Assalamualaikum namaku Atilia. Inginku kongsi pengalaman ini walau tidaklah seseram mana dengan harapan memberi pembaca peringatan dan pengajaran.
Dua tahun lalu..Ketika ini aku masih menuntut di sebuah IPTA .
Ketika itu hujan renyai-renyai, waktu masih awal pagi. Seusai subuh, aku tidak tidur tetapi mula bersiap mahu berjogging. Berjalan dalam hujan renyai-renyai, itulah salah satu kegemaranku. Rasa tenang dan seronok menikmati alam pada awal pagi.
Sampai di padang bola yang berdekatan dengan bilik ku, aku memulakan jogging. Kabus nipis masih tersisa. Di tambah langit suram tanpa cahaya. Ketika itu suasana agak sunyi sepi. Tinggal bunyi aku melangkah memijak tanah dan bunyi air hujan.
Segala keserabutan mula hilang. Kesejukan pagi menyejukan hati aku yang sejak-sejak beberapa minggu ini rasa gelisah dan panas sahaja. Aku menghembus nafas, mengharap agar beban perasaan ini hilang bersama carbon dioxide yang keluar daripada nafasku.
Selepas dua pusingan, aku duduk di sebuah bangku. Ketika itu jam masih lagi awal. Kira-kira 7 pagi. Aku duduk melepaskan lelah. Hujan pula masih renyai turun. Aku terpandang kea rah tengah padang bola. Samar-samar pengelihatan ini. Tiba jelas susuk tubuh seorang wanita, berbaju putih, berambut panjang duduk berteleku sambil memandang bawah, di tengah padang.
Mata aku seolah-olah dipaku. Masih merenung kea rah susuk tubuh itu. Mengharap itu Cuma khayalan atau ilusi mata. Jantungku makin kencang sebaik sahaja si empunya diri mula mengangkat wajahnya, tepat memandang aku.
Makin lama, dia makin mendekati. Aku masa itu seluruh tubuh kaku. Tak mampu bergerak. Aku Cuma memejamkan mata dalam keadaan terketar-ketar. Aku melaungkan azan di dalam hati.
Selepas 5 minit kau membuka mata semula dengan perlahan-lahan. Dia sudah tiada. Hanya tinggal aroma seperti colok non muslim guna untuk sembahyang. Lantas aku bangun, berlari pulang ke bilik. Bagiku itu Cuma gangguan pertama. Perkenalan aku dengan dia.
Selepas beberapa minggu
Aku memandang Sue, roommate aku. Sudah dua minggu aku tidak bertegur sapa dengannya. Ya kami ada salah faham. Bermula dengan perkara kecil sahaja, akhirnya menjadi besar, membawa kepada pertengkaran. Entahlah apa nak jadi dengan aku. Habis kawan-kawan mula menjauhkan diri. Aku pula makin suka menyendiri. Tatkala hujan, aku suka duduk di kerusi yang sama aku berjumpa susuk tubuh itu. Tak kira siang atau malam, pasti andai hujan, aku akan berada di situ. Membuai perasaan. Walau kadangkala aku sendiri aneh dengan perbuatanku.
Pagi itu aku tidak turun jogging walaupun kuliah aku bermula petang. Aku baring bermalasan di atas katil. Sue pula sudah lama pergi kuliah. Aku memejamkan mata. Mahu sambung tidur. Tiba-tiba aku tedengar ada suara sedang mumming. Entah lagu apa yang di nyayikan.
Sesekali kedengaran seperti ada orang menyikat rambutnya yang panjang. Aku terkedu, jantung sudah kencang berlari. Diam memasang telinga sambil mata masih terpejam. Kemudian mula berasa seperti hujung tilamku memberat, seolah-olah ada yang duduk. Aku sekali lagi membaca ayatul kursi. Hingga bacaan yang ke tujuh, bunyi dan rasa seseorang duduk di hujung kaki sudah tiada. Tinggallah aku seorang diri di dalam bilik. Dengan pelbagai persoalan.
Hari demi hari, aku makin malas ke kelas. Bukan sahaja kelas malah juga solat. Sakit seluruh sendi aku. Rasa letih memanjang. Solat aku gagahkan jug, walau fikiran melayang ketika solat. Aku makin jauh dari kawan-kawan. Makin tidak suka didekati oleh mana-mana kawan. Lebih suka menyendiri. Aku sedar dengan perubahan ini. Namun aku tidak mampu mengawal kehendak ini.
Aku tidak lagi gembira seperti dulu. Banyak menangis dan membenci manusia. Makan dan pakaiku main tidak terurus. Ya aku sedar perubahan ini. Gangguan itu makin lama makin dekat dengan ku. Mimpi-mimpi aneh selalu bertandang setiap malam.
Satu malam
Aku membuka pintu bilik lalu melangkah tanpa arah tuju. Hingga sampai ke satu tempat. Di situ cahayanya suram-suram. Ada sebuah batu telaga lama, dipenuhi air yang hitam dan hanyir. Di situ ada seorang wanita, berbaju putih dan berambut panjang. Kukunya yang hitam lagi panjang sedang mengaut kain ela putih daripada telaga. Kain itu seolah-olah tiada penghujungnya. Kemudian wanita itu mengangkat wajah memandangku. Kali ni dapatlah aku melihat wajahnya dengan jelas, kerana jarak antara kami dekat sahaja.
Aku terketar takut. Takut memandang wajahya. Giginya bergerigi kotor. Matanya memanjang, sepet sambil tersenyum sinis. Aku terjelopok ke bawah. Memejam mata dan menutup telinga. Dalam hati cuma ingat nama Allah sahaja. Habis ayat quran aku lupa. Aku menangis takut.
Sayup-sayup kedengaran ada suara sedang memanggil nama ku. Makin lama makin jelas suara itu. Di selang seli tawa yang seram. Tetapi makin lama suara itu menghilang. Yang tinggal Cuma suara Sue dan Misha (jiranku, classmateku.). Mereka sedang mengongcang tubuhku. Sedar-sedar aku berada di hadapan tandas dalam keadaan duduk sambil memekup telinga dan memejamkan mata.
Syukur akhirnya aku di alam reality. Sue dan Misha memapah aku yang lemah kembali ke bilik. Sempat juga aku melihat jam di smartphone. Rupanya masih jam 4 pagi. Sue mengambil wuduk dan membaca yassin. Tetapi aku mula rasa tidak tentu arah. Bagai mahu sahaja aku memekup telinga aku dan menghalau Sue keluar daripada bilik. Tapi aku biarkan sahaja hingga aku tertidur.
Pagi itu, selepas mandi aku masuk ke dalam bilik. Sue tiada kerana masih lagi mandi. Aku terpandang susuk tubuh itu duduk di atas kerusi aku dan membelakangiku sambil memandang kea rah tingkap, sedang muming. Aku apa lagi, berlari ke bilik jiran sambil memeluk Misha. Misha dan roomatenya juga terkejut, mereka juga mendegar hilai tawa dari arah bilikku.
Selepas bersiap, dan bersarapan. Geng aku datang melawat ke bilik. Mereka mula risau kerana aku tidak datang ke kuliah. Hampir sahaja di bar memasuki exam. Tidak sangka mereka masih mengambil berat akan diriku. Sedangkan kami bergaduh teruk juga. Mereka berbincang di dalam bilik aku.
Kata mereka sejak sebulan lepas aku makin berubah. Cepat marah, sensetif dan mula menjauhkan diri daripada mereka. Makin lama aku makin malas datang ke kelas. Misha pula dapat rasakan ada sesuatu sedang berdamping dengan aku dengan niat tidak baik. Misha ada saka harimau, dia juga sedang berubat. Tetapi memakan masa. Disebabkan itu ada beberapa minggu lepas Misha dan aku bergaduh teruk. Kata Misha, dia mula rasa panas melihat aku. Kata nya lagi , dulu atuknya suka menurung tanpa sengaja apabila bertemu orang yang sakit kerana di aniaya jin. Disebabkan itu dia hampir saja mahu menurun tempoh hari. Jadi Misha yakin ada sesuatu dengan aku.
Hari itu juga kawan-kawan membawa aku pergi berjumpa ustaz merangkap warden kami. Ustaz Zaki namanya. Dia juga pandai selok belok mengubati. Sebaik sahaja aku memandang wajah ustaz, aku mula rasa marah dan benci. Tapi aku turutkan jua pemintaan rakan-rakan aku. Aku duduk di hadapan ustaz, dalam hati bagai mahu lempang sahaja wajah ustaz.
Ustaz mula membaca sesuatu hingga tiba-tiba..
Berdasarkan cerita rakanku..
Aku mula bernyanyi dalam cara muming. Lagu irama jawa sambil memintal tudung seolah olah memintal rambut. Aku kemudian terdiam, sambil memandang sinis kea rah ustaz.
“Siapa kau? Mengapa menganggu manusia ini?”ustaz
Aku cuma terkekeh gelak. Bau colok mula memenuhi ruang bilik.
“Siapa kau? Keluar kau dari manusia ini..” ustaz
“Aku dihantar,supaya bikin dia kacau.” Aku ketawa lagi.
“Siapa tuan kau?”
“Owh, cari tahu sendiri. Ada baiknya engkau wahai manusia goblok, jangan campurin urusanku.”
“Jika kau tetap berdegil, maka aku akan berkeras memusnahkan kau.”
“Cuba aja, jika mampu..” Aku ketawa dan kemudian bangun mahu mencekik ustaz.
Berlakulah sesi rawatan dan pergelutan ustaz dengan aku, dibantu oleh rakan-rakan aku. Apabila aku sedar aku masih berada di dalam office ustaz, tubuhku dibalut sejadah. Rakan-rakan ku masih setia menunggu. Ustaz pula memberi aku air yang dibaca doa untuk aku minum. Sebaik aku minum, aku rasa seperti ada sesuatu melekat di kerongkong. Seolah-olah tali.
Aku menariknya keluar daripada mulut, ianya sehelai rambut. Tetapi berasa masih ada banyak di kerongkongku. Ustaz kemudian meminta aku minum sehingga habis air di dalam gelas. Aku mula memuntahkan rambut yang panjang. Ada kawan aku turut muntah dek loya melihat muntah ku yang hanyir.
Aku bersandar di dinding. Rasa lemah satu badan. Ustaz itu memandang aku. Seolah-olah ada sesuatu yang sedang menganggu fikirannya.
“Ada orang hantar kepada kamu..”Ustaz
“Siapa ustaz.” Aku
Ustaz diam.
“Manusia ni rambut hitam, hati lain. Tak kira yang nampak baik di depan kita pun boleh buat sesuatu kepada kita jika dah makan hasutan syaitan, terikut dengan rasa iri hati.”
Nota penulis:
Kata ustaz, ada orang terdekat dengan aku rasa kurang senang dengan aku. Dulu aku suka post gambar-gambar aku di Insta, dia tak berapa suka lihat aku gembira dengan kawan-kawan baru aku. Dia tak suka lihat aku berjaya seperti dia. Sebab itu dia hantar benda dari bomoh Indonesia, supaya aku hidup dalam kemurungan dan bergaduh dengan orang. Dia adalah kawan baik aku. Ustaz tak cakap siapa orangnya. Tapi aku berkali mimpi dia meminta maaf dengan perbuatannya. Yang boleh aku lebih yakin kerana, setiap kali mimpi dia, ada makhluk laknat itu bersamanya.
Ya kami memang pernah gaduh dulu. Sebab dia sendiri tinggalkan aku, dia sendiri yang jauhkan diri daripada aku apabila dia dah mula kerja dan dapat kawan-kawan baru. Aku pernah sedih sebab rindu kawan baik aku ni, tapi hidup mesti move on kan. Bila aku start new life dengan kawan-kawan baru, dan aku sering post gambar happy aku di insta. Tiba-tiba dia muncul dan cakap aku lupakan dia. Masa nilah aku gaduh dengan dia. Buat Fira, aku maafkan kau. Aku tak pernah lupakan kau. Kau sendiri yang pergi. Kau pun tahu aku dah banyak kali mencuba merapatkan hubungan kita sebelum aku move on. Lepas dari ini aku dah buang semua gambar di insta. Jaga-jaga korang, jangan selalu post benda happy, gambar korang happy2. Orang yang hati tak sihat mula la nak iri hati dan tak senang duduk dengan korang. Yang terlebih berani, akan cari jin untuk sakitkan korang. Manusia manis di depan di belakang belum tentu. Manis senyum, dalam hati busuk. Cukuplah kegembiraan itu aku sendiri tahu, aku dah tak nak kongsi apa-apa gambar di insta atau laman social lain lagi. Untuk korang fikirlah dulu sebelum kongsi.
Sekian..
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
sanggup kawan baik sendiri buat macam tu…hurmmm minta dijauhkan..
Jangankan kawan, darah daging sendiri pun ada yg sanggup buat.
Ya Allah….kesiannya kau dik..
Betul kata penulis, usahlah kita asyik dengan post gambar sana-sini.
Betul juga kata Ustaz.
Harini kita bergembira bersama, esok lusa dia rodok perut kita, bagi aku, tiada lagi istilah tikam belakang.
Kawan sekarang, terus merodok tanpa belas.
Hati-hati kalian, hasutan syaitan ada di mana sahaja.
Semoga penulis bertambah sihat tika ini.
Tak kira insta atau facebook jgn la over tayang pic sendiri..pic laki atau pic pakwe/makwe..thru pic org leh sihir ok..terutama pic penuh dari kepala sampai kaki..jgn ingt semua kawan2 kita tu baik sgt puji2 kita belakang kita dikutuknya
Muming tu apa cik penulis? Humming kot ye? Humming tu maksud dia, kita menyanyi tidak ada suara hanya hmmm..hmmm je ikut lagu.
Yupe. Sebabto mak aku suruh delete suma gambar yang nampak seluruh badan. Kalau gedik jugak nak post , crop gambar dri pinggang ke hujung kaki.
bile nak gaduh bertumbuk tak kuat maka mntk tlg jin setan cara terakhir..sanggup menduakan allah..balasannya NERAKA JAHANAM!..itulah manusia yang bodoh dimuka bumi.
wow best lah
Nice
Hasad dengki mainan syaitan … kdg2 org yg kita x sangka itulah sebenarnya musuh dalam selimut ..