Kakak Dalam Cermin

Assalamualaikum semua. Semoga hampa semua sihat dan sentiasa di bawah perlindungan Allah di bulan ramadhan ni. Annie sudah kembali. Sebelum memulakan cerita yang Annie tak dapat lupa ni, Annie nak minta maaf kepada admin dan para pembaca Fiksyen Syasya tentang cerita Bayang tempoh hari yang menyebabkan clash of clan antara hampa yang suka BM dan BI dan merojakkan dua-dua terus. Maaf sangat-sangat sebab tak consider para pembaca, sebab masa karang tu Annie macam ada dalam belon sendiri. Ha, kan pelik translate BM. Hehe. Tapi Annie ni walaupun nama macam orang putih, Annie tetap anak jati Melayu yang berdarah cina sikit. Ya, bahasa jiwa bangsa. Jangan risau, Annie akan menggunakan sepenuhnya bahasa melayu (adalah sikit-sikit BI sebab Annie pun nak keselesaan juga) dalam entri kali ini. Takbir!

Okay, settle minta maaf. Harap hampa semua maafkan Annie ye. Untuk cerita Annie, Annie akan gunakan ‘aku’ untuk melancarkan penceritaan. Stay tuned!

Aku bersyukur kerana aku mendapat tempat di Matrikulasi Pulau Pinang setelah habis SPM tempoh hari. Tapi, tu lah. Aku ni orang selatan tanah air, terpaksa berjauhan dengan keluarga namun ku gagahkan jua demi bonda tercinta yang ingin melihat anaknya menjadi doktor (yang tak tercapai). First impression, not bad. KMPP ni luas gila, ramai juga yang jadi mahasiswa dekat sini. Kos pon banyak.

Bermulalah kisah aku di dalam bilik bersama teman sebilik. Teman sebilik aku ni, nama depa Nana, Anis, dan Ash (non-muslim). Ash ni yang masuk lewat sebab dia second intake. Tapi jangan main-main, kami dekat Matrik ni ada kepercayaan yang depa yang second intake ni sebenarnya pandai, masalah dekat markah kokurikulum je.

Permulaannya, kami empat orang ni rapat, terutamanya aku, Nana dengan Ash. Anis ramai kawan dia masa sekolah yang se Matrik namun tak sebilik, jadi kawan-kawan dia selalu datang bilik. Meriah bilik iolls. Hehe. Aku dengan Nana ni kuat bersembang, bila masuk Ash pun lagi la kuat menyembang nye. Kami pun baru kenal masa tu, macam-macamlah yang kami ceritakan, pasal keluarga, life masa sekolah, KPOP. Haha.

Tiba-tiba ada satu malam ni, dah pukul 2++ tengah malam. Kami 3 orang menyembang lagi, Anis masa tu study dekat luar. Ash pun cerita pasal family dia, family dia ni dulu agak kaya sebab aku tak ingat ayah dia kerja apa, tapi income bulanan agak besar. Sampai satu masa, ayah dia hampir muflis. Aku dengan Nana punyalah duduk pujuk dia, sampai tazkirah pun ada tapi kami jadi takut bila Ash buka cerita lagi pasal family dia.

Ash : Annie, awak asal ****** kan? Mesti awak tahu Pulau ***** dekat mana kan? Sebenarnya ayah saya pergi kat pulau tu 2 tahun lepas.

Aku terpinga-pinga, sebab pulau yang Ash tanya tu bukan sebarang pulau. Pulau tu, kalau nak minta nombor ekor ke, nak menuntut ke, mesti pulau tu jadi sasaran. Hampa boleh bayang tak apa yang aku fikirkan pasal ayah dia masa tu? Lepastu, Ash sambung lagi.

Ash : Ayah saya nak ambil satu benda dekat sana untuk lindungi kami sekeluarga.

Aku dengan Nana berpandangan. Tapi Ash sambung lagi cerita dia.

Ash : Benda yang ayah saya ambil tu perempuan, cantik. Dia selalu juga sembang dengan kami sekeluarga macam kita sekarang. Kalau mak saya telefon saya, mesti dia akan cakap dengan saya. Tapi kadang-kadang saya akan panggil ‘kakak’ tu datang dekat bilik kita, dia akan lindungi kita daripada bahaya.

Berderau darah aku dengan Nana. Lepas tu, aku dengan Nana buat-buat menguap, kami ajak Ash tidur sebelum dia menceritakan lebih detail pasal ‘kakak’ tu. Aku terfikir juga, betul ke apa yang dia ceritakan tu. Tapi apa yang pasti, selepas Ash cerita pasal ‘kakak’ tu, aku dan Nana kerap dikacau di dalam bilik sendiri.

Aku tak ingat berapa lama lepas Ash cerita tu, tapi yang pastinya masa tu sebelum cuti semester. Aku sering mendapat mimpi tentang sesuatu, iaitu lembaga berwarna putih. Pada permulaannya, aku tidak mengendahkan langsung mengenai isu ni, tapi lama kelamaan, aku semakin kerap bermimpi tentang benda tu. Mimpi yang paling takut pasal benda tu, adalah aku bermimpi kakak aku datang ke Matrik dan duduk di dalam bilik aku. Aku sedang baring di atas katil sambil main fon. Akak aku sedang menyikat rambutnya di hadapan cermin. Aku angkat muka aku, sebab nak cakap dengan dia, hampa tahu kan apa yang aku nampak? Haha. Aku still nampak kakak aku sikat rambut, tapi reflection dia dalam cermin tu bukan dia. Benda alah putih tu lagi. Aku rasa stress gila masa tu, sebab mimpi berulang dan benda yang sama. Aku ada mengadu pada parents, tapi parents aku ni jenis yang tak pergi berubat kat mana-mana. Abah aku just bagi ayat then baca lah lepas solat ka, masa petang ka, sebelum tidur ka. Kalau ada yang nak ayat ni, nanti minta kat komen, aku forward dekat next entri.

Pasal mimpi ni, aku tak mengadu pada mana-mana teman sebilik aku, mahupun sekelas. Aku tak nak lah depa ni takut, aku pun tak tahu kenapa, sampai sekarang aku dikelilingi sahabat-sahabat yang penakut abadi. Kalau cerita nanti, confem nak gi toilet pun berteman.

Cerita pasal mimpi tu tak habis kat situ je. Time cuti sem, aku balik rumah dekat selatan tanah air. Adalah satu hari ni, aku mimpi lagi pasal benda putih tu. Kali ni, benda tu duduk kat luar pagar rumah aku. Aku tak nampak dia clear, tapi aku tahu dia tengah pandang aku straight melalui tingkap bilik aku yang terbuka masa tu. Dalam beberapa minit aku dan benda tu bertentangan mata, akhirnya aku terbangun. Berpeluh-peluh dibuatnya macam baru habis workout. Aku pun berdesup lari ke bilik mak aku. Haha. Dasar anak mak.

Aku dapat pecahkan kod pasal benda putih tu, bila aku keluar jalan-jalan kat Penang dengan family aku. Masa tu aku tengah jalan-jalan dekat satu tempat ni, tiba-tiba aku teringat cerita pasal Ash. Aku pun cerita lah dekat parents aku. Mak aku pun cakaplah, mungkin mimpi-mimpi yang aku lalui tu adalah benda yang dibela Ash. Aku pun fikir balik, mungkin juga, tapi aku tak boleh nak judge kesahihan tu. Aku pun buat keputusan untuk buka hal ni dekat Nana. Nak dijadikan cerita, Nana pun terkena juga. Tapi bukan melalui mimpi, dia nampak real life show punya. Nasiblah kau Nana, haha.

Aku dengan Nana, walaupun kami dah tahu benda ni melibatkan belaan Ash, kami still jaga hubungan dengan dia. Cuma, kami berjaga-jaga juga jangan sampai benda tu menggangu pelajaran. Aku dan Nana pun makin kerap solat berjemaah dalam bilik, baca Al Quran kuat sikit, untuk halau benda tu. Aku kalau boleh tak nak benda tu duduk dalam bilik. Kalau nak duduk sangat dekat Matrik, mohon duduk luar. Gitu.

Benda tu pun seolah-olah tahu strategi kami, dia agak melawan juga. Kali ni, aku kena real punya. Tak main mimpi dah. Masa tu aku dengan Nana stay up, sebab nak siapkan tutorial dalam gelap berbekalkan lampu belajar untuk tak nak ganggu Ash dengan Anis yang dah tidur, kebetulan esok tak ada kelas. Kami dengar ada ketukan, bunyi dia macam kita ketuk pintu. Tapi bila kami tengok bawah pintu tak ada bayang nya pun. Aku dengan Nana ni dah lali dah, masing-masing pun jenis hati kering, malas nak layan. Selepas gagal gangguan pertama tu, dia upgrade jadi extreme sikit. Dia jelmakan diri dia dekat tempat Ash, macam duduk dekat kerusi Ash yang menghadap meja study dia. Kami duduk belakang dia, maknya takdalah kami nampak muka benda tu. Aku dengan Nana gigih duduk baca ayat Qursi, tapi perlahan ja. Sah, benda tu yang aku nampak dalam mimpi. Aku daripada perasaan takut, jadi marah bila fikir balik dia mengganggu kami masa study. Akhirnya dalam 2 minit gitu, benda tu hilang. Aku dengan Nana ambil bantal selimut, berkampung dalam bilik TV. Tak sanggup berhadapan deengan benda tu dah.

Cerita pasal benda tu pun hilang sikit-sikit menuju ke penghujung semester. Dia pun kurang dah kacau aku dengan Nana, cuma kami pelik sebab tiba-tiba hubungan kami dengan Ash semakin menjauh. Tapi, kalau itu yang terbaik untuk semua, kami redha je. Nasib baik dah nak habis semester. Last teguran benda tu untuk aku adalah semasa study week last final exam. Aku demam masa tu, mudahlah dia nak kacau. Aku tidur awal pada malam tu, sebab telan panadol. Esoknya, aku bangun nak dekat pukul 10 pagi, dan aku seorang diri dalam bilik. Mungkin depa ni lepak study dalam bilik cikgu kot, senang nak tanya kalau tak faham apa-apa. Aku pun bangun mandi, siap-siap nak pergi bilik cikgu juga. Masa aku sikat rambut, aku mengadap cermin. Aku nampak dalam cermin tu, benda putih tu duduk kat tempat Ash, sama macam malam aku dan Nana kena kacau tu. Haram sungguh! Sudahlah aku sorang-sorang. Aku pun kemas beg, capai tudung, terus blah dari situ, dengan bilik yang tak berkunci. Aku serah ja pada Allah untuk lindungi barang-barang aku dan rumet dalam bilik.

Seingat aku, itulah last aku nampak benda tu. Lepas tu, aku langsung tak nampak dah, mahupun mimpi pasal benda tu lepas habis Matrik. Sebenarnya, kenapa cerita ni aku tak boleh lupakan, sebab aku jenis yang tak nampak, rasa ataupun apa-apa sense yang berkaitan dengan makhluk halus ni. Berbeza dengan kakak aku, MasyaAllah pantang lalu tempat pelik, pantang demam sikit mesti rasa atau nampak bukan-bukan. Sebab itulah, selepas kes ni aku seolah olah boleh mengesan kehadiran sesuatu yang bukan manusia, lepas tu aku umpama terpegun tau. Kaku. Aku sendiri tak dapat terangkan perasaan ni, tapi aku akan mencuba sedaya upaya untuk tak libatkan diri dengan benda-benda ni, yang mana mustahil lah bagi aku, terutamanya bila duduk dalam universiti. Sebab tu aku suka kawan dengan Pin, dia selalu jaga aku. Haha. Friendship goal.

Aku rasa sampai sini je kot, nanti aku akan post pasal kakak aku pulak lepas ni. Banyak jugalah kes dia bersama sama sesuatu yang tak dijemput berlaku. Nasiblah hang along oii. Ha! Lagi satu, untuk pengetahuan hampa, cerita di atas tu lebih kurang dah ditukar sedikit demi melindungi watak sebenar. Cerita tentang aku di Matrikulasi ni tak ramai yang tahu, jadinya aku tak nak depa pun tahu pasal ni. Benda dah lepas. Tapi jalan cerita dikekalkan keaslian. Maaf lagi sekali kalau cerita tunggang terbalik. Hampa baca ja banyak kali bagi hadam, mesti faham. Tapi hati-hati tau baca, takut benda tu perasan hampa duduk baca pasal dia.
Ma’assalamah!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

61 thoughts on “Kakak Dalam Cermin”

  1. Pening. ‘kakak dalam cermin’ tu, tak ganggu sangatlah kan? Dahtu renggang dengan Ash tak bersebab ke? Dia tiba-tiba jauhkan diri, camtu ke?

    Reply
  2. 1.BTS
    2.Blackpink
    3.Twice
    4.Winner
    5.ln2it
    6.2ne1
    7.GOT7
    8.lnfinite
    9.MAMAMOO
    10.momoland
    11.ASTRO
    12.Redvelvet
    13.NCTU
    14.NCT127
    15.April
    16.EXO
    17.Big Bang
    18.ShinEE
    19.SS501 (tp group ni comeback next year)
    20.G(l-DLE)

    Butthurt ?????

    Reply
  3. Belon ke buih? I think the correct term is buih (in my own bubble).. havent come across any literature describing oneself in a balloon.. kinda wierd.. well, xyah la nk cmpur bm bi klu bi pun kelaut..

    Sis kecam je..

    Miss Onion PhD (linguistic)

    Reply

Leave a Comment