Assalammualaikum , nama aku ayang. Apa aku nak ceritakan tentang aku guna waze waktu malam. Pada malam sebelum kejadian kawan abang aku datang rumah untuk makan malam sama-sama. Dalam pukul 10.30 malam kami plan nak pergi tengok movie Ouija , masa tu tgh hot cerita tu sbb seram. Then kawan abg aku check showtime kat paradigm mall sebab mall tu dekat dengan rumah je but takde . Then check kat pavilion ,tak silap aku masa tu dlm pukul 12 ke atas kot dia pun ya showtime. Aku tak berapa ingat waktu tu.
Nak jadikan cerita, kitorg masa tu pergi tiga kereta, total yang pergi dalam enam orang dari kelana jaya. Aku naik dengan kawan abang aku (kak Yani) naik viva, dia tu memang asal orang seri petaling so memang expert lah bab jalan KL. Masa on the way ke pavi tu, kak yani cakap “kita guna jalan short cut la yang” aku pon okay kan je lah. Cakap banyak nanti, dah la menumpang. Aku pon rilex ja kat tepi, tetiba dia cakap “aduh jalan ni tutup lah, kene ikot jalan lain. Buka waze yang” aku pon capai fon dia .
Start lah permulaannya kat situ.
Tengah sedap layan radio masa tu tetiba kak yani cakap “kenapa kena masuk kiri” aku pon balas je la “ ikot je lah kak “ masuk je jalan tu aku dah start scary doh. Seriously kiri kanan gelap gelita, macam hutan tebal pon ada. Kak yani dah start diam masa tu tapi ikot je arah waze bagi. Entah macam mana mulut aku celupar masa tu “Jangan jadi macam cerita pasal GPS dah la “ sapa kalau pernah tengok cerita tuh dia akan paham cerita tu punya seram macam mana. Ngam ngam pulak kak yani tu pernah tengok cerita tu.Aku tak ingat tajuk cerita tu apa tapi yang pasti cerita tu memang pasal GPS berhantu.
Berbalik pada cerita tadi, aku yang duduk sebelah ni dah tutup muka, tak nak tengok apa jadi. Kak yani pulak tarik tangan aku “jangan tutup yang, kak yani pon seram ni”. Sampai satu tempat kak yani break mengejut, aku pon meremang bulu roma dah tergamam, tetiba nampak dia tulis istana (nama istana tak ingat). Kereta memang betul-betul mengadap pagar istana tu, dah la pagar terbukak. Tengah sunyi macam tu, tetiba waze bunyi “ straight and turn left” .
Wehh gila ke dia suruh masuk dalam pagar istana tu then turn left. Aku dengan kak yani aku dah cuak. Kalau nak turn left mana ada jalan dah. Istana berpagar. Istana macam rumah banglow lama yang takde orang duduk. Kak yani cepat-cepat u-turn, sambil tu dah baca macam macam dalam kereta. Keluar ja jalan gelap tu kitorg dah gigil.
Entah macam mana mulut aku jadi celupar masa tu, aku cakap “ kak, security guard tu pandang kita ja kan tadi “ kak yani direct pandang aku “mana ada orang yang, jangan macam-macam “. “yaallah sumpah kak, ayang nampak dia pandang ja kita baju hitam seluar hitam direct depan kereta kita. Tipu lah kalau kak yani xnampak. Sebab benda first ayang nampak dia kat depan “. Start tu badan kitorang dah gigil .
Sampai pavi terus badan seram sejuk, muka dah pucat dah. Dengan nak hadap tengok cerita Ouija lagi. Sampai kat wayang aku terus pergi kat abang aku, genggam tangan dia sebab takot. Just nak pesan kat korang pengguna tegar waze or maps kalau dah jalan gelap macam scary tu jangan lah masuk.
Kalau tak syaitan maybe penjenayah sedang menunggu. Then siapa tahu tajuk cerita GPS berhantu tu bagitau. Cerita tu tentang dia beli kereta second hand kot then kereta dia ada gps. Gps tu bawak dia ke tempat pembunuhan. Cerita melayu or indon aku tak ingat.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Waze ni slalunya cr jln yg clear..x jem cam tu la…n kadang2 mmg ada masuk jln dlm cam kampung, taman…tpi kalo dah tetiba suh straight masuk lam kwsn berpagar tu dh mmg unsur seram dh tu huhu….
Dah google GPS Berhantu, takde pun movie nye.. hm
Stuju sgt… maybe title die lain kot
dah lama aku tak guna waze sbb waste of time. baik guna google maps jer.
Aku pun sama. waze ni berat tak macam masa baru2 kuar aps ni bagus. skrg siap ade bende2 merepek nak add friend lah bagai.. google maps lg bagus ringan cepat loading dan kalau search memang jalan yang diharapkan.
Aku tak galakkan guna waze better pakai google maps at least ko tak masuk hutan. Pki google maps dia akan bg and tunjuk options nak guna jalan yg mana. Aku naik grab pun driver boleh sesat guna waze bahahahaha. Seriously from pengguna tegar google maps ^^v
setuju!! aku pun selalu guna google maps jer…
betul, sy pun suka guna google maps. dia bagi option mana nak ikut.
me tooo, pengguna tegar google maps sbb waze tak boleh harap sangat.
aku guna waze cari masjid, sampai sudah tak solat jumaat…
hahaha..ni paling seram, xjumpa masjid
Cerita ko memang seram beb. Salute??
sy pun ad jgk guna waze dr bangsar ke hartamas tp jalan dia bagi sampai ke cheras last2 sampai ke hati awak pulak <3 aummmmm
eeuuuwwwwwww
Menyempat lgi ye buat pickup line.. Nk crik jodoh g carik dkt laman crik jodoh,bkn kt sni..
Aku dulu pernah tinggal di jln kedah dekat dgn bangsar. Ada org tumpang tanya mcm mn nk pegi ke utara sbb dia waze negeri Kedah tp di bwk ke jln kedah.org tu dari johor seigt aku.kesian dia.nk gelak pun ada.ni mesti kes dh taip tp tak double check.
Hahahaha kelakar laaa
ooo…saya pulak nak ke arah shah alam… waze bawak g klcc huhu
beto3…..guna google maps lagi senang dia…waze ni dah ngarut …
sapa tau cerita GPS tu share lah aku nak tgk gak…