#Shafiq : Siapakah si Dia ?

Assalamualaikum semua pembaca FS! Terima kasih admin sebab publish cerita saya yang tak seberapa seram ni. Kejadian ni terjadi masa aku masih kanak-kanak. Kisah benar ya readers sekalian.

Sedikit intro..atuk sebelah ayah aku ada membela saka. Ayah aku bagitahu saka yang atuk aku bela tu bukan untuk tujuan yang jahat tapi untuk kebaikan. Nak tahu apa tujuan atuk aku bela saka tu? Untuk mengubat orang yang terkena santau. Kalau ada orang kampung yang terkena santau, mereka akan datang ke rumah atuk aku untuk berubat. Atuk aku ni boleh dikatakan handal dalam mengubat orang yang terkena santau. Atuk aku tidak pernah gagal dalam mengubat orang yang terkena santau tu. Uish tabik betul aku dekat atuk aku hahahaha.

Sampai lah satu tahap tu, atuk aku dah tenat sangat dah. Saka dia? Mestilah perlukan tuan yang baru. Ayah aku ni anak sulung. Adik-beradik semua ada 3 orang termasuk dia. Dia seorang je lelaki, yang 2 orang lagi tu perempuan. Atuk aku nak bagi saka dia kat ayah aku sebab ayah aku seorang je lelaki tapi ayah aku tak nak. Yelah sebab dosa kan. (Nasib baik jugaklah ayah aku tolak. Kalau ayah aku terima? Berhuhuhu jelah aku) Ayah aku cakap atuk aku sedih sangat sebab ayah aku tolak permintaan dia. Nak buat camne kan? Kalau tak suka mana boleh paksa!

Esoknya atuk aku meninggal dunia. Readers yg saya sayangi sekalian, mohon jasa baik anda sedekahkan al-fatihah buat arwah atuk saya. Terima kasih! Saka atuk aku tu, dari atuk aku meninggal sampai sekarang masih tak bertuan. Tak pasal-pasal aku jadi mangsa gangguan saka tu.

Dari kecik lagi aku je yang kena ganggu dengan saka tu. Family aku tak pulak. Tak aci kan? Eh.. Kenapa pulak aku je yang kena ganggu? Jangan la pelik readers sekalian.. Baca dulu apa sebabnya hehe. Sebab dia ialah…. Aku ni anak lelaki. Anak tunggal pulak tu! Sadis betul hidup aku. Aku selalu kena ganggu masa aku kecik je. Bila dah besar, gangguan dia setakat manja-manja je. Lagipun aku dah biasa.

Dia start kacau masa umur aku mula mencecah 4 tahun. Macam ni cerita dia… waktu tu aku tidur dengan mak ayah aku. Aku tidur kat tengah, ayah aku belah kiri dan mak aku belah kanan. Pukul berapa entah, aku terjaga. (masa kecik kan mana reti bangun nak tengok jam) Aku dengar bunyi anjing menyalak. Mendayu-dayu pulak tu. Boleh buat ringtone kat phone beb!

Aku tak rasa takut tapi rasa lebih nak tahu! Darah muda, biasalah. Tiba-tiba aku nampak ada seorang perempuan tembus dari tingkap uolss. Aku pun pura-pura tidur tak nak dia sedar aku dah bangun. Aku perhati je tindak-tanduk dia. Aku budak-budak lagi, aku ingat “dia” tu pencuri ahahahaha otak cetek lagi time tu.

Lepas “dia” dah make sure semua dah tidur (termasuk aku yang pura-pura tidur tu) Dia pergi dekat dengan ayah aku. Pegang kaki ayah aku siap menangis lagi. Perlahan-lahan tangan dia pergi kat kaki aku pulak! Fuhhh bapak sejuk wei tangan dia. Aku tak tahan sangat aku terkencing terus kat katil! (Masa tu aku pakai pampers ok). Kira-kira 20 minit camtu.. Dia hilang sendiri. Aku pun makin lama makin terlelap. Esoknya aku beria-ria tanya kat mak ayah aku pasal kejadian yang aku alami. Tapi semua menafikan! Mesti diorang ingat aku reka cerita. Maklumlah, budak-budak lagi kan. Tapi kadang-kadang budak-budak ni bercakap benar, ok. Bukan semua penipu huhu. Next time aku cerita pengalaman aku kena ganggu dengan “dia” tu lagi.

Apa pendapat korang? Sape eh perempuan tu? Saka arwah atuk aku ke? Mohon penjelasan. Maklum la aku ni bukanlah orang yang kuat agama. Sederhana je huhu. Ni first time aku hantar cerita kat sini. Selama ni jadi silent readers je. Maaf kalau ada salah silap. Comment tu janganlah pedas sangat. Batuk aku dibuatnya! Nanti ada masa aku hantar cerita lagi, ok? Takmau sedih! Semoga happy selalu readers sekalian! #lotsoflove

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Shafiq Haikal
FB Penulis
Hamba Allah☺
rate (3.29 / 17)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

51 Comments on "#Shafiq : Siapakah si Dia ?"

avatar
DeluStar
rate :
     

Ok.

DeluStar

Jap aku nak bengang jap.sape si setan Delustar yg menyamar guna nama aku eh?aku dah regis. Ko pehal xde nama lain ke hanat?

ceritaNasa

ada lagi ke orang yang menyamar jadi ko aku pun tak tahu sebb korang sama je

DeluStar

udah setel CN. Yg hijau ni aku lah original not spicy.haha

ceritaNasa

huh lega dengar. kalau tak pening aku baca ayat tunggang langgan, macm orang ada sakit split personaliti hahaha kejap baik kejap marah diri sendiri serammm

DeluStar

susah tol ade peminat ni CN.

KAH

Lady Ghost
rate :
     

Nice story bro..btw, mak aku ada citer gak, dia mimpi jumpa baby..sekali dia p amik baby tu..dan skrg, ada benda menumpang dlm badan..yg penting, kebalkan diri dgn ayat Quran. InshaAllah, Allah pelihara πŸ™‚

Airish Alnisa

BETUL BETUL BETUL

Firdaus zainol
rate :
     

good one… bukan saka tu. kot la..

Kak Yulie

Ambooiiii…
Awek natang ni gatei ekkkk dok usap2 hat lelaki jer…
Habaq ke mak ko dik, sila jeles…
Hehehehee…

Airish Alnisa

Biasalah Kak Yulie,”Mereka” pun ada hawa nafsu jugakπŸ˜…

sophia

sikit nye~

ceritaNasa
rate :
     

best syafik, cepatlah daftar ye… sedih pula aku tengok alien ko tu, kepala berbadan spring… macam penanggal.

DeluStar

kahkah CN!

Raudhah
rate :
     

Nice

trackback

[…] Namun, sebagai umat Islam, kita haruslah ingat Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita meminta perlindungan. Baru-baru ini seorang lelaki telah berkongsi kisahnya yang melibatkan saka diΒ Fiksyen Shasha. […]

trackback

[…] Namun, sebagai umat Islam, kita haruslah ingat Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita meminta perlindungan. Baru-baru ini seorang lelaki telah berkongsi kisahnya yang melibatkan saka di Fiksyen Shasha. […]

Airish Alnisa
rate :
     

BEST!

TERUSKAN BERKARYA!

P:S: Itu bukan saka.Jangan risau,Allah S.W.T itu adalah sebaik-baik pelindung.Maka,Mintalah perlindungan daripada-Nya dan InShaaAllah ,semuanya akan baik-baik je.Oh ya,sebelum tidur jangan lupa ambik wudhuk..lepastu baca surah 3 Qul ,Al-fatihah,Ayatul Kursi dan doa sebelum tidur.Dalam nak melelapkan mata sambil2 tu lafaz Ziqrullah.OHHHH Airish lupa nak cakap,ucap dua kalimah syahadah jugak sebelum tidur.. mana tahu,sedang enak dibuai mimpi,Malaikat Izrail datang menjemput..β˜οΈπŸ˜„

wpDiscuz