Hai, salam sejahtera kepada semua warga FS. Ini adalah kali kedua saya menulis kisah seram di FS. Terima kasih saya ucapkan kepada admin FS kerana sudi menerbitkan kisah seram saya di FS. Pada kali ini, saya akan menceritakan sebuah kisah seram yang benar terjadi di asrama sekolah saya. Untuk pengetahuan semua, kisah seram ini bukan saya yang alami tetapi lebih kepada kawan-kawan saya serta orang lama di sekolah saya dan saya hanya ingin berkongsikan kisah mereka kepada anda semua untuk dibaca. Tanpa melengahkan masa lagi, saya akan meneruskan cerita saya. Bagi kesenangan para pembaca FS, saya menjadikan watak kawan saya sebagai ‘aku’.
Kisah Pertama: Lambaian Tingkap
Pada tahun 2014, masa itu aku berada di tingkatan 4. Aku telah mengalami kejadian yang agak menakutkan semasa di asrama. Aku bersekolah di sekolah teknik di mana pada masa itu sekolah aku masih berkongsi bangunan dengan kolej matrikulasi. Memandangkan aku di sekolah teknik, jadi semua pelajar yang masuk ke situ wajib berasrama. Nombor bilik aku adalah 4 dan memuatkan sebanyak 12 orang pelajar dalam satu bilik. Bagi menjimatkan ruang di dalam bilik tersebut, pihak pengurusan asrama mencantumkan katil-katil menjadi rapat. Lagipun, pada masa itu katil sekolah aku bukanlah yang bertingkat jadi senanglah pelajar-pelajar tidur dengan keadaan katil yang rapat. Kisah ini terjadi bermula pada minggu di mana semua pelajar boleh balik. Untuk makluman semua, sekolah aku ada peraturan di mana semua pelajar dibenarkan balik bemalam selama dua minggu sekali dan juga stay in di asrama dua minggu sekali. Memandangkan rumah aku jauh, aku dengan kawan-kawan yang lain sama senasib tinggal di asrama. Seingat aku pada masa itu dinihari hari sabtu, aku tiba-tiba terjaga dari tidur dan lalu aku terpandangkan tingkap bilik yang berada di sebelah kanan. Tanpa sedar, aku terlihat bayang-bayang tangan tengah melambai-lambai dari luar. Disebabkan oleh cahaya beranda dari luar, aku boleh nampak dengan jelas lambaian itu seolah-olah tahu pada masa itu aku tengah terjaga. Dengan keadaan separuh sedar, aku membalas balik lambaian itu. Pagi itu, aku bangun dari tidur dan mengingat kembali tentang kejadian yang berlaku dinihari itu, baru aku perasan semasa lambaian itu yang hanya adalah tangan tetapi tubuh badan tidak ada. Persoalannya, adakah itu hantu atau kawan aku yang hanya suka mengusik. Tiada siapa tahu.
Kisah Kedua: Kain Batik Coklat
Kisah ini diceritakan oleh pengawal asrama aku mengenai kain batik coklat. Terdapat sebuah keluarga yang mana si suami bekerja sebagai buruh di sekolah saya tinggal di bilik warden 4 yang berada di aras atas sekali iaitu aras 4. Masa itu sekolah aku belum siap sepenuhnya dan masih dalam proses pembinaan. Keluarga itu adalah sepasang suami isteri dan juga seorang anak lelaki dalam umur dalam linkungan 6 tahun. Tetapi malangnya, anak lelaki mereka mempunyai penyakit yang tidak dapat disembuhkan dan sedang sakit tenat. Bagi menampung perbelanjaan kos rawatan dan kos ubat-ubatan anaknya itu, si suami bekerja dengan keras dan selalu tidak ada bersama dengan isteri dan anaknya. Bagi si isteri pula, anaknya itu adalah segala-galanya bagi dia kerana suaminya selalu sibuk bekerja. Pada suatu hari, si anak telah meninggal dunia. Apalagi si isteri menangis semahu-mahunya kerana insan yang paling penting dan sayangi di dunia telah pergi buat selama-lamanya dan tidak akan kembali serta tiada lagi orang tempat untuk dia bermanja dan mengadu kasih. Si suami juga bersedih dengan kehilangan satu-satunya anak yang dia sayangi. Walaupun telah beberapa bulan si anak telah tiada, si isteri masih lagi bersedih dan meratapi kehilangan anaknya itu. Sampai pada satu saat, si isteri tidak dapat menahan rasa sedih sehingga dia membuat keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari aras 4. ketika si isteri membunuh diri, dia telah memakai kain batik berwarna coklat. Disebabkan kejadian itu, semua pelajar perempuan sekolah aku dinasihatkan untuk tidak memakai atau menjemur kain batik pada waktu malam kerana takut roh is isteri yang membunuh diri itu bangkit dan mengganggu ketenteraman pelajar perempuan di asrama. Bagi si suami pula, dia telah berhenti kerja menjadi buruh di sekolah aku dan pindah. Tiada sapa tahu di mana si suami berada dan bagaimana keadaan dia sekarang. Pengawal itu juga ada menceritakan yang ada para pekerja dan juga pelajar mendengar suara dan bunyi ketawa si isteri dan si anak dalam bilik warden tersebut. Sehingga kini bilik warden tersebut tidak dihuni oleh sebarang warden dan dikunci dengan ketat oleh pihak pengurusan asrama.
Kisah Ketiga: Hantu Tepi Almari
Aku Cynthia (bukan nama sebenar) pernah mengalami kejadian yang menakutkan di dalam bilik asrama. Aku ditempatkan bersama 11 orang pelajar asrama yang lain di bilik 10. Bilik 10 terletak di aras 2 bersebelahan dengan tangga dan surau. Memandangkan bilik aku taklah besar sangat dengan keadaan 12 orang dalam satu bilik, almari pula jenis almari kayu yang lama dan besar. Almari itu ada atas dan bawah yang mempunyai pintu yang berasingan. Oleh kerana almari tersebut besar, terpaksalah semua almari dirapatkan antara satu sama lain untuk menjimatkan ruang. Kisah ini terjadi bermula di mana ketika itu semua pelajar baru balik dari belajar malam. Aku dan ahli bilik yang lain tengah berkemas sebelum masuk tidur, ada yang sudah berbaring, ada yang tengah rancak berborak. Aku pada masa itu tengah menyusun buku-buku di dalam almari untuk disimpan dalam beg sebagai persediaan untuk hari persekolahan esok supaya tidaklah esok aku kelam kabut menyusun buku memandangkan aku ni seorang yang lambat bangun pagi. Tengah syok-syok aku susun buku, aku terpandangkan cermin yang dilekat pada muka pintu almari aku dan ternampak sosok perempuan berbaju putih rambut panjang dengan muka yang buruk sekali bersebelahan dengan almari ahli bilik aku yang berada di hujung sekali. Untuk pengetahuan anda semua, almari kawan aku itu terletak bertentangan dengan almari aku. Sebab itulah aku boleh nampak dari pantulan itu. Punyalah aku terkejut beruk kerana tidak menyangka perkara sebegitu berlaku pada aku. Apa lagi, aku terus melompat ke atas katil dan menekup mataku dengan bantal. Kawan aku yang berada di sebelah aku perasan dengan kelakuan pelik aku dan bertanya kenapa dan apa yang berlaku kepada aku. Tapi aku enggan memberitahu kerana aku tidak mahu dia takut. Lepas itu, setelah sedikit lega aku membuat keputusan untuk tidak terlalu mengambil peduli tentang kejadian seram itu walaupun perasaan takut masih ada. Selepas seminggu kejadian itu berlaku, barulah aku membuka cerita kepada kawan-kawan aku serta ahli bilik. Mereka semua terdiam membisu dan berpandangan sesama sendiri. Terlupa untuk beritahu anda semua, aku sebenarnya mempunyai deria yang keenam di mana aku boleh nampak “benda” itu. Terpulanglah kepada anda semua, samada mahu percaya atau tidak.
Kisah Keempat: Budak Kecil Bilik Prep
Aku rasa setiap sekolah mempunyai peraturan di mana semua pelajar wajib belajar malam. Sekolah aku mempunyai bilik belajar atau bilik “prep” yang berada di dalam asrama. Bilik prep sekolah aku berada dihujung sekali bersebelahan dengan bilik pelajar kolej matrikulasi dan ada pada aras 2 dan 3. Memandangkan aku pada masa itu di tingkatan 5 tahun 2015, bilik prep berada di aras 2 untuk semua tingkatan 5 dan tingkatan 4 di aras 3. Ceritanya bermula seperti ini, sewaktu itu aku tengah duduk melepak dan berborak dengan kawan aku yang juga ahli bilik aku di tempat di mana dia belajar. Tengah syok bercerita, bergosip apa semua, aku terpandangkan pintu kaca bilik prep yang seperti pintu kedai serbaneka yang ditolak tarik memantulkan sebuah imej yang sukar aku percayai kerana apa yang aku lihat adalah tidak masuk akal iaitu imej seorang budak kecil tengah menongkat dengan tangan berada dihujung meja yang aku duduki dan lebih mengejutkan ianya bersebelahan dengan aku. Dengan rasa yang tidak percaya, aku membulatkan mata aku dengan besar dan memang benar apa yang aku nampak adalah betul-betul wujud. Seorang kawan aku yang bertentangan dengan aku duduk bertanyakan aku apa yang aku lihat sambil dia melihat ke arah pintu itu dengan penuh rasa ingin tahu. Aku hanya menggelengkan kepala dan memberitahu tiada apa yang berlaku. Tetapi kawan aku itu cepat sedar tentang keadaan yang berlaku dan memandangkan muka aku lalu memberikan aku isyarat muka adakah aku telah melihat hantu. Kawan aku itu telah lama tahu bahawa aku boleh melihat benda yang orang lain tidak boleh nampak. Aku mengangguk kepala. Lepas habis belajar malam dan aku terus pulang ke bilik. Masa dibilik barulah aku menceritakan kepada kawan aku tadi tentang perkara yang sebenar.
Banyak lagi kejadian-kejadian seram yang berlaku di sekolah saya sebenarnya, kisah seram ini hanyalah kompilasi-kompilasi yang saya ingin ceritakan kepada anda semua. Kalau ada masa terluang, saya akan kembali menceritakan kisah-kisah lain yang berlaku di sekolah saya. Terima kasih sekali lagi kepada anda semua yang sudi membaca kisah saya dan saya sangat menghargai anda semua
Cerita terlalu pendek
Ok bolelaa
Best👍😉
boleh lh, bosan2 cm ni… page FS pun skrg da cm xbnyk citer… myb sbb nk raya kot… huguhuh…
Masing2 nak main bunga api
dah nak raya ni kn… mercun bola
Ermmmmmm nk duit rayaaaa…duit rayaaaaaaa
Meriam la
tengok kat arkib angker negara je…
kat situ lagi banyak cerita…
Aku pn layan jugak arkib angker negara tu….
FS dah tak macam dulu. Kadang penat aku tunggu citer baru.
yg citer sambung2 pn xde. mnde ntah
setujuuu.. bosan tunggu.. dulu lepas weekend mesti banyak cerita baru.. skrg 3,4 hari 2 cerita je.. hmm..
tu la..FS skang da bosan la..xde byk cite yg best2 lg…aq pon baca cite dr awal balik..dr 2016
Blh la…bosan pun bosanlh..dh dia kata cita sal kwn2 dia…
pendek sgt….sedikit bosan…
boleh lah dari tade..
Ok…
Emm,.. Boleh la. huhuh
Ok lah…kalau setiap cerita dipajangkan lagi,lagi best.xla ringkas sangat…
4/10 banyak penggunaan ayat dalam cerita macam tak kena..
Kipidap writer..
Ringkas sangat..boleh jadi bosan nk baca part last..
boleh la dari x de
bosannnnn sikit.