“Dia yang memangil ” by #SangPuteri
#SangPuteri : Assalamualaikum semua pembaca Fiksyen Shasha. Hari ini aku nak share pengalaman aku dikacau oleh “makhluk” ghaib ini selama 6 tahun. Nama aku Ara. Kisah aku bermula ketika aku di tingkatan 5.
Petang tu lebih kurang dalam pukul 6 lebih, mak aku suruh mop lantai sebab dia baru je habis masak. Biasalah jiwa masih muda, bila disuruh buat kerja memberontak itu pasti. Sambil aku basuh mop dekat belakang rumah ( belakang rumah aku ada mcm halaman sedikit yang berlantai), aku membentak tak nak buat kerja dan sambil membebel seorang diri, ” Dah la penat balik sekolah, kena mop lantai la apa la”.
Tiba-tiba aku terdengar suara perempuan menangis yang mendayu-dayu. Aku pandang ke arah satu pokok besar di belakang rumah, ada seorang perempuan berbaju putih dan rambutnya panjang sekali. Riak muka nya seolah-olah sedih dan sedang menangis sambil memandang tepat ke arah aku. Entah kenapa hati aku rasa simpati dekat perempuan tu.
Tiba-tiba azan maghrib menyedarkan aku kembali, bila aku pandang balik pokok tu perempuan tu hilang. Waktu tu jugak satu badan aku meremang, mana hilang perempuan tadi?. Takpelah aku biarkan mungkin aku yang terlalu melayan perasaan waktu maghrib ni kan? Hari pun berlarut malam.
” Ara, aku nak keluar kejap tau. Nanti pukul 3 pagi ke 4 pagi aku balik bukak pintu tau”. Kata abang aku sebelum dia melangkah keluar.
Biasalah lelaki lepak mamak la tu. Lebih kurang pukul 3 pagi tu, aku tengok televisyen di ruang tamu sementara menunggu abang aku pulang. Tiba-tiba aku terdengar suara aku dipanggil ” Ara.. ara.. ara..”. Mata aku tepat memandang tingkap di ruang tamu tanpa langsir itu. Perempuan tadi! Dia kembali lagi.
Kaliini matanya sangat merah dan berpakaian putih serta berambut panjang. Mata aku tepat memandang ke arah dia. Kaku. Badan aku tak mampu bergerak.
Dalam5 minit begitu, perempuan tu hilang kembali.. ” arghh sudah, siapa pula perempuan ini”.
Aku terus menutup televisyen dan masuk ke bilik. Badan aku lemah dan longlai. Tapi aku binggung siapa perempuan ini, dari mana dia datang and untuk apa dia memangil aku.
Hari pun berlalu seperti biasa, aku ditawarkan menyambung pelajaran dia Kolej Matrikulasi Johor. Di sini gangguan mula datang kembali. Petang itu selepas habis kelas, aku berehat sebentar di katil sehingga maghrib kerana rancangku aku hendak mandi selepas itu.
Rupanya aku tertidur sehingga jam 8.45 malam. Blok aku ketika itu memamg sunyi kerana semua penghuni blok akan turun ke masjid atau library untuk belajar dan siapkan tutorial dari pensyarah.
Bilik aku jugak kosong. Semua roomate aku sudah turun ke masjid belajar. Aku terus bangun dari katil dan menuju ke bilik air. Selepas 20 minit aku mandi, aku kembali ke bilik.
Didepan pintu bilik tiba-tiba baru aku perasan yang aku lupa untuk membawa kunci bilik. ” aduh macam mana aku nak masuk bilik ni” mengomel aku dalam hati “.
Dan tiba- tiba bunyi pintu bilik aku dibuka perlahan. Aku tergamam. Kosong. Bilik aku kosong. Tiada sesiapa. Aku terus masuk bilik dan memakai pakaian dengan pantasnya. Dan sebelum aku keluar bilik, entah kenapa mulut aku ringan bercakap,,” siapa pun kau, terima kasih untuk tolong aku dan jangan kacau aku serta penghuni- penghuni di sini”. Terus aku keluar dari bilik.
Sejak kejadian itu, benda itu seolah-olah sudah berani menunjukkan dirinya tapi cuma sekilas dan kelibatnya. Mungkin dia cuba hendak memberitahu aku bahawa dia berada dekat dengan aku.
Satu malam ketika aku sedang tidur, aku mendengar seolah-olah bunyi seorang tengah bercakap. Bila aku amati bunyi itu, seperti seorang sedang membaca mantera.Aku membuka mata sedikit untuk melihat siapa yang sedang membaca. Dan ternyata perempuan yang sama yang pernah aku jumpa sebelum masuk matrikulasi dahulu. Dia berdiri betul-betul di hujung katil itu.. Dan Mantera itu masih jelas aku ingat setiap baitnya. Ia berbunyi.
” KEKABU – KABU MEMANGIL- MANGIL,
SERANGKAI DARAHKU DARAHMU MENJADI SATU,
DAN KAU PASTI AKAN MENJADI MILIKKU KELAK”.
Dan malam tu aku tertidur dalam keadaan takut dan malam itu jugak aku bermimpi bahawa perempuan tersebut berkata andai aku perlukan dia, baca sahaja mantera itu dan dia pasti akan menolong aku.
Sejak kejadian itu, setiap pagi badan-badan aku pasti penuh dengan kesan lebam seluruh badan. Kadang kala sehingga tujuh lebam sekali di bahagian badan aku. Dan sejak peristiwa itu, aku kerap diganggu dan mendapat mimpi yang aneh-aneh.
Dansesiapa yang menyakitkan hati aku tanpa sebab dan buat kan aku marah. Si” Dia” pasti membalas sama ada melalui mimpi atau esoknya orang tu pasti ade kesan cakaran di badan tanpa sebab. Nanti bila aku free lagi, aku pasti akan share kisah aku berubat akibat makhluk ini dan pengalaman mistik lain ye. Sedang aku menulis cerita ini..
” Dia” ada berada hampir dekat dengan aku. Aku tahu.
Dik oiiiii…..kecut perut akk sbb baca pesanan terakhir tu..hadoiiii.
Mjur x baca kuat atau x lafazkan..len kali x yah la tulis betul2 mentera tu kalo ia memudaratkan…hadoiiii..puhhhhh semangatttt..
Tahu xpe. Amaran tu letak la before tulis mantera tu haihhh ni ramai yg terbaca kuat ha
Adoi…..
adoi mulut dah terbabas baca mantera tu kuat ii π
Asal x warning awal2…dah terbaca dah ni haa..macam mana niπ£
ok arr tu… dia ikot angpa semua lh… untung lh angpa ada peneman tiap2 mlm psni… hihihihiππππ
#Ai Skip Baca Mentera tu… x tung tang… gong gong.. bak kata abg Sajat… hahaha
aku skip first pastu bila ada pesanan tu gatal gi baca balik
Acah berani la tu π
Baik tak yah tulis mentera tu hadoii
Serius..aku rs lain mcm mlm ni…dahh menyusahkn idup org…len x klu ada jmpi pa2..x yh le share….nk marah pon bkn budak kecik lg….
ko pn napelah xbijak
aku bila nmpak part mantera tu, just baca dlm hati and skip few words
ko pi lafaz dh kenapaaaa
skrg dh mengelabah
abeslah ko bermain ngn perasaan nt
kikiki
gelak dlam hati
Ade ke aku ckp aku lafazzz…bangang….
adoi….nasib aq baca komen dulu…x lafazkan…lain kali x yah dok mention mentera tu….haih
Tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain dari pertolongan dr Allah SWT
sebaik-baik pertolongan.. yup..setuju
skip jelah bca mantera tuh, smaada mntera main2 atau x. bertindak sblum trkena la weyh
#cumel
Nasib baik aku baca dalam hati je. Lain kali tak payah bubuh mantera bagai
hahahhahahahahahaahahahaha
suka ati dia lalah…cerita dia..nk tulis apa…kita ni biaq bijak skit…xkn xtau kot.. dh ramai org pesan..jgn sesuka amik ayat-ayat dr org..jgn sesuka terima brg..terima itu ini…dlm mimpi pn org pesan jgn ambil apa2…tu tandanyanya xberingat…sendiri x beringat…nk salahkn org….
fuhh..meremang mama baca nak oii..alahai kenapa mentera tu tak di simbolkan kan aje certain word dia tu..slmt mama baca dlm hati kecil nurani ku ini aje.hihihi
Well, itulah cara paling efektif untuk memangil kita agar mendekat kan?
macam saja je nak suh baca..kalau tak kenapa tulis peringatan kat bawah..dol
Adik oh adik… kalo mantera tu real jgn sesekali publish kt awam dik.BAHAYA dik oiiiii …tukar le ayat pun xpe..kalo bace dlm aty pun “dia” tetap tahu…ni dgn hakakkkkk skli ikot bace .. parah dik oiii
patut letak warning dulu before letak mantera itu…hohoho…nasib baca dlm hati je..adeii..
Sememangnya ayat2 mentera ni bukan untuk dibaca sewenangnya, mungkin dibaca 3x, 7x, jam 12mlm, mcm2 gaya ada senang ckp jin yg obses dgn ayat tu akan kacau kita, amalan ni bukan belah sini je, kat barat pun byk gak, tp konsep dia sama je, makhluk yg tolong kita tu tak lain lagi jin le wallah hualam
Lain kali peringatan tu letak awal2 atau sblm mantera…adoi bingai tul…klu ada yg dh terbaca kuat cemana…nk2 klu dia mmg membaca kisah ni dgn penghayatan…tak kan FS tak edit dlu
Masalah dia aku dh terbaca kuat2 laju2 lak tu mcm rapπ©
atas mantera,bawah peringatan,ape ni?