Siapa Mereka?

Nama aku Nora, ini pengalaman mak aku harap korang sudi2 la baca ye. Mak aku kerja dua shif pagi dan petang dan mak pergi kerja naik basikal ikut laluan keretapi, masa ni mak keje petang balik pukul 10malam bila mak lalu laluan keretapi mak akan tolak je basikal sebab jalan banyak batu dan masa tengah menolak tu mak perasan ada seorang perempuan bertudung dan berbaju kurung serba putih tengah bawa seorang bayi. Mak terpikir dari mana datangnya ni jalan pun pelan2 je macam tengah pantang je gayanya ni mak pun teruskan tolak basikal sambil mulut baca surah2 yang mak ingat,mak berdoa ‘Janganla dia tegur aku atau paling kat aku mau pengsan keras kat sini’.

Mak aku memang syak ini bukan manusia ni sebab belah belakang ni kawasan kilang mana ada perumahan. Dah habis laluan keretapi ada kawasan perumahan mak pun lalu situ mak nampak macam ada khemah, dan mak pun tegur orang yang duduk bawah khemah tu, “ada kenduri ke?” Dorang pun jawab ye kenduri tahlil sebab tadi ada perempuan meninggal waktu melahirkan dan bayi dia pun meninggal sekali. Ya Allah mak terus teringat perempuan tadi adakah jelmaan wanita meninggal yang melahirkan ni?

Kisah satu lagi ni jadi kat rumah aku je masa ni awal pagi macam lepas subuh,mak tengah sapu laman bunga,depan rumah aku ni ada jiran yang aku panggil nekwan, masa mak syok sapu nampakla nekwan tengah duduk kat tembok depan rumah dia dan mak pun tegurla, “Dah minum ke makcik?” nekwan tak jawab cuma senyum sinis je mak pun masuk rumah kemas2 dalam sejam mak duduk depan umah ternampak la anak nekwan ni. Mak pun tanya kat anak nekwan, “Tadi acik nampak mak kamu duduk kat tembok ni ha. Mana dia pergi kedai ke?” Anak nekwan terkejut cakap lah, “Eh acik mak mana ada la, Mak saya pergi rumah abang dah seminggu dah tak pasti bila balik”. Mak aku pun terus masuk rumahla terkejut sebab mak cakap memang nampak nekwan pagi tadi.

Ini lagi satu kisah mak aku masa ni dalam tahun 90an. Mak masa tu pantangkn adik aku ,dalam hari yang ke [email protected] pantangkan adik. Mak jenis suka sidai kain malam2 kat depan rumah tapi dalam kawasan berpagar lagila. Bila dah habis sidai mak baring nak lena kejap tetiba ada suara perempuan bagi salam sambil ketuk pintu Assalamualaikum…mak pun spontan jawab salam tu,mak bukak pintu nampak seorang perempuan pakai selendang tutup semua muka dalam keadaan tunduk pakai baju kurung pangku bayi. Mak tanya kat dia, “ye nak apa?”. Mak pun terpikir macam mana dia masuk ketuk pintu sebab pagar berkunci,tengah malam ni masa tu pukul 4 pagi lagi. Aduhh. Perempuan tu jawab saya nak susu, dan mak pun cakap “saya takde susu anak kecik pun takde”, terus perempuan tu paling belakang tunjuk “YANG ITU LAMPIN SIAPA?”.

Mak dah m**i kutu, mak cakap kalau nak susu mari saya susukan dan perempuan tu hulur anak dia kat mak. Lepas tu terus perempuan tu hilang, tapi anak dia ada lagi dengan mak aku tau. Mak tengok anak dia lena je tido sambil baca apa yang boleh. Ayah aku masa ni kerja malam. Aku, abang dan kakak pulak tido dekat bilik atas. Apa ko rasa dok sorang-sorang sambil pegang anak tutt. Tak lama tu azan subuh dan anak dia tadi bertukar pulak jadi batu nisan. Bila hari dah cerah sikit ayah balik dan letak batu nisan tu kat luar rumah,bila batu tu kat luar rumah je terus hilang dengan sendirinya. Lepas kes ni terus mak demam 2 minggu plus pantang lagi. Kesian mak, kalau siapa ingat dulu pernah hot pasal hantu susu..mujur mak takde apa2 cuma demam je.Okla rasa dah panjang cerita ni nanti aku cerita pasal saka atuk dan nenek..Tungguuuu,oh ya semua cerita ni betul xde tipu2 tau..Jumpa lagi.

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.