Harta

Assalammualaikum. Saya Tuan Muhammad Faiz dari Page Seram 7 Dimensi, ingin menyampaikan satu kisah benar yang penuh pengajaran. Tak kira page, blog atau apa pun. Tapi berkongsi atas nama Islam. Jutaan Terima kasih jika cerita ini di siarkan sesungguhnya perkongsian ini adalah untuk ilmu. Nak padam Seram 7 Dimensi terpulang. Di ceritakan kepada saya satu kisah benar yang mengusik jiwa. Apabila suami sendiri sanggup menghantar belaan untuk menuntut harta yang bukan miliknya. Di harap kisah ini jadi tauladan untuk semua pembaca, apa guna kaya harta jika jiwa kita miskin. Renung renungkanlah. Kisah ini saya terpaksa sembunyikan identiti sebenar.

==========

“Pakcik.. ibu…” kedengaran nada gugup Fadhil saat berbicara di ganggang telefon.

“Kenapa dengan ibu?..” Akhyar sedikit gusar

“Ibu.. sakit. Boleh Pakcik segera ke mari?”

“Baiklah.. baik. Sekejap lagi Pakcik sampai, bawa bersabar ya Fadhil”

“Ye, Pakcik..”

Fadhil meletakkan telefon di atas meja. Fadhil menoleh melihat ibunya. Ibunya kelihatan tak terurus dengan rambut yang kusut, Fadlina memeluk tubuh di atas kerusi melihat Ibunya yang pandangan meliar lihat ke atas. Sesekali merengus sendiri. Sebagai anak, Fadhil amat kasihan dengan ibunya apatah lagi Ayahnya, Salleh jarang pulang. Perlahan air matanya menitis, siapa sanggup melihat ibu sendiri bertarung dengan sesuatu yang tak nampak. Bunyi hon kereta Pakcik kedengaran, Fadhil segera mengesat air mata yang mulai merembes sebentar tadi.

Akhyar membuka pintu kereta dengan bacaan bismillah perlahan menapak menuju ke pintu rumah.

“Allahuakhbar!. Dah teruk sangat ni!” Bisik Akhyar

“Assalammualaikum.. Fadhil dan Fadhlina tolong papah kan Ibu kamu ke dalam kereta. Kita kena cepat ke rumah Nenek, cepat cepat..” gesa Akhyar

Sengaja Akhyar melangkah masuk ke rumah, tiba-tiba sahaja meremang satu badan. Mungkin Akhyar tidak nampak tapi Akhyar dapat merasa. Dapat merasakan ada sesuatu di dalam rumah, sesuatu yang hebat, tanggapan Akhyar tak pernah tersilap dan benar telahannya selama ini. Salleh jauh terpesong akidah dan menyekutukan Allah SWT dengan percaya pada kehebatan mereka. Tangkal dah azimat jadi pegangan Salleh. Akhyar membaca ayat bismillah 5 perlahan dan terus memandu menuju ke rumah nenek Munah.

Akhyar melihat wajah Safira yang dahulunya putih melepak. Wajah Safira kelihatan kuyu, layu tak bermaya tapi berbanding tadi dalam kereta lebih tenang sedikit sebab Akhyar membaca ayat bismillah 5 sebagai pendinding. Air matanya kelihatan bergenang, masakan tidak bergenang adiknya sakit teruk tapi di tinggal suami sang keparat. Tangan Akhyar menampar nampar stereng tanda amarahnya benar benar di puncak.


Tubuh Safira di baringkan atas karpet biasa, di lihat dari pandangan mata bagai tiada apa apa masalah begitulah pandangan mata Nenek Munah pada mulanya.

“Uish.. Macam mana boleh bengkak kaki ni?” Nenek Munah hanya tersenyum melihat Safira.

Safira hanya diam membisukan diri, tiada kata kata yang terucap. Matanya tertutup perlahan, Fadhil bersiap sedia dengan sesuatu di tangan andai kata benda itu menunjukkan diri. Nenek Munah mula melakukan seperti biasa dalam mengubat orang menggunakan Daun Duri 7. Tubuh Safira terketar ketar, kaki yang sebentar tadi tak melawan mula menunjukkan yang sebaliknya. Bulu roma Nenek Munah, Akhyar, Fadhil, Fadhlina serta beberapa yang lain meremang. Pantas Fadil dan Fadhlina menekan kedua dua kaki, Safira.

“Aku nak d***h!.. d***h!.. d***h!..”

Suara garau memecah kan kesunyian sebentar tadi, Nenek Munah dapat merasakan sesuatu yang mistik. Tambahan, Fadhlina mengakui kaki kiri Safira seolah menentang apa yang di buat Nenek Munah. Pandangan mata Safira meliar melihat semua sudut jelas tampak urat kemerahan, dengan leher yang seakan bergetar kuat.

“Ada benda dalam kaki!. Itu sebab ibu kau tak boleh bergerak dan sakit, siapa yang buat ni!” Terdengar nada Nenek Munah sedikit tegas.

Pandangan mata Fadhil dan Fadhila menunduk, air mata mengalir lagi. Dengan nada esakan sambil menahan asakan rontaan ibu, perlahan Fadhil bersuara.

“Abah…”

Berjurai air mata seorang anak, apabila seorang pelindung sanggup melakukan amanah yang di pertanggungjawabkan Allah SWT sebegitu rupa. Fadhil mengeluarkan sebungkus kain putih yang mengandungi tanah untuk membantu, Fadhil cuba meletakkan tanah di kaki ibunya tapi ibunya melawan.

“Kenapa tanah?” Soal Fadhila pelik.

“Makhluk halus tak suka tanah sebab tu kalau ada orang jumpa mesti terapung..” Fadhil berkata sambil masih mencuba menahan asakan kaki ibunya. Fadhil menyambung membaca ayat kursi.

Nenek Munah pantas membaca ayat suci Al Quran, perkara sebegini pertama kali bagi dirinya. Nenek Munah banyak merubat orang sakit tapi tak sangka ada kejadian sebegini rupa. Ayat suci Al Quran yang di baca memperlahankan rontaan Safira. Ayat surah Yunus ayat 81,

“Fa Lamma ‘Alqaw Qala Musa Ma Ji’ Tum Bihis Sihru’InnaLLaha Sa Yubtiluh ‘InnaLLaha La Yus Lihu ‘Amalal Mufsidin”

‘Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata : ” apa Yang kamu datangkan itu, itulah sihir; Sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat Yang di kurniakanNya kepadaku); Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang Yang melakukan kerosakan.’

Safira longlai, layu tak bermaya tatkala ayat surah yunus di baca kuat. Tanah yang Fadhil pegang terus sahaja di letak bawah tapak kaki Safira, raungan kuat seakan terseksa bergema dalam rumah. Dalam kelemahan, dia berbisik,

“Hm.. hm.. aku tak nak keluar tapi aku tak nak tunjukkan diri sebab Pak ***** telah sampai..” Safira menamatkan perbualan dan terkulai layu pengsan.

Tiba-tiba, daun pintu di buka perlahan..

“Assalammualaikum..”

Ali tersenyum melangkah masuk ke dalam rumah. Ali merupakan anak kepada Tok Guru Pondok, mungkin kerana dididik oleh Arwah Tok Guru. Ali memiliki aura yang hampir sama sehingga memaksa ‘benda’ di dalam tubuh Safira beersembunyi.

Sehingga sekarang, benda itu masih ada tapi tak menunjukkan diri. Entah kenapa takut pada Ali pun tak tahu, tapi mungkin kerana ajaran yang di terap. Apabila jiwa kita di penuhi ayat Al Quran, setiap lafaz dengan nama Allah, makhluk halus yang akan takut dengan kita, bukan kita yang akan takut dengan makhluk halus.


Aku kusyuk mendengar apa yang di ceritakan Puan Sarah. Aku tergamam mendengar cerita darinya.

“Syaitan, iblis suka pada manusia apabila jiwa mereka kosong. Jiwa itu memainkan peranan yang penting dalam pengawalan hidup..” kata Puan Sarah.

“Sesungguhnya, kalam Allah SWT itulah makanan bagi jiwa setiap manusia. Adakah lagu-lagu berputar di radio memuaskan hati kita?. Tidak!. Tapi cubalah baca ayat al-quran, sesudah habis kita sendiri akan rasa tenang. Kerana itulah kalam Allah SWT makanan jiwa..” Puan Sarah tersenyum.

Satu perkongsian yang aku fikirkan bagus untuk di kongsikan bersama tapi masih tertanya tanya sebab apa Puan Safira di sihir suami sendiri.

“Tapi.. sebab apa Puan Safira di sihir?”

“Sebab.. Harta” Puan Safira jawab ringkas.

“Safira di sihir atas sebab harta. Harta yang dia akan dapat dari wasiat arwah Tok Guru. Jadi Salleh jadi gelap mata, dengan menghantar sihir dia fikir dia akan mengawal duit keluar masuk bagi pihak Safira..”

“Astaghfirullahalazim!. Sampai kejam macam tu..” Aku menunduk tanda simpati.

“Kirim salam pada Puan Safira. Saya doakan semoga dia sihat walafiat..” aku tersenyum melihat Puan Sarah.

“Baiklah. Assalammualaikum..” Puan Sarah bingkas bangun dan berjalan meninggalkan aku sendiri.

Dan aku.. yang seorang diri. Bergenang air mata, terbayang seksaan seorang suami yang layak di gelar binatang sanggup menyeksa hidup seorang isteri yang setia bertahun. Untuk pembaca, Isteri itu Amanah. Jagalah sebaik mungkin, didiklah sebaik mungkin. Kucuplah dahi seorang isteri yang setia, kerana itu ada pahalanya walaupun secebis. Sesungguhnya perkongsian ini banyak mengajar saya dan diharap kisah ini mengajar kita lebih menghargai seorang isteri yang bersusah payah melahirkan zuriat.

Tamat…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Tuan Muhammad Faiz

5 thoughts on “Harta”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.