Cerpen Emy

Warning:: cerita ini betul-betul pendek..
Dah macam-macam jenis gangguan ringan dah aku lalui. Gangguan yang aku kena ni, tak sehebat kakak aku. Kesian kakak. Tapi malas la nak story pasal kakak. Antara gangguan yang biasa aku kena tu macam biasa la, kena tindih waktu tidur. Normal. Itu normal bagi aku. Dah biasa sangat kena macam tu..

Selain dari kena tindih, aku dapat rasa yang aku diangkat oleh syaitan. Yang ni pun selalu juga kena. Tak tahu la korang nak judge aku mereka-reka cerita atau aku Cuma bermimpi, tapi aku memang rasa. Setiap kali tidur, aku rasa seperti diangkat naik, dan muka aku rapat ke siling. Aku dapat rasa taw dahi aku kena siling bilik tu.  Masa kena angkat tu memang aku rasa gayat. Ada hari, aku kena angkat juga, aku cakap “angkatlahhh!! Ingat aku heran ka”. Sebab setiap hari aku mesti kena macam tu. Lepastu dah tak kena angkat lah. Hahaha.

Cakar.
Ya. Gangguan jenis cakar ni sekali ja aku kena. Ada 1 malam tu, aku tertidur di antara waktu maghrib nak ke isyak. Tapi bukan setan tu yang cakar aku. Haha. Aku terjaga sebab dengar bunyi kuku panjang cakar-cakar tilam aku. Betul-betul sebelah telinga pulak tu. Ngilu oii bunyi cakar tu.

Semua gangguan ni aku kena dalam bilik aku. Bilik tu dekat Tingkat atas rumah. Seram taw bilik tu. Dulu kakak aku yang duduk dalam bilik tu. Tapi sekarang dia rela merempat tidur dekat ruang tamu. Dah lama dia merempat situ. Aku pun taktahu kenapa.

Bila aku dah dewasa, baru dia bagitahu, yang dia pun kena gangguan dari dalam bilik tu jugak.

Aku juga pernah tidur dengan tenang, tapi tiba-tiba ja ada orang lemparkan baju dekat badan aku. Terkejut yahhh!! Memang aku menuduh ja orang dalam rumah tu nak takut-takutkan aku. Tapi semuanya tak mengaku. Tapi aku tetap tegas bahawa ada orang sengaja buat gitu. Itu aku boleh consider orang la yang buat kan. Tapi, aku satu malam tu, akubaru ja tertidur. Tiba2 pintu bilik aku terbuka, luas pulak tu.Tapi tak ada sesiapa pun lalu lalang ya. Time tu memang takut gila.

Tahun lebih kurang 2016-2017, ada satu kejadian yang bagi aku, agak ekstrim. Bila mana satu malam tu, memang salah aku sebab lengah-lengahkan solat isyak. Asyik main phone je. So dah mengantuk, baru nak solat. Dalam lebih kurang pkul 11.40 PM, baru aku hamparkan sejadah. Fyi, aku hampar sejadah tu tepi almari baju yang tinggi. Rakaat pertama, Aku solat macam biasa. Tapi bila angkat kepala dari rukuk tu, wehhhhhhhhhhh. Rasa macam nak nangis bila ingat balik. Guess what….

Aku ternampak bayang-bayang hitam dari atas kepala aku. Benda tu mcm duduk atas almari baju tepi aku tu tapi badan dia macam besar + gemuk. Macam mana aku tahu? sebab nampak bayang hitam tu dekat lantai bentuk macam gemuk. Memang takkan khusyuk nya lahh solat aku time tu. Denganbulu roma meremang, jantung pun laju semacam. Dalam keadaan tak khusyuk tu, otak aku ligat nak buat Keputusan. Sama ada nak teruskan solat ataupun lari keluar bilik je. Kalau lari, kan dosa sebab hentikan solat.

Entah la dari mana aku dapat kekuatan, aku pilih untuk stay dan teruskan solat macam biasa sebab Aku anggap situasi tu tidak mengancam nyawa. Lepastu aku baca surah al-ikhlas selepas al fatihah sebab itu satu-satunya surah yang aku faham maksudnya.  Ye lah kan pendek, senang aku nak ingat maksud.

Masa aku baca surah al-ikhlas, sambil tu aku fahamkan maknanya dan aku yakinkan dalam hati. Aku dapat rasa hadirnya kekuatan baru dalam diri aku. Dan aku dah tak rasa takut lagi dah walaupun bayang tu masih ada. Walaupun masa sujud tu, dada masih berdebar-debar tapi aku rasa kuat. Lepas rakaat kedua, aku nampak bayang tu makin hilang. Dan aku habiskan solat aku denga tenang. Alhamdulillah.

All eyes on Rafah.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Aunty Emy

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 21 Average: 4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.