa kami akan berjumpa lagi nanti..
Esoknya, aku bagitau abah aku tentang kejadian malam tadi, tapi aku tak bagitau dia tentang mimpi tu.. Aku taknak diorang risau. Yer la.. Aku ni dahla lemah semangat.. Cukup-cukuplah aku habiskan duit mak abah aku nak bawak aku pergi berubat.
Aku ingat, puteri itu akan muncul lagi dalam mimpi aku esoknya, tapi dia tak pernah muncul lagi..
Satu hari, tengah aku sapu sampah dekat depan rumah, tiba-tiba aku tersedar satu perkara, Sesuatu yang lebih menakutkan….
Puteri tu… Dia berpakaian tak ubah seperti Mawar, kawan imaginasi yang aku pernah cipta waktu aku kecil dulu….
Perkara tu, cukup buatkan bulu tengkuk aku meremang. Terus aku simpan penyapu dan masuk dalam ke dalam rumah.
Aku bukan nak mereka cerita atau apa.. Tapi ini memang terjadi kepada aku.. KENYATAAN! tapi ikutlah korang nak percaya atau tak… Sekian..
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Hantu tu macam nak berdamping dengan penulis je. Harap penulis terhindar dari gangguannya.
Tergantung lah macam misteri dilaila
Apa jadi lepas tu? ada sambungan?
Puteri ko kata? klu dr apa yg ko gambarkan tu, mmg sah la pompuan tu ada ciriĀ² seperti cik ‘PON’
Mainan syaitan. Mereka suka nak kaitkan sesuatu perkara supaya nampak kebetulan sama. Syaitan sentiasa akan menyesatkan kita. Berhati2 selalu.
Sambung la lagi.
Ending ak xfaham larr
Aku bygkn senyuman fazura dlm dendam pontianak..manis tp sinis…