Aku bercerita

Asalamualaikum buat semua warga FS.Pertama sekali saya nak say thanks buat admin FS sebab sudi publish cerita ni.
Aku Syed tapi bole je panggil aku Ed .Umur 28 tahun, Anak ke 2 dari 5 beradik. Semua benda pelik ni datang tiap kali aku di bawah pengaruh dadah. Dadah? jangan risau aku orang baik2.

Awal bulan 6 tahun 2017 aku di sahkan positive kanser. Tak teruk lagi and still manageable. 29.6.2017 chemo pertama ku. Semuanya berjalan lancar tak ada masalah sepanjang chemo tu.Hampir nak masuk seminggu jugalah warded sebab diorang nak monitor aku. Dalam seminggu duduk dalam ward ni ada beberapa perkara pelik jadi kat aku.

Sehari selepas chemo tu suhu badan aku naik.Doktor cakap tu normal sebab tubuh dah start respon kat ubat. So untuk sehari tu aku banyak habiskan masa kat katil je.Masa tengah best tido tu adik kejutkan aku.

‘Bang bangunlah’
‘kenapa dik?’ just respon mulut je tapi mata tak celik.
‘Bangunlah kejap.Adik lapar ni’. jawab dia.

Adik lelaki aku ni memang agak manja dengan aku.Since dia anak bongsu dalam keluarga. Tapi dalam manja dia ni, takde la manja sangat macam arini. Dia jenis yang berdikari.Jenis yang akan buat semua benda sendiri kecuali kalau dia betul2 tak boleh handle sendiri.

Aku pun bangun dengan susah payahnya semata-mata nak hadap budak ni.

‘Kenapa ni? kalau lapar kenapa tak pergi makan?’
‘Adik takut la pergi sendiri. Abang temanlah adik. Ala sampai depan pintu keluar tu je pun takpe’ pujuknya.

Sebagai abang yang baik aku pun bangun jugalah untuk temankan budak ni. Adik suruh aku jalan dulu dia ikut kat belakang. Dalam hati pelik juga. Apalah yang dia takut sangat kat luar tu. Cuaca terang lagi kot baru pkul 3 petang.

Aku jalan keluar dari bilik tu bertongkatkan tiang iv (tak tau nama dia apa nantilah aku tanya kat nurse2 ni). Adik jalan dekat belakang sambil pegang baju aku.

‘Apa yang adik takut sangat jalan kat luar ni? bukannya sunyi pun,ramai je orang’. Adik just cakap yang dia takut nanti nurse tak bagi dia keluar. Senyum aku dengar jawapan dia.

Dekat pintu keluar tu ada meja nurse dekat seblah kanan dan di luar pula ada pak guard. Tinggal berapa langkah lagi nak sampai pintu tu. sorang nurse masuk and terus tegur aku.

‘Eh nak kemana ni? nak lari ke?’ Soal dia dengan muka ketat.(Sayanglah cute tapi garang).
Hahaha ‘miss kalau aku nak lari takdenye aku bawa tongkat ni’jawab ku. Pak guard yang dkt luar bilik pun masuk.
‘Encik tak sihat ni so tak boleh keluar lagi dari bilik ni’. and bla bla bla. panjang bising pacik ngan macik comel tu yang adik aku ni pun satu apsal dia diam je tengok dorang bising.

‘pacik.nurse aku bukan nak lari pun.aku tau aku tak kuat lagi. Aku cuma nak teman adik aku jalan sampai pintu ni je’. kata ku sambil putar belakang nak tengok adik.

Aik? hilang!.Aku pandang nurse ngan pak guard lagi.’Eh..Sumpah aku tak tipu adik aku yang minta aku temankan dia jalan sampai sini’.

Makcik comel tu terus berubah mood. Terus jadi baik kat aku. ‘Takpe, sekarang mari saya hantar masuk ke blik dulu k’. (Lembut je suara dia. tambah comel).

Bila dah sampai dalam bilik. Adik aku baru jaga dari tidur dia. Aku da macam orang bodoh. Aku pandang muka macik comel tu, mungkin dia faham apa yang aku nak cakap.

‘Takpe2 memang selalu macam ni. encik penat so kena banyakkan rehat k’. Memang selalu? Hantu ke?. Aku pun baring kat katil. Nurse tu da kluar tinggalkan aku ngan adik.

‘Abang kalau nak emana cakap la kat adik.’Budak tu g marah aku pula.
‘Adik kat mana? bukan adik yang minta abang teman ke tadi’soal ku.
‘Teman? adik dah besar la bang buat apa nak minta teman lagi’.jawabnya.
Aku diam. Memang sure pelik ni.

Seterusnya ada beberapa benda pelik yang jadi. Tapi tak berat sangat pun.Kira benda basic la dalam cerita hantu yang kita selalu dengar. Dalam bilik aku ni cuma ada 2 pesakit. Kawan sorang tu orang cina. So masa aku terjaga nak melepas hajat kecil-kecilan. aku tengok katil dia kosong aku pun pergi la ke tandas. tapi tandas berkunci. Aku duduk la kat kerusi tepi katil aku sambil tunggu dia selesai.
lama aku tunggu dia tapi dia tak kluar. Dah kenapa lambat sangat?. Takkan pengsan kat dalam?. Aku ketuk pintu tandas tapi takde jawapan dari dalam. Cina ni kanser dia lagi teruk dari aku. So sebab takut sesuatu jadi kat dia. Aku pun panggil staff nurse and explain pasal kawan tu. Pelik bin ajaib sungguh. Bila pintu yang dari tadi aku cuba nak buka tak dapat2 tu. Tiba-tiba terbuka dengan hanya sekali putar oleh adik nurse and aku dapat tahu kawan cina tu pindah bilik sebab tak tahan kena kacau.

Aku kalau ikutkan hati memang nak minta pindah bilik juga. Tapi memandangkan tinggal 2 hari je lagi sebelum aku discharge. Aku sabar je la. Hari ke 5 tu dalam jam 7 malam ada kawan baru yang masuk bilik ni. Pacik2 umur dalam 45tahun. Syukurlah ada juga kawan aku dalam bilik ni. Pacik di jaga oleh anak lelaki dia umur sebaya dengan aku. Dari yang aku tahu ayah dia kanser tulang stage 4 dah. Dia dah lemah sangat.

Nak buat apa-apa semua anak dia or wife dia kena tolong. Malam tu aku sorang je takde orang teman. Ada family gathering so since aku da makin ok ni. i can handle myself, Insya Allah. Dalam pukul 3 pagi aku terjaga sebab ada bunyi pelik kat bilik aku. Aku nampak ada 2 budak lelaki. Sorang tengah bongkar beg plastik pacik tu. Sorang lagi tengah lari-lari. Pelik juga sebab pacik ngan anak dia sedap je tido. Sebab aku ngantuk sangat aku pun sambung tido balik.

Hari ke 6 tu aku sakit lagi. so mostly memang aku tido je hari tu. Mama temankan aku kat hospital malam tu. Bila tengah sakit ni, Mak jadi kekuatan. Dalam hospital ni waktu tido tu tak tentu. Sekejap2 akan ada nurse masuk untuk check.(tu sebab aku lagi suka kat rumah).Tak ingat pukul berapa aku terjaga dari tido. Aku tengok mama tengah tido atas sofa dekat ngan katil aku. Masa tu pacik katil seblah tu pun bangun dari katil dia. Sebelum ni apa2 dia nak buat semua akan ada orang tolong. Dia kena move dgn wheelchair sebab dia da tak bole jalan. Dia jalan mcm orang mabuk tuju ke katil aku.
aku nampak muka dia pucat, dia jalan and naik atas katil aku.

Aku nak bangun tapi badan rasa berat sangat. Dia sentuh tempat sakit kat badan aku. tempat yg dia tu jadi makin sakit tau. Rasa macam ginjal aku nak kena cabut keluar. Dalam sakit tu aku berdoa supaya mama bangun dan tolong aku.

Nasib aku baik. Bila mama dah bangun pacik tu pun hilang dari katil aku. Tapi sakit tu buat aku tak sedar lagi. Aku terjaga pun dah nak masuk waktu melawat.

So lepas kejadian malam tu aku decide nak balik. Aku bole m**i kot kalau terus stay kat situ. Lepas aku cerita dekat mama, dia pun cakap kat doktor aku. Doktor cakap benda tu jadi sebab aku di bawah pengaruh ubat. Senang cakap aku separuh sedar. Maknanya reality dangan fantasi bergabung la kot. Sebab tu aku tak bole beza mana yang nyata dan yang ghaib.

Ini je pengalaman aku. Mungkin tak seram untuk korang. Maaf kalau ayat tak cantik. Nak kutuk story aku takpe hahaha aku terima je.
Asalamualaikum

Syed Miqael

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

116 thoughts on “Aku bercerita”

  1. Allah.Lg ramai yg care tentang hamba yg lemah ini dr crita hantu aku. Nampak sangat la x seram eh ?.apa2 pun thanks buat korang2 yang sudi baca cerita ni and teruskan berdoa buat aku. Aku juga doakan kalian semua sentiasa dalam lindungan Allah dan semoga d permudahkan semua urusan kalian. Amin YRA

    Reply
  2. Semoga cepat sembuh, x dak pengalamn mcm ni, mungkn org lain dpt mengiakan samaada nyata atau tidak, selalu hosp ni tempt seram juga,

    Reply
  3. Dekatkn diri pda Allah swt minta kesembuhan drpaNYA.InsyaAllah setiap penyakit ada ubatnya.Semoga di permudahkan dn sihat seperti sediakala.Ameen

    Reply
  4. Semoga sembuh dan dipermudahkan semuanya Ed. Tak seram sangat tapi cara penceritaan best, ayat pun best, senang aku baca. Syafakallah, barakallahufik.

    Reply
  5. Ko pehal singkong keju.. hal peribadi pekejadahnya plak.. ko yg nak perhatian kot.. bodoh tu bertempat la sikit.. get well soon brader Syed..

    Reply
  6. Yg korang ni drama sngt ngan story ni apsal?? Yg sorang nak glemer, yg korang2 ni pula nak tumpang glemer?? Acah2 hati putih pula

    Reply
  7. Assalamualaikum, saya pun pernah kanser serviks stage 4. tapi alhamdulilah family saya ada beri saya makan supplement namanya ‘Elfahex’, ‘ELg6’, ‘Dr Xeniji’ dan ‘Spirulina’. Alhamdulilah dan saya bersyukur sangat d pertemukan dengan supplement2 ini. Sekarang saya sihat seperti sediakala, muka saya yg dulu pucat kembali berseri. Itu semua hanyalah makanan tambahan dan bukan ubat. Kita sakit kerana Nutrien dalam badan kita tidak mencukupi dan mudahlah kita kena sakit sehinggalah datang penyakit yg kronik. Kalu boleh encik google lah tu nama2 supplement tersebut dan fahami MRT konsep. Insya Allah kita cuba usaha dan berdoa.

    Reply
  8. Asalamualaikum semua..

    01 : Sepanjang tempoh rawatan tu,ada beberapa kali yg aku kena admitted overnight kat hospital bila family takde kat rumah dan
    aku perasan benda yang sama jadi kat aku.
    07.08.2017 last cycle utk aku punya chemo but still ada beberapa treatment yang aku kena follow lepas ni,InsyaAllah.
    Setiap kali chemo drug mula buat kerja dia,akan ada yang datang ‘melawat’ aku.Mostly diorang ni akan datang dalam mimpilah.
    ada yang baik tapi ada juga yang tak baik.Yang baik tu biasanya akan tolong aku untuk kurangkan sakit masa tengah ‘tidur’ tu.
    Yang tak baik tu pula akan menambahkan kesakitan pada aku.

    Sekarang(08.08.2017) dah pukul 6.20am.Aku terpanggil untuk berkongsi dengan korang tentang pengalaman ‘indah’ aku ni.
    Jangan risau aku takkan panjangkan cerita :).Lepas chemo aku pun tidur.Dalam mimpi tu datang sorang nenek tua ‘melawat’ aku
    dalam bilik.Kali ni aku minta private room sebab aku tak nak benda yang sebelum ni jadi lagi bila kongsi bilik dengan orang lain.
    Tak tau pula da tukar bilik pun benda ni still jadi juga.
    Nenek ni nampak bersih dan kemas dari atas sampai bawah,cuma muka dia je yang nampak garang.

    Nenek datang dan duduk tepi katil aku.Sama juga macam kes pacik yang aku cerita dalam (Aku Bercerita),Nenek ni buat benda yang sama.
    Dia tak cakap apa pun dekat aku.Dia just berdiri dekat situ mungkin adalah dalam 5 minit sebelum tangan dia yang sejuk tu pegang area yg sakit.
    Bila tangan dia mendarat kat badan aku,even masa tu aku pakai selimut kesejukan tangan dia tu seakan tembus dan masuk ke tulang-temulang.
    Sakit dia memang tak dapat di gambarkan.Rasa macam buah pinggang aku da nak tebakar pun ada.Aku jerit kot masa tu,malangnya suara aku mcm da hilang.

    Aku terjaga dari tidur pukul 3.15 pagi.Ada burning sensation dekat area yang nenek tu pegang.Aku terangkan sikit lampu bilik and bila aku check
    tempat yang sakit ni sedikit bengkak dan kebiruan mcm kena pukul tapi kawasan yang lebam tu panas macam tebakar.Doktor da masuk check tadi,
    macam biasa la dia cakap ni side effect chemo.Aku redha je lah.Nak cakap lebih2 kang tak pasal-pasal dia masukkan aku ke hospital lain haha.
    Sampai sekarang ni aku dah tak boleh tidur mata dah segar sangat.Tak sabar nak tunggu family datang ambik.
    Rasa macam nak continue dengan rawatan alternatif,Mungkin akan lebih baik.So ini je yang aku nak kongsi dengan sesiapa yang sudi baca.

    02 : Cerita diatas aku submit last week,tapi aku assume FS reject mungkin sebab story aku short sangat :).
    Hari ni(16.08.2017) aku try luck lagi.Ini entry last aku untuk korang just nak update yang aku ok and still continue dengan rawatan.
    Aku dah start dengan radioterapi sekarang.Tahun ni adalah yang paling ‘indah’ untuk aku kenang.Mak dengan abah aku ni orangnya modern.
    cerita misteri dianggap tahyul pada mereka.Aku pilih FS sekadar tempat untuk meluahkan rasa dan bersyukur ada ramai yang peduli dan mendoakan.
    Kalau ikutkan aku,sepatutnya aku dah balik kampung umi(Mak angkat aku)untuk buat rawatan alternatif since rawatan yang aku ikut sekarang ni
    macam bagi bad effect dekat aku.Aku tak tau kalau benda ni normal jadi kat pesakit yang lain tapi inilah yang terjadi kat aku.Bila dekat rumah pun
    ‘benda’ ni still ganggu aku.Pesakit perlu rehat yang cukup kata doktor, tapi aku tak dapat rehat tu.

    (11.08.2017)Aku duduk rumah sorang2 since family aku masing2 busy dengan kerja dorang.
    Bila dah home alone ni aku lepak dalam bilik je la.Tengok movie sampai tertidur.Baru sekejap rasanya aku terlelap adik bongsu aku da masuk bilik and
    kejut aku suruh bangun.Dia ajak aku lepak kat bilik dia.Jam masa tu lebih kurang pukul 4.30ptg biasanya adik akan keluar main bola dengan kawan2 dia,
    tapi petang tu dia stay dengan aku pula.Mungkin sebab aku sakit sebab tu adik nak temankan aku kat rumah.
    ‘Adik tak main bola?’.soal ku bila dah selamat ‘landing’ kat bilik adik.
    Aku dah lembik sangat sekarang bila jalan dari bilik aku ke tempat adik pun dah terasa penatnya.
    ‘Tak,adik nak teman abang arini.Kesian kat abg sorang2 kat rumah’. jawab adik.
    ‘eh abang ok la.kalau adik nak pergi mana2 pergi je la.Tak payah risau pasal abang’.aku rasa bersalah dengar jawapan adik.
    ‘ala takpe.kalau adik tak join pun dorang semua still boleh main juga’. senyum adik kat aku.
    Tak sedar lepas tu aku dah berjaya menutup mata lagi.Tidur sedap kat bilik adik.
    ‘Abang bangun.Kenapa tidur dekat sini?’.Aku dengar jelas suara abah kejut aku.Tapi mata tak bekerjasama dengan baik.
    ‘Abang bangunlah.’kali ni suara mak aku pula.Mata aku kena gam ke apa tapi sumpah memang susah nak celik.
    ‘Syed azrul bangun!’.Sambil tampar2 manja kat pipi.Abah dah hangin la tu bila dia panggil nama.Sorry bukan sengaja taknak jawab.
    Aku rasa macam melayang pula.Dari apa yang telinga aku dapat tangkap,abah angkat aku masuk dalam rumah.Yes,masuk dalam rumah.

    Aku dengar suara adik2 aku nangis dekat tepi sambil tepuk bahu kiri aku.Lepastu aku dengar kakak suruh call ambulance.
    aku dengar dan rasa semuanya dengan jelas tapi kenapa aku tak boleh respon?.Aku dengar sayup2 suara abah call someone,mungkin dia call ambulance la tu.
    Sayu hati bila dengar family sedih sebab kita.Aku dengar abah panggil nama aku lembut je sambil bisik syahadah dekat telinga.
    Jantung aku berdegup kencang.Allah waktu aku dah sampai ke?.Kalau aku dah nak m**i kenapa aku still dapat rasa semua?.
    Mata aku pejam tapi dapat aku rasa keadaan yang tengah kacau masa tu.Tambah riuh bila ambulance sampai.Aku tak tau apa yang jadi but dengarkan dari suara2
    orang keliling aku,i know im not good.’Abang bertahanlah.Abah tau abang kuat.Abah sayang abang’.Ini perkataan terakhir aku dengar sebelum
    diorang ‘tidurkan’ aku lagi.

    (13.08.2017) dalam lebih kurang pukul 2 ptg aku bangun.Dari bau tempah ni pun aku dah tau aku kat mana.Kakak duduk kat tepi aku.
    Aku tanya apa yang jadi.kakak cerita dari A sampai Z.kakak cakap masa diroang balik dari kerja,rumah gelap.Aku tak ada dalam rumah.
    Mak jumpa aku tidur belakang rumah landing cute je atas rumput tu.
    Bukan aku dalam bilik adik ke?.Masa diorang jumpa tu aku da pucat katanya.Aku masuk emergency room for 24hours sebab heartbeat laju sangat.
    Bila family aku datang petang tu aku ceritalah semua benda yg jadi.Guess what,Adik aku takde pun ajak aku lepak bilik dia since dia
    masa tu tak ada kat rumah.Aku minta mak dengan abah carikan ustaz untuk selesaikan hal ni tapi abah taknak.Plus dia dah carikan therapist untuk aku.
    Aku dah penat mental dan fizikal.Alhamdulillah Umi janji sabtu(19.08.2017) ni dia datang bawa ustaz untuk tengok aku.
    Aku dah berubat cara modern dan kampung.Gangguan dah kurang tapi still ada bila sakit aku datang.Kalau korang tahu or ada cara untuk
    elakkan diri dari gangguan ni,mohon share ye.Aku masih lagi mencari perubatan yg terbaik untuk aku.
    Harap semua ni kembali seperti biasa,InsyaAllah.Aku dah mula rindu waktu sihat aku.
    Doa2kan aku untuk terus kuat jalani ujian ini dan kembali sihat seperti biasa.Terima kasih semua.

    Mencuba dan mendepani perasaan takut itu adalah lebih baik dari langsung tidak mencuba.Sekiranya keputusan tidak seperti yang
    di inginkan.Bersangka baik dengan Allah,mungkin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.

    Allahumma Yassir Walaa Tu’assir

    ps:minta tolong kongsikan pada kawan-kawan kat fb fs.Mungkin ada yang pernah mengalami masalah yg sama macam aku.

    Reply
  9. Penyusunan cerita yang bagus. Terima kasih juga pada update tu. Mmg tertunggu-tunggu nak tahu perkembangan bro. Get well soon ye.

    Reply
  10. Syed Azrul awk buat saya nangis. Awak sabar k. Semua akan okay. Semoga awk kuat dan kembali sihat macam biasa. Dekatkan diri dengan Allah. Minta perlindungan dari Dia. Jangan risau awak. Semua akan okay?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.