Akibat Selfie Waktu Malam

Assalamualaikum semua! Aku tak tahu nak mula dari mana tapi cerita ni ringkas sangat-sangat. Cerita ni beri pengajaran dekat aku. Sebelum tu aku nak kenalkan nama aku, Wada. Umur aku 18 tahun, belum masuk 19 tahun lagi. Aku berasal dari Selangor. Sekarang aku duduk di Subang. Dulu aku duduk di Petaling Jaya.

Okay, yang aku nak cerita ni dekat rumah dulu aku. Selfie. Sebut je selfie memang ramailah yang tahu kan? Tapi mungkin tak ramai pernah dengar cerita ni. Cerita ni masa aku umur darjah lima macam tu lah. Tak berapa ingat sangat umur berapa time tu.

Masa tu aku guna phone Nokia yang ada camera tekan, lepas tu kena tunggu loading image gitu… haha. Okay, hambar. Malam tu aku dengan kawan kakak aku, nama dia Kak Ira. Masa tu kitaorang duduk sebelah rumah. Sebelah rumah kitaorang macam ada tempat lepak. Boleh tengok pemandanganlah sebab tingkat enam.

Lepas tu, aku minta Kak Ira ambil gambar aku dari jauh. Kira macam aku tengah berdiri, lepas tu dua-dua tangan naik ke atas, buat peace. Tapi sebelum aku bergambar, aku baca selawat ke doa apa entah time tu, sebab aku tak nak berlaku macam kakak aku.

Haa, dah masuk cerita lain dah ni. Sebelum aku kena, kakak aku pernah kena. Time tu dia mandi. Aku pun geledah tengok gambar dalam gallery phone dia. Suka hati je kan? Haha. Apa-apa jelah. Lepas tu aku nampak dalam gambar dia tu, dia selfie dengan kawan dia. Dia pegang phone. Lepas tu terkejut aku time tu sebab muka dia macam terbakar dalam gambar tu. Kawan dia aku tak ingat ada apa-apa ke tak dekat muka dia.

Lepas kejadian tu lah, bila aku nak bergambar aku baca doa dulu. Okay, sambung cerita aku tadi. Lepas aku baca doa, aku rasa yakinlah nak bergambar. Aku terus pergi dekat Kak Ira. Sebab nak tengok gambar tadi. Lepas je loading image. Nah! Dekat gila muka. Betul-betul satu screen tu muka je. Memang macam bentuk muka aku, tapi muka warna ungu biru-biru macam tu lah. Dengan muka marahnya. Lebam-lebam merata.

Aku apa lagi, lari terus masuk dalam rumah. Tapi Kak Ira duduk situ je. Korang tahu dia buat apa? Dia gelak je, lepas tu dia cakap, “Wada takut ke?”

Aku suruh dia delete terus.

Lepas dari tu aku tak berapa nak selfie malam-malam. Tapi dah lama-lama, buat jugaklah. Sampai situ sajalah cerita aku. Semoga cerita ni boleh dijadikan pengajaran atau peringatan kepada kita semua. Terima kasih baca cerita aku.

Maaf jika ada tersilap cerita, sebab cerita ni dah lama. Jadi, tak berapa nak ingat sangat.

Wallahua’lam…

WADA
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

60 comments

    1. act saya confuse nak letak tajuk selfie atau snap gamba. sebab dalam ni ade 2 cerita. satu kakak saya(selfie). satu lagi saya(snap gamba)

  1. Kau dah kena tipu dgn kak ira.. dia pura2 je ambik gambar kau. Lepas tu dia tunjuk gambar hantu. Macam tu pun boleh terpedaya.

  2. Wada2…
    Tu bukan selfie…tu org snap gmba wada… skrg ni nak tau.. kat ne seram nye cite wada ni? Tlg la sikit pun jdi la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *