Assalamualaikum dan salam perkenalan kepada warga fiksyen shasha. Nama aku ieyza dan aku tinggal di sebuah perkampungan felda di pahang. Umur aku 23 tahun. Selama ini aku hanya menjadi silent reader je. Dah lama aku nak kongsi kisah seram aku ni tapi aku tak pandai nak mengarang. Aku harap admin sudi la publishkan cerita aku ni sebab banyak lagi aku nak kongsi.
Tapi yang penting korang jangan risaulah sebab setiap cerita tiada sambungan. Cerita akan tamat dalam satu cerita.
Kejadian ni berlaku dah lama tapi masih segar dalam otak aku. Dalam tahun 2002-2003(aku pun tak ingat),mak aku hampir ‘diapa-apakan’ oleh jiran depan rumah aku. Masa ni memang tak ada orang kat rumah tapi Alhamdulillah Allah buka kan hati anak si pelaku untuk datang rumah kami. Anak dia la yang selamatkan mak aku. Dorang ni bukannya orang asing bagi kami tapi saudara kami sendiri. sanggup dia buat dekat mak aku benda terkutuk macam tu.
Lepas kejadian tu, mak aku jadi kuat makan. Kuantiti yang mak aku makan memang banyak dan dia kerap lapar. Badan jadi sakit-sakit dan mak selalu kena rasuk. Kami pergi berjumpa ‘bomoh’ (dah arwah dah sekarang) kat temerloh.
Satu bilik penuh dengan asap kemenyan sepanjang rawatan tersebut. Ada colok,telur mentah,limau dan banyak lagi lah. Tibalah sesi rawatan telur, Isteri si ‘bomoh’ menggolek-golekkan telur mentah kat belakang badan mak lepas tu pecahkannya kat atas piring putih. Banyak rambut,jarum berkarat keluar daripada telur tu.
Wallahualam lah nak percaya ataupun tak sebab sebelum telur tu dipecahkan aku nampak ada lubang kat atas telur tu. Mungkin dia menipu. Hanya dia dan Allah saja yang tahu.
Rawatan dengan bomoh tu berterusan selama setahun setengah. Beribu duit yang kami dah habiskan untuk rawatan tersebut. Tapi semuanya hampa. Benda tu masih ada dan duduk merata dalam badan mak aku. Kalau tersentuh tempat yang dia duduk tu mak aku akan dirasuk.
Kemudian kami mencuba dengan orang lain yang lebih muda dengan bomoh sebelum ni iaitu anak angkat maklong aku dan aku memanggil dia ‘abang’. Taktahu la mana maklong aku jumpa dia. Aku ingat lagi masa mak aku dirasuk, aku dengar mak aku menjerit menangis kesakitan dan dalam masa yang sama terdengar juga abang menjerit marah kepada mak aku “kalau kau tak keluar,aku b***h kau dengan keris ni!”.
Aku yang dengar ni menangis lah sebab dia nak b***h mak aku. Biasalah budak kecil, mana tahu apa. Tetapi usaha dengan abang juga tak Berjaya. Benda tu masih ada.
Masa tahun 2008, mak abah aku pergi melawat besan dia di lipis sebab ada kenduri. Aku tak ikut sebab aku dah duduk asrama tingkatan 1. Besan mak aku ni pandai mengurut dan pandailah serba sedikit pasal mistik ni.
Masa dia tengah urut kaki mak aku tiba-tiba dorang terdengar macam ada orang baling pasir atas bumbung rumah. Besan mak tak kuat untuk melawan jadi esoknya dia bawa mak aku jumpa bomoh siam dekat dengan rumah dia. Bomoh tu suruh mak aku tidur kat rumah dia 3hari 3malam. Memang tak la mak aku nak. Kalau korang pun tak nak juga kan? So,usaha tu pun sama tak menjadi juga.
Dah ramai kami jumpa dengan orang untuk berubat dan berhabisan beribu riban tapi tetap juga tak menjadi sehinggalah satu hari kami pulang ke kampung,perak.
Masa ni umur aku dah mencecah 14 tahun. Mak aku dirasuk ketika mereka adik beradik bercerita tentang sebuah jambatan yang berhantu kat kampung tu Memang banyak kisah orang meninggal jadi hantu kat kampong aku tu. Okay,sambung. Tengah syok bercerita, tiba-tiba mata mak aku jadi merah,besar sampai nak terkeluar lah mata tu sambil bercakap dalam bahasa siam. Maklong aku apa lagi, macam-macam ayat lah dia baca sampai la mak aku sedar balik.
Esoknya maklong bawa mak pergi rumah ustaz. Ustaz ni memang ada buka satu rumah hanya untuk dijadikan tempat berubat dan tak dikenakan bayaran. Kalau nak bayar,bayar je seikhlas hati berapa pun. Hari pertama rawatan mak dirasuk dan bercakap macam budak tadika sampai aku pun geram nak pergi tumbuk benda tu. Hahaha. Aku suruh maklong cakap kat ustaz untuk membuka genggaman tangan mak dan Alhamdulillah mak dah sedar. Keesokan hari bermula lah rawatan yang sebetulnya untuk keluarkan benda tu.
Abah dengan mak tak bagi aku ikut. Dari cerita dorang, mak aku yang seberat 90kg tu terapung sejengkal daripada lantai sedangkan ada 7 orang lelaki yang pegang mak aku masa tu. Boleh bayang tak berapa kuatnya benda tu. Alhamdulillah dengan izin Allah rawatan tu berjaya.
Lepas semuanya selesai,mak aku dah tak kuat sangat makan. Badan pun da ringan katanya. Dan isteri si pelaku meninggal. Macam mana dia meninggal aku takboleh nak cerita sebab takut mengaibkan arwah. Sampai sini je lah cerita aku. Maaf kalau terlalu panjang dan tak berapa seram. Kalau admin publishkan cerita aku ni, aku akan cerita lagi banyak pasal kisah seram aku di asrama. Bye!
Mungkin sedari awal dirawat secara Islam. Dan mohon jagan percaya bahawa orang yang dah m**i jadi hantu. Once roh dicabut Izrael roh kekal di alam barzakh yang temboknya tidak ditembus walaupun sebesar zarah. Gangguan dunia hanyalah dari syaitan, jin, iblis serta sewaktu dengannya. Kalau nak diikutkan pengalaman saya & keluarga banyak semenjak kecil hingga sekarang cuma tiada masa untuk menulis 😅
sis, kalau free share yea pengalaman tu..nmpk menarik
kan ….. penulis dah syirik sbb guna rawatan bomoh
sebaiknye dari awal cari mana2 ustaz…
ape2 pun elok lah dah sembuh semula
cerita dh best tiba2 tak nak cerita plk ending si pelaku.
x bgtau ape motif pelaku, berebut tanah ke, berbeut harta ke ape2 je lah.
haap penulis detailkan lagi.
tujuan tulis kematian dia bukan nak mengaibkan, kalau cetr bab aib, awal2 x pyh cter. lagipun kami di FS x kenal sape2 yg penulis maksudkan.
cerita yg tak ending cara kematian, punca si pelaku sihirkan emak, … buat org jd tertanya.
Betul³
kau nk detail bagai tulis sendiri la. sebok nk tau dlm kain org pasal ape org bt la. pg la tnye org tu sengal
No klu dia x citer cmne org nak faham citer die oi anudalamkain 😑
Xsemua prkara blh crite.ats pnulis nk tls ke x.kite yg pmbca.bca je.mgkn dia de sbb trtentu xcte smua tu.mgkn jgk dia xsure punca nya. husnuzon.
alhamdulillah berjaya gak.. sepatutnya jgn percaya bomoh2 ni.. menipu jee
Jangan sesekali melibatkan diri dalam aktiviti sihir-menyihir ni. Menyihir orang ibarat mengali dua lubang kubur. Satu untuk yang disihir dan satu lagi untuk penyihir.
Walaubagaimanapun, penyihir tidak akan pernah menang. Kalau yang disihir itu terseksa dan meninggal. Si penyihir mesti berfikir “Ya, aku menang”. Tidak, kau dah kalah teruk. Kalah dengan nafus kau sendiri dan kalah mempertahankan keimanan kau.
So kesimpulannya Si Pelaku tu cuba berbuat sesuatu yg buruk pd Emak awak, lepas tu dia jd marah (Sebab anak dia yg tangkap perbuatan jahat dia tu), utk nak puas kan hati (maybe nak tutup malu sendiri) dia hantar sihir?
OR;
Bini pelaku tu yg hantar sihir sbb pelaku (suami dia) duk ‘berkenan’ kat Emak penulis? Mungkin Sbb cemburu..ke tak puas hati bila pekung suami dia terbongkar? Lepas tu bila di pulihkan, sihir tu makan Tuan.
Hamba confused. Sorry
Hamba pon konpius gak
Ni lah peel laku bangsa kita…sbb dengki khianat…sanggup dok aniaya org lain…dgn cara menyengutukan Allah…khurafat…nk sgt tau..aper syok nya buat mcm tu semua..tergamak org mcm tu berlaku kejam…ni semua sbb iman kt dada senipis kulit bawang…kurang sikit dr peel laku setan
patut dr awal lg refer kat ustaz…bomoh ni mne leh caye
Bodoh ke apa nk cya, org ninggal jdi hantu…
Crita lh lagi ya😊
Ghamai lak ustazah kt sini.mcm good2 je.subuh pun hanyut,kiihhhhhh😂😂
Mohon sapa2 yg terkena sihir..jgn jumpa bomoh…jumpalah ustad terus..bukan ustad palsu ya….bomoh guna jin utk merawat..dah jatuh syirik..menarik kisah adik ni…
Jangan la marah marah awak awak semua. Tak baik
98% bomoh xleh pakai better cari ustaz.