Pantang Larang Kain Kuning

Assalamualaikum dan salam sejatera kepada pembaca Fiksyen Shasha. Terima kasih di atas ucapan kalian. Yang bertanya macam mana keadaan Hasif, Alhamdulillah lepas kejadian tu dia lebih berjaga-jaga dalam berkata. Tapi kadang sampai merah-merah muka. Hahaha

Seperti yang dijanjikan, harini aku nak bercerita tentang ‘Pantang larang kain kuning’ yang sampai sekarang aku masih tak tahu kenapa dan mengapa. Benda ni bukanlah pengalaman aku, walaupun masa tu aku ada tapi aku baru 3 tahun weh. Bohong sangat kalau aku ingat setiap satu kejadian. Cerita ni aku ceritakan semula melalui mulut pakcik makcik , tok nenek aku. Anggaplah dalam cerita ni aku sudah besar ya. Yang belum kenal aku tu, nama aku Zi.

Dalam keluarga belah abah aku ada 9orang beradik isteri tua (isteri pertama iaitu nenek aku(Nek Imah)) dan 11orang beradik isteri muda (isteri kedua). Abah aku anak no 2. Nenek aku(belah tua) duduk rumah dengan anak sulung (Mak long Aku) dan atok aku (Haji Aman) duduk dengan nenek muda dekat rumah seberang jalan.keluarga belah tua ni macam terpinggir sikit dari atok aku. Tak ada anak/cucu kesayangan dia melainkan belah muda. Cerita ni berlaku apabila makcik aku, Cik Ibah (adik bongsu belah tua) dan 2 beradik perempuan (bongsu dan ketiga belah muda) berkahwin serentak.

TAHUN 1999.

“mesti tak sabar kan esok nak jadi isteri orang dah.” Zainab(mak aku) mengusap tangan adik iparnya, Ibah.
Air mata yang ditahan jatuh jua. Terus dipeluk tubuh kakaknya dengan erat.
“Kak, saya takut nak tinggalkan keluarga ni. Saya .. saya ..” esakan berganti esakan kedengaran.
Lembut Zainab memujuk adik iparnya.

“Jangan takut, kalau takut macam mana nak jalankan tanggugjawab lepas kahwin nanti. Ibah kena kuat, tak boleh sedih-sedih. Walaupun Ibah dah jadi isteri orang, kamu tetap adik manja dalam keluarga ni.” Ibah tersenyum, kurang sedikit gementar dihati.

Suasana seberang jalan sungguh meriah dengan suara sanak saudara serta orang kampung bergotong royong memasak untuk kenduri esok. Tidak lepas peluang juga ada beberapa anak muda yang sedang berlatih bersilat di belakang. Buat pertama kali didalam kampung itu ada 3orang beradik berkahwin serentak, sungguh meriahlah sambutannya. Lagipula siapa yang tidak kenal dengan Haji Aman dan Nek Imah pengubat terkenal di seluruh Teluk Intan itu. Hingga terkadang ada yang dari luar kawasan juga datang untuk berubat dengannya.

“pelaminnya warna apa ni?” Tanya seorang makcik kepada Zainab. Sambil-sambil tangannya ligat mengopek kulit bawang, diintai-intai kedalam tapi hampa masih tidak nampak pelaminnya.

“saya pun tak tahu kak,pengantin tak bagi tahu. Katanya nak buat kejutan. Tukang buat pelamin tu kata tiga-tiga pilih warna sama. Tu diorang kunci pintu ruang tamu tak kasi orang tengok sampai esok.” Mereka berbual kosong sambil ligat tangan masing-masing melakukan tugas yang diberi.

Pak pak, kepung kepung, Pak kepung ..

Alunan kompang dari kumpulan anak muda itu memeriahkan lagi suasana kenduri pada pagi itu. Masing masing sudah berdiri mahu melihat persembahan walaupun itu hanyalah sekadar latihan. Pengantin akan tiba pada tengahari selepas zohor seusai akad nikah di masjid.

Hanya ada beberapa orang yang masih ligat menganggat dulang kesana kemari untuk persediaan ketibaan pengantin. Namun

“Tolong!! Ada orang pengsan dekat dalam!!” jerit seorang wanita didalam lingkungan 30-an kearah dapur. Zainab serta kuncunya berlari mendapatkan wanita itu.

“dekat mana pengsannya?” Zainab bertanya

“dekat tempat pelamin.” Rupanya Cik Ton, tukang buat pelamin yang menjerit. Anak buahnya secara tiba-tiba pengsan tidak sedarkan diri. Mereka bersama beberapa orang lelaki masuk kedalam untuk melihat keadaan.

Kilauan emas memukau mata. Masing-masing sudah terlupa ada orang yang pengsan disitu. Semuanya bagai terpaku melihat tempat pelamin yang pengantin akan duduk sebentar nanti. Ada yang memegang langsir, ada yang memegang bunga telur, ada yang bagai tak percaya dengan apa yang mereka lihat. Tema pelamin untuk ketiga-tiga pengantin adalah Kuning Diraja.

“Kak. Macam mana boleh pengsan ni.” Zainab mengipas-ngipas wanita dipangkuannya.

“saya tak tahu kak, tiba-tiba dia senyap lepastu pengsan. Masa tu kami tengah siapkan bunga telur ni.” Cik Ton mengurut perlahan tangan anak buahnya.

“Ahhhh!!” Buk!! Seorang lagi wanita jatuh pengsan. Kelam kabut mereka mengambil kipas untuk menyejukkan keadaan. Mungkin masing-masing panas, mana taknya semua nak masuk tengok pelamin.

“Allahuakhbar!!!!!” Buk!! Kali ini 2 orang sekali jatuh pengsan.

“semua minta tolong tunggu diluar ya! Bagi ruang untuk angin masuk!” Arah Wak Seman kepada mereka yang masih sibuk untuk masuk kedalam melihat apa yang sedang berlaku. Setelah dimarah barulah masing-masing mengundurkan diri.

Kain basah bertukar tangan. Dilap lap dahi mereka yang pengsan. Semua sibuk mengipas sana dan sini. Jumlah yang pengsan kini 4orang.

Anak buah Cik Ton menunjukkan tanda ingin membuka mata. Baru sahaja mahu melepaskan nafas kelegaan tiba-tiba

“Ahhh!!! Pergi kau!! Pergi!!!” anak buahnya menjerit jerit sambil menangis. Beberapa anak muda yang sedang berlatih kompang diarah masuk untuk menahan anak buah Cik Ton dari terus meracau.

“tu!! Dekat tepi pelamin!!! Ahhh!!” seorang lagi mangsa pengsan tersedar lalu menjerit meracau .
2orang anak muda tadi terus memegang erat pergelangan tangan wanita itu.

“lepas!!!lepaskan aku!!!pergi!!!Ahhhh!!!” seorang lagi menjerit. Suasana yang meriah tadi bertukar riuh dengan suara pekikan dari ruang tamu rumah kampung itu.

“Allah!!Allah!!Allahuakhbar!!!!” jerit seorang lagi sebelum jatuh pengsan buat kali kedua.

“Zainab! Bapak dengan mak mertua kamu belum balik lagi ke?” Wak Seman menuju kearah Zainab. Zainab hanya menggeleng.

“Mat!! Pergi masjid panggil Nek Imah dengan Haji Aman!! Kata dekat mereka ada yang ‘keteguran’ agaknya ni.” Arah Wak Seman kepada salah seorang pemuda. Mencicitlah dia mencapai kunci motor C70 itu. Berderum deruman motorsikalnya pergi.

“Pergi!!!!Makk!!tolong Siti Mak!!Takk!!!!” esakan semakin kuat dari anak buah Cik Ton tadi. Akhirnya sudah penat menjerit menangis dia pengsan tidak sedarkan diri sekali lagi.

Prangggg!!! Bunyi pinggan mangkuk pecah kedengaran di beranda belakang tempat mereka memasak tadi.
“Apa lagi ni!” Wak Seman dengan beberapa orang anak muda pergi melihat keadaan dibelakang.

Krokk krokk!! Ya!! Sah!!

Seekor babi hutan berlarian di belakang rumah itu. Masing-masing hairan, setahu mereka babi hutan berlari tak pernah kona kona. Ini siap buat uturn langgar langgar barang lari lagi pusing-pusing. Liar betul ni. Tiba tiba haiwan itu berhenti. Anak matanya yang merah menyala memandang tepat ke arah mereka.

“Wak!! Masuk tutup pintu wak!!!” Jerit seorang anak muda ketakutan.

Mencicitlah mereka lintang pukang masuk kedalam rumah. Pintu dikunci rapat. Sunyi. Setelah diintai, haiwan tadinya mengganas sudah ghaib. Tahu lah mereka ada yang tidak kena pada hari ini.

“Astagfirullah!” mengucap panjang Nek Imah setelah masuk kedalam ruang tamu itu.

“Kamu semua buat apa dekat sini!!!” jeritnya. Semua sudah terpingga.

“ni mak ada orang pengsan. Kami kipaskan bagi sedar balik.” Jawab Zainab walaupun takut melihat wajah ibu mertuanya yang kelihatan tegang itu.

“Bukan kamu!! Ni setan-setan ni. Kamu semua kenapa ganggu majlis anak-anak aku!! Kenapa mesti kamu tunjukkan diri kamu dekat mereka sampai pengsan kamu semua kerjakan!” marah Nek Imah. Urat lehernya tegang. Betul punya marah.

“selalu Nek Imah guna perkataan ‘kau,aku’. Tapi kalau dah ‘kamu,aku’ berapa banyak kamu ni.” Zainab mengucap berkali-kali.

“Yang lemah semangat keluar sekarang!! Tak ada kerja aku nak ubatkan kamu pula.” Arahan dikeluarkan. Mencicitlah kuncu-kuncu Zainab keluar dari ruang itu. Wak Seman bertanya jika diperlukan apa-apa pertolongan.

“kamu arah budak-budak muda ni dua tiga orang pegang semua yang pengsan. Jangan ada yang lari pula. Haji Aman dekat hospital sekarang jadi dia datang lewat sikit. Orang tua tu selalu sangat bagi aku kerja yang susah.” Rungut Nek Imah. Setelah mendapat arahan, mereka semua memegang semua wanita yang pengsan tadi.

Zainab masih memegang Siti. Mulutnya mengumat kamit membaca beberapa surah yang dihafalnya.

“Tunjukkan diri kamu!!!”jerit Nek Imah. Mulutnya terkumat kamit membaca mentera. Air kosong ditangan diteguk sedikit lalu dihamburnya ke arah pelamin.

Muncullah seekor, tidak 2, eh bukan 4 . Tak!! 8. Eh berapa tadi??? Penuh sekeliling ruang dengan susuk tubuh Poc*ng itu termasuk sebelah wanita-wanita yang pengsan tadi. Masing-masing mengucap panjang. Pegangan makin erat.

“%#@$^%^$2#@” entah dari mana datangnya tiba-tiba Siti berkata didalam loghat siam.
“Apa kau nak!!!” Nek Imah menggertak.
“(&%$@)(^$*^%E#@!” masih dalam loghat siam.
“heeeheeee!!” Siti mengilai. Dengan kasarnya dia menolak tubuh Zainab. Terlepaslah pegangan tangannya dek kerana terkejut.

“pegang dia!!” arah Nek Imah kepada anak-anak muda tadi. Semuanya berlarian ingin memegang Siti, meronta rontalah dia ingin dilepaskan. Kekuatan 5orang anak muda itu tidak cukup untuk membuatkan Siti diam.

“kamu semua kejutkan aku! Kamu semua yang panggil aku! Kamu yang seru aku!!” marah Siti. Matanya merah menyala. Matanya tidak lepas memandang ke arah Nek Imah. “Nenek moyang kamu tidurkan aku sehinggalah kamu semua bangunkan aku! Kamu seru aku tanpa menyediakan apa kemahuan aku!” sambungnya lagi.

“apa kamu mahu!” Nek imah membalas

Siti hanya mengilai. “kamu tahu apa mahuku!! Kenapa kalian menyeru aku!!” Siti kini menangis.
“jika tidak mahukan aku, kenapa kalian memanggil aku. Kamu menyeru aku dengan menghiasi ruangan ini dengan warna aku.” Siti meraung. “Kalian yang menyeru aku, kini kalian menyakiti aku” sambungnya dalam tangisan.

“aku mohon maaf diatas kesilapan yang anak cucu aku telah lakukan. Akan kupulangkan kamu ketempat asalmu. Kami tidak tahu kerana warna ini kami telah memanggil kamu” Nek Imah ligat membaca beberapa ayat suci. Siti yang tadi meraung kini senyap hanya memandang keatas

“7 keturunan kalian tidak kubenarkan memakai kain kuning ini. Jika ada antara kalian yang melakukan perkara ini sekali lagi, akan kuhancurkan kalian. Kalian telah menyeru aku tanpa memberi apa kemahuanku” matanya tepat memandang ke arah Nek Imah.

&^%$#%()&&%#@%$^&(&” Siti kembali berbahasa siam.

“Zai, carikan mak pulut kuning dengan 6biji ayam kampung mentah.” Arah Nek Imah kepada menantunya. Zainab lalu meuju ke arah dapur untuk mencari keperluan yang dipinta.

“Ni Lat. Kamu carikan aku ayam hutan hitam. Aku rasa ayah kamu ada bela sekor dua kan. Beritahu ayah kamu nek nak seekor. Ikat kakinya.” Nek Imah berkata kepada anak muda yang bernama Lat itu. Terkocoh lah sianak berlari untuk mendapatkan ayam itu.

Siti duduk diatas pelamin sambil tersenyum riang. Matanya yang merah itu bergerak kekiri dan kanan. Pelamin ditepuk tepuk. Selesa sungguh.

“aku sudah sediakan apa yang kamu mahu, pulanglah kamu.” Nek Imah memulakan bacaan. Menjerit jeritlah si Siti lalu jatuh pengsan.

Kokk kok kokk!! Kedengaran bunyi ayam mengokok dari dalam ladang kelapa sawit itu. Masing-masing hanya membisu. Nek Imah memberi air penawar kepada mereka yang pengsan tadi. Siti bangun terkebil matanya melihat keadaan sekeliling.

“kamu rehatlah dulu. Badan kamu penat ni. Tak ada apa lah.” Nek Imah menepuk lembut bahu Siti sambil tersenyum. Siti membalas dengan anggukan perlahan.

Masing-masing menarik nafas kelegaan. Pengantin yang baru tiba tidak tahu mahu sedih kerana pelamin anganku musnah atau gembira kerana keadaan sudah pulih semula . kerana hal ini lah pasti dimana-mana sahaja akan bercerita tentangnya. Juga kehebatan Nek Imah merawat ketika itu.

Ya. Sampai sekarang kami tidak dibenarkan memakai apa-apa jenis yang berwarna kuning diraja.
Sewaktu kejadian ni aku keturunan ketiga rasanya. Nenek – Abah – Anak Abah(aku) . tapi sekarang Nenek – Mak long aku – Anak M.long – Cucu M.long – Cicit M.long baru-baru ni. Dah 5 keturunan lah kan?

Biasalah anak muda. Mesti ada perasaan nak tahu dan tak percaya benda-benda ni. Aku pernah cuba pakai satu set baju kurung Pahang warna kuning diraja. 3 hari aku pengsan tak sedarkan diri. Tahu-tahu dekat hospital masuk air. Ahahaha. Dan kakak saudara aku pernah kena rasuk sebab dia ada persembahan teater pasal sultan-sultan ni. Kalau aku cerita makin meleret pula.

By the way, Nek Imah lumpuh separuh badan masa merawat orang tahun 2016. Kini ilmu perubatan ni semua Mak long dengan Pak lang aku ambil. Abah aku tak ambil di atas sebab-sebab tertentu. Kisah seterusnya mungkin aku akan ceritakan masa pak lang aku baru mula-mula belajar berubat. Jumpa lagi. Ingatlah bahawa bukan kita sahaja yang ada dimuka bumi ini. Terima kasih.

25 thoughts on “Pantang Larang Kain Kuning”

  1. waaa best jugak cite kau nie zi . tp kenapa tak guna je bahasa santai? kalau kau dpt olah guna bahasa santai lg best cite kau nie . sbb tiba2 aku rasa mcm baca cite rekaan yg guna bahasa baku je . haha . btw, ok laa jugak . inputnya aku dpt . thanks ya . nnt sambung lg tau

    Reply
  2. Mase kakak sulung hakak kawen, mak akak pesan…

    “Korg nak kawen gune tema warna apa pon mak x kesah, tp jgn warna kuning…”

    Hakak tanyelah kenapa…

    “Takde pape…warna kuning x sesuai dgn keluarga kita…”

    “Iyeke…? Nape plak…?”

    “Xde papelah… Pakai jelah warna lain…”

    Hmmm…
    Rasa2 ade kaitan ke ngan cerita ni?

    Reply
    • Waaahhh lameeee x ketemu yer Geng Sajat…
      Akak pon dh lameeeee x jengah FS ni…
      Xtaulah kan kot sedara plak kaannn…
      Maklumlah, atok dulu dr Indonesia…
      Tp mmg fmly ktorg even sepupu sepapat pn x pnh lg kawen gune wane kuning…

      Reply
  3. sy keturunan raja jembal. kalau pakai kuning lg ok & berseri2 🙂 tak pernah kena kes mcm ni… nak tau jgk kenapa tak boleh pakai kuning hihi

    Reply
    • kalau ikutkan zaman dulu,hanya keturunan diraja sja boleh guna.1 lagi kuning ni sinonim dgn bunian atau mkhluk ghaib.skrg ni dah moden,nmpk elok pakat bantai ja,hehe

      Reply
    • Saye pom keturunan… raja jembal…nanti kalau kawen kene ade lapik kain kuning..kalau xnak pakaian kuning… Kene ade kuning…buat lapik …..nak tau jgak kenape dorang xleh pakai kuning hoho

      Reply
  4. fmly sy pun kene ade warna kuning….pernah sekali xde warna kuning and aper bende tah…(tak igt sbb kecik lg) mlm tue para tmpat letak pinggan mangkuk roboh mcm kene langgar and kakak ipar yg baru jd menantu nampak sesuatu setinggi pokok kelapa bermata merah.

    Reply
  5. Saya pun tak pasti pasal warna kuning ni
    Tapi pakcik saudara belah atok saya ada berubat orang
    Bilik dia nak berubat tu semua warna kuning, baik dari langsir, kusyen kerusi sampai ke alas meja kuning
    Tak pasti kenapa

    Reply
  6. laa kitaorang warna kuning xpe. Kalau ada kelahiran kena ltk ckit kain berwarna kuning. Barulah ok. Kalau x nangis ajer.. Sebelah ayah ada darah raja sebelah sumatera. wallahualam.

    Reply
  7. Hmm tetiba curios nk tny pendapat korang…fmly aq plak dgaq2 nya xboleh xdk warna kuning…kami ad darah dari salah satu kepulauan di indonesia..dgaq2 dri bapak aq klau kenduri kawen mesti kena ada sikit pon xpa lah warna kuning..dari bunga teloq ka, pelamin ka atau sikit cebisan kain di ikat di kwsan pelamin..aq pernah xpcaya bab mcm nie yela kan sbb zaman dah moden pastu takut boleh rosakkan iman dan aqidah kita smua xkan lahhh nk buat mcm tu kan…tpi kwn aq yg pernah attend kenduri kawen spupu jauh aq dy sndiri nampak dgn mata dy sendiri pelamin tu bgegaq woii sbb depa telupa letak brangan yg berunsurkan wrna kuning…selidik2 rupanya kami ad kaitan dgn salah silah raja k****g..wallahualam..ad sapa2 yg tau x pasai nie..

    Reply
  8. family belah mak aku pulak, tak boleh klo tak ada kuning. rimas aku tengok, pelamin kaler lain, tetiba terselit kain kuning. klo terlupa, nanti ada la tok nenek nya datang tanya kenapa takde kuning. klo datang tegur je takpe la, ni nak makan la, minum la, rokok la. abang kakak mak aku & mak aku rajin la melayan. mak aku yg bongsu, so dia takde benda2 ni. kot, aku tak sure. kitaorg anak2 ni suka tengok je & kadang2 menyakat mintak nombor ekor la, mintak tolong tengokkan cucu2 kat asrama la. makcik2 aku rajin buat pulut kuning klo nak kenduri. klo lupa panggil dia, mula la ada yg tak sedar, pengsan bagai. pandai merajuk pulak tu. masa kecik2 dulu selalu la dorang buat makan2 jamu segala bala saka ni. siap berbaju kuning, berselempang, dengan keris, perasap kemeyan, ada bertih, ayam panggang bagai. macam scene bomoh dalam cerita do re mi. sekarang takde la beria sangat. sikit2 je. makcik2 pun dah tua, tak larat nak layan saka masing2. aku pun tak layan sangat benda2 tahyul ni. tapi seronok campur seram time tengok dorang menjamu2 + berdialog dengan benda2 tu. kelakar pun ya, banyak gelak2 & bergurau. selalunya abang2 sepupu yg ajak bergurau senda. kita yg perempuan dok diam2 je lol. btw, ni semua saka2 atok & nenek. atok aku dulu main nobat kat istana terengganu. lepas tu lari ke perak. tak tau la ada keturunan raja ke tak, tapi kadang2 pak cik aku yg kat terengganu, orang tak kenal tegur dia & panggil dia tengku. padahal selebet je orang tua tu gi pasar beli sayur lol. mak cik aku pun dari muda sampai tua, klo orang tengok dia, selalu kata dia nampak berseri2 & macam warna keemas2an gitu. aku tengok dia biasa je hahaha walaupun dia memang cantik XDD family kitorang ni pun based kat perak/teluk intan juga. adakah kita sekampung? lol XDDD

    Reply
  9. Menariknya kisah family zi nii…akan ku tggu cerita tentang paklang dptkan ilmu2 dri nenek zi tu pulak ye…teruskan berkongsi cerita…

    Reply
  10. Perghhhh !! dlm byk2 crita , crita ni la pling best untk aku . Ntah la knpa tp mmang aku tertarik sgt . Ap2 pon aku hrap sgt smbungan yg sterusnya lbih gempak . Tlong cpt skit yee , x sbar nk tnggu crita bru nihh . Hahahaha 😁

    Reply
  11. Sama dgn saya , saya keturunan raja jembal. Ada seorang bomoh pernah pesan pd sy , nnti kalau sy nk kawin plamin mesti Kena kuning , kalau x buat kuning mungkin ada bala akn menimpa / huru-hara semasa Hari perkawinan .. Dia pesan lagi jgn dibuat main² dgn darah raja² nnti Kena sumpahan (tulah) tak ada penawar utk sembuhkn melainkn keturunan raja² juga yg prlu ubatkn . Allahualam

    Reply
    • Mungkin betul apa yang awak cakap…mak saya nikah dulu dia keturunan raja jembal juga dia tak ada kain kuning mengamuk dia dirasuk sesuatu nasib si kakak mak saya ni ada kain kuning saya dengar cerita tu pun dari sepupu saya dia tanya mak dia saya pun tengah mencari tahu lagi kisah keluarga saya..Tak full kuning pun tak apa tapi kenal ada sikit walaupun sehelai..kain kuning ni ada masa memang kena guna kau tak dapat penyakit la dirasuk something ni yang saya tahu dia kena guna masa bersalin,bersunat tak tahu apa lagi tu jer yang saya ingat

      Reply

Leave a Comment