As Salam kepada admin dan kenkawan di FS. Hopefully admin postkan cerita nie. Aku mas, aku karangkan cite nie bertujuan untuk beri cerita penuh tentang komen aku di post admin 14hb Febuari tempohari, maaf lambat send cerita sebab sibuk sikit. Moga terjawab persoalan kat dalam otak korang dan masih juga ada pertanyaan jika terjadi begini pada korang apa tindakan korang??!!
Jujurnya pengalaman nie bukan pengalaman aku tapi kawanku Paan. Kisah nie klua waktu kami tengah beborak ramai2 hinggalah aku bertanya, ‘pernah tak korang kena panggil atau laung nama (dengan suara yang korang kenali atau tidak) tapi takde siapa pun yang panggil ko??? Dalam banyak2 jawapan dari kenkawan yang aku dengar, kes Paan nie agak menarik dan kire seram juga lar.
Paan nie anak ketiga dari 4 adik beradik dan dia seorang jea anak lelaki. Dia masih tinggal dengan family dan kakak sulungnya dah berkahwin, ada sepasang anak serta tinggal berdekatan dengan rumah kembar dua tingkat milik parent mereka, kira kira selang dua blok ar kat taman perumahan tu. Suatu hari Paan nie tido awal lepas maghrib kerana sebelah petangnya dia main bola.
Keletihan. Maka dia terjaga malam tu, tekaknya haus tapi dia tak turun ke dapur kerana malas. Disebabkan dia tak mengantuk dia berbaring2 malas di atas katilnya sambil main handphone.
Satu perkara yang dia perasan adalah suasana rumahnya waktu tu sangat sunyi. Takde dengar bunyi radio, tv apalagi suara kakak, adik atau ibubapanya. Dia merenung jam dimeja tulisnya, baru pukul 1 pagi. Kebiasaannya pukul1 pagi dirumahnya tidak lah sesunyi sekarang. Hatinya berasa tak berapa sedap malam tu. Dia hantar wassap pada kakak dan adiknya tapi tak berbalas. Sedang dia leka tiba tiba terdengar suara ibunya melaung namanya dari tingkat bawah di bahagian ruang tamu ditingkat bawah …
‘Paan!!! Mari turun cepat’
‘Ya mak, ada apa???’
‘Lekaslah turun cepat. Klua bilik turun ke bawah sekarang!!! Terus turun!!!’
Tanda tanya outomatik terbit dalam benak Paan. ‘Dah kenapa pulak dengan mak aku nie. Apa yang dah jadi??
Paan segera melangkah ke pintu untuk keluar, sewaktu nak memulas tombol pintu wassap masuk.
Dari emak – jangan turun, jangan keluar dari bilik, kunci pintu, mak ada kat bilik sebelah nie. Mak pun dengar juga tu.’
??????!!!!!! … Niat untuk turun terhenti. Siapa pula yang panggil dia kat tingkat bawah??
‘Paan!! Lekas turun!! Lari ke luar!! Lekas!!!’
Suara ’emak’nya memanggil lagi dari bawah. Otak paan jadi serabut, keliru dan cemas, takut pun ada.
Bilik sebelah tu bilik tidur adik dan kakaknya, apa maknya buat dalam bilik mereka malam malam buta nie atau kenapa nak tidur situ, bukan kebiasaan emaknya buat macam tu. Lagipun sekarang dah hampir jam3 pagi.
Paan lockkan tombol pintu dan terduduk dihujung katil. Rasa cemas dan takut serta tanda tanya berlegar2 dalam kepala. Wassap sekali lagi masuk.
Dari emak – ‘paan, buka pintu mak nak masuk. Yang lain takde kat rumah. Mak takut nie.’
Paan makin risau perlu ke dia buka pintu. Message wassap sekali lagi masuk dari adik perempuannya.
Dari adik -‘Bang lang, kitaorang semua klua pegi spital yayang (anak buah paan) jatuh patah tangan. Try kejut alang tadi tapi alang nampak letih sangat. Jap lagi balik, singgah makan jap. Nak bungkuskan ke tak??
Dari emak – ‘paan buka pintu cepat, mak nak masuk nie. Benda tu macam nak naik ke atas.’
Paan terkedu membacanya. Tak lama tu handfonnya berbunyi – panggilan dari adik. Panik, dia mencampakkan handfonnya ke hujung tilam.
Ya Rabbi!!! Seraya tu terdengar lagi suara ’emak’ di luar bilik. Paan berselubung di atas katil ketakutan. Ketukan keras dipintu biliknya dan panggilan namanya berulang2 kali. Berlanjutan hampir sepuluh minit. Kemudian berhenti.
Perlahan lahan paan bangun dari katilnya. Takut takut menuju ke pintu. Kemahuan fikirannya untuk membuka pintu melihat apa yang terjadi kat luar mendesak tapi hatinya kuat melarang. Dia berasa sangat perlu melindungi emaknya tapi bagaimana pulak kalau itu bukan emaknya?? Bukan ke tadi adiknya beritau ‘SEMUA dah keluar’??? Paan berdiri tegak dipintu dan tangannya masih ditombol pintu.
Berkira kira samada ingin membuka pintu atau tidak. Tiba tiba bunyi ketukan dipintu kedengaran lagi. Kuat juga. Namanya dilaung tapi kali nie berbaur suara ibu adik kakak kemudian ayahnya. Paan berlari ke katil dan berselubung.
Mengigil dia. Setelah beberapa ketika bunyi ketukan kembali terhenti dan terdengar bunyi pintu dibuka. Paan melihat bayang2 samar dibalik selimutnya susuk tubuh menghampiri. Badannya mengigil kuat ketakutan. Perlahan lahan tangan susuk tubuh itu mencapai dan menarik selimutnya. Terlihat adik … dibelakangnya ada kakak, mak dan ayah. Sebaik saja melihat emaknya, Paan memeluk emaknya kuat kuat.
‘Mak ok ke??’ soalnya
‘Mak ok jea. Kenapa dengan paan nie, berpeluh peluh. Kenapa pagar terbuka, pintu depan terbuka luas dan ruang tamu berselerak??.. apa dah jadi?? Nasib kereta paan ada kalau tak nampak jelas pintu rumah terbukak’
‘Mak ok kan’ tanya paan lagi.
‘Tadi adik tunjuk message alang kat semua, pastu tengok blue tick jea tak balas, kami rasa tak sedap hati, try call pun tak jawab, tu pasal terus balik nie. Kami tapau jea tak jadi makan kat situ. Alang ok??
Entah soalan cerdik atau bodoh adiknya tu paan tak menjawab. Badannya basah dek peluh, dia demam beberapa hari dan kena buat rawatan pulih semangat. Bapanya membuat laporan polis rumahnya dipecah masuk tapi tiada barang yang hilang. Entah apa benda yang bersuara seperti emaknya dan menghantar message wassap tu tak lah diketahui.
Pada malam tu disebabkan emaknya panik bila tau cucunya patah tangan dia tertinggal handfonnya dirumah. So korang penah tak dengar nama korang dipanggil tapi tak tau siapa atau suara tu korang kenali tapi bukan dia yang panggil??
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Ya Allah… yang ni btul2 seram
seram
peeergh serraaaaam.
Macam pernah baca jer
haahkan macam pernah baca kat web lain
kalau aku, aku buka pintu tu terus aku baling kapak ke muka ‘yg mmanggil’ tu lepastu masuk kbilik semula. Dalam bilik aku watssap terus, ‘engko ok tak melekat kapak dekat muka tu?
😂😂
Mcm umh nenem aku la.dulu ade pokok kekabu mse pokok tu ada mcm2 la.plg rare dia suka pgl nama.slalu yg jd mangsa pakcik aku.hahaha.skrg pokok tu dh ditebg.da la lg bende2 nk pgl nama
Wau, seramnya.
Perhhh . Cita pendek je . Tapi mampu buat orang menghayati sambil seram
penah kena kat kpg..orang duk sayu² panggil nama aku 😂..hawau toi..time tu memang ketaq satu badan 🤣…
Sebelum ak brubat buang bnda yg org hntr kat umah ak dlu..ak slalu kena..time maghrib..kat pat kja..(ak kja retail..n shift)..slalu dgr org jerit pnggil nama ak 2 3 kali juga la..kua ofis g kat staff kat lua..tye ade pnggl nma ak x..dorg suke muke blurrr trkjut..xde pnggil pun sdgkn dorg dok gelak2 ja dri tdi..ak jdi..huh!
persoalan suara yang panggil paan tu something, yang wassap jangan turun pun something?? pelikkk
plagiarism. bnde ni cite seram kt internet ye
kalau rajin bukak webpage seram kat internet, instagram,etc..mesti dah pernah baca cerita ni.. cuma tokok tambah perencah je ni.. sori aku rasa tak ori dan bukan pengalaman sebenar.. fiksyen sahaja
matai punya seram ……
Apa jadi kalau dia buka je pintu tu… Kalau aku pun tak sampai hati nak biar mak aku kat luar bilik ketakutan sorang2.. Dilema….
Yes thap ni saya pernah kena,tp bukan saya y dengar kengkawan n family y dgr saya panggil mereka,tp sebenarnya tiada.. Ianya agak pelik n menyeramkn.
Dilema.. dan Seram… Meremang.. Buntu…
Thorbaik….
pantun
dua tiga kakmahku
aku baca sampai lemah jantung ku
Serammm
aku pon penah kene tp x se ekstream si paan ni la..skli dulu mse zmn sekolah tgh syok2 wat homework aku dengo sore mak aku pangil aku 3 kali. adik..adik..adik..aku pon dengan confident trus jawab ye mak then trus bkak pintu bilik..skli tgk at ruang tamu da gelap xde org..gelabah aku trus ttp pntu naik ats ktil beselubung…kali kedua aku kene bru lg jgkla 2 3 bulan jugak..tgh2 syok lyn fiksyen syasya ni aku dengo arwah mak aku pangil 3 kali jugak..aku off henpon bg relek jap stgah jam..continue baca fiksyen syasya ni..hhaa..yg kli ni aku x trus bkk pntu sbb aku tau tu bkn org yg pngil aku..mak aku da xde..alfatihah..
Arwah mak aku pernah kena, waktu tengahari..dia dengar aku panggil dia .. masa tu aku sekolah rendah, bila balik aku selalu laung “Makk” bila dah sampai rumah.. Sekali mak aku bagitau tadi aku dah panggil mak aku sebelum aku sampai, masa tu mak tengah menjahit..dia tak menyahut tapi jenguk kepala tapi takde orang. Lepas tu aku dah tak panggil “Makk” lagi, bila sampai rumah aku bagi salam..