Jomlah main dengan saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Ni kali kedua aku hantar story di FS. Yang pertama tu aku tak tahu diterima atau tidak sebab lepas submit yang itu aku terus tulis cerita yang ini pula. Kenapa? Sebab aku ada banyak masa terbuang. Tengah cuti sem. Tehee!!

Cerita kali ni berlaku pada tahun lepas di PIS ketika aku sem 1. Asrama yang aku duduk dikatakan ada ‘penunggu 4 penjuru’. Ini kerana di setiap penjuru asrama aku ada pokok besar tua yang menjalar akarnya dikatakan berpenunggu. Selain tu dalam tapak asrama aku juga ada sebuah buaian kayu lama. Sekarang asrama ni dah dijadikan asrama lelaki dan pokok yang dikatakan keras pun dah ditebang.

Aku tak nak cerita pasal benda-benda biasa yang selalu berlaku dekat asrama sebab apa yang aku alami lebih teruk lagi malah ini adalah sesuatu yang takkan aku lupakan sepanjang hidup. Pukul 12 malam, roomate aku, Lala pergi buat assignment dekat bilik rekreasi. Bilik rekreasi tu dekat sangat dengan bilik aku. Dia pesan kalau ada apa-apa call. So aku okaykan je. Pakai earphone dan buka MJ12.

Bilik aku ni masuk je pintu kiri kanan almari baju katil dan meja belajar. Katil aku belah kanan. Masa ni aku duduk dekat lantai bersandar pada katil aku. DJ KC masih lagi belum mula bercerita tapi bunyi-bunyi seram sudah mulai kedengaran. Bunyi hujan menimpa bumbung diiringi dengan suara perempuan menangis mendayu-dayu. Ini adalah bunyian yang dah biasa aku dengar sejak mula-mula dengar MJ12 bertahun dulu. Tapi yang peliknya bila ada dialog dalam audio tersebut.

Bayangkan bunyi hujan menimpa bumbung diiringi suara perempuan menangis mendayu-dayu.(pakai earphone full volume). Kemudian suara KC berkata “Jangan pandang belakang. Siapa di belakang anda. Kalau takut perlahankan radio anda.” Tak lama kemudian suara perempuan menangis merayu berkata, “Uhuhu.. awakkk awakkkk jomlah main dengan sayaaa.” Masa ni aku okay lagi. Fikir maybe ni audio seram terbaru KC tapi aku mula meremang bila dia sambung, “Saya kat belakang awakkk ni. Mainlah dengan sayaaa.”

Aku terus beku masa tu juga. Tangan yang tengah belek-belek fon pun terus kaku. Bulu tengkuk terus berdiri sebab aku dapat rasakan desah nafas seseorang di belakang aku di atas katil. “Hehehe.. saya dekat belakang awak niiii. Jomlahh main dengan sayaaa.” Bayangkan!! Aku pakai earfon okay. Full volume. Suara tu bunyi macam berbisik betul-betul dekat telinga kanan aku.

Volume terus aku turunkan tapi suasana sunyi buat aku bertambah menggigil. Aku dail no Lala berkali-kali dengan tangan yang menggeletar tapi tak berangkat. Dalam hati aku dah cakap ‘Shit! Pick up the fon lahh gila!!’ Aku terus call Izza kawan Lala.

“Hello Izza. Lala mana? Suruh dia balik bilik sekarang. Cepat!!”

Memang tak sempat Izza cakap apa-apa aku dah serang dulu. Dari dalam bilik aku dengar tapak kaki Lala berlari dari bilik rek ke bilik kami. Nila dia buka pintu je, air mata yang aku tak tahu pun aku tahan terus berjurai jatuh. Badan yang tadi rasa berat semacam terus jadi ringan. Lala tak banyak cakap terus bawa aku masuk bilik rek. Bila dah tenang sikit baru aku buka cerita dekat kawan-kawan and malam tu kami ramai-ramai tidur dalam bilik rek.

Selang beberapa hari kemudian. Izza tengah tidur atas katil Lala. Aku dekat katil aku dengar MJ12. Sejak kejadian sebelum ni memang aku tak lepas dengar MJ12 sebab kalau boleh aku nak kasi Lala dengar audio tu. Tapi sayang masa tu Lala ke toilet dan masa tu jugalah audio tu bermain semula. Masih sama macam aritu tapi kali ni aku terus melompat atas katil Lala. Baring mengadap Izza yang lena tidur sambil genggam tangan dia kuat-kuat. Pejam mata tapi masih mendengar audio tu guna earfon. Sampailah Lala masuk ke bilik.

Sejak tu aku tak dengar lagi audio tersebut dan aku sendiri tak tahu samaada audio tersebut betul-betul wujud atau hanya gangguan dari makhluk halus saja.

Sekian..
-CahayaAIN

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Nur Ain

11 thoughts on “Jomlah main dengan saya”

  1. Aku pminat mj12. Tapi rasanya xpnh dgr audio tu. To honestly​aku nasihatkn ko stop dgr waktu mlm la sis. Abg aku pnh ckp, bila Kita dgr kisah dia, dia akn suka dn join skaki ngn kita

    Reply
  2. Pernah cuba dgr MJ12 dulu kat youtube.. tapi dgr separuh jln terus tutup earphone. seramnya lain mcm. tak berani nak dgr sampai habis.

    Reply
  3. aku tiap2 malam dgr MJ12..satu hari tu, aku tertido without switch off PC…terjaga ntah pukul berapa sbb dgr pompuan mengilai…binawe betul….nasib baik bkn betul2….

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.