sihir

Disihir Bekas Kekasih Sendiri

Salam semua pembaca fs. Ok terus terang aku katakan cerita ni mmg panjang. Sbb rule baru pun kata no sambung sambung kan. Hehe. Tapi cerita aku seriously mmg panjang sbb aku akan ceritakan satu persatu pasal diri aku yang terkena buatan org. Cerita mmg tak seram pun tapi aku harapkan pembaca setia fs dapat iktibar dari cerita aku. Okey lets start.

Nama aku maisara. Waktu sekolah dulu aku ada sorang kawan baik bernama hafiz. Kami mmg baik since tingkatan 3 lagi. Dia sorang je panggil aku rara sbb nak lain dr org lain. Baru dia rasa special and nampak manja. Aku pun tak faham maksud dia masa tu. Waktu tu aku tak tau langsung yg rupanya kawan baik aku ada simpan perasaan kat aku. Huuu.

Dia cuma luah waktu kami tingkatan 5 sbb katanya takut lepasni dah susah nak jumpa. Yelah walaupun sekampung mybe aku dpt tawaran belajar tempat lain, dia pun ke tempat lain kan. Masa tu mmg aku terkedu gila la sbb aku langsung tak sangka perkara tu. Dia mintak aku terima dia. Well, aku terima la sbb aku fikir kawan baik kan, mesti da faham perangai aku mcm mana tapi rupanya aku silap.

Aku terima dia lepas je kami habis spm. Tapi, bercinta dengan kawan baik tak lah seindah yang disangkakan. Huhuhu. Aku expect dia faham aku tapi rupanya aku yang tak boleh faham dia. Dia jenis mengongkong and banyak la perkara annoying yang dia buat yg menyebabkan aku meluat untuk teruskan hubungan as girlfren-boyfren dgn kawan baik aku.

So dalam 3 minggu je aku rasa aku terima dia then aku mintak clash sbb aku lagi seronok ada dia sebagai kawan dari boyfriend. Banyak la text merayu yg aku dapat dr hafiz supaya aku tak tinggalkan dia tapi sungguh aku tak boleh. Aku tak boleh nak anggap kawan baik aku lebih dari kawan. Paksa la hati ni mcm mana pun, dia tetap kawan aku. Takkan boleh lebih dr limit itu.

Then dipendekkan cerita aku dapat tawaran belajar kt selatan tanah air. Kawan aku tu pun aku dah block dari semua akaun sosial yg aku ada. So aku dah hilang sorang kawan baik . Kami mmg totally lost contact.

Dia pun masa tu kerja kat kl aku rasa. 3 tahun aku belajar ad la jugak bercinta sorang dua tapi tak tahan lama. Aku tak tau kenapa dengan lelaki ni aku cepat naik hangin. Pantang ditanya apa yg aku nak buat, aku nak pegi mana- mesti aku melenting. Pastu aku suka marah tak tentu pasal. Seriously aku tak faham jugak dengan diri aku.

Bukan aku tak sayang relationship aku tapi mcm ada something dalam diri aku yg aku sendiri tak pasti apa- menolak kehadiran insan insan yg bergelar boyfren ni. Huhu. Taktau la aku patut bersyukur atau patut sedih.

Dipendekkan cerita lagi, aku habis belajar. Then aku jumpa balik kawan aku kat kedai aku. Oh mama aku ada kedai runcit. So habis belajar aku jadi cashier tak bertauliah la tolong mama aku jaga kedai. Hehe. Bila jumpa hafiz, aku jadi excaited ya rabbi. Sekarang dia dah jadi polis. Rupanya dalam kami lost contact tu dia dapat tawaran ke pulapol. Oh abang polis rupanya besfrenku. Hehe.

So kami decide la nak keluar pegi makan makan sebab lama gila kan tak jumpa. Cerita zaman sekolah lepas mmg aku lupakan mcm tu je. Tapi tidak bagi hafiz. Oh no!!!
Katanya, dia masih berharapkan aku. Perasaannya sama macam zaman sekolah dulu, tak pernah berubah.

Ok terkedu dua kali. Da lah muka aku ni buruk kalau terkejut. Dia cakap kalau dulu aku tolak dia mungkin sebab kami masih muda, masih tak matang. Sekarang katanya kami berdua dah besar, umur pun dah angka 2 didepan so da boleh fikir baik buruk. Jadi, dia ajak aku declare untuk kali yang keduanya. Dipendekkan cerita, aku terima lepas 2 minggu berfikir.

Namun, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Cewahhh. Hubungan kami cuma bertahan dua bulan sbb perangai hafiz mmg tak berubah. Cemburu dia, baran dia, sikap tak percaya dia buat aku tak boleh tahan lama. Aku pernah kena tampar sampai pecah bibir aku sebab aku approve lelaki kat fb. Aku kenal lelaki tu, sama tempat aku belajar cuma tak pernah bertegur. Mmg perangai hafiz suka check fon aku.

Aku pun tak kesah sebab aku takde apa yang nak disorokkan. Masa tu kami baru lepas makan, hafiz suruh aku drive kereta sbb katanya dia nak rehat tapi dia nak check fon aku. Dia baca massenger kat fb terus dia mintak aku ketepikan kereta. Bersoal jawab la aku dengan dia sbb mamat tu mengada chat ‘hai tq app’ je pun. Terus tangan dia naik kt muka aku. Bapak aku pun tak pernah naik tangan tau kt muka aku. Aku jadi takut dengan dia.

Balik tu aku text dia, aku mintak clash. Reaksi dia, of course la mengamuk sakan. Ugut nak tembak aku la, nak simbah asid kat aku la. Tapi aku buat tak tau je. Aku block wasap and call dia. Tapi aku lupa nak block dia kat fb. Dia chat aku kat fb suatu hari nanti dia akan pastikan aku melutut merayu mintak dia terima aku.

Lepas dari tu dia senyap, langsung sepi antara kami.
Aku teruskan hidup mcm biasa tapi lepas dua minggu, tetiba aku rindukan hafiz. Perasaan rindu yang terlalu kuat aku sendiri tak tau nak terangkan mcm mana. Aku unblock dia aku text dia aku wasap dia aku call dia tapi satu pun tak berbalas. Seksa masa tu allah je yang faham. Mmg seksa. Lepas seminggu usaha aku untuk contact dia, akhirnya dia jawab.

Tapi hambar gila jawapan. Mcm dia langsung takde perasaan kat aku. Aku malu aku sedih dapat respon mcm tu sbb aku tak pernah terhegeh hegeh kat org sebelum ni. Aku ckp kat adik aku, amek fon aku ni aku mintak adik aku sorok kat mana mana jangan sampai aku jumpa. Aku off lepas seminggu aku mintak balik.

Dalam seminggu hidup tanpa fon, aku ingatkan aku boleh tenang.rupanya aku makin gelisah. Tidur, makan, mandi, kerja semuanya hafiz. Sampai malam aku selalu menangis teringat kan dia. Aku cuba mintak fon aku kat adik aku tapi dia duduk asrama. So maknanya lg seminggu dia balik la baru aku dapat fon tu. Aku tak pernah bagitau sesiapa hal ni termasuk lah mama ayah aku sendiri.
Tapi aku rasa bukan aku yang menangis tau. Aku tak reti nak terang mcm mana. Dalam masa tu jugak aku selalu rasa seram sejuk, meremang bulu roma. Aku selalu rasa diperhatikan. Kadang kadang aku nampak kelibat mcm mawas.

Kadang kadang aku nmpak perempuan rambut panjang tapi aku abaikan semua tu sbb masa tu dalam fikiran aku cuma ada hafiz. Aku nak hafiz. Sampai lah adik aku balik weekend tu, aku mintak fon kat dia. Berderet wasap aku terima dari hafiz. Dia marah marah aku. Dia tanya kenapa aku abaikan dia, kenapa aku tak sayang dia. Aku terus call dia mintak maaf merayu rayu supaya dia tak tinggalkan aku. Aku jadi makin tak terurus.

Orang pertama yang perasan perubahan aku ialah mama aku. Sbb jelas sgt aku mcm org tak cukup tidur sbb mata aku sembab gila, tak cukup makan. Mandi pun sekadar buat syarat je. Masa selebihnya mmg aku akan menghadap fon melayan hafiz. Apa aku buat even aku pakai baju warna apa harini pun aku akan bagitau dia yang mana perkara tu paling aku benci nak buat satu masa dulu. Hidup aku seolah olah hanya untuk hafiz. Solat aku jangan cakap la, aku solat kat ruang depan.

Tapi solat aku hanyalah sekadar perbuatan sahaja. Time rukuk aku rukuk tapi bacaan rukuk aku tak baca, al fatihah aku tak baca. Berdosanya aku dengan allah tapi aku tak tau kenapa aku jd lupa bacaan solat, aku jadi benci nak solat dan aku tak kesah pun pasal tu sbb dalam fikiran aku hanyalah hafiz.

Sampai satu tahap, aku bergaduh besar dengan mama aku kat kedai kami. Puncanya mama tegur aku terlalu ralit pegang fon melayan hafiz sampai customer nak bayar pun aku buat tak tahu. Aku tinggi suara kat mama, aku kata ‘ini urusan along mama jangan sebok nak tahu’. Ya allah ampunkan aku kerana derhaka kat mama. Sungguh aku tak sedar apa yang aku buat, hati aku jadi panas dengan semua org.

Lepas aku marah mama aku balik rumah. Nangis nangis aku call hafiz. Hafiz suruh sabar. Masa tu aku rasa hafiz sorang je yg sayang aku. Aku bebetul nak hafiz.
Malam tu aku ada mimpi. Aku dengan sorang pakcik tua botak. Pakcik tu hidang aku mcm mcm makanan. Aku makan semahu mahunya. Hafiz ada tapi dia cuma tengok je aku makan sambil senyum. Aku nampak makhluk makhluk yang selama ni aku selalu nampak kelibat mereka kat rumah.

Satu tu badan dia besar, muka dia mcm babun tapi hidung dia mcm khinzir, kuku dia hitam panjang jalan mcm monyet. Pastu perempuan rambut panjang. Dia takde muka. Hidung takde mata tkde mulut takde. Tapi yang peliknya aku langsung tak takut dengan diorang. Lepastu aku tak ingat dah mimpi tu. Aku terjaga terjaga then dalam aku mamai tu ku nmpak dua makhluk tu dlm bilik aku. Yg mcm mawas luar bilik, tengok aku dr tingkap, yg perempuan rambut panjang hujung katil aku. Tapi aku terlalu mengantuk so aku abaikan. Banyak lagi mimpi mengarut yang aku dapat tapi aku skip jelah ya.

Pagi tu aku bangun mcm biasa. Masa nak ke dapur aku dengar mama cakap dlm fon. Katanya nak bawak aku berubat esok sebab perangai aku dah lain sgt. Aku dengar aku terus panas hati, aku masuk semula bilik. Aku maki mama mcm mcm tapi dalam hati jelah. Aku sedih, aku marah sbb mama suka sgt nak campur urusan aku. Haritu aku berlagak biasa mcm takde apa berlaku. Cuma aku dgn mama mmg tak bertegur. Start masuk maghrib aku tengking mama lagi sbb mama suruh aku solat maghrib. Aku hempas pintu, aku kunci. Pastu mama mengaji kuat kuat. Aku menjerit suruh mama diam. Tapi sumpah, aku tak rasa tu aku. Aku sedih tapi aku panas hati. Boleh korang bayangkan mcm mana?

Malam tu aku tunggu semua tido, aku capai kunci aku lari rumah. Aku nak pergi jumpa hafiz. Bayangkan aku sehelai sepinggang pukul pepagi buta dlm awal pukul 4 pg aku drive pegi kl sorang sorang. Yg aku capai cuma wallet. Garaj kereta pulak kat belakang rumah mmg tak sedar la org tua aku. Aku tak tau kenapa haritu mcm mudah je segala urusan aku.

Nak keluar rumah senang, nak cari kunci senang sbb semua aku buat dalam gelap kan. Biasa kunci kereta semua ayah letak dalam bilik dia. Tp elok ada kunci hilux ada atas meja. Mcm nak memudahkan betul urusan aku. Pintu garaj yg bunyi krekk kuat gila tu pun pagi tu tak berbunyi.
Aku tak fikir panjang terus drive pegi kl.

Aku takut tapi aku gagahkan jugak. Mcm ada something yg dorong aku buat semua tu. Ibarat aku buat semua tu dlm keadaan separa sedar. Jasad aku je yg bergerak tp fikiran aku, akal aku ada mende lain yang kawal. Tapi sepanjang perjalanan aku ke kl aku rasa mcm aku diiringi tau. Aku nampak pokok pokok bergerak mcm ada beruk melompat lompat. Memula aku fikir mungkin la beruk kan tapi takkan sepanjang jalan beruk tu follow aku. Kat highway pun sama. Ada aku pandang pokok je mesti pokok tu bergegar mcm ada mende bergayut. Then drive pepagi kan of course la kita mengantuk, aku cume letak mcm tu je tangan aku kat stereng tp yang kawal stereng bukan aku. Boleh bayangkan tak.

Lepas dr terowong yg rnr genting sempah tu kan jalan dia turun bukit and berbelok sikit. Masa tu aku dah mmg tak boleh handle mengantuk. Tangan aku sebelah je kat stereng. Sikit lagi nak langgar pembahagi jalan tu tapi aku rasa ada something yg tolak hilux tu balik semua kejalan. Boleh tak bayangkan.

Aku terkejut tapi ntah la masa tu takde rasa takut langsung. Cuma dah nak sampai tol gombak aku tetiba mcm tersedar apa yg aku buat. Aku dah start panik. Aku mcm dah boleh berfikir dgn waras apa yg aku buat. Aku takut. Takut yang amat. Elok je lepas lorong smart tag tu azan subuh dr radio. Aku pull over hilux aku cari fon. Aku takut yang teramat sgt. Aku baru sedar aku kt mana sedangkan aku taktau langsung jalan nak ke kl tu. Aku call mama sambil nangis teresak esak. Tapi ayah angkat. Ayah kata aku makin teruk, budak tu makin berani. Ayah marah marah tapi bukan marah aku. Aku pun tk faham apa yang ayah kata.

Then ayah suruh aku bukak sikit tingkap, matikan hilux then cabut kunci campak dalam semak. Aku buat apa yg ayah suruh walaupun aku takut yang teramat sgt. Ayah suruh aku tunggu situ jangan pegi mana mana. Habis azan subuh aku start panas balik. Aku maki diri aku kenapa aku bodoh sgt pegi call ayah. Aku mengamuk mcm nak gila dalam kereta. Aku nak cari hafiz tapi kunci hilux takde. So baru aku faham kenapa ayah suruh aku campak kunci hilux dalam semak. Tak sampai dua jam, ayah sampai dgn pakcik pakcik jiran kawasan rumah aku. Laju betul bapakku drive. Aku kunci kereta dr dalam. Aku taknak jumpa ayah tapi rupanya ayah bwk kunci pendua hilux. Aku meronta ronta taknak keluar dr hilux.

Aku maki ayah, aku ludah ayah. Aku kata ayah ni da kacau rancangan aku. Then ayah pikul aku masuk dlm kereta lagi satu. Dalam kereta tu pasang ayat ayat al quran. Aku meronta, tendang dashboard tendang kerusi tendang stereng. Yang pegang aku pun tak termampu nak kawal sbb tenaga aku kuat gila masa tu. Last sekali bapak aku sumbat mulut aku dengan air mineral tktau la air yasin ke air yg dah dibaca ayat suci ke, pastu elok je aku tenang. Masa tu aku dengar ayah kata kena bawak sekarang jugak blablabla aku dah tak faham sbb aku dah tertidur masa tu.

Aku celik mata aku nampak sawah pagi. So aku rasa ayah dgn mama bawak aku berubat kat kedah sbb slang org sana pun slang kedah tp tak pekat sgt. Tukang berubat nye ustazah rasanya. Aku dibawak dlm satu bilik. Ustazah tu tanggalkan pakaian tukar dengan pakaian lain. Pastu dia selimutkan aku dengan satu kain batik lepas. Mula mula aku rasa nyaman, selesa tapi tu tak lama. Aku rasa kain tu makin panas and mcm melekat kat bdn aku. Mcm kain batik basah melekat kat badan kita bila kita mandi kan. Aku dah start meronta. Aku sedar semua apa yg terjadi tapi aku tak mampu nak kawal.

Aku start maki hamun semua org dalam bahasa thai (ni mama cerita sbb aku da tak sedar diri) sekejap aku menari mcm tarian yang pakai topeng barongan tu. Tau tak? Sekejap kang aku duk bersila tangan kiri kanan aku lekapkan mcm tok cha tgh berdoa sambil baca apa tah ngarut ngarut dlm bahasa thai pekat, sekejap kang aku melompat mcm nak bersilat. Kata mama ada satu makhluk bercangkung kt bahu aku.

Badan dia kurus memanjang bila dia mencangkung mcm tu nmpk kepala lutut dia lg tinggi dr kepala dia. Aku dgn makhluk tu mcm berganding bahu bila bersilat and menari. Ustazah tu biarkan je semua perlakuan aku sambil baca ayat ayat suci al quran sampai la kain batik tu melurut sengan sendirinya dr badan aku. Masa tu aku da sedar sikit. Aku rasa haus dan letih yang teramat sgt. Aku panggil mama tapi ustazah tu larang mama menyahut. Aku renung ustazah tu tp aku rasa tu bukan aku. Aku sendiri dapat rasa yang ada bende lain dalam badan aku. Then aku pandang mama semula. Sakit sgt bijik mata aku masa tu. Sbb renungan tu mcm terbahagi dua.

Satu aku, satu lagi makhluk yang tak dapat dikenal pasti.
Aku rasa terkurung dalam badan sendiri. Bila aku sendiri yang menangis, mende yg tumpang badan aku galak ketawa. Sbb tu mama kata aku mcm org gila. Dalam ketawa mengilai aku boleh menangis pastu sambung ketawa balik. Aku tunjuk sorang sorang yg ada dalam bilik tu sambil memaki dalam bahasa thai. Sampai turn mama aku diam. Aku pegi dekat mama tapi dengan mama aku berbahasa melayu.
Aku bg amaran kat mama
‘dia milik aku. Kau usaha lah mcm mana satu hari nanti dia akan jadi milik aku. Kau jangan campur urusan aku’ (based on apa yang mama cerita)suara aku masa tu jd sebijik mcm suara hafiz dengan air liur aku meleleh leleh mcm dalam cerita alif dalam 7 dimensi tu ha.

Pastu aku baca mentera apa tah depan mama tp tak sempat nak habiskan ustazah tu libas badan aku guna kain batik. Sakitnya tuhan je yang tahu. Aku panggil mama. Menyeru mama dengan perlahan mintak simpati mama. Tu mmg aku. Walaupun aku tahu ustazah tu libas mende lain tp aku turut terkesan sakit pedih libasan kain tu.

Pastu bermulalah sesi libas melibas ustazah tu kat badan aku. Sakitnya ya rabbi. Berbirat belakang aku mcm kena libas dengan rotan. Tapi aku makin agresif. The rest aku dah tak ingat sbb aku mmg totally dah kena rasuk kot. Mama pun taknak cerita.

Sampai la satu tahap aku rasa sakit kat ibu jari kaki. Rupanya aku dah lemah masa kena libas tu then ada ustaz pulak sambung kerja ustazah tu sbb ustazah tu da sakit tulang rusuk kena tendang dengan aku. Mula mula aku gelakkan je tp lama kelamaan aku rasa badan aku mcm terbakar. Sakit ya allah tak tergambar dengan kata kata. Hanya yang pernah merasai tahu mcm mana rasanya. Part ni pun aku dah tak ingat sgt, mama pun bila aku desak dia taknak cerita.

Bila ustza tu ambil alih, ustazah tu bersemuka dgn jembalang yg mcm beruk dgn perempuan rambut panjang tu. Yg part tu aku tak tahu cerita. Maaf.
Tapi bila nak ending nya baru aku sedar diri sikit. Tapi masih bukan aku yang kawal badan aku. Aku nampak mcm ustaz tu cucuk hujung keris kat ibu jari aku. Aku menjerit punya kuat sampai esoknya tu aku dah takde suara langsung. Aku rasa something cuba bergerak keluar dari badan aku. Urat urat darah ni bergetar kuat. Pastu aku dah tak ingat apa. Aku terdengar sayup sayup je ustaz tu kata ada lagi yang tinggal dalam perut dia. Aku tak sedar pun tak lama.
Perut aku bergelodak masa aku tgh baring tu.

Aku nak bangun tapi tak terdaya. Aku bukak mata aku cuba panggil mama tp suara aku tak keluar. Aku nak bangun sendiri tp mcm ada org pegang tangan aku tak kasi bangun. Masa tu tetiba aku terfikir nak istigfar. Taktau dr mana mmg tetiba je aku istigfar dlm hati sbb mulut aku mcm terkunci then elok ustaz tu pandang aku. Tp dia pandang dalam marah, dia amek garam ke apa tah pastu baca baca sikit. Ustaz tu jerit lepaskannn!! Then barulah aku rasa ringan badan aku takde lagi yang memegang terus bangun cakap kat mama nak muntah. Rupanya ustaz tu da sediakan besen kosong kat sebelah aku. Terus aku muntah warna hitam coklat pekat isi dia mcm bertanah.

Aku nmpak mcm sayap lipas pun ada kt situ. Penat, serius penat mengeluarkan segala mende kotor dalam perut aku. Then peghabisannya ulat. Banyak ulat hidup keluar. Gelinya ya allah sbb aku rasa ulat tu menguit nguit dlm mulut aku. Bau busuk tak payah kata la. Last sekali aku muntah yg normal la , sbb bau busuk sgt.
Then selesai. Dua hari aku tertidur tanpa makan. Aku cuma bangun minum air, buang air. Mandi solat semua tak. Berdosanya aku ya tuhan.

Tapi aku mmg terlampau penat sampai tak sedar diri. Kadang kadang pun mama yg suapkan air dlm mulut aku sambil mata aku terpejam . Then ada la rawatan susulan dlm tiga kali jugak la aku berulang ke kedah tu nak kasi buang habis. Last rawatan tu ustaz tu cerita kat aku yang sebenarnya aku kena dah lama, dr zaman aku belajar lagi. Sebab tu hubungan aku dgn org lain sentiasa panas. Ada org dengki. Dia taknak tengok aku bahagia dengan org lain. Dan ustaz ustazah tu suruh aku berhati hati sbb lelaki ni dendam dia tersangat kuat. Dia bencikan mama aku sbb mama aku selalu doakan aku sentiasa dalam lindungan allah s.w.t. doa mama tu la yang melambatkan kerja kerja sihir dia. Tak sangka nya kawan aku sanggup buat aku mcm ni.

Alhamdulillah sekarang aku dah bebas dr sihir dia. Maybe lah sbb kekadang aku still rasa mcm ada something yg masih perhatikan aku.
Lepas dr tu, ayah matikan semua akaun sosial aku, rampas fon aku. Mmg aku lost contact dgn hafiz. Hafiz pulak bila cuti masih lagi tak malu datang kedai, mcm takde salah apa pun yang dia buat. Mama dgn ayah tak sampai hati nak halau sbb kat situ kami je yang bukak kedai runcit. Mak ayah dia pulak mmg baik dgn keluarga kami. Dia siap tanya mama lagi mcm mana keadaan aku dengan senyum sinis.

Mama cerita, mama kata mama tkboleh bayangkan kalau dia jd menantu mama. Hahaha. Then dalam dua bulan jugak la baru ayah bagi fon aku. Tp tukar no lain. Dalam dua minggu pakai aku dapat wasap dr hafiz, serious aku nak menangis sbb aku takut, dr mana dia ada no aku sbb no tu family aku je yg tau.
Kata dia
‘sampai mati pun hafiz takkan lepaskan rara. Rara boleh lari tp ingat ini hafiz. Kalau hafiz tk boleh dapat rara, and rara mmg tekad taknak terima hafiz rara jangan berangan nak bahagia dengan org lain. Takdapat cara halus hafiz guna cara kasar’ (ayat mcm cliche tp ini benar)
Apa aku nak buat sekarang korang? Tolong aku.

16 comments

  1. Allahu . Beratnyaa ujian awak . Sabar awak . Jangan putus doa , banyakkan solat hajat . Banyak dekatkan diri dengan Allah . sentiasa ingat Allah . takde kuasa yang lebih kuat dari kuasa Allah . Keep strong !

  2. Allahu..takutnya dngan dendam manusia macam ni..semoga awk kuat hadapi ujian ni, n percayalah kuasa Allah lebih kuat mengatasi kuasa makhluknya.

  3. Bahaya la manusia zaman sekarang, wlaupun kenal lama sekalipun susah nak dipercayai jgak jika dh bernafsu syaitan. Selalu amalkan ayat kursi setiap awal pagi n lewat petang, inshaallah anda akan dilindungi allah dari segala kejahatan dan niat buruk seseorg

  4. Nauzubillahuminzalik…
    Berusaha berdoa bertawakal…
    Yg lain serahkan pd Allah…
    Andai ujian msh ade semoga itu dr Allah sbg asbab utk menguji dan menaikkan martabat kita…
    InsyaaAllah…aamiin…

  5. cuba minta mak ayah carikan lelaki yg baik…lepas kahwin mana tahu insyallah ok…sebab dah ada orang jaga..serius, polis sekarang yg muda2 ni ramai takleh pakai.

  6. Tak guna betul la jantan macam ni, nak mengonkong pun agak2 la ni dah sampai cemburu buta x tentu pasal sape yg dpt tahan lama dgn kau, tak gentlemen lansung..

  7. Ya Allah…sedihnya ad manusia yg mcm ni…apapun, awak, kt doakan awk bebas dri dia dan diketemukan dgn lelaki yg terbaik utk diri awk…

  8. Saya ada seorang kawan baik yg kena lebih kurang mcm ni. Tp sama, kena dr lpas spm smpai skrg. Kena dgn sami siam. Sbb dia ada tolak pinangan org. Gangguan dia tu utk xnk buat kwn sy ni kawin.jadi, slh satu ikhtiar, cari pasangan utk kawin. Tp seriously,pasangan dia tu kena kuat lawan.kuat iman. Sbb gangguan tu terpalit kat dia sekali. Mungkin, akak boleh ikhtiar yg sama 🙂

  9. Buat report polis..sertakan msg yg d terima sebagai buli. Bkn apa, jika berlaku apa apa..Kita tau siap punya angkara. Terus kan mencari bijak pandai utk membuang sihir ni..in shaa Allah, dlm Malaysia ni ramai yg berkebolehan..cm Kita kena berikhtiar mcari..

  10. Ya Allah…meremang bulu roma. Kuatnya sihir dia, tapi dia kena ingat, Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa. Persimpangan hidup dia terlalu jauh sangat. Banyakkan berzikir, ayat pendinding diri, solat hajat. Dalam pada masa yang sama, jangan tinggal untuk berubat kalau ada sesuatu yang kurang disenangi. Jangan diam. Semoleknya, mama dan ayah adalah orang yang terbaik untuk awak. Jaga diri sebaik yang mungkin.

  11. Ya Allah! Membaca cerita ni memang mengimbaskan kembali kepada peristiwa ku sendiri.. terkena buatan orang.. serupa tapi tak sama.. tapi aku belum berkesempatan untuk share pat sini sebab cerita aku pun agak panjang.. In Shaa Allah satu hari nanti aku tulis..
    Ape apepun, aku doakan semoga dijauhkan lah dgn org org laknat mcm Hafiz tu.. semoga sembuh dah bebas dari pegangan si setan tu! Allah maha adil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *