Serigala Malam

Sunyi sepi. Itulah suasana kampung aku, sejak dua minggu ini. Mungkin kerana sebaran cerita anker oleh si mulut murai, Mak cik di hujung kampung. Katanya anak bongsunya ternampak kelibat bercahaya biru. Berlegar-legar di sekitar kawasan denai. Keesokan hari anaknya demam dan meracau. Biar betul mak cik murai ni, adakala ceritanya di tokok tambah, penyedap rasa. Aku letak tepi cerita itu. Ada satu lagi perkara tergempar yang sedang terjadi. Sudah empat orang anak muda kampung di serang anjing buas ketika waktu malam. Datang mana pula anjing?

Malam detik 11.

Aku masih gagah berjaga dek penangan air kopi yang telah aku telan sebentar tadi. Sementara ahli keluarga sudah lama lena. Bertemankan laptop milik kakak, aku cuba mengakses internet, melayari laman web. Semuanya berkenaan serigala. Apa wujudkah makhluk sebegitu. Sejak beberapa hari ini, memang aku kian gila dengan makhluk ini. Gila mencari kesahihan kewujudannya. Bagiku tiada apa yang mustahil.

Aku memandang hadiah yang dia beri. Hadiah bukan mewah. Cuma anyaman daun mengkuang yang menjadi bentuk seekor belalang. Aku masih simpan elok di dalam balang kaca.

Dia..

sahabat baikku yang menghilang tanpa jejak selama seminggu. Kini, dia kembali sebagai jasad yang tidak bernyawa. Kematiannya yang tragis, menggemparkan negara. Pembunuhnya masih bebas berkeliaran. Hati aku terluka, apatah lagi keluarga dia. Dia satu-satu anak lelaki tunggal, harapan ibu dan ayah untuk mengubah nasib mereka. Ya, dia bukan orang senang. Bajunya aku boleh kira berapa, dan apa warnanya. Aku kenal ibu dan bapanya. Kadang-kadang terserempak dengan Pak Lah ayah arwah Syukri. Bajunya lusuh saja ada kesan jahitan yang menampal koyakkan kecil, rumah mereka cuma rumah kampung yang kecil berdinding papan dan zink. Bila aku terbayang wajah ayah dan ibunya, hati ini makin galau.

Genap sebulan dia sudah pergi. Tulus dari hati, hidupku sunyi tanpa arwah Syukri. Dahulunya dialah teman seperjuangan aku di sekolah. Kini aku sudah tiada teman yang boleh di gelar sahabat. Hanya dia yang banyak memahami dan memberi aku kata-kata motivasi. Aku redha, cuma pemergiannya terlalu misteri. Mayatnya di jumpai di kawasan ladang kelapa sawit, badannya ada kesan luka yang dah lama kering dan ada luka-luka baru. Penduduk percaya dia adalah mangsa pertama serangan anjing gila. Tetapi hati aku menyangkal.

Pagi, di hospital. Aku mengikut ayah melawat mangsa serangan anjing bersama beberapa orang kampung. Aku memandang ke arah sekujur tubuh yang sedang terbaring lemah. Pemuda itu sebaya aku juga. Farid tekukur, itu gelarannya kerana kegilaannya memelihara burung tekukur. Hanya Farid mangsa serangan yang boleh di katakan mengalami cedera ringan. Namun lengannya sempat di gigit anjing gila. Aku lihat tangannya terketar-ketar. Demam agaknya.

Din samseng pula muncul. Aku kenal dia. Rakan sekelas aku ketika tingkatan 4. Kemudian dia di buang sekolah kerana terjebak dengan dadah dan kumpulan samseng. Matanya merah berurat, melangkah masuk dengan wajah bengis tanpa senyuman. Dia memandang tajam ke arah kami semua. Lalu menghampiri Farid, rakannya.

Tiba-tiba..

Farid Terkukur kekejangan. Anak mata naik ke atas hingga tinggal mata putih yang berurat merah. Lidahnya menjelir keluar. Buih-buih keluar daripada mulut. Seksa aku melihat dia. Keadaan mula kelam kabut. Jururawat meminta para pelawat keluar. Sempat aku menoleh ke arah Farid, d***h.. kelihatan d***h mengalir dari kedua matanya. Ngeri.

Bisa gigitan anjing terkandung virus bahaya. Mangsa mengalami kekejangan otot, mata terbeliak dan mulut meleleh air liur. Tidak lama selepas itu d***h mula keluar dari liang roma dan mata. Ah! Terseksa aku melihatnya. Virus makin lama makin berubah bentuk. Makin bahaya dan sukar di tangani. Mangsa lainya mengalami keadaan yang sama. Pak Haji Mahmud selaku ketua kampung, sudah memanggil orang untuk datang menembak anjing liar yang bertindak ganas. Namun hampa. Tiada satu kelibat pun anjing yang muncul. Biar betul.

Pulang dari hospital, aku baring di atas katil. Bosan cuti p*****l tanpa arwah Syukri. Teringat pula Pak Lah yang aku jumpa dua hari lepas. Gerak gerinya mencurigakan. Tatkala hari menghampiri senja, Pak Lah masuk ke dalam ladang sawit sambil memandang kiri dan kanan. Sebenarnya sudah dua kali aku melihatnya dia begitu. Tindak tanduknya membuatkan aku mencurigainya, adakah dia ada kaitan dengan kejadian yang berlaku sekarang?

Malam ini, aku mengikut ayah menjadi pengawal. Makin ramai orang kampung mula turut serta. Daripada angka 15, kini sudah 25 orang. Kelihatan Pak Lah juga ada dan lebih mengejutkan Din samseng turut serta pada malam ini. Aku melihat pandangan dan riak wajah Pak Lah yang tidak menyenangi kehadiran Din samseng. Memang tiada siapa yang suka akan pemuda itu, cuma riak wajah Pak Lah seolah terlalu marah. Ada sesuatu yang terjadi antara mereka, mungkin.

Jam 11 malam. Aku dan ayah serta dua orang ahli kumpulan kami berjalan pulang ke balai raya. Kali ini kecoh Din samseng dan Pak Lah masih belum tiba. 30 minit kami menunggu. Masih belum muncul kelibat dua lelaki itu. Sambil menunggu kami menghirup air kopi panas yang di bancuh oleh ayahku sendiri.

Awuuuu…Awuuuuuu..Awuuuuu..

Bunyi itu muncul. Lolongan yang menyeramkan. Jelas kedengaran, menenggelamkan bunyi cengkerik.

Kami semua tersentak. Saling memandang. Ada yang mula mencapai senapang dan parang. Ada yang menyapu bulu roma yang merinding di lengan. Seolah-olah tahu anjing yang menyerang kampung ini bukan anjing biasa.

Tiba-tiba bunyi salakan ganas. Garang kedengaran bersama suara orang menjerit meminta tolong. Bergegas lah kami semua mencari punca suara. Laju ayah aku berlari, menghilang dalam kegelapan malam. Tinggal aku di belakang. Habis semuanya berpecah. Kelam kabut jadinya. Tertinggal aku bersama seorang abang yang aku panggil abang Adi, jurulatih silat olahraga di sekolah aku. Di tangan kami kemas menggenggam parang dan kapak. Aku dan abang Adi berhati-hati melangkah. Mata meliar ke kiri dan kanan, depan dan belakang.

Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki berlari. Kami mencari arahnya. Namun tiada. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi lolongan anjing. Abang Adi menarik aku masuk ke dalam lalang yang meninggi di bahu jalan. Sambil isyarat jari telunjuk di bibir. Jantung aku berdebar. Andai kata memang semua ini angkara serigala jadian, dan Pak Lah adalah pemangsanya. Mampukah aku melawan jika dia muncul di hadapan?

Mulut abang Adi berkumat kamit lalu menghembus ke arah empat penjuru. Aku cuma memandang. Kedengaran bunyi salakan anjing dan gemerincing bunyi rantai besi. Makin lama makin jelas menghampiri kami.

“Tolong..tolong..” Suara mirip Din samseng.

Kedengaran bunyi tapak kaki berlari. Betul-betul di hadapan kami. Din samseng jatuh tersungkur. Tubuhnya menggeletar. Kini bunyi salakan dan gemerincing rantai besi juga dekat. Aku tergamam. Tangan yang memegang kapak juga menggeletar, hilang tenaga.

Enam ekor anjing hitam bermata merah, gigi taring setajam mata pedang dan air liur hitam pekat meleleh ke tanah. Memandang Din samseng dengan tajam. Bersedia mahu menerkam, tetapi mujur leher mereka di rantai dan rantainya di pegang oleh seseorang.

Aku memandang ke arah lembaga hitam bercahaya. Cahayanya seolah api biru yang membakar tubuhnya. Wajahnya tidak kelihatan dek silau api biru. Di tangannya kemas memegang rantai besi yang terikat di leher anjing. Dialah tuan serigala malam. Tegak berdiri memandang ke satu arah, iaitu Din samseng.

Muncul pula Pak Lah, tercungap-cungap lari ke arah Din samseng. Pak lah memegang dadanya.

“Allah..Allah.. cukup..cukup..” Pak Lah bersuara sambil memandang ke arah lembaga biru.

Aku dan Abang Adi pula menjadi penonton setia.
Pak Lah memandang ke arah pemilik anjing, lembaga berapi biru.

“Cukuplah dendam engkau. Pulanglah ke tempat engkau. Biar Allah saja membalas dosa mereka.” Sayu nada Pak Lah.

“Engkau Din.. kalau ikut nafsu marah aku. Biar puaka ini membaham jiwa engkau. Tergamak kau ambil nyawa anak aku. Hanya Syukri saja aku dan isteri ada. Hanya itu harta kami orang miskin. Tapi kau ambil nyawa dia. Kau dera dia, kau seksa dia.. apa salah dia?” Pak Lah terjelepok ke tanah, sambil menekup wajahnya. Bahunya terhinggut-hinggut.

Allah.. aku sendiri turut menangis. Kenangkan Syukri. Mayatnya yang tidak sempurna. Aku menangis kerana hilangnya sahabat. Apatah lagi Pak Lah dan isteri.

“Aku.. aku.. tak sengaja.. aku tak sengaja.. Ampunkan aku.. ampun kan aku..” Din samseng melutut memegang kaki Pak Lah. Dia juga menangis kerana ketakutan. Maut di hadapannya.

“Kau dera dia, kau seksa dia seminggu.. macam mana kau tak sengaja Din? Apa dosa anak aku Din? Sanggup kau b***h dia..? Suara Pak Lah sedikit keras. Geram, marah dan benci segalanya bercampur.”

Seiring itu enam ekor anjing menyalak lalu menderam. Bersedia menerkam Din. Menunggu saja rantai yang terikat di leher di lepas kan oleh tuan. Pak Lah menyeka air mata. Dia bangun lalu memandang ke arah tuan serigala.

Api biru yang membakar mula malap. Kini jelas wajahnya.

“Syukri???” Hanya itu yang terkeluar dari mulutku.

Syukri berwajah pucat dan bermata merah. Memandang ke arah Pak Lah lalu tajam memandang Din. Rantai besi di lepaskan. Enam ekor serigala mengerumuni tubuh Din. Kedengaran teriakkan Din meminta tolong. Lalu lembaga serigala dan tuannya menghilang.

Aku dan Abang Adi keluar dari semak. Pak Lah terkejut melihat kami berdua muncul. Masing tanpa bicara memapah tubuh Din yang lemah. Aku tahu, Din sebaik tubuhnya di gigit, dia bakal terseksa dengan bisa serigala hantu seperti rakannya yang lain. Mungkin itu tujuan pemilik serigala. Biar mangsa hidup supaya terseksa sebelum m**i.

“Pak Lah, anggap saja kami tidak pernah melihat apa yang berlaku. Engkau Farhan, ini rahsia kita saja.” Ujar Abang Adi.
Aku mengangguk.

“Adik aku di perkosa, tapi sebab ayah Din ni juga samseng besar. Senang-senang saja kes di tutup. Biar.. biar dia terima akibatnya. Mungkin kau rasa aku kejam Farhan.” Ujar Abang Adi.

Aku cuma diam.

Seminggu selepas kejadian malam itu, tidak kedengaran lagi bunyi lolongan anjing. Kini aman kembali kampung ini. Aku termenung memandang tali air. Ada riak-riak ikan di permukaan air. Kalau dulu, sering aku menemani arwah Syukri mememancing. Kini hanya kenangan.
Imbas muka.

Petang jam 5. Aku mengekor saja Syukri ke dalam ladang sawit. Di tangannya ada satu plastik kulit ayam yang aku bawa dari rumah ku. Tidak beberapa lama kemudian kelihatan beberapa ekor anjing yang comot kelaparan. Aku terketar-ketar, takut di serang. Namun sangkaan ku jauh. Anjing itu menunggu saja giliran mereka mendapat makanan. Itulah Syukri tidak kira apa jenis binatang kucing atau anjing, dia rajin memberi makan. Setiap hari itu rutin Syukri. Adakala aku ikut bersama.

Kata Syukri kadang-kadang jika menunggu sedikit senja di ladang sawit itu, dia ternampak susuk tubuh bercahaya biru. Memandangnya dari jauh.

Selepas beberapa lama terseksa, Din samseng dan rakan subahatnya meninggal. Tiada lagi penduduk kampung dibuli.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

N

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

36 thoughts on “Serigala Malam”

  1. so, susuk tubuh warna biru yg syukri nampak tu apa?
    kenapa syukri tu kena b***h dgn si din tu?
    farid tu pulak?
    macam tak paham sikit.

    wah banyaknye soalan aku..cerita da okay tapi banyak persoalan yg perlukan jawapan.

    Reply
    • yg aku fham syukri kena dera dulu lepas tu m**i, sebab mayat dia ada kesan mcm dh lama kena dera. Kalau kena dera oleh Din n the geng.. tak hairan la apa sbb nya manusia berhti binatang, kes dera kat surat khabar pun ada ke sbbnya?
      makhluk biru tu aku rasa mcm penunggu yg jaga anjing tu kot, kan dia suka perati arwah bagi makn anjing tu..so my conclusion
      penungu tu tlg balas dndam, dia mgkin trhutang budi dgn kbaikan syukri..haha ni aku kefahamn je la.

      Reply
      • but, then kalau ikotkan perenggan ni,

        Api biru yang membakar mula malap. Kini jelas wajahnya.

        “Syukri???” Hanya itu yang terkeluar dari mulutku.

        Syukri berwajah pucat dan bermata merah. Memandang ke arah Pak Lah lalu tajam memandang Din. Rantai besi di lepaskan. Enam ekor serigala mengerumuni tubuh Din. Kedengaran teriakkan Din meminta tolong. Lalu lembaga serigala dan tuannya menghilang.

        so, Syukri tu ganti jadi penunggu ke? mungkin perlu sedikit elobaration kat situ.

        so farid tu pula siapa? geng si din yang sama2 mendera ke?

        aku faham part ko cakap penderaan tak perlu sebab. cuma entah. i feel that macam tergantung.

        anyway, thank you for your explanation.

        maybe writer boleh kupas lebih lanjut.

        pergh , panjangnye komen haku hari ni

        Reply
  2. cter best.

    part anjing jadian tu mcm cter Ramlee Awang Murshid..

    cter Tombiruo kalau x silap. X sure buku yg keberapa, sama ade kedua atau ketiga.

    atau buku RAM yg lain. tp mmg ade part erigala jadian hasil saintis yg tak berjaya (dlm ceter ni anjing jadian)

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.