Waterpark

Percutian aku dan kawan-kawan kali ini memang menarik. Kenapa? Kita orang pergi mandi manda dekat waterpark. Mula-mulanya agak berbelah bagi, yalah waterpark kan, tiket mestilah harga dewa dewi. Waqis tukang survey harga tiket lepas Yuna tengok iklan dekat televisyen, manakala aku dan Faris tak ambil port. Kalau jadi kita orang beudua on, kalau tak jadi, duduk rumahlah jawabnya. Dua hari kemudian, Waqis ajak berkumpul dekat cafe kawasan rumahnya. Skrin telefon yang menyala diletakkan atas meja. Aku, Faris dan Yuna terus tengok apa pada skin itu.

“Satu kepala cuma RM23. Murah gila.”
Yuna angkat kening, tak percaya. Aku dan Faris padangan antara satu sama lain sekejap, kemudian beralih pada Waiqs yang sengih-sengih macam kerang busuk.
“Okey…” Faris hela nafas. “Apasal murah sangat? Semalam aku survey, gah juga tempatnya. Takkanlah murah ni harga dia?”
“Promosi mungkin.” Aku balas sebelum hirup Strawberry Frappe. Yuna diam, tak beri sebarang jawapan.
“Aku rasa baik kau tanya customer service dia. Takut tu harga promo tapi dah tamat tempoh ke. Sedangkan nak masuk Sunway Lagoon pun beratus.”
“Tu lain, ni lain.” Faris geleng kepala bila dengar Waqis danYuna berbalah sebab berlainan pandangan. Sempat Fais beri isyarat suruh aku ‘senyapkan’ budak berdua tu. Aku gulingkan mata.
“Senyap sikit. Malulah dengan orang dengan kau orang bebel fasal harga je.” Waqis dan Yuna terus diam. Aku kembali hirup air kayangan, sambil menunggu Waqis memberi jawapan.
“Yalah, aku ikut cadangan Yuna. Tanya fasal harga. Manalah tahu harga RM23 tu berpihak dekat kita,” jawab Waqis dengan nada sedikit menjengkelkan.
“Kau ni kan…”
“Yuna.”
“Fine.” Yuna memeluk tubuh, merajuk mungkin.

Esoknya, Waqis beritahu harga RM23 memang itulah harga tiket masuk ke waterpark itu. Kita orang beli tiket tiga hari kemudian. Sempatlah nak kemas-kemas sikit. Sempat aku belek-belek website dia. Dibina tahun 1971 dan masih beroperasi hingga kini. Power juga. Aku sambung scroll website, tengok apa yang ada.
Giant tube slide, kolam dewasa dengan kanak-kanak, restoran terapung tengah tasik. Lodge dan resort pun ada. Not badlah. Dekat website pun ada tulis replika dinosaur dengan kayuh atas air. Wow. Last aku kayuh basikal dekat tasik dalam empat atau lima tahun lepas. Itupun jatuh sebab ada orang aku langgar dari belakang. Haish, malang seribu kali malang.

Tiga hari kemudian…

Aku berhentikan kereta dekat tempat parking. Tak sangka pukul 11 pagi macam ni dah penuh parking. Oh lupa, hari ni Sabtu.
“Okey teman-teman. Mari.” Waqis yang paling semangat antara kami bertiga. Dengan pelampung dah siap blow dari rumah, macam budak-budak. Padahal dia lagi tua dari kita orang ni. Dengan terujanya kami bertiga ke kaunter, tunjuk e-tiket dan simpan barang di loker yang disediakan. Kasihan Waqis, pelampung kesayangan dia tak dibenarkan bawa masuk. Elok saja aku tutup pintu loker, Yuna sudah tarik lengan aku. Dia ni tak tahu ke lantai ni licin, ada lopak air. Kalau jatuh ni, bikin malu ooo. Ada budak-budak, ibubapa dengan budak muda mudi ni.

Lokasi pertama kita orang dekat giant barrel. Pertama barrel tu akan diisi air, bila penuh dia akan berpusing 180 darjah dan air itu akan jirus pengunjung yang dah berdiri bawah barrel tu ( kau orang semua tahu kan? kan?). Dalam tiga ke empat pusingan jugalah kami berempat duduk situ. Kemudian kami berpecah dalam dua kumpulan -aku dan Yuna, Faris dan Waqis.
“Dalam pukul 4 kita berkumpul sini balik,” kata Waqis.
“Ini memang enjoy habis ni.” Waqis angkat bahu. Dia dan Faris melangkah ke bahagian kolam. Aku dan Yuna saling berpandangan.
“Nak ke mana kita?” tanya Yuna. Aku herot bibir sambil perhati sekeliling. Aku tunjuk satu tempat. Ada satu kolam, orang lompat-lompat, ada orang meluncur turun dan panjat balik dekat separuh bulat itu.
“Oh…Apa nama dia eh.” Yuna urut dagu. “Hah! Giant bubble slide kan?”
“Aih mungkinlah. Jom.”

Kita orang berseronok sama macam pengunjung yang datang. Hampir semua permainan aku dan Yuna cuba. Hampir semua benda aku tangkap gambar untuk jadikan kenangan. Last stop kita orang (sebab dah nak pukul 4), aku dan Yuna ambil keputusan untuk kayuh basikal dekat tasik tu. Yunalah semangat nak berracing dengan budak-budak. Jenuh bapa-bapa nak mengayuh, kejar Yuna punya fasal. Aku pula kayuh, tak nak jatuh dalam tasik walaupun tak ada siapa langgar macam dulu.

DING!

‘Untuk keselamatan para pengunjung, kami nasihatkan untuk keluar dari semua kawasan permainan gelongsor, kolam dan juga tasik. Para pengunjung juga dinasihatkan untuk berkumpul ke kawasan lapang depan pintu masuk. Kami ulang…’

Aku toleh, memerhati sekeliling. Ramai pengunjung tertanya-tanya selepas mendengar pengumuman tadi. Pekerja mula berlari dan arahkan semua pengunjung untuk keluar dari situ. Kami yang di tasik pun disuruh naik ke daratan berkumpul di kawasan lapang depan pintu masuk. Ada yang membantah tak mahu keluar, ada yang ikut saja arahan tadi termasuk aku dan Yuna. Elok saja keluar, semuanya kecoh-kecoh. Tak puas hati. Yalah, tengah seronok main tiba-tiba kena keluar. Pekerja semuanya menyuruh pengunjung bertenang sementara menunggu bos tiba.

Lelaki berbadan gempal bersama microphone tiba di tempat kami berkumpul. Dia sempat telan air liur kelat.
“Selamat petang semua pengunjung…”
Pengunjung yang riuh tadi senyap. Mata mereka semua tertumpu pada lelaki berbadan gempal itu. Pandangan mereka jelas tidak puas hati.
Lambat-lambat lelaki itu buka mulut. Hampir semua pekerja memandang bos mereka.

“Saya faham perasaan tuan-tuan dan puan-puan…”
“Dah tahu faham, kenapa halau kita orang keluar?” Pengunjung bersorak menyokong kenyataan abang tadi. Aku rasa dah macam rusuhan. Rusuhan depan waterpark. Yuna tarik lengan baju aku.
“Mana Faris dengan Waqis?” tanya Yuna.
Bila dia tanya, baru aku perasan. Budak berdua tu tak ada pun dari mula kita orang berkumpul.
“Ada benda buruk jadi ke?” Yuna ni satu saja kelemahannya. Cepat buat kesimpulan bukan-bukan.
“Maybe dia orang pergi toilet ke. Kita tak tahu.” Aku cuba sedapkan hati Yuna, tapi itulah. Dia jadi makin gelisah.

Bos tadi masih tak dapat sambung kata-katanya dek diganggu pengunjung yang asyik memotong katanya. Dibalik pekerja-pekerja, Faris muncul. Dia sedang berbisik sesuatu pada salah satu pekerja di situ. Pekerja tadi mengangguk dan dia membisikkan sesuatu pada bos. Bos hulurkan microphone, pekerja itu sambut dengan senyum paksa.

“Baiklah pengunjung semua, bawa bertenang.”
“Kau tak cakap apa yang jadi lepas tu kau minta kita orang bertenang. Kau ni memang nak cari fasal ke apa?” tengking seorang pakcik. Pekerja tadi sempat mengeluh sebelum dia kembali berucap.
“Ada tak nama Yuna dengan Raina dekat sini?”
Aku dan Yuna berpandangan sekejap. Kenapa tiba-tiba kena panggil?
“Saya ulang. Yuna dan Raina ada?”
Aku angkat tangan. Yuna pegang tangan aku sementara aku cuba menyelit celah-celah orang ramai. Faris tak terang apa-apa, dia terus ajak kami ikutya. Aku dapat dengar pengunjung lain tak berpuas hati melihat aku dan Yuna masuk semula kawasan waterpark.
“Baiklah, dengar dulu. Salah satu pengunjung kita kemalangan di giant tube slide. Untuk elak kemalangan lagi, kami terpaksa kumpul anda semua di sini. Sebagai tanda minta maaf, kami beri 50% jumlah bayaran tiket sebagai ganti rugi.”
Pengunjung merungut. Aku dan Yuna toleh sekejap sebelum teruskan perjalanan.

“Apesal Faris? Mana Waqis?”
Pertanyaan aku tadi tak dijawab Faris. Tegang saja mukanya.
“Weh, kau dengar tak?” Giliran Yuna pula bising. Faris berhenti dan memusingkan badan menghadap kami bertiga.
“Waqis dah…meninggal.”
Pada mulanya aku ingat aku salah dengar, aku minta Faris ulang semula.
“Waqis dah meninggal. Kepala dia putus dari badan masa dia nak turun slide tadi.”
“Serius? Kau main-main kan?”
“Entah kau orang ni. Tak lawak lah.” Yuna bersuara, cuba menyokong kenyataan aku.
“Kau tak percaya kan? Meh sini, aku tunjuk.”

Kita orang bertiga mendekati sekujur tubuh yang ditutup dengan kain tuala. Tak jauh dari itu, ada bentuk bulat ditutupi dengan tuala juga. Faris telan air liur. Dia menyelak tuala yang menutup benda bulat. Yuna dan aku berundur ke belakang.

Apa yang ada depan mata kita orang memang kepala Waqis. Yang memang dah terpisah dengan badannya. Faris tutup semula kepala Waqis tadi.
“Puas hati? Dah percaya?”
Aku dan Yuna diam. Entah kenapa pandangan aku jadi kabur. Faris dan Yuna dekati aku. Mereka panggil nama aku. Aku yakin Yuna tengah goncang badan aku berkali-kali.
Telinga aku berdesing.

“Dik?”
“Dik?”

Aku kelipkan mata berkali-kali. Pandangan aku perlahan-lahan jadi jelas. Di sebelah aku ada lima lelaki dengan riak terkejut. Aku tengok sekeliling. Hanya ada hutan tebal dan semak samun di sekeliling. Aku buat apa dekat hutan ni? Bukan aku dekat waterpark dengan mereka bertiga yang lain ke?
“Tangan adik tu…D***h ke?” tanya lelaki memakai topi. Jari telunjuknya menunjuk kedua tangan aku yang ada cecair merah.
“Dia b***h orang! Lari! Lari!”
Mereka berlima lari lintang pukang. Aku terkedu. B***h? Siapa?
Aku cuba dekati mereka, pada masa yang sama kaki aku dipegang sesuatu. Aku pandang bawah.

Faris pegang kaki aku. Tak jauh darinya, tubuh Yuna terbelah dua. Bahagian kedua lengannya d******g.
Dengan nafas naik turun, Faris gerakkan mulut.

“Kau nak…lari mana?”
.
.
Dahi Khai berkerut. Aku senyum tawar.
“Nice tak story aku kali ni?”
Diam. Aku tepuk-tepuk lutut. Pandang sekeliling. Keadaan kafe sunyi. Hanya kita orang berdua saja.
“Bagilah respon. Aduh.”
Khai angguk lambat-lambat. “Ni kira flashback Rainalah kan?”
“Boleh katalah macam tu.” Aku kembali sedut ice chocolate. Brrr. Manis.
“So, siapa b***h Waqis? Raina?”
Aku herot bibir. Tak tahu mahu jawab ya atau tidak.
“Boleh ke kalau aku buat, dia orang bertiga ni tak b***h Waqis pun. Cuma Waqis tak puas hati kenapa dia je m**i.”
“Dendam?”
“Sahabat sampai m**i. Macam tu lah.”

Empat orang masuk dalam kafe. Dua lelaki dan dua perempuan.
“Ish, waterpark tu murah gila tahu? RM23. Kenapa tak percaya?” kata seorang lelaki yang aku yakin dia yang paling tua antara mereka bertiga. Seorang gadis mengerut dahi.
“Yalah tu. Entah-entah harga promosi, betul tak Raina?”
“Aku tak tahu, kita order dulu dan kita duduk. Bincang.”

Mata aku tak lekang pandang empat orang yang tengah membuat pesanan di kaunter.
“Kau dengar apa aku dengar?”
Khai angguk. “Kebetulan kan? Harga tiket dengan nama dia orang dalam cerita kau ni?”
“Aku tak tahu. Kejap, aku tanya dia orang.” Aku berdiri dan dekati mereka berempat. Khai panggil nama aku berkali-kali suruh duduk semula tapi aku tak hiraukannya.
“Sini woi. Aduh.”

Dengan beraninya aku menepuk bahu salah seorang gadis. Dia menoleh.
“Kau orang pergi waterpark eh nanti?”
Raina pandang tiga rakannya. Dia angguk. “Kenapa ya?”
“Harga tiket RM23? Nampak dekat website?”
Mereka berempat terkejut.
“Macam mana kau tahu? Kau nak ikut ke?”
Raina berkerut. ” Waqis, kau kenal ke?”
“Tak. Tapi apa salahnya.”
Mereka bertiga saling berpandangan. Agak lama aku tunggu, mereka pun angguk. Ajak aku lepak sekali. Tinggallah Khai dengan air ice choco aku.
“Dia ni…”

Lepas mereka berempat dapat order, barulah mereka kenalkan diri. Waqis, Faris, Yuna dan Raina. Aku senyum, tak percaya. Mungkin aku boleh cakap ‘Fuh, jackpot!’
“Kenapa ni senyum senyum?” tanya Faris. Aku geleng.
“Tak, cuma nak tahu fasal waterpark tu. Murah sangat.”
Waqis tepuk tangan, teruja. “Kan? Kalau Sunway Lagoon pun dah beratus. Hahahaha.”
Aku angguk tanda setuju.
“Tapi kau orang tak pelik ke apesal murah? Mana tahu kau orang pergi empat orang, balik jadi tiga. Lepas tu…”
“Fiena!” Badan aku dicuit. Khai cekak pinggang.
“Jangan kacau dia orang. Jom balik.”
“Tapi…”
“Takde tapi tapi.”
Mereka berempat tengok saja aku diheret keluar oleh Khai. Mereka sempat berpandangan sebelum sambung berbincang.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

fiena
Rating Pembaca
[Total: 82 Average: 3.1]

1 thought on “Waterpark”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.