Saka Maut

Saka Maut
Assalamualaikum, buat semua warga FS. Nama aku, Dee. Hari ini, aku nak ceritakan tentang sebuah tragedi yang sungguh memberi kesan mendalam kepada kami sekeluarga. Kisah ini juga sangat berkait rapat dengan kematian arwah ayahku. Juga, terjadi semasa aku masih baru menginjak remaja.

Dengan lafaz bismillah, aku mulakan kisah ini.

Tragedi ini berlaku, apabila terjadinya pembahagian harta pusaka arwah atuk dan nenek belah ayah aku. Memandangkan hanya Paklong dan Abah aku sahaja ialah anak lelaki jadi mereka lebih diutamakan untuk menguruskan harta pusaka tersebut. Untuk pengetahuan semua, nak menguruskan tanah ni mengambil masa yang agak lama jadi Abah aku pun berbincanglah mengenai bedak-bedak harta itu dan berhasrat untuk mengambilnya. Tambahan pula, Paklong aku mengambil keputusan untuk melakukan faraid iaitu harta yang dilebihkan kepada anak lelaki.

Tiba-tiba lepas dari hari perbincangan itu, Paklong terkena strok dan pada mulanya Abah aku ingat itu cuma hanyalah penyakit biasa.. yela dah tua mestilah macam-macam penyakit singgah. Tapi pada masa yang sama, penyakit tu makin melarat hinggalah membawa ajal yang tidak disangka. Paklong aku menderita kesakitan lebih kurang dalam 2 atau 3 bulan. Selepas sehari daripada pengebumian Paklong aku itu, abah aku pun pulanglah ke kampung supaya boleh berbincang dengan orang kampung.

Hari ahad, Abah aku dan Abang sepupu aku (Abang Jali) pergi ke pejabat tanah di kedah. Masa tu, aku tak boleh ikut sebab exam aku tinggal berapa hari je lagi dan esoknya sekolah buka.. jadi aku terpaksa stay rumah dengan adik beradik aku. Kiranya, mak dan ayah aku sahajalah yang pulang ke kampung. Paling yang aku takkan boleh lupa ialah lepas je Abah pergi sana perkara unexpected berlaku.

Time dekat pejabat tanah tu, Abah aku dah berbincang dengan adik-beradik dia nak bagi sama rata harta tu. Tapi tiba-tiba depan penguam tu dia cakap nak faraid. Dia seperti dipaksa untuk cakap macam tu, seolah-olah tidak sedar apa diungkapkan sebentar tadi. Ramai yang terkejut tetapi hanya mendiamkan diri kerana Abah akulah yang ditugaskan menguruskan harta pusaka itu dan berhak membuat sebarang keputusan. Abah aku adalah seorang yang sukakan perkara yang sama rata dan bukannya seperti sistem faraid itu. Balik dari kampung dalam first ramadhan, hari isnin seperti biasa kami sekeluarga sahur macam ramadhan sebelumnya.

Bila aku sampai je kat rumah balik daripada sekolah dalam pukul 2 petang, aku terkejut tengok mak dan abang aku tergesa-gesa ke arah Abah yang jatuh dilantai kaku tidak bergerak dengan keningnya luka berdarah. Kelam-kabut mak aku call kakak aku dan membawa abah cepat ke hospital. Doktor mengesahkan bahawa ayah aku menghidap penyakit strok sama seperti arwah Paklong dan kat sini kitaorang mula khawatir dan syak ada sesuatu perkara yang mungkin tidak kena.

Nak dipendekkan cerita, rupa-rupanya arwah atuk dan nenek aku ada bela saka untuk jaga harta pusaka supaya dibahagikan sama rata serta adil. Jadi bila ada yang telah sebut mahu harta itu faraid, maka saka itu pun marahlah dan dikatakan saka itu telah berjanji dengan atuk dan nenek aku untuk memberi hukuman b***h kepada sesiapa sahaja yang tidak berlaku adil. Actually, mak aku ada bawa berubat dengan ustaz kat kedah tapi ustaz tu cakap ada risiko… kalau buang saka itu, nyawa Abah aku sekali melayang. Aku tak percaya pon dengan kata – kata ustaz tu sebab aku yakin ajal maut semua di tangan Allah SWT. Mak aku pun terpaksalah bersetuju sebab tak tahan tengok Abah aku menderita, sebab Abah pun makan terpaksa guna tiub jadi, dia tak sanggup.

Dan malam tu.. ustaz tu pun lakukan duty dia untuk membuang saka yang ada dengan Abah aku. Akhirnya, saka itu hilang dan Abah aku pun meninggal dalam pukul 2,3 pagi ( hari apa aku tak ingat  sorry). Aku sungguh tak menyangka kematian Abah aku seperti ini. Al-fatihah, semoga Abah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Dee, selalu doakan dan rindukan abah.. jaga diri baik-baik ye abah..

Aku dan family tidak menyalahkan sesiapa pun, semua ini berlaku dengan kehendak-Nya. Aku hanya menganggap Abah meninggal kerana penyakit strok sahaja. Perit bila memikirkan kematian itu berkait dengan dua alam yang berbeza. Terima kasih kerana sudi membaca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Hardiana

9 thoughts on “Saka Maut”

  1. Perjanjian org2 dulu… Tak semua Alim, faham dalam hal2 Hukum Hakam Agama, jika mereka faham Hukum Hakam Agama, Tak de lah minta pertolongan saka bagai… Bagi generasi terdahulu, Kita mohon keampunan dari Allah bagi pihak mereka, Dan kalau boleh, generasi baharu Ni, belajarlah Dan carilah ilmu untuk buang segala perjanjian SAKA , samada diketahui atau tidak diketahui, dengan mencari Ustaz yang Faqih dalam urusan Perubahan Islam… Kita hanya mampu berikhtiar, hakikat segala kesembuhan semuanya adalah Hak Milik Allah, Rabul Jalil…
    Hidayah Milik Allah…
    Allah Sayang Kita Semua….

    Reply
  2. Hukum afraid itu yang selayaknya dan seadilnya hukum yang diturunkan mengenai harta. Faham kan semula ya penulis. Dan thanks for sharing.

    Reply
  3. hukum faraid sebenarnya supaya lelaki menjaga saudara perempuan, sbb tu lelaki dapat banyak, tp apa yg berlaku lelaki amik harta but tanggungjawab tak buat, lepas tgn. sbb tu sekarang ramai yg pilih utk sama rata, so yg lelaki tu terlepas la tanggungjawab utk menjaga adik/kakak yg perempuan. tapi ye la bila pasal harta gelap mata, apa yg dh setuju boleh jd lain

    Reply
  4. Satu je yg pelik, yg peliknya penulis cakap yg ayah dia memang nak sama rata , kenapa ayah dia disuruh atau terpaksa cakap yang dia nak faraid pulak? Sape yg mengawal gerak geri arwah ayah awk dgn arwah paklong awak? Sumpah tak faham

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.