Assalamualaikum, sahabat di Fiksyen Shasha. Terima kasih admin kerana menyiarkan cerita aku. Nama aku Farah, ini first time aku post dekat sini. Okay, cerita ni base pada pengalaman ibu dan abah, masa dekat rumah lama, Kampung Jati, Klang. Dan pengalaman aku yang suam-suam kuku dekat Kg. Rimba Jaya yg sekarang ni hanya tinggal kenangan ditelan arus pembangunan. Alah, kan rumah setinggan nak di hapuskan? Cerita ni aku olah sikit-sikit sahaja.
Cerita pertama,
Cerita ni berlaku dah lama. Aku pun belum lahir lagi. Lebih kurang 35 tahun lepas. Berlaku pada abah di Kg.Jati, Klang. Masa tu baru kahwin jadi abah menyewa rumah di klang, Ibu dengan abah aku kerja di Motorola sg. Way, dulu Motorola sekarang dah lain dah, Aku pun tak ingat apa nama company baru tu. Nak dijadikan cerita, mula-mula duduk okay, tak ada kejadian aneh berlaku, kemudian selang 2 hari baru dia nak menunjukkan belang. Ibu aku kerja shift malam, abah pula shift pagi, malam tu abah tidur seorang.
Sekitar jam 10 malam lepas selesai makan, solat, masa untuk tidur. Abah baring mengiring sambil menunggu mata terlelap. Malam tu abah rasa tak selesa, bulu roma asyik meremang. Rasa seram sejuk pun ada. Tiba-tiba, “ching!” bunyi loceng betul-betul sebelah telinga abah. Keadaan jadi sunyi senyunyi sunyinya, berapa banyak sunyi dahhhh.. Abah boleh bergerak, tapi badan rasa berat. Entahlah, aku pun tak tahu nak explain, harap fahamlah. Masa tu abah dah rasa ada sesuatu dekat sebelah abah. Abah tersentuh kain yg tiba-tiba muncul entah dari mana. Maknanya, benda tu baru lepas landing sebelah abah. Jadi, abah gunakan tangan dia untuk rasa apa yang dekat sebelah. Tangan bergerak dari atas, benda pertama yang abah sentuh kepala. Okay, dalam hati sejak bila pulak tipah ni rajin halfday. Tipah tu ibu aku laa.. Hehe. Dah pegang kepala mesti rasa rambut. Jadi abah ni memang berani la ceritanya, dia ikut alur rambut tu, maka turun la tangan dia. Memang panjang rambut ‘benda’ ni. Tangan turun sikit lagi, zuppp!! Berderau darah abah terpegang tangan bende tu. Lepas tu, “ching!”, keadaan jadi normal, abah terjaga, benda pertama yang dia buat apa lagi, melompat dari katil ke lantai. Bila dia toleh ke katil, benda yang dia rasa tu tak ada dah. Mengucap panjang abah. Lepas tu abah pun sambung tidur, buat macam tak ade yang berlaku, malas nak di layankan perkara tadi. Esoknya, dia cerita pulak dekat ibu. Yang ibu ni pun, “Oh, hah, hmm,” aje, malas nak dilayankan jugak, sampailah satu hari ni, nasib dia pulak tak baik.
Cerita kedua,
Dah lebih kurang 5 bulan duduk rumah tu. Malam tu ibu pulak tidur sorang, abah kerja malam. Ibu dah siap mandi, tiba masa untuk tidur, kenapalah mesti time nak tidur kena kacau? Haha. Kali ni berbeza sikit. Lepas matikan lampu, ibu dengar bunyi air. Tapi tak dihairankannya, sebab belakang rumah ada sungai. Jadi ibu pun lelapkan mata. Suasana jadi sejuk tiba-tiba. Ibu celikkan mata sekejap sebab nak pergi dapur minum air. Guess what? Terdetik rasa menyesal pulak celik mata. Dekat sudut katil, dia nampak tengkorak tengah berdiri mengadap dia. Memang benda tu nak ibu aku nampak malam tu. Ibu ni pulak, siap pesan dekat benda tu, ” jangan kacau aku nak tidur!” Hati batu betul ibu ni. Dan nak tahu apa benda tu buat? Dia simbah air dekat ibu yang tengah baring. Eh, main kasar hantu ni. Cuba teka apa yang jadi dekat ibu? Haha. Ibu bangun dari baring, pergi capai penyapu then hantu tu kena carut berbakul-bakul dengan ibu. Lepas tu, benda tu pun berlalu sambil mengekek, seolah -olah baru lepas berjaya membuat ibu marah. Ibu memang bengang habis dengan syaitonirojim sekor ni. Lepas tu, capai tuala, mandi balik, padahal baru lepas mandi. Esoknye cerita dekat abah. Abah cakap tu hantu sungai. Tapi bertahan jugak diorang duduk rumah tu, sampailah ibu lahirkan abang aku, dorang pun pindah ke Kg. Rimba Jaya.
Dekat Rimba Jaya pun tak kurang hebatnya kena kacau. Kebetulan jiran abah ni ubatkan orang sakit, jadi benda halus ni memang dekat sangat dengan rumah tu. Macam kisah ibu dengan abah dekat Rimba, next time aku cerita, kalau admin approve la. Sekarang ni aku cerita intro je dulu yang berlaku dekat diri aku.
Cerita ketiga.
Ini cerita dari aku sendiri berlaku dekat Rimba Jaya. Aku ni bukan jenis yang nampak benda halus. Oi, tak naklah wei! Memang tak nak nampak benda tu. Masa tu umur baru 9 tahun. Malam tu aku tidur macam biasa. Dalam pukul 3 pagi aku terjaga sakit perut jadi, nak melepaskan hajat dekat tandas. Aku pun melangkah keluar dari bilik menuju ke tempat pelaburan. Bila dah sampai aku tengok pintu tandas tertutup. Lepas tu ada bunyi orang cuci kain. Aku syak ibu tengah cuci baju. Siapa lagi nak mencuci? Takkan adik aku yang kecik tu? Abah kerja malam masa tu. Aku pun tunggulah giliran. Lebih kurang 5 minit aku tunggu, ibu masih lagi menyental baju, tak habis-habis. Jadi apa yang aku buat, aku jeritkan, “ibu, kakak sakit perut ni!” Lepas aku jerit, tak ada bunyi orang menyental dah lebih kurang 5 saat. Lepas tu dia sambung balik. Aku ni dah hilang mood dah nak melabur. Esoknya, aku tanya ibu, “kenapa cuci baju lama sangat? Tak dengar akak panggil nak buang?” Ibu jengilkan mata dia sambil cakap, gila apa nak cuci baju pagi-pagi buta?! Lagipun, kita kan ada mesin basuh? Aku dah, gulppp! Memang toilet rumah tu keras. Ibu selalu pesan jiran, tengokkan rumah kalau kami tak ada or balik kampung. Diorang cerita, memang tiap malam ade orang mencuci dekat rumah aku tu. Haih, benda apa yang rajin bebenor tu oi?
Okaylah, rasa macam dah panjang sangat cerita ni. Harap ada positif feedback. Terima kasih semua sudi baca. By the way, aku rindu orang Kampung Rimba Jaya. Bye.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Pendeknya Rara. Nak lagi
alaaa…cu..potong line nenekkkkkk…uwarghhhhh
sungguh cu tiada niat untuk membelakangkan nenek. maafkan cu yang penuh dengan khilaf. biarlah cu delete komen ni. hmmmm
cehhh..mana bole delete cu oi…eh cu, asal reply komen da tak masuk dlm noti email erk? pelik ni..
saja je acah-acah. ahaha. click kat notify of new replies tu nek oi
da…nek da click da..selalu ada je masuk…ni takde plak..terpaksa nek bukak satu2 story n reply..adehhh
Rasanya sengaja disetting begitu supaya kita x komen banyak2 nekkk sbb cu rasa x lengkap juga tanpa dengr bunyi notify tu hahaha
Armyy….X da sambunagn cite lg k?…..kalo ada…cepat2 post tau…
Tengah pending lagi kak. Dalam 2-3 hari lagi insyaAllah publish la tu. Thank you kak sudi baca cerita saya yang tidak seberapa.
soory guys..xde benda lebih seram dri dengar suara najib kat budget 2018 skrg..huhu
HAHAHAHAHHAHAHHA
lagi seram kalau cadangan harga rokok rm50 sekotak tu dilaksanakan.
hahahahaa….bagus naik rm50…..habis la perokok tegar..
Rm50 pun ada org beli…
Lain kali kena tukar harga RM50 jadi USD50..
Huhuhuu
Sieslyyy…. harga rokok akan naik kepada rm50 sekotak ?
Harap dgn ini pnye cdangan laki aden stop merokok.. rimas den tgk perokok tegar ni..
Hahahaha tgh dengar suara najib sekarang ni…
a ahh..seram rasanya..bajet bantuan ditambah..staf yang melaksanakan nya idok..nasib laa
BONUS 1.5 K !
Wuuuuuuuuuu
Syukurla..tp belanja urus cuma 1/4 pmbgunan.blnja lbihi hasil rn40bil.baki b/b tahun seterusnya.xberapa nk elok.tlalu positif dgn unjuran kdnk
Eh silap blja pmbgunan y 1/4 pgurusan
Sabarlah el. Ko merokok ke noq????
not bad..ok2 je
part hantu tu siram air..agak lucu d situ.heheh
“Okaylah, rasa macam dah panjang sangat cerita ni.”
tak cu, pendek je cite ko ni cu…cer ko try baca cerita aku rindukan maya…lagi panjang gile….hahahah
Kn nenek kn
okay la best la gak.berani jugak ibu akak tu…klo sy pon tk mau eh nk nmpk2 ni…stakat disapa bau2an dan di cuit je dgn join sy gelak..btw wah kak mak sy pon keje motorola gak dulu.yg kat sungei way…tp die berenti awal 1996 dulu..dh bnyak kali tuka company tu…last yg sy ingat freescale ke ape.
storyline memang best but too short.
berani la mak farah ni….siap halau hantu lagi…tp mmg betul..kalau kita berani mrk takut…kalau kita takut..mrk berani..
good storyline..
Part last skali tu i feel u Rara… Kena masa kat kampung ..
Terjaga kul 2 pagi nak terkucil, sampai je kt toilet ada org basuh baju kt bilik air (sebelah toilet)..
Time masuk toilet bole pulak dia bhenti memberus.. Lama.. Da rasa lain macam cpt2 kluar… Dah kluar dia sambung balik mberus…
Esoknya tnya masing2 x ngaku.. Buat apa basuh tgn pdhl da ada washing machine..
Rajin menatang tu cuci bilik air ko. Mesti licin berkilat bilik air tu…… 🙂
Selalunya dkt asrama je HANTU CUCI BAJU ni keluar
dengan wujudnya dobi layan diri ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan, hantu cuci baju ni dah beralih profession ke hantu dry cleaning. ahahaah
Tak wehh.. Takk… ??
Lengkali xyah sesusah basuh kain…
Longgok jer kain baju kotor berbakul2 tu kt toilet…
Lelame nnt mesti benda alah tu surender xde dah nk tunjuk ghajen basuh kain pepagi buta…
Hehehehehehe…
Papepon mesti mak ko tu dh penat+bengang sgt smpi dok perambat tengkorak tu…
Patotnye mase tu terus jer maki jerit “kepala tengkorak ko betol aarrr…!!!”
Mesti beliau akan berkecil hati dan membawa diri…
Heheheheheh…
Hahaha kecik hati sampai bawa diri tu x pe lagi.. Jgn diserang nya sudahh…
Ni kalo dah longgok baju berbakul2 bkn dia yg surrender tp kita yg surrender… X sggup kne tadah tlinga kne bebel… Hahaha
Seram juga. Hati mau kental bila berdepan dgn lembaga ni.
Boleh tahan jugak cerita kau ni
Eishh btw best !
nak lagi
.
Pendek jer..tp terkesan.5 bintang!!
best..!!
Not bad seram. Kurang ajo betul tengkorak tu ek. Haha
tak patah riuk ka kena bedal si tengkorak tu?
kan.. hahahahah
berani betol mak awak,siap marah2 lagi hahahaah
lawak part tengkorak tu..boleh lak gelak lagi lepas kena balun dengan penyapu..hahaha. hati kental lah mak awak!
menarik juga.. Sila sambung yer..;-)
Best. Sambung lagi. Admin mohon approve cerita dea..huhu
klu sis jmpa hantu tengkorak tu..mmg sis letak kat dalam makmal biologi…gheram
?
blh imagine bunyi basuh pakaian tu hik3
Kisah seram apa yang dimaksudkan dari abah dan ibu tersebut???
Rimba Jaya tu rumah lama arwah Wak Tamyis teman kt situ sblm pindah di Meru…ingat signboard gambar ayam kt tepi jln kalo naik bas dr bas stand Klang