Wujudkah bunian di blok Alpha

CHAPTER 1 : WUJUDKAH BUNIAN DI BLOK ALPHA.
” Kau pernah dengar cerita tak? ”
“Cerita apa?”
” Kononnya tapak universiti kita ni sebenarnya adalah perkampungan bunian.”
” Bunian?”
” Ya. Bunian.”
Aku ketawa mendengar perbualan kawan – kawaku. Lantas aku mencelah.
” Hai, dekat sini mana ada perkampungan bunian. Kau percaya ke bunian, hantu, semua tu?. Tu semua karutlah. Kalau ada pun, zaman dahulu. Zaman sekarang ni dah modenlah, mana ada benda – benda tu lagi. Lagipun, kau pernah nampak ke? Kau Erin? Zetty?” kataku sambil tertawa – tawa. Erin yang berada di tempat duduk belakang kereta menunjukkan wajah cemberut.

” Tapi aku tak tipu. Banyak kali aku dengar makcik – makcik cleaner sini bercerita tentng itu. Mereka tak bagi kita buang sampah merata – rata di kawasn asrama. Nanti bunian tu marah, ” sambung Erin lagi.
” Itu sebab mereka tak mahu tambahkan lagi kerja mereka, ” jawabku bersahaja. Aku melontarkan pandangan ke luar tingkap kereta sambil menongkat dagu. Bosan.
” Taklah, Asha. Aku pernah dengar tentang bunian tu. Kau kelan Ildia? Dia ka sixth sense. Dia pun pernah cakap yang kawasan blok Alpha kau tu sebenarnya kawasan bunian, ” kata Ros pula sementara tangannya memusing stereng membelok ke kiri.
“Ildia? Budak perempuan yang ada saka nenek kebayan tu? Yang kalau malam je … Mesti dia jalan bongkok tu?” soal Erin.
” Haah. Dia tulah.”
“Eiii … Seram aku dengan dia tu.” Tubuh Erin menggeletek ketakutan dan menggelengkan kepala. ” Dulu dia pernah sakit teruk.”
“Haah. Aku pun dengar macam tu. Dia sakit teruk dan badan dia kurus melidi. Selepas maghrib, dia akan berubah menjadi seperti orang lain. Sebab tu semua orang takut nak berkawan dengan dia,” jawab Zetty.

” Tapi seriuslah dia nampak perkampungan bunia tu dekat blok Alpha? Eh, Asha. Blok Alpha tu blok kau, kan? Kau tak pernah jumpa apa – apa ke?” soal Erin pula Aku menepuk dahi mendengar soalan Eri lantas tertawa.
“Hahaha. Tak pernah pun! Mengarutlah semua tu! Aku pernah je dengar cerita – cerita macam tu dekat blok aku, tapi aku tak pernah jumpa apa – apa. Aku rasa mereka yang bercerita macam tu saja nak memandai – mandai. Kalau tidak pun, hendak menyedapkan cerita yang dah menular. Hakikatnya, semua tu tidak ada,” balasku. Ros yang sedang memandu di sebelah menggeleng – gelengkan kepala.
” Bunian, hantu apa semua tu wujudlah. Kau tak pernah jumpa, bukan bermakna makhluk tu tak wujud. Cuma engkau yang tidak tahu,” bidas Ros.
” Haah. Aku percaya yang mereka tu wujud. Walaupun aku tak pernah nampak, tapi aku percaya,” balas Erin pula.
” Tapi aku pernah nampak,” kata Zetty tiba – tiba. Kami semua memandang dia yang berada di tempat duduk belakang, bersama Erin.

” Kau nampak apa? Bila? Kat mana?” soal Erin.
” Semasa ak hendak balik ke blok Beta dari cafe, aku ternampak sekilas bayang – bayang putih berada di bawah pohon beringin dekat dengan fakultisains gunaan tu. Dia sedang berdiri menghadap aku. Selepas itu, aku memang lari tak cukup tanahlah,” cerita Zetty panjang lebar. Aku mengangkat kening mendengar ceritanya.
” Seriuslah! Bila kau nampak tu?” tanya Erin.
” Dua hari lepas. Masa tu pukul 11 malam.”
” Eh, seramnya. Sudahlah! Tak nak cerita benda – benda macam itu. Dahlah malam ni malam jumaa,” sambung Ros. Dia mengusap – usap lengannya ketakutan.
” Haahlah. Malam ni malam jumaat!” kata Erin separuh menjerit. Dia mula ketakutan dan memeluk Zetty. “Kaulah ni cerita bukan – bukan”
” Hei, kau dulu kan yang buka cerita pasal bunian?” kata Zetty pula. Aku tersengih memandang mereka di belakang.
” Zetty, aku rasa dia hendak beri warning pada kau supaya jangan keluar dating malam – malam. Hehehe,” gurauku. Zetty memandang aku dengan pandangan tidak puas hati.
” Banyaklah kau punya warning! Siaplah kau, kalau kau jumpa, baru kau tahu erti penyesalan!” marah Zetty. Aku hanya ketawa mendengar dia marah.

Setelah sampai di perkarangan blok Alpha, Ros memarkir keretanya di hadapan blok yang dekat dengan bilikku. Aku keluar dari kereta selepas mengucapkan terima kasih dan salam.
” Kau naik dululah. Kami tengok dari sini,” kata Ros. Aku mengangguk dan terus menuju ke blok.
Setelah naik tangga ke aras 3 Blok Alpha, aku melalui lorong sepi menuju ke bilikku yang berada selang empat bilik dari tangga . Bilikku boleh dikatakan paling hujung diaras itu. Sebelah bilikku pula adalah bilik kosong. Jadi memang bertambah sunyilah lorong koridor itu. Jam yang melingkar di pergelangan tangan, ku kerling. Pukul 12 tengah malam. Hurmm … Patutlah sunyi sahaja aras ini. Desis hatiku.

Angin malam itu terasa sejuk lain macam. Aku memeluk ubuh, menahan kesejukan yang kurasa sampai ke tulang sum – sum. Enth kenapa, selepas mendengar cerita mereka aku jadi tidak sedap hati. Padaha selama ini aku tidak pernah percaya wujudnya bunian, hantu atau apapun yang berkaitan dengan entiti seperti itu. Aku percaya wujudnya jin dan syaitan, itupun sebab ada tertulis di al – Quran dan hadis. Tetapi hantu dan bunian? Ermm … Aku tidak pasti.

Tapi kali ini, sepanjang perjalananku menuju ke bilik, aku rasakan seperti sedang diekori oleh seseorang. Berkali – kali aku menoleh ke belakang kerana menganggap yang mereka sengaja menakut – nakutkan aku dan mengekori aku diam – diam, tapi tiada siapa. Untuk menyedapkan hati, aku cuba menganggap yang itu hanya khayalanku sahaja. Tapi, semakin aku dekat dengan bilik, semakin jantungku berdebar kencang.
Sebaik sahaja sampai di hadapan pintu bilik, aku segera mencari kunci yang ku simpan di dalam beg. Setelah jumpa kunci bilik, aku cepat – cepat membuka pintu bilik asrama. Gelap! Aku mengeluh perlahan dalam hati. Sudahlah aku tidak sedap hati, tiada orang pula dalam bilik. Aku agak housemateku, Maya tidur di bilik sahabatnya, Lina kerana dia ada beritahu aku petang tadi yang assigment mereka banyak lagi tidak siap. Hurmm … Itu tandanya aku yang kena tidur sendirian lagi malam ini.

Aku meletakkan beg sandang di meja belajar senelum merebahkan tubuh ke katil. Memang penat hari ini! Mana tidaknya, esok adalah majlis bagi Kelab Debat. Jadi aku sebagai pengerusi tersebut perlu memantau dan mengurus semua persediaan bagi majlis esok.
10 minit juga berbaring merehatkan otot – otot yang mengang. Perbualan kami tadi terngiang – ngiang di telinga. Betulkah apa yang mereka cerita itu? Wujudkah bunian dan hantu? Tapi aku tidak pernah pun mengalami hal – hal aneh sepanjang setahun aku di blok ini. Memanglah ramai yang bercerita tentang itu, tetapi bagi aku, selagi aku tidak mengalaminya, bermakna entiti itu tidak wujud. Aku lebih percaya pada hal – hal bersifat fizik dan logik, bukan percaya pada buah mulut orang semata – mata.

Sedang aku melelapkan mata, tiba – tiba aku teringat yang aku sebenarnya belum mandi dan solat Isyak. Astaghfirullah … Aku meraup wajahku dan terus duduk di tepi katil. Untung sahaja aku tak terlelap tadi. kalau tidak, memang tertinggal Isyak aku nanti.
Aku terus mencapai tuala di penyangkut baju yang melekat di almari dan bakul peralatan mandian. Selepas itu, aku mengunci pintu dan menuju ke bilik air.
… BERSAMBUNG …

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nur

5 thoughts on “Wujudkah bunian di blok Alpha”

  1. Sebelum submit story, check dulu perkataan..macam kau nak hantar paper karangan time exam..banyak betul huruf tertinggal!
    Cerita kau menarik..jangan lupa sambung

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.