Assalamualaikum admin dan para pembaca. Terima kasih kerana masih ingat akan diri ini yang bukan siapa-siapa. Ni ada short story nak share dengan ampa. Dikisahkan oleh kawan lama aku yang namanya Mat. Aku olah balik ikut gaya penulisan aku sendiri. Nanti bila-bila aku share lagi na. Terima kasih.
***********
Prrreeennngggg…peng peng peng preeeennggg….!!!!
Macam Valentino Rossi aku merempit malam tu. Habis semua traffic light, simpang tiga, u-turn yang tak boleh u-turn semua aku sapu. Tinggal tak jumpa road block ja lagi. Kalau jumpa yang tu kemungkinan besar aku kena tolak motor pi balai. Semuanya gara-gara Rosnah. Kak Rosnah yang kalut suruh aku clear document tatkala aku dah siap sedia nak masuk panggung wayang….
Sebelum aku bertukar menjadi mat rempit, hidup aku aman damai ja di lobby Megamall, sebual mall tersohor kat tempat aku yang ada panggung wayang. Tengah lepak minum Coca Cola depan McD tiba-tiba Kak Rosnah call.
“Maaaattt….pi clear form sat. Kontena nak masuk pukoi sebelaih..”
Aku agak dah. Tu yang tadi aku malas nak jawab bila nampak nombor dia. Tapi bila dah 8 kali dia missed call sampai aku tak senang duduk, aku jawab la jugak.
“Laaaahh Kak Ros oiiii. Tadi kata dah tadak apa. Saya dah beli tiket wayang niiiii…” Memang nak meratuih dah aku. Sebelum punch out jam 8 tadi, dia yang beria-ria suruh aku balik pasai kerja semua dah settle. Ni dok tak dok suruh pi clear form pulak?
“Wayang hang pukoi berapaaaa????”
“Pukoi sembilan lima puluh kaaakkkk! Setengah jam lagi nih..”
“Alaaah. Hang pi sat, dan haihh. Hang kan laju…”
Waah waaahhh….senangnya cakap. Duduk dalam office boleh la sembang. Cuba hang mai menyelit tengah jalan ni tengok. Try cilok celah tayar lori ni dulu baru tau dan ka tak dan. Pergi ke kedai membeli ubi betoi la.
Aku dah fade up ni, tapi rayuan Kak Rosnah makin menjadi-jadi. Aku nak reject mentah-mentah pun tak boleh pasai nanti claim aku dia jugak yang nak kira. Haiisshh…
Lalu aku tak cakap banyak dah, terus tutup henpon. Bye pun tak ok pun tak. Lagi lama sembang lagi buang masa aku. Terus aku berlari balik ke ofis yang letaknya di belakang Megamall tu ja. Motor aku ada situ.
Masa aku sampai kat motor, ofis dah gelap. Aikkk? Tadi Kak Rosnah call aku dari mana? Aku selup poket mencari henpon, lalu terpampang mesej ni…
‘Form dalam raga motor hang. Kak balik dulu naa. Babaaaiii…’
Ohhh. Boleh pulak macam tu ya? Hang balik, aku tak boleh balik? Dasar kuku besi, nazi, cerek kopi punya Kak Ros.
Cepat-cepat aku serelum helmat Apollo ke kepala, tendang engko motor macam nak terkeluaq enjin dan pulas throttle sampai rapat ke stopper. Hala tuju aku adalah Penang Port. Lebih kurang 8 minit perjalanan dari ofis aku jika aku tekan dengan kelajuan 120km/jam. Kemudian aku ada masa lebih kurang 15 minit untuk settle form, tu pun kalau kastam tak bad mood dan kalau sistem tak jem macam jambatan Pulau Pinang. Baki lagi 7 minit, sempat la kot aku patah balik ke Megamall dengan kelajuan Valentino Rossi tengah ride santai-santai. Pasai tu lah aku langgaq habis semua traffic light tadi tu. Jam 9.55 malam…tajam, aku dah sampai kat parking Megamall. Lewat 5 minit sebab tadi singgah boh minyak kat Shell. Mujoq jugak aku perasan minyak dah rapat. Kalau tak perasan, mau tolak motor tengah jalan. Boleh lingkup habis plan nak tengok wayang.
Dengan menggelabahnya aku berlari ke lift, tekan butang lift laju-laju macam la lift tu boleh laju lebih dari biasa. Biasa kan dalam filem depa dok mohong kita lagu tu. Aku pun turut terpengaruh tekan tet tet tet tet tet!!! Padahal tekan la laju macam mana pun dia tetap slow jugak.
Sampai di tingkat paling atas, aku berlari pula menuju ke panggung. Berselisih dengan marka Vietnam pun dah tak sempat nak kenyit mata. Elok sampai di depan panggung, nombor hall aku dah menyala, tandanya dah boleh masuk dan wayang pun dah start. Ahhh rugi macam ni. Bayaq untuk tengok iklan sekali, tapi kali ni wayang pun dah 5 minit berjalan. Kelam kabut aku huloq tiket kat brader jaga pintu tu dan terus celapak masuk ke hall nombor 2. Popcorn pun tak sempat beli dah. Lantak. Telan ayaq lioq dah la.
Dah masuk ke hall, menggelabah pulak cari kerusi sebab lampu panggung dah padam. Tapi, memandangkan orang tak ramai, aku duduk ja tang mana aku suka. Dah dapat kerusi yang cantik, kat tengah-tengah, belakang pun tidak, depan pun tidak, aku duduk dengan perasaan lega. Rupa-rupanya, wayang tak start lagi. Iklan pun baru habis, intro pun baru nak mula. Muqaddimahnya dipaparkan sebuah nama produksi dari negara jiran, Thailand. Berdentung dentang bunyi gong bergema dalam panggung. Dah habis intro, keluarlah tajuk movie yang aku tunggu-tunggu selama ini…COMING SOON. Sebuah kisah seram dari Siam yang menceritakan tentang seekor hantu perempuan yang mengganggu penonton wayang di negara gajah putih tu.
Konklusinya, aku pi tengok wayang cerita hantu. Dan hantu tu adalah hantu Siam yang bergentayangan di panggung wayang. Bijak betul aku buat pilihan untuk movie malam tu. Padahal ada ja cerita lain yang aku boleh tengok. Tapi jin iprit mana entah mai bisik kat telinga suruh tengok cerita tu, aku pun ok je lah.
Wayang pun bermula dengan babak disturbing di mana 2 orang kanak-kanak dibunuh oleh mak depa sendiri yang sakit jiwa sebelum mak tu digantung pulak oleh laki dia sendiri yakni bapak budak-budak tu. Kisah ni berlaku di sebuah pedalaman di utara Thailand kira-kira 30 tahun yang lalu. Memang syoklah. Layan. Macam seram ja ni. Tapi, baru nak stim dah kena potong. Rupa-rupanya babak tu adalah ‘wayang di dalam wayang’. Maksudnya, babak tu adalah wayang yang ditonton oleh penonton wayang di masa kini. Pening tak? Kalau tak paham ampa bukak youtube, cari COMING SOON full movie nanti jumpa. Jadi bermula dari babak tu plotnya dikembangkan dengan baik, hinggakan kisah yang sekadar fantasi telah berubah menjadi realiti.
Sambil dok layan keseraman filem tu, aku ushar jugak keliling panggung. Tak ramai yang masuk panggung. Ada kot tak sampai 15 orang malam tu. Dah hari tu pun bukan hari minggu dan bukan hari diskaun, memang la tak ramai. Belakang aku ada couple Cina, sat-sat terjerit sat sat terpekik. Hujung belah kanan ada 3 orang. Hujung kiri ada la satu group tiga empat orang. Yang lain tu pakat duduk jauh-jauh. Pesen macam aku jugak suka tengok wayang sorang-sorang.
Jam 11.30 malam lebih kurang, wayang pun tamat. Puas hati. Aku bagi rating 6/10 untuk movie ni walaupun sempat aku terlelap 15 minit dalam tu. Lampu panggung dibuka dan aku bangun mengeliat membetulkan urat pinggang yang krem. Mengantuk dah ni. Nak balik tidoq.
Dah jadi tabiat aku, suka keluaq panggung last sekali pasai takmau berebut-berebut kat pintu dengan tangga. Jadi, aku duduk balik dan cek henpon kot-kot la kastam call ka, bini call ka. Bini aku tu walaupun dah paham aku ni kadang-kadang kena overtime, tapi dia taktau overtime aku hari ni kat panggung wayang.
Bila penonton terakhir dah keluaq, aku pun turun ke bawah dan berjalan ikut koridor yang sempit. Koridor tu masih cerah dan ada kona kiri kona kanan. Masa keluaq dari pintu panggung, aku perasan penonton terakhir yang berjalan di depan aku tu sorang pempuan pakai skirt labuh warna putih dan blouse putih bunga-bunga. Bau dia punya wangi macam bau perfume Gucci. Dia single barangkali sebab berjalan sorang diri ja. Dan aku syak dia berbangsa Cina sebab kulit dia putih melepak. Dari selekoh ke selekoh aku follow dia dari jarak lebih kurang 10 kaki, takmau la dekat sangat nanti dia kata aku perogol bersiri. Jadi aku perlahankan langkah bagi dia pi dulu.
Sampai kat pintu keluaq utama, dia pun keluaq. Kemudian turn aku pulak keluar. Sebaik aku bukak pintu tu, kelibat dia hilang. Jangan kata kelibat dia, tingkat panggung wayang tu sunyi sepi. Sapa pun tadak. Kedai-kedai semua dah tutup pintu, lampu pun banyak yang dah padam. Masa aku lalu depan lobby panggung, ada sorang brader staff situ tengah dok berjalan pi mai pi mai buat apa entah. Tengah nak tutup panggung la kot.
Aku pun jalan terus menuju ke lift. Sampai kat lift, aku tak tekan tet tet tet tet tet macam tadi dah pasai dah nak balik, tak kalut. Tekan sekali ja pintu lift pun terbuka. Aku masuk dalam, tekan butang menuju ke ground floor.
Sampai kat tingkat 3, lift tu berbunyi…ketiiiinnggg!!! Ada orang nak masuk. Aku pun injak sikit nak bagi laluan. Bila pintu lift terbuka, haram tadak orang pun. Aku jenguk keluaq. Kosong. Mungkin kawan tu dah masuk lift sebelah. Tapi tak semena-mena aku ternampak pempuan pakai baju bunga-bunga tadi tu lalu kat depan pintu koridor, dalam gelap. Setahu aku jalan tu nak pi ke toilet. Dalam hati aku dok kata hati kering betoi pempuan ni. Sorang-sorang ja dia pi toilet dalam gelap. Kot ya pun ajak la aku teman. Aku pun terasa nak terkencing gak ni tapi takut nak masuk tandas dalam mall tu. Marka tu lagi berani dari aku.
Aku masuk balik dalam lift dan tekan butang nak tutup pintu.
‘Gedegung…gedegunggg..gedegunggg….’
3 kali pintu tu stuck macam ada orang dok tekan dari luaq. Ni yang aku tak boleh ni. Hang nak masuk hang masuk je la. Dok tekan banyak kali pasaipa? Gatai tangan? Aku dah lambat ni nak balik tidoq.
Aku pun jengoi kepala ke luaq lift dengan muka ketat nak marah-marah. Malangnya, tadak orang pun kat luaq lift tu. Aku masuk balik, dan pintu pun tertutup rapat. Baik. Kat sini aku tak cuak lagi. Belum rasa apa lagi.
Tiba di tingkat 1, sekali lagi dia bunyi ketiiiiinnnggg….!! Ada orang nak masuk. Haisshhh. Dah nak tengah malam ni ada orang lagi ka kat mall? Ampa shopping apa sampai tengah malam?
Pintu lift terbuka lagi. Sama macam tadi. Tadak sapa pun yang masuk. Tapi ada benda lain yang masuk. Kat sini aku start rasa pelik. Yang masuk tu adalah bau perfume sama macam yang aku bau kat koridor panggung wayang tadi. Kali ni aku malas dah nak huloq kepala keluaq dari lift. Hang nak masuk hang masuk. Takmau masuk sudah. Aku tunggu sampai pintu lift tu katup sendiri. Tunggu punya tunggu…haram dia tak katup pun. Dok ternganga macam tu ja, bagaikan ada orang tengah press and hold butang lift dari luaq.
Aku dah start gawat. Dah banyak kali aku layan late night movie kat sini, ini pertama kali aku berasa menggelabah semacam. Macam ada sesuatu yang tak kena.
Bila pintu tu dok ternganga lagu tu, aku seriau dah nak tunggu. Takut nanti lift tu jem langsung aku kena tidoq situ. Jadi, aku keluaq dari lift dengan niat nak turun guna tangga kecemasan ja. Tak boleh guna tangga bahagian dalam mall pasai pintu utama semua depa dah lock. Kena guna tangga kecemasan yang akan bawa aku terus keluaq ke parking motor di tepi bangunan mall tu. Lift tu pun bukan lift belah dalam. Ianya lift yang boleh access terus ke parking.
Aku pun buka pintu kecemasan yang letaknya bersebelahan dengan pintu nak masuk ke dalam mall. Masa nak buka pintu tangga kecemasan tu, mata aku tertangkap satu kelibat manusia tengah berdiri kat penghadang kaca di tingkat yang sama. Aku pun perhati betoi-betoi, itu pempuan tadi yang pakai baju bunga-bunga. Dia berdiri terpacak macam kayu dengan kepala tertunduk melihat ke tingkat paling bawah.
Lama aku perhati dia. Buat apa sorang-sorang kat situ? Tapi tadi aku nampak kelibat dia kat tingkat 3? Tak sampai 2 minit dah ada di tingkat 1? Yang mata aku ni pulak entah pasai pa macam tak boleh lepas dok tengok dia. Sampailah dia panggung kepala tengok aku balik. Dari jauh, aku nampak muka dia berubah jadi hitam, dagu dia jatuh sampai ke dada. Keluaq lendiaq pekat dari mulut dia hingga meleleh ke ground floor. Ohh….hantu rupanya. Macam mana aku boleh bersangka baik dari tadi? Makan nasi berlauk sambal, berulam pula si daun janggus , bebal bukan sebarang bebal, bebal tahap bodo nak mampus.
Tak cakap banyak dah. Sebelum aku berpantun lebih panjang di situ, dengan seribu langkah yang ada aku buka pintu kecemasan dan berlari ikut tangga yang cahayanya malap. Tak jauh pun. Dari tingkat 1 ke ground floor. Namun terasa sangat lambat nak sampai bawah. Tambah pulak, masa dok berlari turun tu ada bunyi orang bukak pintu kat atas dan bunyi tapak kaki dok berlari turun jugak.
‘Kelekuk kelekuk kelekuk kelekuk kelekuk…’ bunyinya seolah-seolah tengah hambat aku dari belakang. Masa tu, kejantanan aku dah hilang tuan-tuan. Bulu roma ni jangan cakap la. Rambut aku terpacak serupa kena karan. Kepala jadi kembang. Andaikata dia sentuh bahu aku, memang konpom aku kena sawan tang situ jugak.
Sampai di barisan anak tangga terakhir, aku lompat terus terun ke bawah dan tangan aku terus melekat di tombol pintu. Tau apa jadi? Tombol pintu tersangkut pulak daaaahhh. Apa punya malang la malam tu. Aku pusing kanan pusing kiri pintu takmau terbuka. Takkan depa kunci kot? Besa tak kunci pun pasai situ memang laluan orang balik tengok late night movie. Aku hunggaq pintu tu sepenuh hati umpama meruntun pintu hati marka yang tak pernah sudi…
‘Gedegum gedegum….gedegum gedegum gedegum….’
Bunyi tapak kaki kat belakang aku pulak makin dekat. Bila aku kalih ke anak tangga, kosong. Tapi bila aku dongak ke atas, nampak satu kepala berambut panjang tengah ushar aku menggelabah ungka kat bawah. Muka dia tak jelas, hitam ditutup bayang-bayang. Rambut dia ja terjurai di celah lubang antara tangga atas dan tangga bawah. Paling tak tahan, dia ada bunyi ya para pembaca yang budiman. Bunyi dia nak kata macam katak pun tak, macam cengkerik pun tak. Lain macam…
‘Ketokk ketokk ketookkkk….ketokkk ketokkk….’ Macam orang bernafas tersangkut kat hidung. Entah la aku tak reti nak describe.
Panik, nak pitam, nak terkencing nak terberak hadir sama serentak. Pintu pulak masih stuck. Aku hinggut lagi biaq tercabut pun takpa, janji boleh keluaq dari situ. Nanti aku boleh ganti tombol baru.
‘Dum dum dum dummm…dum dum dummmm’ Bergema ruang tangga tu bila aku ketuk laju-laju. Dalam masa yang sama mulut ni dok baca macam-macam dah. Al-Fatihah, doa qunut, doa makan, doa iftitah. Tu pun tergagap-gagap. Start dengan doa qunut, tutup dengan doa makan. Mana yang aku ingat semua aku hentam. Tu la dulu pak aku suruh mengaji tapi aku penyegan. Bila dah jadi macam ni baru terketaq-ketaq nak cari Tuhan.
Usaha aku dah habis, letih. Mata aku terpejam rapat. Mulut terkunci. Hanya suara kecil ja yang keluar dari tekak aku. ‘Hmmmm…eeeewww..eeewww’. Umpama pondan kena tangkap basah. Seluaq ni, terus terang cakap dah lencun. Entah bila masa air kumbahan aku keluaq pun aku tak perasan. Tau-tau ja dah lokoih. Pintu tu langsung takmau terbuka. Nak patah balik naik atas? Gila ka apa? Jangan kata nak patah balik, nak kalih tengok belakang pun tak mampu dah.
Tengah dok menggelupoq kat pintu tu….
‘Gedegang….kreeeekkkk…’ Pintu terbuka. Ruang depan aku cerah dan ada sorang manusia berdiri depan pintu.
“Bang. Baru baleyy tengo wayang ka?” Seorang security Bangla terpacak depan aku dan bagi soalan bangang. Aku berasa nak jawab macam ni… “Tak aihhh. Baru turun kapal terbang.”
Namun, lidah aku masih terkunci. Aku paling ke belakang nak tengok marka rambut panjang tu ada lagi tak? Dia dah hilang.
“Ni pasaipa pintu ni bayyaa? Banyak kali pusing takmau bukak?” Aku bercekak pinggang depan dia dengan gaya CEO Megah Holding. Padahal seluaq aku dah lencun dia tak perasan.
“Ohhh. Ini sudah banyak kali bagitau management tapi dorang tarak repair lagi. Nampak ni bang, dia sangkut.” Jawabnya sambil memulas tombol pintu beberapa kali.
Terbakaq ja hati ni. Management taik hidung masin, pintu rosak pun tak reti nak repair. Ahh tak kuasa aku nak marah-marah. Benda dah jadi bukan boleh patah balik dah.
Dengan langkah masih bergoyang, aku berjalan menuju ke motor yang letaknya tak jauh dari pintu tepi mall tu. Tinggal motor aku ja yang parking situ. Aku serelum helmet dan tendang engko dengan lemah gemalai. 7 kali tendang baru dia hidup. Baru nak pulas throttle, Bangla tu panggil aku…
“Baaaanngg. Ini abang punya ka? Sapa mau basuh?? Tara baik tau kencing rata-rata macam ni bang…” Jeritnya sambil tangan tunjuk ke lantai depan pintu kecemasan.
Aku tak jawab. Pandai-pandai la ampa settle esok. Sapa suruh tak reti repair pintu ampa tu? Terus aku pulas minyak dan blah dari situ. Sampai kat traffic light nak naik highway, aku berenti tunggu lampu merah bertukar hijau. Tak boleh main blah ja kali ni. Biasanya time macam ni ada polis dok menyorok kat depan. Kat situ sempat aku rewind balik apa yang baru aku hadap dalam mall tadi. Aku cuba recall balik, pempuan tu macam aku pernah nampak. Tapi tak ingat tang mana. Pikiaq punya pikaq, baru aku ingat balik. Tu marka Vietnam yang aku berselisih masa nak masuk panggung tadi. Baju dia sama, bau perfume dia pun sama. Cuma aku dok kalut, tadak la nak peduli sangat. Marka Vietnam ja pun, bukan Erra Fazira. Ahh lantaklah sapa pun. Nak balik mandi. Sepanjang jalan badan bau hancing.
Sekian….
Terima kasih.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Ni cerita Edi Arjuna ni. Dah pernah ada dlm FS
haah
Seram gak.. Mau serik tu tgk wyg mlm2
over sangat…daripada nak jadi kelakar,terus fed up baca…moderation la sikit.
baru nk seram dh x jadi..penat ketawe je..sori la terketawe plk.hahah
Assalam bos. Sy nk beli bku2 edi arjuna yg 1st dulu pai skrg ni. Ade stok x ? Caner ek? Bole emel x? [email protected]
hahahah kelakar la bang
hahahahhaha aku taktau nk gelak ke nk takut. lawak la hang