Misteri Tong Sampah Dan Air Busuk

Salam admin.Aku nak citerkan sikit pengalaman aku yang Kene ganggu ketika duduk satu asrama Kat sebuah institusi ni.Ni Mmg betul2 pengalaman yg aku Kene sendiri dan sangat mistik lah… Sbb aku ni jenis susah sikit nak percaya bab2 hantu ni. Tpi bila dh alami sendiri baru aku rasa berpeluh kot satu badan ni.

Kejadian ni berlaku masa tahun 2011. Masa tu aku sambung master dekat sebuah Universiti ni. Aku single lagi masa tu, tak kawin lagi (nak bagitahu sekarang dh kawin dn Ada sorang anak.Hahaha). Ok2, berbalik pada citer aku ni. Masa berlaku tu budak2 degree tengah cuti semester. Jadi yang tinggal kebanyakknnya budak2 yg buat ‘short sem’ dan jugak budak2 master dan phd mcm ak ni. Suasana di setiap kolej Mmg sunyi, ye lah kan, budak2 cuti. Dekat fakulti sume tak Ramai orang.

Masa cuti sem tersebut, aku memgambil keputusan utk duduk dekat satu kolej ni, sgt dekat dgn fakulti aku. Kolej tu Mmg agak2 ditengah2 tempat institusi aku tu lah.Cuma dibahagian hujung kolej tu Ada sikit hutan mcm hutan simpan. Dah la Kat situ bnyk monyet dan ba*i. Hahahaha. Aku decide ni duduk kolej tu senang untuk aku pegi masuk lab siang malam sbb nak Kene kejar due submition.

Bilik yang ak dapat adalah blok hujung yg mengadap hutan. Blok tu agak usang dan lama.. Persekitaran Mmg sunyi sbb paling hujung, sblh hutan dan tak Ada orang lalu lalang. Blok tu 2 tingkat, dan bilik aku tingkat dua paling hujung dan mengadap hutan. Dan setiap koridor tu hujungnya adalah tempat sidai baju dan Ada pintu. Bila masuk jer blok tu, hanya Ada beberapa bilik shj yg berpenghuni. Bilik depan dan bersebelahan aku ni tak Ada penguhuni. So, kiranya kebarangkalian utk org lalu depan bilik ak ni Mmg tipis lh sbb blok tu bilik jarang2.

Sudah beberapa hari aku stay bilik tu tapi setakat ni ok dan tiada masalah. Cuma. Yg aku perasan, depan bilik aku ni mcm berbau busuk sikit. Dan sentiasa Ada air. Seriusly aku tak pasti mana dtg air misteri tu.Tapi airnya mcm air sampah.busuk, hancing.Mula2 aku tak perasan jugak Akan bau tu, tapi bila kadang dah bau kuat sangat tu yang ak start mengomel sorang2. Benda tu mula2 aku tak take note sgt tau, tapi benda tu start makin teruk bila aku letak satu tong sampah kecik siap ikat dengan plastik sampah depan bilik aku ni.’Air busuk tu bertakung dalam tong sampah tu pulak. Adoi. Dalam hati aku, siapa lh yg buang air busuk ni Dlm tong sampah aku…

Beberapa hari lepas tu, sorang kwn aku nak tumpang bilik aku.So, malam tu aku jumpa dia Kat Stesen ktm dan kami sama2 balik bilik aku tu. Masa tu jam dah pukul 11 malam. Masa naik ke bilik aku tu, pintu koridor tempat sidai baju tu tertutup rapat dan berkunci, aku pun buka lah Pintu bilik nak masuk.. Tetibe ak perasan air busuk tu lagi dalam tong sampah aku tu.. Malam tu Mmg aku hangin lah sbb penat2 balik tetibe terbau busuk. Lagi pun mlm tu aku bawak kawan kn, kadang rasa malu lh sbb bilik busuk.

So, ak mengomel.Aku ckp.”ish,sape lh yg buang air busuk ni Dlm tong sampah aku ni…ke air kencing… Ish” Ckp kuat2 ok. Lepas tu ak dgn kwn aku tu terus masuk bilik mcm biasa… Masuk bilik, xsampai 5 minit ak keluar bilik nak pagi mandi. Sekali bukak Pintu jer berderau terus d***h aku sbb, Pintu koridor yang menghadap hutan tu terbukak seluas2nya Dan TONG SAMPAH AKU HILANG. Adoi.

Masa tu Mmg ak dh pikir pelik sbb yer lh kn, blok ak tu Mmg org xkan lalu depan bilik aku.. Dan tong sampah aku yang hilang tu pegi mana pun aku xtahu.Bulu Roma dh start meremang dh masa tu… Tpi ak control sbb nak jaga hati kawan.Karang kawan aku tu tahu terus dia xnk stay pulak. Malam tu aku tido sambil bukak surah2 Dlm laptop.. Kawan aku tu pelik.. Aku ckp lah Mmg hari2 aku buat mcm ni… Padahal dia xtahu pasal misteri tong sampah aku tu… Hahaha…

Esok pagi nya, pukul 7 kwn aku tu dah keluar pegi fakulti. Tinggal lh aku sorang. Pagi tu pulak sejuk lain mcm sbb nak hujan. Tetibe aku pun terpikir mana pulak aku punya tong sampah yg hilang tu. So, mula lh nak investigate.Tetibe aku keluar bilik, bukak Pintu koridor then ak ternampk tong sampah aku berdekatan dgn hutan. Seolah2 di campak dgn keadaan geram dari tingkat 2 terus ke hutan… Adoi. Terus aku rasa mcm xsedap hati.

Bulu Roma dh meremang Habis walaupun siang hari. Hari tu jugak aku kemas barang2 pegi Kat Pejabat kolej nak tukar bilik… Aku pun citer kan lh perkara tersebut Kat orang2 Pejabat kolej tu… Dan diorng ckp…”biasa lh tu dik.Bilik yg hujung2 ni Mmg selalu Kene ganggu mcm ni… Lgi2 masa budak tak Ramai… Kita ni kan berkongsi dengan mereka.. Lgi satu, mulut jgn celupar sgt.” Diorng ckp seolah2 mcm dh biasa mengalaminya… Dan aku pun dpt bilik baru paling hadapan.Sampai skrang aku Dok pikir, air busuk tu air apa? Air kencing makhluk yg xnmpk tu ke? Ke depan bilik aku tu Mmg tandas diorng? Yer lh kn, kita ni bkn bleh nmpk pun makhluk2 alam lain tu.. Hm..

-by Eja-

-hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.9]
Eja

5 thoughts on “Misteri Tong Sampah Dan Air Busuk”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.