Bissmillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum semua. Bertemu lagi kita semua dalam kisah aku yang seterusnya ini. Terima kasih tak terhingga pada sokongan daripada kalian semua. Alhamdullilah Allah masih lagi beri kesempatan untuk aku berkongsikan kisah hidup aku ni. Terima kasih buat Admin Page Fiksyen Syasya yang approvekan semua kisah aku yang sebelum ni. Kisah kali ni adalah pengakhiran kepada kisah kisah yang sebelum ni. Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Setiap yang hidup pasti ada matinya. Mungkin lepas ini tak ada lagi kisah baru dari aku. Mungkin juga ada. Nantikan je ok.
Sambungan….
Pada malam tu semua benda yang aku buat aku rasakan tidak kena. Kepala aku bercelaru. Hati aku tak tenang. Aku ke bilik air ambil wudhuk dan kemudia aku ke bilik semula dan capai al-Quran. Aku bukak surah Ar Rahman. Satu persatu aku baca dan aku temui jawapan untuk aku kembali tenang. Kehidupa harian aku hanyalah di dalam bilik di rumah Arwah Paklang. Mak pun ada sekali temankan Maklang yang tinggal berseorangan. Aku ada pun dalam bilik je.
Aku dah bagitau siap siap kat pihak Universiti yang aku terpaksa cuti dua minggu untuk aku tenangkan fikiran dan juga untuk aku bantu Maklang apa yang patut.
Malam tu lepas makan dengan Mak dan juga Maklang. Maklang tanyakan sesuatu pada aku yang buat aku sentap.
Mak Lang: Angah… Angah belum ok lagi ke? Belum boleh terima lagi ke Paklang dah tak ada? Bukan Angah sorang je yang sedih… kita semua pun turut sedih. Bahkan ramai orang yang rasakan kehilangan Paklang. Tapi kita kena redha Ngah… Maklang dah redha…
Aku: Angah bukan tak redha Maklang… Angah cuma tak….
Mak: Tak apa Ngah? Dah dah la tu… setiap yang hidup akan rasai kematian… kita yang hidup ni kene teruskan hidup.
Mak Lang: Maklang tau Angah rindukan Arwah Paklang kan. Maklang pun sama. Kita sedekahkan Al-Fatihah je la kat dia.
Aku: Yelah… Angah masuk bilik dulu ye… Nak solat Maghrib.
Aku melangkah masuk ke bilik. Selesai solat Maghrib aku capai phone aku yang aku off sejak 3 hari yang lepas. Bila aku on je berderet mesej dan notification miscall masuk. Semua notification miscall daripada Syud. Aku biarkan je macam tu. Aku tak ada mood untuk bercakap dengan sesiapa buat masa ni. Aku lepaskan badan aku atas katil dan aku scroll balik semua mesej mesej yang diterima. Mata aku tertangkap 3 mesej daripada Mus. Aku bukak satu persatu dan semua mesej yang dihantar membuatkan badan aku menggigil menahan marah.
Mesej 1: Rul…Rul…Rul… Orang tua tu dah tak ada dah… boleh lah ye aku jalankan kerja aku?? Hahahaha
Mesej 2: Yang mana satu kau nak aku tujukan dulu? Bini orang tua tu atau kekasih hati kau tu?? Hahahaha
Mesej 3: Kalau kau nak tau… aku tak pernah pun anggap kau kawan aku selama ni… aku hanya gunakan kau untuk rapat dengan Syud… Tapi… Kau rampas dia dari aku!!!! Kau memang tak guna Rul… S*@!… Disebabkan kau dah tau semua ni angkara aku… aku akan buat kau sengsara… kau tunggu.
Aku delete semua mesej dari Mus.
D***h aku mendidih. Aku marah dan badan aku rasa panas. Aku cuba tenangkan diri dengan menutupkan mata aku. Tapi saat aku menutupkan mata aku dapat rasakan sesuatu datang ke arah aku… Aku tarik nafas dalam dalam dan aku pejamkan mata aku. Aku biarkan fikiran aku tenang seketika dan kemudia datang Lelaki Misteri menemui aku.
Lelaki Misteri: Assalamualaikum sahabat.
Aku: Waalaikumussalam sahabat.
Lelaki Misteri: Aku tau apa yang hati kamu inginkan saat ini. Bersabar sahabat. Aku tau nafsu amarah kamu kuat meminta permintaannya ditunaikan.
Aku: Aku tak kuat sahabat. Semua ini berpunca dari aku sendiri.
Lelaki Misteri: Kamu kena kuat. Kena lawan apa yang bergolak dalam diri kamu. Dendam tak akan membuatkan kamu tenang.
Aku: Apa yang harus aku lakukan lagi sahabat? Aku cuma nak semua ni berakhir. Aku nak dia sedar dan tak mengganggu aku lagi… kamu boleh bantu aku kan?
Lelaki Misteri: Aku terikat dengan janji aku. Jika aku melanggar janji ni, kita tak akan dapat berjumpa lagi. Aku boleh bantu kamu. Tapi semua yang ada pada diri kamu akan hilang bersama dengan hilangnya aku. Kelebihan matamu akan aku bawa bersama.
Aku: Aku tak kisah apa yang jadi sahabat. Aku nak dia sedar dan datang pada aku mohon maaf kepada aku dan Maklang.
Lelaki Misteri: Kamu yakin dengan pilihan kamu?
Aku: Aku yakin… biarlah ni jadi pengakhiran kepada permulaan semua yang terjadi. Aku terima apa je akibatnya.
Lelaki Misteri: Jika begitu yang kamu inginkan aku turutkan saja. Mari… ikut aku..
Aku: Kita nak ke mana sahabat?
Lelaki Misteri: Berkemungkinan ini kali yang terakhir kita berjumpa di alam ini. Aku nak tunjukkan kamu tempat tinggal aku.
Aku: Baiklah.
Lelaki Misteri membawa aku masuk ke satu perkampungan yang pada aku cukup indah. Dengan suasana kampung yang rukun dan damai. Pintu masuk ke kampung itu di hiasi gerbang putih yang sangat cantik. Tertera kalimah Allah dan Muhammad di pintu gerbang tersebut. Lelaki Misteri kemudian membawa aku ke Masjid yang diperbuat daripada kayu tapi cukup cantik. Aku kemudian melangkah masuk ke dalam Masjid tu dan aku lihat ramai sekali jemaah di dalam Masjid sedang membaca ayat suci Al-Quran. Alunan bacaan ayat suci yang sangat merdu dan dengan tajwid dan makhraj yang betul menusuk ke kalbu aku ketika itu. Tanpa sedar air mata aku mengalir laju.
Lelaki Misteri itu kemudian berdiri dihadapan semua jemaah dan berkata.
Lelaki Misteri: Wahai saudaraku sekalian. Aku kenalkan pada kamu semua sahabat aku di alam lain.
Aku hanya senyum memandang mereka semua. Kesemua mereka memiliki wajah yang jernih dan nampak menenangkan.
Lelaki Misteri: Dia adalah anak saudara kepada sahabatku yang telah tiada. Jika kamu terlihat dia di alam nyata jangan kamu apa apakan dia.
Semua jemaah mengangguk tanda faham.
Rupa rupanya Lelaki Misteri tu adalah ketua dikalangan mereka.
Lelaki Misteri: Wahai sahabat, masihkan kamu ingin teruskan niat kamu itu?
Aku: Aku nekad sahabat. Jika ini pertemuan terakhir kita aku ingin memohon maaf jika sepanjang perkenalan kita ini ada salah dan silap dari pihak aku dan Paklang.
Lelaki Misteri: Tidak mengapa sahabat. Jika itu yang kamu inginkan akan aku turutkan sahaja.
Allahuakbar….. Allahuakbar….
Allahuakbar….. Allahuakbar….
Kedengaran Azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat fardhu Isyak bagi kawasan kawasan yang sama waktu dengannya… – hehe mesti korang baca macam dalam tv dan radio kan. Jangan marah. Gurau je.
Lelaki Misteri: Ayuh, sama sama kita berjemaah selesai solat aku hantar kamu pulang.
Aku: Baiklah…
Kami pun berjemaah menunaikan solat. Setelah selesai Lelaki Misteri mengajak aku ke rumahnya sebelum dia hantar. Sampai di rumahnya aku dipelawa masuk dan di hidangkan dengan air putih dan sedikit kuih muih. Air putih yang diberikan pada aku rasanya lain. Tidak sama seperti air masak yang kita minum. Sejuk dan menyegarkan. Kuih muih pula rasanya sungguh sedap. Susah nak di ungkapkan rasa itu.
Lelaki Misteri: Sahabat, Marilah aku hantarkan kamu pulang
Aku: Baik…
………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Mak: Angah….. Angah…… bangun Ngah….
Sayup sayup kedengaran suara mak memanggil aku supaya bangun dari tidur. Aku yang masih lagi mamai ni buka mata nampak Mak, Maklang, Ayah dan Kak Long dalam bilik. Aku terkejut.
Aku: Kenapa ni semua ramai ramai kat dalam bilik ni?
Mak: Alhamdulillah… Angah tau tak dah berapa lama Angah tido.
Aku: Baru berapa ja…….. dah 2 hari???
Aku terkejut bila tengok tarikh di jam tangan aku. Dah 2 hari aku tidur tak bangun bangun dan solat wajib, tahajjud semua aku terlepas.
Ayah: Ye Ngah… Dah 2 hari Angah tido tak bangun bangun. Kami ingat ada sesuatu yang tak baik jadi kat Angah.
Aku: Allahuakbar…. Astaghfirullahalazim… Angah cuma ikut……
Mak Lang: Ikut siapa Ngah…
Aku: Emmm…. Tak ada apa lah…
Aku bangun dan terus ke bilik air untuk bersihkan badan seperti tiada apa yang berlaku. Selesai mandi dan berwudhuk aku terus Qada balik solat aku yang tertinggal selama 2 hari aku tidur. Selesai solat banyak yang aku fikirkan tentang mimpi aku tu. Entahla. Aku fikirkan akan tindakan aku. Masih lagi hati aku ni berbelah bahagi. Tapi aku dah nekad dan tak boleh patah balik lagi dah.
Selang 3 hari kemudian Mak bagitau aku yang Ayah nak datang ke rumah bawak orang nak jumpa aku. Sepanjang 3 hari tu aku langsung dah tak mimpikan Lelaki Misteri. Aku menunggu di rumah Maklang dengan penuh sabar dan dengan perasaan ingin tahu. Bila Ayah sampai, ada sebuah kereta ikut Ayah dari belakang. Lepas park kereta sepasang suami isteri keluar dari kereta tu dan aku kenal akan mereka. Kemudian keluar pula anak mereka dan memang tak syak lagi tu adalah Syud bersama Mak dan Ayah dia.
Aku menjemput mereka naik ke atas sambil aku pandang wajah Syud dengan seribu pertanyaan.
Syud: Assalamualaikum
Aku, Mak dan Maklang: Waalaikumussalam…
Syud: Awak… kenapa tengok saya macam tu? macam ada sesuatu je?
Aku: Macam mana awak…
Syud: Boleh tau rumah awak? Saya tanya kat pihak pentadbiran la… nak tanya kat awak sampai sudah tak jawab call.
Aku: Hehe… Maaf tak sengaja.
Syud: Yela awk…… Ni Mak dan Ayah saya.
Aku bersalaman dengan Ayah Syud… Seram jugak tengok wajah Ayah Syud ni… Muka garang. Tapi bila dah lama kenal baru tau baik orangnya.
Maklang: Jemput la duduk dulu ye. Saya ke dapur sekejap ye buatkan air.
Mak Syud: Susah susah je. Saya tolong ye.
Mak Lang: Eh takpe… awak tu tetamu…
Syud: Mak, Ayah… Syud nak cakap dengan Rul kejap ye. Mak dengan Ayah sembang la dulu dengan Mak Ayah Rul.
Ayah Syud: Yelah…
Aku dengan Syud kemudian turun dan duduk di atas kerusi kayu kat luar rumah. Kami duduk berdepan ye bukan sebelah sebelah.
Syud: Awak… saya nak cakap sikit ni.
Aku: Cakap la…
Syud: 5 6 hari lepas macam tu. Saya sering nampak kelibat Mus. Tak sempat nak panggil dia dah hilang. Nak jugak la saya tanya kenapa tangguh sem.
Aku terkejut..
Aku: Mus??? Awak nampak dia??
Syud: Haa.. kenapa? Ke awak ada tau apa apa yang saya tak tau ni?
Aku: Saya tak tau saya perlu cerita ke tak kat awak.
Syud: Saya pun perlu tau jugak.
Aku: Ok begini……
Aku ceritakan semuanya dari A-Z kat Syud dan Syud seakan tak percaya dengan apa yang jadi. Aku tunjukkan semua bukti. Mesej dari Mus semuanya aku tunjuk kat Syud. Tak ada satu pun aku rahsiakan. Syud tak sangka yang Mus tergamak buat Aku dan Arwah Paklang macam tu sekali.
Syud dan Family dia stay lama jugak la kat rumah Maklang. Tapi takde la sampai bermalam. Lepas Maghrib macam tu dorang bertolak balik. Tapi ada peristiwa yang sangat mengejutkan terjadi selepas Solat Asar.
……………………………………………………………………………………………………………………………..
“Rul!!!!! Rul!!!!! Rul!!!!!!”
Kedengaran suara seorang lelaki memanggil keras aku dari luar rumah. Ketika ini aku dan keluarga beserta tetamu yang datang sedang menikmati minum petang selepas habis perbincangan antara dua family iaitu family Syud dan family aku. Apa topik yang dibincangkan aku pun tak tau.
Aku menjengah keluar melalui jendela. Aku terkejut melihat lelaki tu serentak dengan itu d***h aku naik. Ye…. Orang itu adalah Mus. Dia datang kepada aku dengan muka yang cemas. Aku turun dan mencapai cangkul kat tepi tangga. Belum sempat aku nak hayunkan cangkul Mus bersuara.
Mus: Rul… nanti nanti… Aku datang nak mintak maaf Rul… Aku nak mintak maaf… Mereka semua dah teruk kerjakan aku Rul… Maafkan aku Rul…
Cangkul yang aku pegang terlepas dari genggaman. Ya… Memang aku yang mengarahkan Lelaki Misteri dan jemaahnya untuk selesaikan Mus dan paksa dia datang jumpa aku depan depan. Aku melangkah mendekati Mus dan membaca ayat tentang syirik dengan nada yang marah.
Aku: Allah Swt berfirman, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari syirik itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” an-Nisa Ayat 48
Aku: “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi yang sebelummu. “Jika kamu mempersekutukan Tuhan, niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.” az-Zumar Ayat 65.
Aku: “Sesungguhnya orang-orang yang kamu seru selain Allah itu adalah makhluk yang lemah yang serupa juga dengan kamu”. Al A’raaf Ayat 194.
(ayat kat atas tu aku bacakan ayat dia bukan maksud dia)… Nak letak ayat terus takut nnt keluar petak petak je bila publish. Nak tulis dalam rumi tak boleh… Nanti salah sebutan dan tajwid. So aku letak maksud ayat je ye…
Mus: Cukup Rul cukup… Aku tau aku salah… Mereka semua tu akan pukul aku selagi kau tak maafkan aku Rul.
Mus menunjukkan sekitarnya seperti ada ramai orang yang tunggu masa je untuk pukul dia. Mata aku melilau melihat ke arah tempat yang jari Mus tunjukkan dan aku rasa sesuatu yang ganjil berlaku. Ya… aku tidak dapat lihat mereka seperti yang diperkatakan oleh Mus.
Aku: Disebabkan nafsu busuk kau. Aku kehilangan Ayah kedua aku. Disebabkan kau Maklang aku kehilangan suami. Disebabkan kau aku kehilangan sahabat aku. Bukan aku selayaknya memaafkan kau. Tu… disana tu adalah insan yang sepatutnya memaafkan kau.
Aku menunjukkan tangan aku ke arah Maklang yang berdiri di muka pintu. Lantas Mus berlari ke arah Maklang untuk meminta maaf di atas apa yang telah dia lakukan. Belum sempat Mus berkata kata Maklang dah melangkah masuk kedalam rumah dan memberitahu.
Mak Lang: Lepaskanlah dia Angah… Maklang tak nak tengok muka dia lag ikat sini.
Aku: Kau balik lah Mus… Bukan tempat kau kat sini.
Mus: Maafkan aku Rul… Maafkan aku… Aku tau aku salah… Aku tak boleh tengok kau lebih dari aku. Semua orang suka kau. Semua orang sayang kau. Syud pun lebih memilih kau dari aku. Aku cemburu dengan apa yang kau ada. Maafkan aku Rul.
Aku: Siapalah aku untuk memaafkan kau… Kau balik lah… Bertaubat selagi masih sempat. Balik.
Mus: Kau maafkan aku dulu Rul… tolonglah… aku sakit…
Aku: Sebelum aku hilang sabar sekali lagi baik kau balik sekarang. Urusan aku dengan kau dah selesai. Baik kau balik dan jangan kau datang lagi ke sini.
Mus: Aku balik… aku balik…
Mus berlalu pergi dengan wajah yang penuh ketakutan.
Aku: Wahai sahabatku… sesungguhnya aku tidak dapat melihat kau… cukuplah… lepaskanlah dia… cukuplah ini sebagai pengajaran buat dia.
Aku berjalan masuk ke rumah dan Syud menegur aku.
Syud: Awak ok?
Aku: Alhamdulillah saya ok. Tak ada apa apa dah. Dah selesai dah semuanya.
Syud: Kenapa dengan Mus tu? Macam mana dia tau rumah awak?
Aku: Tak ada apa apa. Dia cuma nak minta maaf je.
Syud: Dah tu awak dah maafkan dia?
Aku: Entahlah awak… jom lah masuk ke dalam rumah. Ni… awak dan Mak Ayah awak n ink bermalam kat sini ke? Kalau nak bermalam kat sini boleh la gunakan bilik saya. Saya tidur kat luar je.
Syud: Eh tak lah… Ayah cakap tadi lepas Maghrib nak bertolak balik. Kan Yah?
Ayah Syud: Haa Ye… lepas Maghrib lah kita bertolak.
Aku: Kalau macam tu makan malam lah dulu ye.
Syud: Ok….
Aku berjalan ke dapur dan nampak Maklang kat dapur tengah busy nak siapkan makan malam. Aku pun ringankan tangan aku untuk membantu. Sambil tu mulut aku pun ringan jugak nak bertanya.
Aku: Maklang ok tak?
Mak Lang: Tipu la Ngah kalau Maklang cakap Maklang tak marah. Tapi nak buat macam mana kan. Ketentuan Allah kita tak boleh nak halang. Maklang redha je.
Aku: Angah pun tak tau la Maklang… Marah ada geram pun ada… Angah ni manusia biasa je. Tapi tu la… Angah kena redha.
Mak Lang: Tak pe lah Angah… Yang lepas tu biarkan lepas. Kita doakan semoga Paklang kat sana Bersama dengan orang yg beriman.
Selesai solat makan malam dan solat Maghrib. Syud dan Mak Ayah dia bertolak balik. Aku? Masih macam tu la. Peneman sembang dah tak ada. Terpaksa teruskan juga hidup aku seperti biasa. Dan aku perasan satu benda yang berlainan dalam hidup aku. Apa yang lainnya? Yang lainnya ialah, aku dah tak mampu untuk nampak apa yang aku nampak sebelum ni. Cuma aku dapat rasakan jika ada kehadiran makhluk makhluk ghaib sama ada dia ada aura negatif ataupun positif. Semuanya disebabkan apa yang telah aku lakukan. Lelaki Misteri pun dah tak muncul lagi dalam mimpi aku. Mungkin penglihatan yang aku dapat sebelum ni adalah mata pinjaman daripada Lelaki Misteri untuk aku membantu orang. Dan bila aku dah break the rules dia ambil balik semuanya termasuklah kelebihan untuk berubat orang yang kena gangguan jin dan ilmu hitam.
Aku hanya mampu menghalau dengan saki baki ilmu yang ada sahaja. Apa yang jadi lepas tu? Aku kembali kea lam university untuk meneruskan pengajian aku. Cuti yang panjang menyebabkan aku ketinggalan jauh dan aku hampir kena hukuman dari pihak U. Mus? Dengar khabar dia tamatkan pengajian dia terus dan aku dah tak nampak dia lagi sampai ke hari ni. Kalau dia terbaca kisah ni walaupun nama sebenar dia bukan Mus, aku mohon keizinan untuk kongsikan kisah ni sebagai pengajaran kepada semua.
Dalam sebulan lebih selepas semuanya selesai dan selepas kepergian Arwah Paklang menghadap Sang Pencipta aku didatangi mimpi. Mimpi bertemu arwah. Dalam mimpi tu Paklang sempat berpesan pada aku.
Pak Lang: Assalamualaikum Angah.
Aku: Waalaikumussalam
Air mata kerinduan aku bercucuran mengalir.
Pak Lang: Angah… Janganlah Angah menyimpan dendam dengan orang. Jangan ulangi lagi kesilapan yang Angah dah lakukan… Jadikan ia pengajaran. Tingkatkan lagi tahap kesabaran Angah tu dan redha dengan semua ketentuan Allah SWT. Satu lagi Angah… Lelaki Misteri ada cuma dia boleh memerhati kamu dari jauh.
Aku: Insyaa Allah Paklang. Angah ingat.
Ketika aku mengesat airmata… kelibat Paklang tak kelihatan lagi.
Aku tersedar dan aku rasakan pipi aku basah dengan air mata. Ya Allah… Aku rindu Paklang. Aku lebis senang berkongsi masalah dengan Paklang berbanding orang lain.
Seminggu selepas aku mimpikan Arwah Paklang, selepas aku balik daripada kelas phone aku berdering. Ada panggilan masuk daripada Maklang.
Aku: Assalamualaikum Maklang.
Mak Lang: Waalaikumussalam Angah. Angah macam mana? Sihat?
Aku: Alhamdulillah… Sihat. Angah ok je ni. Cuma penat sikit la dah nak habis belajar ni.
Mak Lang: Jaga la kesihatan tu. Maklang ada benda nak bagitau Angah ni.
Aku: Apa dia Maklang?
Mak Lang: Entah la Ngah… Sejak dua menjak ni Maklang sering mimpikan yang indah dengan Paklang. Mimpi Paklang pimpin tangan Maklang jalan jalan kat satu taman. Indah sangat taman tu. Paklang tak cakap apa apa pun. Dia Cuma senyum je tengok Maklang. Ada apa maksud ke Ngah.
Aku: Hemmmm… susah nak cakap la Maklang. Taka da apa apa tu. Mungkin sebab Maklang terlalu rindukan Paklang sampai terbawa dalam mimpi.
Mak Lang: Mungkin kot. Hemmm… tak apa lah Ngah… Jaga diri elok elok ye. Nanti senang senang balik la jenguk Maklang. Maklang minta maaf la kalau Maklang ada susahkan Angah selama ni ye.
Aku: Maklang ni… tak ada la menyusahkan pun… Angah dah anggap Maklang macam Mak Angah sendiri dah.
Mak Lang: Ni lagi satu ni Maklang nak bagitau. Tanah ni dah tukar nama Angah… Kami tak ada anak nak bagi pusaka… Angah la satu satunya anak saudara Maklang yang Maklang anggap macam anak sendiri. Nanti kalau Maklang dah tak ada Angah nak jual tanah ni pun tak apa… tapi biarlah memberi manfaat pada ramai orang.
Aku: Ya Allah… Maklang… tak perlu la buat macam tu.
Mak Lang: Tak apa… Angah anggap la ni sebagai hadiah dari kami.
Aku: Hemmmm….
Mak Lang: Maklang nak ke dapur sekejap ni… Angah jaga diri ye… ada apa apa… bagitau Maklang pun tak apa. Assalamualaikum…
Aku: Ye lah… Waalaikumussalam.
Panggilan ditamatkan. Hati aku berdebar. Aku dapat rasakan sesuatu yang bakal berlaku. Entahlah… mungkin tu semua mainan hati aku je. Tapi aku tetap risau. Jika betul macam mana?
Tak lama…. Jangkaan aku tepat sekali. Selepas 2 bulan tempoh kepergian Paklang, Maklang pula menyusul. Mak telifon bagitau aku akan kepergian Maklang menghadap Ilahi. Masa tu aku baru nak makan tengah hari.
Mak: Assalamualaikum Ngah… Balik Ngah… Maklang Angah dah tak ada.
Aku: Waalaikumussalam Mak… Maklang gi mana mak?
Mak: Maklang dah meninggal Ngah… tadi Mak datang la kerumah Maklang ni nak ajak Maklang makan malam kat rumah. Tapi masa sampai kat rumah Mak bagi salam dan panggil Maklang, tak bersahut. Macam tak ada orang. Tingkap rumah terbuka. Pintu tertutup tapi tak berkunci. Mak naik la ke dalam rumah. Panggil Maklang lagi masih tak bersahut. Mak masuk bilik tengok Maklang dah terbaring atas sejadah dengan bertelekung sembahyang lagi. Mak kejut tak bangun jugak. Mak rasa hembusan nafas dah tak ada… Balik ye Ngah… Mak dah bagitau Ayah untuk uruskan semua.
Aku: Allahuakbar… Innalillahiwainna ilaihirojiun…. Yelah… Angah ke pejabat pentadbiran dulu ye nak bagitau minta untuk cuti 3 hari. Tak tau la boleh ke tak… kalau tak boleh Angah balik jugak.
Mak: Yelah… Assalamualaikum.
Aku: Waalaikumussalam.
Aku tinggalkan nasi dan ikan goreng aku kat kucing yang ada kat kedai makan tu. Terus aku call Syud.
Aku: Assalamualaikum Syud.
Syud: Waalaikumussalam… Ye Rul. Kenapa? Ada apa?
Aku: Tolong saya boleh? Hantarkan saya ke pentadbiran fakulti kejap. Saya nak mohon cuti lagi. Kalau balik macam tu je nanti nama saya kene bar dari ambik final exam.
Syud: Nak balik kampung? Kenapa?
Aku: Maklang saya dah tak ada…
Syud: Hah!! Ok ok. Saya ambil awak sekarang. Awak kat mana?
Aku: Saya kat kedai makan yang biasa kita makan ngn Mus dulu tu.
Syud: Ok… 15 minit.
Malam tu jugak aku balik ke kampung dengan Syud dan Mak Ayah dia. Maklang pergi aku tak sedih. Malah aku rasa gembira Maklang pun pergi dalam keadaan Husnul Khotimah. Allah SWT panggil dia selepas dia selesai solat dhuha pada hari Jumaat. Dari apa yang Maklang cakap masa dia call aku haritu aku dah boleh agak dah semua ni. Wajah awrah Maklang selepas dikafankan nampak seolah bercahaya dan bibirnya tersenyum. Cukup indah pengakhiran kehidupan pasangan ini. Aku tau selama ni Maklang bersedih tapi dia kuat hadapi semua ni. Dah memang takdir diorang hidup bersama di dunia dan disana. Bila kita letakkan cinta tu pada tempat yang sebetulnya dan kerana Allah SWT. Allah akan jaga hubungan tu sampai ke akhirnya.
Kedua dua Maklang dan Paklang aku dah pergi buat selamanya. Dan aku pegang satu amanah yang cukup besar. Untuk aku jaga tanah dan rumah peninggalan mereka.
Aku kemudian menjalani kehidupan aku seperti insan biasa. Kelebihan yang aku ada sebelum ni pun sudah tiada lagi. Aku dah tak mampu untuk merawat orang seperti dulu lagi diatas kekhilafan aku sendiri. Dan aku dah pun berhenti dari merawat sampai lah sekarang. Pernah aku cuba untuk merawat tapi aku jadi tak yakin aku mampu dan aku dah tak kuat seperti dulu. Mungkin suatu hari nanti aku akan kembali membantu orang. Hanya Allah SWT saja yang tahu.
Selepas tamat pengajian aku di Universiti aku terus mendapat kerja. Tak tunggu lama. Rezeki masuk awal. Ada yang belum dapat kerja tu bukan sebab Allah taknak bagi rezeki. Jangan fikir macam tu. Cuma rezeki tu belum sampai. Allah dah rancang baik dah untuk kita semua. Syud pun sama tapi dia menanam anggur jugak la dua bulan. Lepas tu dia dapat kerja kat salah satu syarikat swasta kat Selangor. Kami masih lagi berhubung macam biasa melalui phone sehinggalah pada suatu hari tu. Dalam setahun lebih macam tu waktu tu masa Raya Aidilfitri. Syud bagitau dia nak datang beraya kat rumah aku sekali dengan family dia plus dia nak jalan jalan kat sini. Aku ok kan je dah nama pun beraya kan. Takkan tak nak bagi. Tapi sangkaan aku meleset. Dia datang dengan “semua” family dia meminang aku. Hahaha… lelaki dipinang wanita. Malu beb masa tu.
Aku terus tanya Syud melalui message.
Aku: Awak, apa ni?
Syud: Dah saya tunggu awak masuk meminang lambat sangat. Biar saya la pinang awak. Tak salahkan?
Aku: Malu la… nanti orang kata perigi cari timba macam mana?
Syud: Siapa orang tu? Dia tau ke? Tak kan… so… proceed je lah… lagipun saya memang ikhlas nak awak jadi Imam saya nak awak bimbing saya ke syurga sama seperti arwah Paklang dan Maklang awak.
Aku: Hemmmm… kalau dah itu yang awak kata saya ikutkan saja.
Hari tu kami bertunang dan selang 2 bulan lepas tu kami sah sebagai suami isteri. Bila ingat balik semua tu senyum sorang2 dibuatnya. Hahaha. Tanah dan rumah pusaka Paklang dan Maklang aku dah jualkan pada yang ada keinginan untuk tinggal dirumah tu. Hasil daripada jualan tanah dan rumah tu aku dermakan pada Masjid kerana Masjid kat kampung aku masa tu perlukan dana untuk memperbesarkan kawasan Masjid memandangkan jumlah jemaah makin bertambah bila solat hari raya ada yang sampai solat atas jalan. Pahala sedekah tu aku berikan sepenuhnya pada kedua Arwah Paklang dan Maklang supaya mereka berterusan mendapat pahala walaupun dah tak ada lag ikat dunia ni.
Aku? Sekarang aku berkerja seperti orang kebiasaan. Ada keluarga sendiri dan Alhamdulillah hasil perkahwinan aku dengan Syud lahir seorang bidadari untuk menyerikan hidup kami Umaira.
Sekian sahaja kisah kehidupan saya. Maaf jika kisah saya ni dah tak seseram seperti yang kamu semua inginkan. Mungkin inilah kisah terakhir saya buat masa ni. Saya nak berehat dulu dari menulis. Insyaa Allah saya akan kembali lagi nanti. Kalau ada yang nak jumpa tu boleh la singgah singgah di Putrajaya… hehe… cari saya sampai jumpa.
Assalamualaikum… semoga sahabat semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat serta kasih sayang Allah SWT.
#KucingKelabu -Rul-
Next : ………………………
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
best sgt semua cerita dari penulis….sedih sungguh cte final ni..lelaki misteri dah tak de dah..tp apepun pak lang dan maklang awk pon sedang berbahagia di alam barzakh berkat amalan harian arwah di dunia sblm ni..in sha Allah..
Terbaikk
next apa rul… next apa rul… tolong maafkan aku…
main.
Syud macam watak Ellie dalam movie Up..hahaha..advance gitu..
sedih pulak dah xde lg penulis ni
follow drp awal memang best
lambai2 dari Cyberjaya. sebelah je office kita haha
sedihnyaa menusuk kalbu..I feel you… :'( pas ni tkde dah ‘kucing kelabu’..kalau ade please story lagi…sume cite penulis tersgtla best…take care Rul..semoga Allah izinkan lagi untuk buka hijab tu untuk mengubati org lain…mne tow ade rezeki jmpe lelaki misteri…aminnnn
kat atas tu cakap dah delete semua mesej Mus.
tp kat bawah cakap tunjuk smua mesej kat Syud.
Mana satu yg betul ni??
tunggu penulis clearkan
kalau fon lama2 cam nokia, kalau kita da delete msg bole tgk balik msg kat “delete message”
x tau la kot2 Rul pakai fon cokia nokia dulu2….
Penulis bagitau delete 3 msej tu je kan? Maybe yang lain stil ada..
Dulu sy guna phone murah je.. Kalau mesej kene delete dia akan masuk folder deleted message ke outbox.. Sy x ingt.. Antara dua tu la.. Kalau nk betul² clearkan kene delete lg skali dlm folder tu..
tau xpe haha
bertakung air mata aku…..aku respek kau nk berehat dari menulis tp aku tetap menanti karya kau..
menusuk kalbu baca cerita ni.. tahniah dah berbini pun ya, siap ada puteri comel lg. haha
Terima kasih Rul. Cerita kau semua ni buat aku insaf sangat.
Sedih pak lang dh x dak,
terbaikkk…. sebak menusuk pankreas ku…
Al-fatihah buat paklang & maklang kamu
sobsob.. teruskn menulis #kucingkelabu
Korje government le tew..menarik kisah writer…
assalamualaikun..subhanallah..alhamdulilah sungguh indah pengkhakhiran jalan cerita.. meninggal dgn cara hosnul khotimah..sedih dan terharu mendengar nya..anugerah yang hilang arwah
paklang dan mak lang dan indra ke 6..mimpi bertemu arwah itu tidak mustahil jika diizinkan oleh allah.. takziah rul… yang akhir cerita alamak kebaikan apakah ini, perempuan meminang lelaki.. terkejut berdebar yang melalui nya.. sudah tertulis yang syud jodoh awak rul..segala apa yg awak nak syud men iakan saja, itu salah satu tanda nya.. dan sekarang dah ada anak sorang bernama umaira..
terbaik rul dan syud
Sedih, gembire, kesal.. emosi bercampur baur bile baca citer2 dr #kucing kelabu. Tapi sy gembira dgn happy ending cerita ni. Dr penceritaan sy boleh tau Rul seorg lelaki yg baik, beradab dan berilmu juga. Tepat tindakan Syud utk pinang je si Rul ni. Wlupun Rul dah takde sixth sense, jgn sedih sbb keluarga kamu n Syud skrg terpelihara dr fitnah n kejahatan Mus. semoga rumah tangga kamu hingga ke Jannah spt Pak lang n Mak lang…
Salam Takziah Rul atas pemergian paklang dan maklang. Sedih baca kisah ni.
Allahummaghfirlahum warhamhum wa’afihim wa’fu’anhum.
Menitik2 air mata sepanjang baca ni. Emosi pulak baca.Dah faham dah kenapa anugerah tu hilang. Dan dh agak dah jodoh si Rul ni dgn Syud. Alhamdulillah. -TAMAT-
Kalau ad next story share2 ye.
cerita yang ditunggu tunggu selama ni
jom lepak pekena kopi RUL?
Al-fatihah buat Paklang dan Maklang..sdihh citew ko nie rull…menusuk ke kalbu baca…sbenarnya aku excited bila tgk kau post citew kau nie…jumpa jer kcing klabu terus buka…apa² rull…truskan mnulis rmai yg menanti citew yg sterusnya…klau kau free…share lhh location nk p makan kt mamak ker…hahaha…ok..rull…truskan mnulis…smoga Allah mlindungi kluarga Rul dripada prkara² burukk…aminnn
Al Fatihah buat Pak Lang & Mak Lang..
Alhamdulillah cerita yg banyak bagi ilmu dan pengajaran..
Semoga Rul n family berbahagia dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat..
Aamiin…
Fairytale betul citer kau ni rul. Penuh cabaran cerita cinta kau dgn syud ni.
Alfatihah utk arwah pak lang n mak lang kau… cite ni btl2 buat aku rasa sedih rul… dan aku harap ko tak berhenti menulis
Al-Fatihah utk arwah pak lang & mak lang.. sabarlah wahai hati.. hidup perlu diteruskan.. keje kt precinct brapa tu ? dh 4 tahun tinggalkan putrajaya.. huhuhu..
terbaik jalan cerita kau…
Al- Fatihah buat Pak Lang dan Mak Lang.
sy follow cerita kamu ni dr yg first lg …
Bila baca cerita kamu sma seperti sy berada dlm kejadian kamu .
Hebatnya perancangan Allah SWT , menyatukan Pak Lang dan Mak Lang hingga ke Jannah .
Walaupun kamu kehilangan Anugerah, tp Alhamdulillah, Mus dpt juga balik ke pangkal jalan . Bnyk yg sy dpt belajar dr cerita kamu ni . Semoga kamu tidak akan behenti menulis . sbb sy akan sentiasa menjadi pembaca setia stiap cerita kamu . Insyallah .
wow…boleh ye kita pinang lelaki?….kalau ikut norma masyarakat Melayu. cam susah je nak buat..terer syud berani buat.
boleh je pi pinang lelaki.. dulu kan siti khadijah yg masuk meminang rasulullah.. ?? yang kata x boleh tu sebab adat je..
siapa ada link cerita sebelum ni dari #kucingkelabu ?
Cerita best..tapi sedih..tp happy ending..memacam rasa.. Rasa nak nanges pun ada..tunggu2 juga akhir cerita ni..dah ade butang search baru senang cari.. Apepun semoga diberkati Allah buat rul and family.. Kalu ada sharing2 cerita lagi, post lah kat sini..
Assalam, hebat penceritaan kau bro. aku pn sebak x pepasal bila baca semua posting cerita ko. semoga dpt bertemu kembali pd cerita yg lain. ramai menunggu ni.
tulisan yang last ni sedih la pulak
memang terasa kesedihan rul tu
Sedihnya…baru terbaca part last ni, berair jgk mata..
Al-fatihah utk pak lang & mak lang…smga d tempatkn d kalangan org2 yg beiman..aminn
Best sangat baca semua cerita dari #kucingkelabu ??banyak pngetahuan yg dpt… n rse sweet plk bile syud yg meminang rul ??n dh dpt seorg puteri.?
Nanti buatlah lagi story2 yg mnarik.
Antara story2 yg sya bace, story dari #kucingkelabu ni lah pling best?
Pagi2 dah berair mata ?..Coretan yg sangat meruntum kalbu..sedih bila mengenangkan sahabat sendiri sanggup buat kerja terkutuk tu..mudah2an Allah sentiasa melindungi kita semua dari segala bentuk kejahatan dan anasir luar… Al-fatihah bt kedua ibu & bapa saudara Rul..
Allahu…meleleh air mate…sarat dengan iktibar dan pengajaran buat panduan hidup di alam yang bersifat sementara ni…semuge Allah melimpahkan rahmat dan kaseh sayang Nya buat tuan dan keluarge tercinta…Ameen Ya Robb…
⭐⭐⭐⭐⭐⭐
Best baca semua cite dr #kucingkelabu ni
… Semua feel ad lps baca semua cite tpi rasa tersentuh dan kagum tu yg pling pnting… 👍😭
semoga berbahagia kucing kelabu
Anugerah yang seseorang tu dapat memang perlu dipelihara betul-betul. Dan tak mustahil untuk saudara mendapatnya semula. Abang kawan saya pun seperti saudara jugak. Dia dapat anugerah tu dari kecil tapi dia tak tau pun sehingga suatu hari ketika umi dia bertarung antara hidup dan m**i akibat buatan orang yang dengki (minyak dagu). Ketika tu lah dia dapat tau dan dia sendirilah yang ubati uminya. Umi dia cakap untuk abang kawan saya tu pelihara kelebihan tu, dia perlu zikir sebanyak mungkin setiap hari.
banyak pengajaran yang dapat dari cerita2 #KUCINGKELABU ni.. sedih sweet semu adaaa .. semoga abg rul berbahagia di sisi kak syud dan adik umaira haha 🙂
Sedih
Ya Allah sedihnya.. semoga mereka berdua ditemptkan dalam kalangan orang beriman. InsyaAllah cinta mereka hingga jannah :’)
Tamat sudah marathon cerita kucing kelabu..tapi impian syud untuk rul jadi imamnya di syurga seperti arwah paklang & maklang harapnya tidaklah berlaku dalam masa yang sesingkat ni..masih ada si kecil umaira yang perlukan kasih sayang ibu setelah kehilangan ayahnya..semoga Allah SWT pelihara seisi keluarga rul & syud dibawah payung rahmatNya di dunia & satukan mereka semua di syurga yang abadi..aamiin ya rabbal alamin..
salam takziah buat Syud dan al-Fatihah buat Allahyarham Rul aka Kucing Kelabu.. 😢
semOga kisah dan pengOngsian Allahyarham menjadi pengajaran buat kita…
Al Fatihah… Hampir menitis air mata jantanku ini.. Allah.. sungguh terharu.. mcam2 kisah dunia ni.. semoga penulis dicucuri rahmat Ilahi.. aminn
innalillahiwainnailaihirojiun, baru tahu Penulis dah takde… wlupun tak thu puncanya kenapa and bila… Semoga penulis dicucuri rahmat Ilahi.. aminn