15hb-17hb April 2016 // Kem Muar, Johor.
Macam-macam kenangan manis, pahit dan seram yang aku lalui sepanjang menjadi fasilitator di Kem Muar, Johor. Meh sini aku kongsikan pengalaman indah ini wuuuu
Pada 15hb tu aku bersama geng fasilitator yang lain termasuk penasihat bergerak ke kem itu awal pagi jumaat iaitu sehari sebelum program kerohanian itu berlangsung.
Jam telah menunjukkan pukul 2.00pm kami telah selamat sampai di kem itu. Perjalanan agak jauh memandangkan kami dari Kuantan, Pahang ke Muar, Johor.
Sampai sahaja kami disana, kami disambut oleh puan empunya tempat. Kem tersebut mempunyai sebuah bangunan yang dijadikan dewan, satu rumah teres banglo dua tingkat, satu bangunan dua tingkat asrama pelajar,
satu khemah ruang makan dan ruangan memasak dan ada lagi dua buah rumah kecil yang berada di belakang kem. Kem ini macam kawasan rumah kampung yang kawasan dia agak besar dan memanjang kebelakang.
Dibelakang kawasan kem itu ada tempat aktiviti lasak dan juga terdapat kawasan pokok paya.
Selepas dah habis berborak dengan empunya tempat, kami pun jalan-jalan menikmati dan mengenalpasti tempat untuk dijadikan sebagai tempat LDK (latihan dalam kumpulan).
Sejujurnya pertama kali aku menjejakkan kaki ditempat itu aku dah mula rasa tidak sedap hati, aku dapat rasakan something yang macam pelik tetapi aku diam sbb aku pikirkan itu hanyalah perasaanku.
Kami fasi lelaki seramai 6 orang pergilah usya asrama pelajar yang bersebelahan dengan rumah banglo dan juga khemah memasak, tengah elok lepak berborak tiba-tiba blackout.
Owner tu cakap, “Oh sini memang selalu mcm tu” lepastu dia tunjukkan kepada aku tempat nak betulkan kalau blackout lagi. Selepas itu, kami semua mengemas dewan kecil itu untuk persiapan program keesokkan harinya.
Dalam dewan ini ada sebuah bilik kecil yang dijadikan office dan satu lagi bilik dijadikan stor simpanan barang. Masa mengemas tu tiada apa yang berlaku sehingga kita orang siap solat asar, maghrib dan isyak dalam dewan tu.
Hari pun pantas berlalu, senja telah pun tiba…
Pada waktu petang itu juga sebuah kereta fasi perempuan pulak sampai. So selepas isyak kita orang semua keluar balik ke bandar untuk mencari kedai makan.
Dah habis makan dan cari barang apa semua kita orang balik semula ke kem itu untuk meeting bagi persediaan program esok. Meeting habis dalam pukul 1.00 pagi waktu malaysia.
Aku dah lagi 3 orang fasilitator tidur di dalam dewan (sebab faktor ada aircon hahaha) dan lagi 3 orang tido di asrama pelajar lelaki manakala semua fasi perempuan termasuk penasihat aku tidur di rumah banglo itu.
Biasalah bila tidur ditempat baru ni aku memang susah nak selesakan diri untuk tidur, asyik asyik terjaga. So nak dijadikan cerita, pukul 3.00 pagi tepat, aku terjaga sebab terdengar bunyi air paip terbuka diluar dewan.
Okay masa ni aku fikir mungkin penasihat aku bangun sebab nak ambil air sembahyang so aku pun dengan tak fikir panjang terus keluar sebab nak pergi tngok. Tuptup takada orang langsung diluar, satu bayang pun aku tak nampak walaupun paip air tu masih terbuka dengan kuat.
Aku dalam keadaan separuh sedar tu cepat-cepat masuk balik ke dalam dewan dan sambung tidur balik walaupun aku tertanya-tanya siapa yang buka paip tu?? hmmm
Sampailah waktu subuh, kami semua bangun untuk solat serta terus bersiap untuk menyambut adik adik program. Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi, kesemua adik adik program selamat sampai dengan menaiki 3 bas dan program pun berjalan sehingga tengah malam.
Selalunya habis sahaja program pada hari itu, kami akan mengadakan meeting sekejap untuk melihat progress sepanjang hari itu. Masa meeting tu sedang berlansung, kami duduk di dalam bulatan manakala anak-anak penasihat aku sedang leka bermain camera. Biasalah budak-budak bila jumpa camera mesti excited nak main.
Si abang ni dok syok main snap snap sekali tetiba si adik cakap “bang tengok tu abang dekat belakang tu senyum senyum dekat abang”. Ketika itu, semua orang dalam dewan itu terdiam sekejap.
Yelah apa tak terdiamnya sebab masa tu semua berada di dalam bulatan dan tiada seorang fasilitator pun berada di belakang dewan. Masa itu, bahagian belakang dewan tu gelap sedikit sbb kami tutup lampu so nak dijadikan cerita, si adik ni nampak “abang” tu dekat belakang.
Habis je meeting, kami semua pergi kedai makan yang berdekatan sbb terlalu lapar. Masa tengah tunggu makanan sampai, fasi finas tanya dekat si adik tu “macam mana muka abang tu?” lepastu si adik cakap “abang tu pakai baju putih”. Kami semua terdiam bila dengar hahaha
Dah habis makan apa semua, aku and the geng pun balik ke kem tu balik. Masa otw ke kem tu aku tertido dalam van sebab terlalu penat. So bila sampai dekat kem tu aku mcm segarlah sikit sbb dapat tidur walaupun sekejap dalam van tadi. Pada malam itu, yang tidor dekat dewan tu aku dan termasuk 2 lagi fasi lelaki.
Masa tu dah pukul berapa dah tapi aku tak ingat, masa aku nak lelapkan mata tu aku asyik terdengar anjing menyalak kuat dekat luar kem. At the same time, aku terasa mcm aku diperhatikan oleh seseorang. Kau faham tak perasaan bila kau diperhatikan? Rasa tak selesa, dan tak tenang.
Setiap kali aku terjaga dari tidur aku akan automatik terpadang dekat bilik yang dijadikan office di dalam dewan tu. Oh yeah, malam tu aku dan 2 fasi lagi tidur betul betul di hadapan bilik yang dijadikan office tu and dekat dengan pintu keluar masuk dewan.
Tetiba aku terdengar suara perempuan berbisik. Dalam hati aku “daaah suara siapa pulak pepagi ni”…. Aku diam je masa tu sampai aku whatsapps penasihat aku then dia reply “dia cakap tidur je jangan layan”. Dalam ketakutan tu aku cuba juga dengar apa penasihat aku cakap tapi makin aku tak layan makin kuat suara perempuan tu berbisik.
Badan dan pemikiran aku asyik terpikir pokok paya belakang kem tu. Aku rasa mcm nak pegi dekat sana tapi aku lawan dengan istigfar dan baca doa apa yang patut dan yang aku ingat time tu. Lama kelamaan, aku mengigil satu badan, mengigil yang aku sukar nak control sbb terlalu mengigil habis belakang telinga aku panas dan aku mula rasa nak menangis secara tetiba.
Aku kejutkan member aku yang lain tapi allahu semua susah nak bangun mungkin sebab masing-masing terlalu penat. Masa tu air mata aku dah keluar, mcm mcm dipikiran aku masa tu.
Kejut punya kejut, member aku yang sorang ni pun terjaga. Aku cakap dengan dia “aku nak keluar dari dewan ini” so dia tanpa fikir panjang dengan melihat keadaan aku yang mengigil kuat tu terus dia bawak aku keluar dan menuju ke rumah banglo. Masuk je rumah tu semua yang aku rasa tadi terus hilang, kawan aku tu pun suruhlah aku rehat dekat ruang tamu. Aku tidur dekat atas sofa member aku tidor dekat bawah
Masa aku tidur tu aku rasa mcm tak sedap hati balik sbb aku dapat rasakan ada sesuatu yang memerhatikan aku dekat tangga yang betul betul dihadapan aku baring ni. Sampailah ke subuh semua kembali normal. Cuma masa slot solat subuh tu aku saja tanya dekat adik adik program, “boleh tidur tak semalam?” lepastu dengan selamba budak tu ckp “tak bang sebab ‘dia’ main dekat toilet”.
Aku ceritakan dengan orang lain termasuk penasihat aku. Lepastu penasihat aku pun cakap “saya pun kena semalam ada orang main guli dalam bilik kami”. Tapi alhamdulilah sampailah habis program takada apa-apa masalah yang berlaku, termasuklah aku takada demam ke histeria semuanya berjalan dengan sangat baik.
So kami pun pulang ke kuantan petang ahad tu juga, ketika ingin keluar dari kem tu hanya aku dan kawan aku sahaja yang nampak kelibat seseorang perempuan di tingkat dua asrama perempuan yang kami tak pernah nampak sepanjang berada disana. Sehingga harini, kami masih tertanya siapakah gadis yang berbaju kurung lama berwarna coklat cair diatas asrama perempuan itu.
Walaupun gangguan yang aku alami hanyalah suara bisikan dan paip air terbuka namun pengalaman ini antara pengalaman yang aku tidak boleh lupakan sepanjang menjadi fasilitator. Namun aku percaya, tiada apa yang berlaku tanpa izinNya.
End.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Best juga laa.. 7/10
kem mana ni . saya org muar.kat tanjung ke…?
7.5/10
ok la…yg misterinya spe perempuan baju kurung berwarna coklat tu?
hmmm boleh laaaa kot
Nasib ade jgk mber yg tersedar. Kalau tak?!…. ngeee
Best jugak. Tapi typo tu mengganggu sedikit kelancaran pembacaan. Kalau typo takdak mesti laju je imiginasi aku berjalan seiring cerita. Walaupun sebenarnya tak seram mana, tapi penceritaan sampai. Thumb up.
best..jalan penceritaan yang senang paham..
misteri….
nasib lah tak jadi ape2
Best!! I like true story.. want more!!
Ada orang tegur typo. Tapi tulah bila kita over focused and bebetul nak tahu cerita tu macammnaa. Typo tu pun kita tak perasan. Boleh baca ayat sebetulnya. And btw srs best gila ah
saya kerja di kem tu…dari gambaran tuan sy tahu ni tempat kerja saya.
sebenarnya takde ape pun.
bilik opis tu saya kadang2 tidor sorang2