Dikejar Kelibat Di Pejabat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk yang bukan beragama Islam. Aku dah lama jadi pembaca FS. Ni aku nak ceritakan satu kisah seram yang diceritakan oleh kawan aku. Masa duk melepak-lepak, kami open la pasal kisah-kisah seram. Kawan aku ni cerita kat pejabat dia ada terjadi satu kes.

Anuar ni kerja pejabat. Dia kerani jer, dan esok tu dia nak bercuti. So, dia pun nak siapkan la semua kerja-kerja filing, surat ke benda sebelum nak bercuti panjang. Masa tu dah petang, dekat pukul 6 lebih. Kebanyakkan orang kat pejabat tu dah balik. Ada la sorang dua, masih stay lagi. Anuar ni pulak kena fotostat dokumen-dokumen, susun dan stapler untuk mesyuarat hari dia cuti nanti. Sedang dia duk fotostat tu, ink mesin fotostat pulak habis. Anuar ni tanya la kat akak kat situ.

“Kak Sah, ink mesin ni dah habis. Camner ni?? Tukar ink bleh?”.

“Ko g jer print dekat library tu, kat sana banyak lagi ink dengan kertas. Cuma jangan lupa tutup lampu lepas keluar library tu. Akak ngan kak Su nak balik dah ni”, kata kak Sah.

Kat aras pejabat Anuar ni ada satu bilik dijadikan library. Dorang letak meja kerusi banyak-banyak pastu letak la buku-buku rujukan,surat khabar (konon pekerja nak buat rujukan, baca-baca buku, padahal jadi port tidur waktu lunch hour). Si Anuar ni pun dengan berani pergi la library nak fotostat baki dokumen-dokumen tu. Sebab dia kena buat banyak salinan ,dia letak je dalam tray dan biar mesin tu fotostat. Sambil2 tu dia duduk atas kerusi sambil letak kepala tengok mesin fotostat tu. Alih, dia TERTIDUR!!

Dia sedar2 jer, dah pukul 8 lebih. Ah, sudah, maghrib ke mana, kerja ke mana. Dia tengok mesin fotostat “PAPER JAM, PLEASE OPEN TRAY & REMOVE”. Dia buka tray, takde pulak kertas sangkut. Tetiba dia terpandang kat penjuru library, ada susuk tubuh orang tengah berdiri kat celah-celah rak buku. Dia nampak rambut jer panjang dengan tangan kat sisi tubuh tu. Terus Anuar cabut lari keluar dari library. Dalam terketar2 tu Anuar tepaksa masuk balik pejabat dia sebab passcard dia tertinggal atas meja.

Dia masuk cepat, buka lampu tengah kat partition meja dan terus lari ambil passcard. Baru jer dia berpaling nak cabut keluar, dia nampak kelibat tadi kat depan meja berhadapan meja dia tu. Kaki Anuar waktu ni seolah-olah terpaku tak dapat gerak. Kelibat tu pusing menghadap Anuar perlahan-lahan. Anuar nampak la rupa benda tu; putih pucat, rambut panjang sampai pinggang dengan mata terbeliak dan mulut senyum menyeringai kat si Anuar ni. Tetiba, dalam kepala Anuar terlintas satu, LARI!!

Terus dia cabut sambil benda tu mengilai2 kat belakang dia. Masa dia lari dia rasa macam benda tu terbang ikut dia dari belakang. Anuar terus keluar pintu, scan passcard masuk pintu dan tekan lif. Terketar2 depan pintu lif, lif pulak buat hal!! Sampai jer lif, lampu dalam lif tak menyala. Nak turun tangga takut, terus dia masuk sambil tekan [Basement]. Dalam gelap terketar-ketar tu dia macam rasa ada orang kat belakang dia dalam lif tu waktu turun sebab rasa macam helai-helai rambut dekat lengan dia.

Buka jer pintu lif, terus Anuar lari ke motor, lompat naik, start dan terus pulas minyak. Balik rumah tu, terus demam panas. Rupanya kat pejabat tu memang keras sikit, dan orang kat situ kalau nak balik lewat, OT ke, mesti beramai-ramai. Esoknya kena marah dengan boss dan kak Sah sebab dokumen tak siap, tak tutup lampu library & lampu dalam pejabat.

Laici

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

8 thoughts on “Dikejar Kelibat Di Pejabat”

  1. Boss yang baik adalah boss yang mampu bekerja seperti pekerja bawahan juga. Jadi boss pun perlu overtime sampai lewat malam, seorangan… Biar dia alami perkara yang sama…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.