Seram Matrikulasi

Hai semua nama aku Ka (nama pendek yang member-member panggil). Aku baru bekerja setelah beberapa bulan menamatkan pengajian aku di salah sebuah IPT di utara Malaysia. Aku ni tinggal dengan mama dan ayah aku, sebab aku tunggal. Nak dijadikan cerita, aku ni memang susah nak berjauhan dari mama dan ayah aku. Sampaikan selepas aku PMR (Penilaian Menengah Rendah) aku ada dapat tawaran untuk masuk ke asrama yang sebenarnya taklah jauh dari Kuala Lumpur ni. Tapi aku menolak atas alasan yang aku bagi dekat family; tak dapat nak tengok cartoon.

OK, back to main story, lepas aku habis SPM, aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi di selatan tanah air. Di sini baru aku sedar kewujudan ‘benda-benda’ ni. Ada beberapa peristiwa yang membuatkan aku jadi… apa orang kata? Blur, eh? Ha, blur dengan apa yang terjadi tanpa aku sendiri fahamlah. Aku akan ceritakan satu persatu peristiwa yang aku alami. Pengalaman dan cerita aku ni taklah seram mana, cuma aku nak share jer. Mana tahu ada antara pembaca dekat sini pernah alami perkara macam aku ni jugak. Baik, jom mula!

***

MAMA KE TU?

Kisah ni bermula waktu aku berumur 7 tahun. Pada waktu ni mama dan ayah aku bekerja dan aku diberi-jaga kepada pengasuhku (a.k.a kawan baik mama) yang tinggal di kawasan perumahan yang sama.

Pada ketika ini kawasan perumahan yang kami diami ni baru sahaja siap dan masih ada construction yang dijalankan di sekitar kawasan tersebut. Biasalah, bila baru berpindah mestilah kawasan tu masih belum ramai penghuni. Dalam jarak lebih kurang 600m dari rumah aku ni tanah perkuburan Islam. Satu hari tu, aku teman kawan mama aku ni hantar anak dia ke sekolah waktu tengah hari. Aku bagi nama kawan mama aku ni Aunty Shima lah ya?

Aunty Shima ni ada anak lelaki sebaya aku. Waktu tu kami hantar anak dia yang inilah. Aku tak pergi sekolah time tu kalau tak silap, sebab aku demam manja (hehe). Waktu jalan nak balik ke kawasan rumah aku lepas hantar anak Aunty Shima ni, kami memang kena lalu dekat satu taman permainan. Tengah Aunty Shima layan aku, tiba-tiba aku nampak satu susuk tubuh yang sangat aku kenali; MAMA! Ya, aku nampak mama aku sedang melambai dari satu blok kediaman yang lain macam, memanggil-manggil aku.

Aku cakap kat Aunty Shima, “Aunty! Mama tu! Ka nampak Mama panggil Ka.”

Aunty Shima buat muka pelik. Dia tanya, “mana Mama Ka?”

Aku tunjuk pada blok yang aku maksudkan itu. Muka Aunty Shima bertambah pelik dan time inilah aku lepaskan pegangan tangan Aunty Shima. Yalah, budak mana yang tak kenal ibu mereka kan? Mestilah budak tu nak sangat-sangat pergi dekat ibu dia. Aku berlari pergi dekat tempat yang aku nampak Mama aku tu. Bila aku sampai dekat tempat tu, guess what? Mama aku tak ada. Kawasan blok tu sunyi sepi. Memang kawasan blok tu belum ada penghuni dan baru nak dibuka. Aku… aku terkedu seribu bahasa. Aunty Shima berlari dapatkan aku. Bila Aunty Shima sentuh aku, aku macam tersedar, terus menangis sampai Aunty Shima pujuk aku dengan bermacam-macam cara.

Last sekali dia tengok aku dah tak tahu nak buat apa, terus dia call Mama aku kat tempat kerja. Zaman tu boleh dikatakan orang yang ada Nokia 3310 tu orang yang kayalah, sebab phone tu paling latest; dan tak semua orang ada handphone macam sekarang. Mama aku pula tergolong dalam group yang tak ada handphone, jadi bila guna phone office, lambatlah sikit nak tunggu bercakap dengan Mama aku. Dari anggaran masa, aku rasa waktu tu dalam pukul 12:00 tengahari. Bila Mama dapat bercakap dan Aunty Shima cerita apa yang jadi, lebih kurang dalam pukul 2:00 atau 3:00 petang macam tu, Mama aku datang rumah Aunty Shima untuk ambil aku balik rumah dan tenangkan aku.

***

CERITA BERMULA.

Lepas kejadian MAMA tu, aku tak kena apa-apa lagi. Lepas aku tamat SPM, beberapa bulan kemudiannya, aku dapat tawaran belajar dekat salah sebuah Kolej Matrikulasi yang terletak di selatan tanah air. Kalau aku sebut mesti ramai yang tahu, sebab kolej matrik yang aku diami ni antara matrik yang tertua di Malaysia; dan kalau aku sebut negerinya, confirm semua orang tahu, sebab satu negeri satu je matrik. Eh, bukan pasal matrik yang aku nak bercerita ni.Let’s get back to our story…

Aku kenalkan roommate aku dulu, yang aku bagi nama Ira, Didi dan Mie. Dari awal pengenalan kami berempat memang rapat, sampailah habis zaman matrik. Bila masuk matrik, fuhh! Sesuatu yang sangat mencabar sebab aku tak pernah berjauhan dengan family. Nasilah ada mereka ni, pengubat kesedihan aku. Sepanjang di sana, adalah beberapa pekara yang aneh terjadi, cuma aku diamkan sahaja.

Aku ni agak peramah dan aktif waktu dekat matrik. Nak dijadkan cerita, start aku masuk sini, mata aku ni jadi macam pelik. Pelik macam mana? Peliknya macam… dekat sesetangah tempat di bahagian ekor mata aku, aku akan nampak bayang. Bayang yang selalu ikut aku, kecuali di bilik aku.

Matrik aku ni ada tiga cluster; A, B (blok lelaki) dan C. Semua cluster terdiri dari lima blok. Biar aku describe satu-persatu cluster ni.

Cluster A, kedudukannya dekat dengan pintu keluar. Kalau masuk je matrik ni mesti akan jumpa dewan, kemudian sebelahnya library. Disebabkan cluster A ni berhadapan dengan perpustakaan dan sebelah perpustakaan adalah dewan kuliah, dekat tepi cluster A ni ada tangki air yang besar dan tinggi untuk seluruh matrik.

Lepas sahaja dari cluster A, akan jumpa cluster B, yakni blok lelaki. Cluster B ni bertentangan dengan padang dan astaka. Dekat cluster B ni ada macam kawasan pembentungan kecil.

Yang terakhir, cluster C yang kedudukannya di atas bukit.

Budak matrik kan kelas padat dan selalunya akan ada discussion pada waktu malam. Nak dijadikan cerita, ramailah pelajar yang ber-discussion dekat astaka sebab kawan group selalunya dari kluster lain-lain. So, to be fair, ramai buat discussion di tempat yang boleh dikatakan tengah-tengah, sama ada cafe D, Astaka, one-stop-center (OSC) atau di tapak perhimpunan. Satu hari tu, aku tak ada discussion sama dengan roommate aku si Didi dan Ira, kami pun plan nak pergi kooperasi. Waktu nak balik tu memang serius aku nampak bayang hitam ikut kami sepanjang susur gajahc(susur gajang ni sepanjang hujung padang sampai ke dewan kuliah). Bila aku bagitahu roommate aku si Didi dengan Ira, apa lagi, masing-masing lari sampai ke cafe yang terletak di cluster A (sebab aku duduk dekat cluster A). Yang itu kejadian pertama.

Tak lama lepas kejadian tu, aku dapat satu mimpi yang sangat pelik; pelik sangat-sangat bagi aku. Aku ni jenis tidur awal dan tabiat aku akan berjaga pukul tiga pagi, then study, lepas tu dalam pukul lima aku akan mandi, sebab malas nak berebut shower. Tapi disebabkan keesokan harinya adalah Sabtu dan aku uzur, jadi aku matikan alarm. Setiap malam aku dan para roommate aku ni ada satu habbit. Habbit pergi toilet berjemaah. Lepas aku masuk, yang lagi tiga tunggu dan seterusny, sampai semua dah settle. Nak dijadikan cerita, malam yang aku cakap tu aku tidur macam biasa dan dapat mimpi. Dalam mimpi aku ni, aku dengan roomate-roomate aku macam biasa pergi toilet berjemaah sebelum tidur. Lepas aku keluar dari tandas, aku rasa ada sesuatu dekat parking lot depan toilet tu. Macam ada seseorang memerhatikan aku. Aku suruh roomate aku sekalian ni cepat. The best part, habis je roomate-roomate aku ni keluar tandas, aku dapat rasakan yang benda tu mengikut aku! Bila aku suruh semua lari, benda tu pun ikut lari sama. Sampai saja dekat bilik, roommate aku ni semua dah relaks dah atas katil masing-masing, tapi aku pulak usaha tutup pintu sebab memang betul benda tu ikut kami… atau lebih tepatnya, AKU!

Tiba-tiba Ira bersuara, “Ka, biarkan jer lah diorang masuk.”

Aku pandang Ira tanpa satu suara atau bantahan. Aku macam terpaku dan terus duduk dekat kepala katil aku. Yang lebih menarik, ketiga-tiga makhluk tu duduk dekat katil aku. Aku sedar mereka bertiga bila aku biarkan pintu bilik aku terbuka. Muka mereka tidak seram, cuma terlalu pucat. Dalam mimpi tu, mereka bertiga duduk menghadap aku. Satu duduk seperti aku duduk, iaitu bersila, cuma bezanya aku di kepala katil, dia di hujung katil. Yang seekor duduk di tepi katil, depan sedikit dari yang tadi dan yang seekor lagi duduk betul-betul depan aku. Masa tu walaupun dalam mimpi, aku macam terpaku. Aku hanya sedar bila yang duduk paling dekat dengan aku tu sentuh kaki aku. Terus aku terbangun dari tidur. Waktu tu aku tak ingat pukul berapa. Aku setiap kali bangun tidur, aku ada satu tabiat suka duduk bersila sekejap, tengok member-member aku yang lain ni dah bangun ke belum. Waktu tu aku terperasan satu lebam dan aku teringat mimpi malam tadi… YA! Tempat yang sama makhluk tu pegang aku. Lebam, tapi tak sakit.

AKU DAN MIE.

Selepas kejadian mimpi tu, aku dah tak diganggu buat seketika. Ada satu malam tu, aku pergi keluarkan duit dari ATM. Waktu tu malam yang aku rasa paling sunyi. Tak tahulah kenapa, tapi  sunyi gila! ATM ni hanya ada dekat library atau dekat depan pos guard pintu besar. Disebabkan aku rasa pelik sangat sunyi tu, aku pun ajaklah Mie, roommate aku yang seorang ni temankan. Dia tak pula membantah, tapi aku ni tak tahu yang Mie ni uzur.

Tengah jalan nak pergi library tu, aku ternampak macam bayang dekat tangki air. Bayang tu macam susuk perempuan pakai jubah dan merangkak dekat atas tangki air tu. Dengan rasa ingin tahu yang sangat membuak dalam diri aku, aku pun cakap dekat Mie, “cuba kau tengok atas tangki air tu. Apa benda tu eh?”

Tengah-tengah jalan Mie ni pergi berhenti.

Aku blur dah… dalam hati, “dah kenapa budak ni berhenti?”

Aku tengok muka dia macam nak marah ada, macam nak menangis pun ada. Then aku tanyalah dia, “kau dah kenapa berhenti?”

Terus dia cakap dekat aku, “Ka, kau ni bodoh! Kau tahu tak dia tengah nak terjun? Kau memang teruk!” Mie jawab tu dalam nada marah tapi berbisik.

Aku terus tarik tangan dia, then lari all the way pergi dekat ATM sambil cakap, “yang kau pun, tercongok macam batu dekat situ kenapa?!”

Lepas dah ambil duit tu, time nak balik, apa lagi! Berlari terus sebab rasa seram. Disebabkan si Mie ni tengah ‘bercuti’ dan disebabkan pada waktu tu masih ramai lagi yang belum masuk bilik sebab al-mulk belum dibaca, jadi aku pecut pergi tandas ambil wuduk, terus baca Yaasin sebelah si Mie ni. Yang roommate aku lagi dua orang ni pelik tengok aku baca Yaasin sambil Mie duduk diam sebelah aku. Keesokan paginya baru aku dan Mie bercerita dekat diorang berdua.

DISEBABKAN KENA TENDANG.

Aku ni kira rajinlah juga turun padang, join kawan-kawan lain main sukan. Hari tu aku tak tahulah sama ada aku terlalu letih atau apa, tapi malam tu aku terus tido awal. Aku tak sedar pukul berapa kawan-kawan bilik aku yang lain ni tidur. Yang aku ingat, aku bangun tidur pukul 6:30 pagi untuk solat subuh, aku kejut member sebilik aku ni, lepas solat, kami pun tidur balik. Bangun pukul 8:00 pagi, aku tengok muka Mie pelik. Macam tak puas hati dengan aku. Aku diam lagi. Lepas tu aku tanya dia, nak beli sarapan tak? Dia diam sekejap, then balas, “jomlah…”

Sepanjang koridor tu aku cuba bercakap dengan Mie. Last sekali aku tanya kenapa dia macam tak puas hati dengan aku. Rupa-rupanya ini jawapan dia…

“Ka, kau nak tahu tak malam tadi kau sepak belakang badan aku kuat gila? Kau tendang aku dengan lutut tau! Bukan kaki. Sakit kau tahu tak? Waktu aku terjaga tu, aku try tolak kaki kau, tapi kaki kau macam tak nak beralih. Dan-dan tu aku nampak dan dengar ada benda mengilai dekat dengan tingkap sebelah kau. Elok jer lepas dia mengilai, aku dengar bunyi orang tarik beg dekat luar. Time tu pukul tiga pagi. Dalam hati aku dah cakap kau bodoh, plus aku tengah fikir, anak siapa pulak balik pukul tiga pagi ni? So aku try baca apa-apa yang aku boleh dan aku cuba tidur balik.” Panjang lebar dia cerita.

Aku yang dengar ni cakap sorry sebab aku memang tak sedar langsung. Aku ingat Mie ni buat cerita yang dia nampak ‘Cik Pon’ dekat tingkap sebelah aku tu. Tapi tanggapan aku meleset bila Aisyah pulak datang bercerita dekat aku yang dia yang tidur dekat dengan tingkap menghadap kawasan parking belakang cluster kami punselalu dengar bunyi ‘Cik Pon’ tu. Dia rasa seram sebab tingkap sebelah dia ni banyak kacanya yang dah tak ada. Bila dia cerita baru aku teringatkan Mie. So, aku suruh Aisyah ni tutup langsir apa semua (nasihat sebagai kawan).

SALAH TELINGA AKU KE?

Lagi beberapa minggu tinggal untuk exam. Jadi kebanyakan pelajar menghabiskan masa untuk settlekan segala tugasan dan juga ulangkajilah, sebab banyak quiz time-time macam ni. Mie si roommate a.k.a budak katil sebelah aku ni pulak keluar. Dia pergi tidur bilik member lain, sebab nak siapkan kerja kursus mereka. Nak dijadikan cerita, malam tu kami tutup lampu awal sebab masing-masing tak ada kerja yang nak disiapkan. Yang dua orang lagi ni tengah main phone. Aku pun tak ketinggalan main phone. Tengah main phone tu, aku diganggu dengan satu bunyi. Bunyi macam orang ketuk meja. Mula-mula slow. Aku tak fikir apa, tapi bunyi tu still ada. Aku mencari arah punca bunyi tu datang. Yes, dekat meja mie… tapi aneh sebab meja Mie bersih, tak ada apa-apa selain buku-buku latihan yang tersusun rapi.

Aku pandang kedua-dua roommate aku ni, tapi semua khayal dengan telefon bimbit masing-masing. Aku pandang kembali ke arah meja Mie. Makin aku pandang, makin kuat bunyinya…

ktok… Ktok… KTOK… KTOK… KTOK!..

Selang bunyi tu, aku dengar satu lagi bunyi yang seram. Bunyi kaki diseret dengan gari kaki. Korang pernah tengok tak gari kaki yang ada rantai dan bebola besar tu? Alah, gari kaki yang macam zaman dulu-dulu tu? Hah, gari yang itulah. Jelas gila bunyinya dekat tengah-tengah bilik aku tu. Tapi roommate aku aku dua orang tu memang macam tak dengar apa-apa. Siap bergelak-gelak lagi. Makin lama makin kuat bunyi yang aku dengar tu. Aku pun apa lagi, berlari ke tempat roommate aku ni. Sampai bunyi tu dah tak ada, baru aku tidur atas katil aku sendiri.

Baiklah, rasanya dah habis kot kes dekat matrik ni. By the way, aku masih tak bagitahu mama dan ayah aku pasal kes yang aku kena pegang dalam sampai lebam tu. Kalau ada masa aku cerita kes-kes yang berlaku zaman aku belajar dekat IPTA pulak. Yang itu lagilah banyak. Hehe.

-Tamat-

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

80 thoughts on “Seram Matrikulasi”

  1. Bolehlah… Tapi cerita tangki tu tak berapa faham. Kenapa kau orang tak takut? Kalau ada yang nak terjun kenapa tak lapor jaga ke :-/

    Reply
  2. Design and position blok2 macam matrik negeri sembilan… tu matrik tertua sekali.. awl2 dulu situ matrik ukm… sebab aku pun dari situ…
    tp xsure la klu matrik lain.. sebab design matrik2 dlm mlaysia ni kan lebey kurang je… time aku dulu pun ada gak kisah pelik… aku sendiri pun ada alami… y dengar2 dari orang lain pun banyak… tapi apapun.. warga kmst sumenya baik2 and aku timba ilmu kat situ smpi habis 2 sem…

    Reply
  3. Kepada Cik Meow, jangan lah peduli kan yang kecam tu. Kau ada cerita tapi kau mesti perbaiki penulisan kau. Good luck. Sya tunggu crita kau yang lain.

    Reply
  4. Spotted..
    * Pengenalan = Perkenalan
    * Nasilah = Nasiblah
    * Dijadkan = Dijadikan
    * Sesetangah = Sesetengah
    * Habbit = Habit

    **Cerita part tangki tu x berapa nak sampai..

    Reply
  5. ok la..acik bagi ko 5/10..berusaha lg ye..
    semoga ko membesar jadi anak yg baik..jgn da besa nnt ko jadik tahi mcm hasani..
    keh keh keh

    Reply
  6. Ni matriks negeri sembilan saya batch 2017/2018 . Tangki tu memang banyak dah orang kena dan cik pon makin berleluasa skrg ni lagi2 time study week.

    Reply
    • Tangki tu memang banyak dah orang kena – maksudnya kena apa ya…. kena rasuk ker atau penampakan entiti macam TT alami tu…. Kalau dengar cerita korang nie mmg seram betul Kolej Matrik NS nie….. Hari2 pelajar dan staff situ diselubungi misteri…… Atau hanya certain orang jer kena?

      Reply
  7. Aku student matrik N9 sesi 2006/2008 (tuanya aku sekarang ni). Aku student PDT, bukan student repeat tau. Haha. Aku tinggal 2 tahun kat cluster C. Sepanjang aku tinggal sana, aku tak pernah lah jumpa cik pon tangki air tu, tapi kes yang bunyi kaki di seret dengan gari kaki tu aku memang pernah dengar. Jelas sangat ! Masa tu pukul 3 pg. Aku orang yang last tido memandang aku memang slalu tido lambat. Malam tu aku dengar dengan jelas bunyi gari besi tersebut. Dari kuat sampai bunyi dia makin hilang. Tapi yang pelik nya, masa bunyi dia makin hilang tu, tetiba aku rasa seram yang amat sangat ! Macam dia ada kat depan pintu bilik ! Aku pun cepat-cepat selubung dengan selimut dan tido ! – The End-

    Reply
    • Apa cerita disebalik bunyi seretan kaki bergari tu? Kolej tu bekas penjara ka @ pernah digunakan sebagai bilik tahanan….

      Reply
    • org tua2 kata kalau bunyi nye kuat…dia jauh dari kita…kalau bunyi nye jauh…dia dekat dgn kita…dah betol lah tu kot depan pintu tu…

      Reply
  8. maaf “terpaksa” mencelah disini kejap.

    nak buat pengumuman ni;

    memandangkan FS seperti tidak menyiarkan lagi cerita2 saya (setelah 2-3 cerita disubmit dan sudah lebih 2 bulan tak disiarkan) dan saya percaya mungkin ada yg tak kena dgn cerita2 saya bila ikut piawaian FS dan itu mng hak FS nak siarkan ke tidak so saya takdehal isu tu

    jadi, sebagai alternatif, saya letak cerita2 tu di blog saya di ;

    http://www.fridaymornin.wordpress.com

    kat situ ada semua cerita yang pernah disiarkan disini dan ada yang tak pernah lagi tersiar dimana-mana kecuali diblog saya.

    jadi pada sesapa yg selama ni minat baca karya2 saya, silalah saya jemput kesana kalau boring takde apa bahan nak baca.

    Inshaa Allah esok atau malam ini saya akn publish satu cerita baru yg hampir habis ditulis dan juga sedang diedit bertajuk “Kisah Seram si Boy Part 2”

    see ya there folks!

    Reply
    • Rasanya kebelakangan ini cerita yang keluar di FS biasa2 sahaja… Tapi tidak dinafikan terdapat juga yang best dan terbestttttt…. Walaubagaimanapun saya rasa karya ezrin patutnya nak lepas tapisan FS taklah sesusah mana…. Maybe FS terlepas pandang…. maybe

      Reply
      • Bonda juga peminat hasil karya Ezrin malah bonda minat semua cerita2 fs. Xk kisah lh org lain kata xk seronok. Pd bonda semua karya mesti dihormati. Susah payah penulis perah otak utk cari idea penceritaannya. Sebagai moral support bonda baca semua cerita. Beri teguran utk pembaikan. Xk pernah sesekali komen “kau xk payah hantar lglh. Macam sampah”. Bonda avoid that. Xkkan sesekali bunuh semangat penulis.

        Buat Ezrin In shaa Allah akan terbit juga cerita Ezrin 1 hari nanti di FS.
        Bonda akan lawati blog Ezrin juga.

        Reply
  9. KMNS ni… sy batch 07/08..blok C1..alhamdulilah xkena apa masa dok sana😆. juz kdg2 pkul 1pg bunyi org sapu daun2 kering belakang bilik😅😅

    Reply
  10. Saya student KMNS batch 2003/2004. Sy budak C1. Bunyi seretan tu memang dr dulu dah ada. Pintu bilik sy pernah kene ketuk and bila dibukak, takde orang pun kt luar. Ketuk mcm nk roboh pintu. Tahun sy kt sane, ada kes budak A4 hilang tu, jumpa kt bukit putus tgh makan selut. Budak tu dgr2 smpai skrg tak fully recover. Masih ingat kenangan kami buat solat hajat kt dataran mintak Allah mudahkan cari budak tu. Dekat 7-8 hari jugakla dia hilang. Dia ckp ikut nenek mane ntah.

    Reply
  11. ermm..ak kmns batch 07/08..blk A1..selame kt sane alhamdulillah..xde la experience mcm ni… paling seram..pkol6pg waktu subuh ko nk amek smbayang tetibe krup krap krup krap mcm ko gigit tulang ayam dlm toilet…tgk2…ibu kucing mkn anak dieeee😂😂😂..muntah ak kt situ jgk..

    Reply
  12. Patut mcm familiar tempatnye..rupenye kmns..penah gak nampak bola2 api terbang kat kwsn ladang getah terbiar depan block c tu..ms tu tahun 2003 kami kene pindah berperingkat ke blok c5 sbb ade major renovation..blok tu dah bertahun xde penghuni..time pindah situla kene kacau

    Reply

Leave a Comment