Kerana Dia

Petang yang redup dan damai basah itu membuatkan diri umpama berada di ruangan dimensi tersendiri. Mataku tertumpu pada sebuah keluarga yang sangat bahagia, suami isteri dan seorang anak lelaki mereka. Gelagat keluarga kecil ini berjaya membuatkan aku mengelamun tanpa sedar. Telatah anak kecilnya sangat mencuit hati bagi mata yang memandang. Persis seperti aku dulu. Benar, anak adalah anugerah yang terindah, isteri adalah amanah buat si suami untuk membimbingnya ke syurga firdaus.
Terleka dengan kebahagian mereka sekeluarga, aku tersedar aku sudah berlari jauh dari anakku. Pandanganku menoleh ke belakang mencari ‘harta’ yang tidak mungkin boleh diganti. Terlihat sosok wanita lingkungan remaja tersenyum ke arahku. Di hadapannya, anak yang berumur 9 tahun berlari2 anak menuju ke arah aku. Aswad, andai saja ibumu tidak melakukan hal yang terkutuk seperti dulu, tentu engkau masih lagi merasa kasih sayang seorang ayah kandung.
Aswad : ibu kenapa jogging laju sangat? Aswad penat la bu nak kejar ibu.
Aku tersenyum sambil membelai rambut anakku.
Aku : maaflah nak ibu tak perasan tadi ibu berlari laju.
Nia : amboi kak, patah hati ke ni jogging laju sangat? Senyum sinis diberi.
Aku : Ha yala patah hati dengan kau la nie sebab tak belanja kakak kau ni makan. Lapar tahu tak?
Adik jenis apa kau ni? Gurauku kasar.
Nia : Hahaha..yela kak jom la kita pergi makan depan sana tu sebelum balik. Aku belanja kali ni.

Malam menjelma. Andai saja dapat aku pinta bahawa malam itu lambat menjelma untuk hari2 yang mendatang tapi itu semua kerja Allah. Mana tidaknya, hampir setiap malam aku didatangi mimpi yang pelik dan menyeramkan. Tanpa aku tahu maksud yang tersirat. Aku cuba dan terus mencuba untuk halang mimpi yang menyinggah tapi gagal. Kali ini aku mencuba mencari jalan keluar. Entah dari mana aku tersesat, yang aku tahu aku telah dikejar oleh ‘sesuatu’ dan aku harus bersembunyi. Langkahku kian laju sehingga…”bum!” aku terjaga dari mimpi! Kedudukan ku sekarang di lantai yang pada awalnya di atas katil. Sudahnya mimpi yang lepas aku memenggal kepala seorang wanita dan memakan ususnya. Meloya anak tengkak apabila mengingatkan kembali mimpi itu,walau hanya sekadar mimpi. Aku melihat keadaan kaki aku,ya ada saja kesan lebam usai mimpi.
Aku bingkas bangun untuk membasahi tengkuk ku yang kering.Memerhatikan Aswad yang masih lagi nyenyak di ulit mimpi, aku tersenyum. Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Aku mengatur langkah ke dapur untuk mencari air kosong untuk menghilangkan rasa dahaga. Ketika aku hendak masuk ke bilik aku semula, mataku terpandang satu sosok tubuh berbaju putih lusuh labuh tersenyum menyeringai ke arahku dari sebelah pintu hadapan rumah. “ahh ‘dia’ lagi..tunggu la situ sampai kiamat!” aku terus menuju ke bilik tanpa mempedulikan ‘dia’. Makhluk yang sering menunggu di pintu hadapan rumah. Hanya aku yang boleh melihatnya. ‘Dia’ tidak bergerak ke manapun, ‘dia’ tidak terbang dan hanya menunggu di situ. Kepunyaan siapa pun aku tidak tahu. Bukan aku tidak usaha untuk membuangnya tetapi ‘dia’ tetap saja berdiri teguh di situ sehinggakan aku berasa lali. Aswad dan Nia tidak pernah tahu kewujudannya.
“Ting..ting” whatsapp dari Amran diterima. Macam biasalah ucapan selamat pagi tidak pernah ketinggalan darinya. Perkenalan kami 6 bulan yang lalu telah membibitkan rasa cinta antara kami. Antara kami? Mungkin rasa cinta yang tersisa dariku saja. Entah mengapa aku merasakan kini dia semakin jauh dariku walaupun ucapan selamat pagi tidak pernah lekang darinya, tapi aku merasakan kami semakin menjauh. Hanya ucapan selamat pagi dan terhenti setakat itu saja. Tidak seperti dulu yang di susuli dengan pertanyaan “dah makan ke belum?” “sihat atau tidak?” “bagaimana kerja hari ini?”. Betul lah kata orang, manisnya hanya di permulaan saja.
Aku menyiapkan kerja di pejabat secepat mungkin. Tidak mahu terlewat menjemput anakku di sekolah. Sepenuh masa aku cuba berikan untuk Aswad. Malam kian menjelma, kakiku terasa kebas,lengan kiriku dan pinggangku juga terasa seperti rimas. “Mungkin hanya perlukan sedikit urutan bersama minyak gamat. “ Getusku di dalam hati. Aku meminta pertolongan Nia untuk mengurut bahagian badan ku yang terasa kebas dan rimas. Namun rasanya tetap sama. Tetap juga terasa kebas dan semakin sakit. Seakan sejumlah jarum menyucuk di bahagian kaki, lengan dan pinggangku. Aku merasa semakin tak tertahan. Sakitnya memang tak boleh di bawa berbincang. Bergegas aku membawa Nia dan Aswad untuk mengikutku ke rumah ustaz yang pernah merawatku.
Sesampai nya kami di rumah ustaz, aku mengagahkan diri untuk berjalan. Ya, langkahku semakin perlahan dan aku bukan lagi aku…
Ustaz : Assalamualaikum.
Ustaz memberikan salamnya dahulu kerana ‘aku’ hanya diam membisu.
Ustaz : Datang ke sini. Berjalan..cepat !
‘Aku’ : Aku sakit la bodoh. Aku tak mau mai sini, aku benci tengok muka hang.
Ustaz : Kenapa ‘hang’ kacau dia? Dia salah apa kat hang?
‘Aku’ : Aku tak mau la dia kawan dengan orang lain.
‘Aku’ ketawa. Sesekali ‘aku’ menguis2 karpet yang berada di hadapan ‘aku’ .
Ustaz : Sapa tuan ‘hang’? Sekarang ni aku minta baik2 ‘hang’ pi balik kat tuan ‘hang’, tempat ‘hang’
bukan kat sini.
‘Aku’ : Aku tak mau balik! Nanti tuan aku marah aku. Dia tak bagi aku balik. Aku kena pastikan tuan
aku dengan perempuan ni berbaik semula.
Ustaz : ‘Hang’ tak mau keluar aku buat cara kasar!
‘Aku’ meraung sekuat hati. Sakit yang teramat sangat sehingga tidak mampu aku gambarkan.
Ustaz : ‘Hang’ nak keluaq tak mau ?
‘Aku’ : Aku tak mau keluaq, nanti tuan aku marah aku. Aku sayang perempuan ni, tuan aku pun
sayang perempuan ni. Mak depa yang jahat tak mau tengok depa bahagia. Aku tak mau
perempuan ni kahwin dengan Amran!
Sesekali di selangi dengan tangisan dan ketawa. Ustaz membaca surah2 untuk keluarkan ‘benda’ ni dari badan aku. Hampir satu jam proses membuang ‘benda’ yang di hantar kepada aku.
Ustaz : Adik rasa okay lagi dak?
Aku hanya mengangguk sambil menunduk. Lemah sangat terasa, hanya mampu menunggu kekuatan datang dalam diri. Airmata mulai bergenang di kelopak mata, hatiku sebak menahan kepiluan.
Ustaz : Adik ada nampak muka sapa2 dak ?nampak muka sapa?
Aku : ‘Dia’.

10 tahun yang lalu.
Perkenalan sejak di bangku sekolah rendah telah membibitkan rasa cinta antara aku dan dia. Kami berhubung sehinggalah masing2 berada di sekolah menengah yang sama. Namun, percintaan tanpa ikatan yang sah telah mengundang kepada hasutan syaitan durjana. Kami terlanjur sebelum sempat kami menduduki peperiksaan akhir SPM. Aku disahkan hamil sebulan selepas keterlanjuran kami. Aku mengambil keputusan berhenti sekolah kerana malu hendak menghadap rakan2 dan cikgu2. Kami bernikah sejurus selepas itu tetapi pernikahan kami tidak direstui oleh ibu mertua ku.
Ibu : Aku tak suka la anak aku kahwin dengan kau, entah anak sapa yang engkau kandungkan dan
kau hasut anak aku jadi ‘pak sanggup’.
Kata2 yang masih segar dalam ingatanku. Tetapi apa salahku sehingga kau perlakukan aku sebegini? Ibumu yang membuat kita terpisah, bukan aku yang inginkan perpisahan. Lalu atas alasan apa kau mengirim ‘dia’ untuk membuat aku tidak boleh berkawan dan berkahwin dengan lelaki lain? Engkau menurutkan saja kata ibumu dan membuat Aswad tidak merasa kasih seorang bapa. Semoga Allah memberikanmu hidayah.

#KisahBenar
#WARDA

11 thoughts on “Kerana Dia”

  1. Moga awak dijauhkn dr perkara yg tidak baik dan dipertemukan dgn seorang lelaki yg sayangkn awk.
    Lepas tu apa yg terjadi kpd benda tu dan tuan nya?

    Reply
    • cerita nie dikongsikan oleh someone yang rapat dengan saya,biar dapat dijadikan pengajaran. sekarang nie benda tu masih menganggu dan still dalam rawatan. Tuan dia tak tau apa cita sebab dh lama x berjumpa dgn bekas isteri dia tapi still menghantar ‘benda’ tu sebab tak nak bagi bekas isteri dia berkawan dengan sapa2.

      Reply
  2. assalamualaikum, aku punya komen sikit la, sorry la klu salah aku pun xpandai, tapi yang ni yang aku tau la, aku sekadar kongsi dan berpesan la, hampa kena tau asai usul ‘benda’ ni.
    sapa boleh jawb? asai usui dy menatang ni sbenarnya jin, iblis, dan syaitan. dy dah sumpah nak menyesatkan umat manusia smpai kiamat. so, pesan aku, hampa baca dah la ni pengalaman masing2 tapi xyah la pikiq. aku pun syok gak baca fs ni tapi harus aku x percaya pun.
    maksud x percaya adalah kerana aku tau asai usui depa. hampa pun tau tapi hampa mgkin terlupa, dia amik kesempatan muncul merasuki manusia dan dengan izin Allah taala mengawal tubuh kita etc pastu p kat ustaz kononnya kata kawan tu hantaq kwn ni hantaq. benda ni syok dok pecah belah umat ja.
    hampa cuba bayang dan boleh dak bayang dia dok gelak ngan geng3 dia kata tadi aku baru pekena sipulan tu kata mak mentua dia tuan aku bla3, termakan dia tipu daya aku. menatang ni sifatnya bila disebut-sebut akan menjadi lebih besaq.
    ya aku x nafikan kesahihan mmg ada manusia y sama jahat ngan geng parasit ni, tapi klu kita buleh husnudzun (bersangka baik) maka bersangka baiklah. cuba kay kita cuba.

    Reply
  3. Assalamualaikum.. Cerita sis hampir serupa dengan sya.. Cinta yg xdirestui dan anak hilang kasih syg seorng ayah dari baby.. Cuma bezanya.. Kami berpisah kerana ibu dan orng ketiga.. Dan ibunya nk wt smpai sya mati kerana nk dptkn anak sya..dan sekarang bekas suami pun dh mcm orng gila talak.. Sbb nk berbaik balik.. Sma2 la kita doakn supaya orng2 mcm ni kembali ke pangkal jalan.. ☺️

    Reply

Leave a Comment